Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Ashadee April 2015

Untuk setengah orang, topik tentang buat duit dengan Program Affiliate bukanlah sesuatu yang asing. Walaupun sebenarnya ramai yang tahu, program affiliate ni merupakan salah satu kaedah buat duit yang agak mudah dan senang, namun tak ramai yang betul-betul boleh konsisten buat duit dengan program affiliate.

 

Sekadar tahu yang program affiliate boleh bantu hasilkan pendapatan tambahan masih lagi tak cukup bermakna kalau tak ada usaha untuk cuba sendiri.

 

Setiap kali saya bukak topik tentang tambahkan pendapatan sampingan dengan program affiliate, ramai yang akan kata “Oh itu saya dah tau dah…”  

 

Ada jugak yang memang dah biasa dengan program affiliate sejak dari tahun 2009 lagi. Cuma bila ditanya sama ada biasa atau tak dapat komisyen daripada program ni… mereka terdiam seketika. Macam-macam pulak alasan akan keluar dari mulut masing-masing.

 

Tak ada masa nak promosi la… terlalu bizi la… tak ada modal nak buat iklan FBAds dan macam-macam lagi. Pelik betul mereka ni…

 

Padahal kalau mereka ni tau dan at least pernah baca ebook saya ni, Jurnal Pemasaran Affiliate, program affiliate ni bukannya macam kita berniaga online biasa. Nak kena monitor selalu, ambik order pelanggan dan sebagainya… tak begitu. Saya sendiri, kalau di ikutkan pun bukannya ada banyak sangat masa. Sebab tu saya lebih selesa menggunakan kaedah promosi set up dan tinggal. Caranya? Ah semua saya dah ceritakan dalam ebook tu.

 

Komisyen dari Ashadee untuk bulan April dah pun dibayar ke akaun Maybank saya dua hari lepas. Alhamdulillah. Mohon doakan selepas ni saya akan dapat lagi banyak dari ni ya.

 

Macam biasa, Ashadee akan hantar emel notification terlebih dahulu sebelum buat bayaran ke akaun Maybank saya. Dari emel ni, saya akan tau berapa banyak yang saya bakal terima dari pihak Ashadee.

 

Kalau tengok pada akaun Maybank, nampaknya jumlah yang sama dah pun selamat dimasukkan pada 1 April 2015 yang lepas. Apa pun, terima kasih pihak Ashadee kerana menyediakan platform yang begini untuk memudahkan individu seperti saya untuk menambahkan pendapatan sambilan secara online macam ni.

 

Bila dah jumpa program yang memang terbukti boleh buat duit. Memang dah terbukti membayar ahlinya… apa nak tunggu lagi? Dah tentulah kena tambahkan lagi usaha, dan In Shaa Allah, program affiliate ni beginilah ia… lagi banyak usaha kita, lagi banyak dan lagi cerah peluang kita untuk buat lagi banyak duit dengan program affiliate ni.

 

…dan satu lagi yang saya suka dengan Ashadee ni, selain mereka selalu tepat pada masanya nak proses bayaran, ialah produk-produk yang mereka list dilaman web mereka banyak yang best-best dan ada potensi yang sangat cerah untuk hasilkan jualan.

 

Apa pun, jika anda minat nak belajar cara saya buat marketing, boleh download panduan yang saya sediakan ini disini. Panduan ni memang tak sesuai untuk mereka yang suka-suka nak download lepas tu tak buat apa-apa. Anda jangan salah faham ya, sebabnya panduan ni bukan untuk orang seperti tu. Saya tulis panduan ni khusus untuk mereka yang benar-benar serius nak belajar selok belok pemasaran yang melibatkan produk affiliate dan mereka yang betul-betul serius nak take action selepas dah dapat ilmu buat duit ni.

 

In Shaa Allah jika anda konsisten praktikkan apa yang saya ajarkan, setakat nak dapat komisyen RM50 minimum setiap bulan bukanlah sesuatu yang mustahil… dan saya percaya, dengan ilmu, teknik dan strategi yang betul, anda pasti boleh lakukannya.

 

Saya doakan semoga anda juga dipermudahkan dalam urusan mencari rezeki. Amin..

 

 

Exit mobile version