Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Ashadee April 2015 kali ketiga

Alhamdulillah, untuk bulan April 2015 ni rupa-rupanya pihak Ashadee membayar komisyen affiliate kepada saya sebanyak 3 kali. Ok ini mungkin komisyen terakhir yang saya terima untuk bulan April ni.

 

Nampaknya beberapa perubahan yang saya buat dari segi pendekatan pemasaran telah memberikan impak yang positif.

 

Kalau dalam entri saya yang sebelum ni, saya ada sentuh serba sedikit mengenai strategi pantas dan strategi slow buat duit dengan affiliate, kali ni saya sendiri ubah pendekatan dengan menggunakan kaedah pantas. Baca: komisyen affiliate Ashadee April 2015 kali kedua

 

Apa dia kaedah pantas yang saya gunakan tu? Jawapannya ialah kaedah pemasaran emel menggunakan sistem autoresponder. Memandangkan pada bulan April ni, saya telahpun temui satu produk yang mempunyai conversion rate yang agak tinggi, jadi adalah satu kerugian kalau saya promosikan produk tersebut dengan kaedah dan teknik pemasaran yang lambat macam kaedah artikel marketing di blog.

 

Jika anda masih kurang jelas dengan kaedah sebenar bagaimana menggunakan pemasaran emel untuk tujuan pemasaran produk affiliate, download sahaja panduan ni: Jurnal Pemasaran Affiliate. Panduan ni ada harganya. Ianya tidak terlalu mahal bagi mereka yang faham nilainya, tetapi untuk orang yang cuma suka-suka nak download, kemudian tak praktikkan, ia mungkin terlalu mahal buat anda. Jadi, silalah buat keputusan yang sewajarnya.

 

Dikesempatan ni jugak, saya nak kongsikan kepada anda 3 tips mudah bagaimana anda juga boleh jana pendapatan dengan program affiliate seperti yang saya duk buat sekarang ni. Saya percaya, tiga tips ni jika anda benar-benar konsisten amalkan, anda masih lagi berpeluang untuk memperolehi pendapatan dalam pemasaran produk affiliate.

 

3 tips PANTAS jana wang dari program Affiliate

 

1. Hasilkan artikel promosi untuk memperkenalkan produk yang anda sedang promosikan

Ingat. Satu artikel tidak cukup. Jadi anda kena usahakan untuk hasilkan sekurang-kurangnya 10, 20, 30, 50 ataupun 100 artikel promosi untuk memperkenalkan produk tersebut.

Formulanya mudah sahaja, jika 10 artikel masih tak cukup untuk convert kepada sales, tambahkan lagi bilangan artikel promosi anda kepada 20 artikel, 30 artikel dan seterusnya.

 

2. Buat seberapa banyak iklan untuk artikel promosi dan produk yang anda promosikan

Beriklanlah sama ada di facebook, instagram, twitter ataupun di lain-lain media sosial. Berikan keutamaan untuk iklankan artikel yang anda hasilkan, barulah diikuti dengan iklan tentang produk anda.

 

3. Direct recommendation kepada pelanggan anda

Kaedah ini lagi mudah, cepat dan efisien terutama sekali jika anda sememangnya telah pun mempunyai senarai pelanggan anda sendiri. Tak perlu bersusah payah nak lakukan soft selling. Pelanggan anda telah pun kenal siapa anda, dan kebiasaannya mereka memang mengharapkan anda dapat mencadangkan produk tertentu yang boleh bantu mereka.

 

Cara ketiga inilah yang saya sendiri gunakan untuk dapatkan bayaran komisyen bagi produk affiliate Ashadee ni. Apa yang saya buat hanyalah menghantar emel kepada pelanggan-pelanggan saya yang sebelum ni dan mencadangkan mereka untuk beli produk terbaru yang saya sedang promosikan.

 

Baiklah tak nak cerita panjang-panjang. Rasa macam kurang bertenaga pulak hari ni.

 

Komisyen yang masuk ni buat saya terfikir… mungkinkah rakyat Malaysia tiba-tiba ramai membeli produk yang mengajar cara-cara buat duit online sebab nak siap sedia dengan peningkatan kos sara hidup? Kalau betul, saya doakan semoga anda menemui jalannya untuk buat duit tu ya.

 

 

 

Exit mobile version