Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Ashadee November 2015

“Adakah anda tahu, apakah dan bagaimanakan cara TERBAIK untuk menjana pendapatan secara online?”

 

Ok… soalan ni mungkin kurang relevan. Hei… sekarang ni dah tahun 2015! Setahu saya, dan saya percaya, pasti sekarang ni, ramai yang dah berjaya buat duit online. Bezanya adalah pada jumlahnya. Banyak atau sikit, besar atau kecil.

 

Berbalik kepada persoalan yang saya ajukan pada permulaan, iaitu “apa dia cara terbaik nak buat duit online?” 

 

Saya akan kata, jawapannya adalah buat duit sebagai ejen affiliate! Ia paling mudah, simple dan lumayan. Oh adakah saya perlu tambah, ia sebenarnya tak memerlukan usaha yang begitu kuat untuk buat duit dengan cara jadi ejen affiliate ni?

 

Untuk bulan November 2015, ini adalah bayaran yang saya terima dari Ashadee.

Beberapa kempen pemasaran yang telah pun saya setup sebelum ni berjaya convert kepada sales. Bukan lagi satu rahsia besar, bahawa kaedah yang saya gunakan untuk hasilkan pendapatan dengan Ashadee ialah dengan menggunakan Teknik SEO.

 

Saya ingat… kalau saya rajin sikit, In Shaa Allah saya boleh dapat satu jumlah yang lebih besar lagi ha ha. Seingat saya, hampir setiap bulan saya akan fikirkan perkara yang sama!

 

“Kalaulah saya rajin sikit…”

“Kalaulah saya lebih agresif ketika buat marketing…”

“Kalaulah saya buat lebih banyak laman web…”

 

Bukannya masalah tak tau nak buat apa!

… sebaliknya masalah sebenar ialah tak buat apa-apa yang sepatutnya untuk membantu dapat sales!

 

Well… at least itu masalah lazim saya. Dalam situasi saya,

 

Saya tahu, kalau saya buat lebih banyak advertorial untuk mempromosikan produk-produk affiliate, maka peluang untuk saya buat lebih banyak komisyen lebih cerah…

 

Saya tahu, kalau saya buat lebih banyak laman web untuk mempromosikan produk affiliate tertentu, saya ada peluang untuk dapat result yang lebih baik…

 

Saya tahu, saya cuma perlu jadi lebih RAJIN sekali ganda atau RAJIN sedikit sahaja…

 

Masalah MALAS ni memang universal eh?!

 

Maaf. Soalan tu memang soalan retorik. Saya sedar ha ha

 

Buat duit online sebagai ejen affiliate memang TERBAIK!

Tak lengkap pulak rasanya, bila saya dah buat statement, yang mengatakan buat duit sebagai ejen affiliate adalah kaedah TERBAIK tanpa beri sebarang SEBAB.

 

Ok cerita dia begini. Tahukah anda, daripada jumlah komisyen yang saya perolehi ni, sekali pun saya tak pernah berurusan dengan pembeli yang membeli produk yang saya promosikan tu.

 

Semuanya diuruskan oleh pihak vendor, atau dalam situasi ini, semuanya diuruskan oleh pihak Ashadee, sama ada dari segi penghantaran produk, customer support, penghantaran produk, refund dan sebagainya.

 

Saya hanya fokus pada satu perkara yang saya suka sahaja.

 

Apa dia? MENULIS.

 

Ya… saya suka menulis. Saya suka berkongsi apa-apa yang saya tahu dalam bentuk penulisan. Mungkin, daripada penulisan ini, bakal ada individu yang beroleh manfaat. Secara tak langsung, saya nak bagitahu kepada para pembaca dan pelawat blog ni, anda boleh buat duit dengan cara yang SAH menerusi program affiliate.

 

Sebagai seorang marketer. Atau sebagai seorang ejen atau jurujual.

 

Dengan harapan, selepas ini tak ada dah orang kita yang duk sibuk nak join money game, pyramid scheme, skim cepat kaya, pelaburan haram dan sebagainya… walaupun program yang anda join tu sedikit pun tak mengaku yang mereka menjalankan money game, pyramid scheme, skim cepat kaya, mahupun pelaburan haram.

 

Jika anda fokus sahaja pada program affiliate, In Shaa Allah, dengan teknik yang betul seperti yang saya kongsikan disini, anda juga boleh buat duit sekitar RM100 – RM1,000 setiap bulan, KONSISTEN.

 

Baiklah. Itu sahaja yang saya nak share buat masa ni.

 

Jom join saya buat duit dengan program affiliate. Doakan saya masih ada rezeki untuk bulan depan dan bulan-bulan yang akan datang ya.

 

 

Anda biasa shopping online? Nak tak dapatkan lebih banyak penjimatan? Kalau minat, KLIK SINI.

 

Exit mobile version