Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Ashadee April 2015 kali kedua

Untuk bulan April 2015, ini merupakan kali kedua saya menerima komisyen affiliate dari Ashadee. Kali pertama adalah pada 1hb April itu hari. Boleh baca entri ni yang bertajuk komisyen affiliate Ashadee April 2015.

 

Ini dia emel notifikasi yang saya terima yang mengatakan komisyen saya sedang diproses.

 

Ikut kepada kefahaman saya, bayaran yang saya terima pada 1 April tempoh hari, itu merupakan hasil kerja-kerja promosi yang saya lakukan pada bulan March. Bayaran komisyen yang saya terima untuk kali kedua pada bulan April ni pula saya percaya ianya adalah bagi hasil promosi dalam bulan April ni jugak.

 

Untuk Ashadee ni, saya meletakkan minimum payment kepada RM50. Jadi, secara automatik bila komisyen terkumpul mencecah RM50, sistem ashadee akan terus buat bayaran ke akaun saya. Memandangkan jumlah terkumpul telah pun melebihi RM50, maka pihak Ashadee pun buat bayaran ke akaun saya.

 

Produk yang CEPAT dan PANTAS untuk hasilkan komisyen di Ashadee

Kat Ashadee ni sebenarnya memang ada banyak produk yang bagus-bagus dan berkualiti yang mudah untuk convert kepada sales. Terpulang pada anda, untuk menyusun strategi pemasaran yang bagaimana yang anda ingin guna.

 

Kalau anda memang blur dan tak tau langsung cara betul buat pemasaran online, dapatkan panduan yang saya hasilkan ni. Download: Jurnal Pemasaran Affiliate. Inilah dia teknik yang saya sendiri gunakan untuk buat duit dengan program affiliate. Anda juga boleh buat duit dengan program affiliate apabila menggunakan teknik pemasaran yang betul.

 

Selain anda perlu tahu, produk yang mana satu yang mudah untuk menghasilkan jualan, anda juga perlu tahu, teknik pemasaran yang bagaimana yang cepat untuk mendatangkan hasil untuk anda. Konsepnya mudah sahaja, produk yang cepat dapat sales, digabungkan dengan teknik pemasaran yang cepat untuk mendapatkan sales, maka anda pun akan cepat dapat komisyen.

 

Jika anda menggabungkan produk yang cepat dapat sales dengan teknik yang lambat dapat sales… alamatnya lambat jugak la anda akan dapat sales dan komisyen. Dalam hal ini, yang bermasalah bukanlah produk tersebut, tetapi teknik dan strategi anda yang kurang tepat.

 

Produk yang mudah dapat jualan

Biasanya adalah produk dalam niche “buat duit” ataupun apa-apa produk yang membantu seseorang tu “buat lebih banyak duit”.

 

Anda boleh baca sendiri di sales page mana-mana produk yang disenaraikan di ashadee. Jika anda perasan, produk tersebut menepati kriteria seperti ini

1. Mengajar cara bagaimana nak buat duit

2. Mengajar teknik baru tentang bagaimana nak buat lebih banyak duit

3. Pelanggan boleh dapat lihat hasil yang serta merta

4. Teknik mudah diaplikasikan

5. Harga produk berpatutan

 

Produk mana satu yang menepati gambaran dan ciri-ciri yang saya sebutkan ni? Ada beberapa produk sebenarnya. Salah satu yang saya promosikan yang menepati ciri-ciri ni ialah produk yang membantu anda membuat promosi ala-ala lazada.

 

Jika anda ingin buat duit dalam bidang pemasaran affiliate, yakin dan percayalah, anda boleh berjaya. Saya dan ramai lagi internet marketer dah pun buktikannya. Oh ya ini dia bayaran yang dah pun dimasukkan ke dalam akaun Maybank saya.

 

Saya percaya anda juga boleh lakukannya. Atau setidak-tidaknya, anda akan cuba untuk lakukannya. Baiklah, kalau anda  ada sebarang pertanyaan tentang buat duit dengan affiliate, bolehlah tanyakan dibahagian komen.

 

 

Exit mobile version