Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Ashadee Ogos 2015

Sepanjang bulan Ogos ni, saya rancang untuk buat sedikit perubahan pada cara dan style saya tulis blog. Kalau sebelum ni, saya cuma tulis blog untuk diri sendiri, kali ini saya rancang untuk tulis blog untuk orang lain jugak. Kadang-kadang tak syok la, kalau asyik cerita pasal buat duit, tapi orang yang datang ke blog ni, masih tak pernah rasa macam mana perasaannya bila dapat buat duit di internet.

 

Jadi kali ini, saya tawarkan peluang untuk saya berikan perkhidmatan saya menulis blog melalui servis advertorial.

 

Jika sesuai, anda boleh dapatkan perkhidmatan yang saya sediakan ini, dan manalah tau, kalau sebelum ni, anda rasa macam susah sangat nak dapat sales, kali ni lepas anda dapatkan servis advertorial dari saya, anda akan jadi lebih mudah untuk dapat sales. Kita ikhtiar, Allah yang akan menentukan.

 

Bulan Ogos ni jugak nampaknya, saya kena susun masa dengan lebih baik. Affiliate masih lagi salah satu sumber income terpenting untuk blog ni. Kalau terlalu fokus untuk siapkan job advertorial, nanti tak pasal-pasal komisyen affiliate saya pulak yang menyusut lepas ni ha ha

 

Sebenarnya pihak Ashadee dah pun buat bayaran komisyen affiliate ke akaun saya semalam.

 

Jumlah yang dibayar ke akaun saya ialah RM53.60 “Rasa macam tengah declare harta la pulak”

 

Anda dah banyak kali join program buat duit tapi masih tak pernah berjaya buat duit langsung?

Harapan tu masih ada. Jika selama anda join program buat duit, yang ada banyak kat internet ni, dan anda tak pernah rasa walaupun RM1 daripada program-program tersebut, mungkin ini masanya untuk anda tinggalkan program-program macam tu dan fokus pada pemasaran affiliate macam yang saya duk tengah buat sekarang ni.

 

Walaupun bayaran yang anda lihat ni nampak tak seberapa, yang penting ianya konsisten. Alhamdulillah, daripada kempen pemasaran yang saya buat, buat masa ni masih lagi maintain ada komisyen setiap bulan. Cuma nak maintain sebulan dapat 3 kali bayaran komisyen macam masa bulan April 2015 tu yang agak mencabar sikit.

 

Mungkin sebab saya ni join dan promosikan banyak sangat produk kot…

Kadang-kadang saya fikir, mungkin ini sebabnya kot. Dalam satu-satu masa, saya akan promosikan lebih kurang 15 produk secara aktif. Bukan semua produk akan saya promosikan dalam blog ni. Saya juga ada beberapa blog lain yang perlu saya update selalu. Moga-moga usaha yang saya laburkan dan segala penat lelah ni dapatlah membuahkan hasil.

 

Oh ya, saya ada baca satu hadis Nabi SAW, yang bermaksud

Maksudnya: “Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka semua (pahala) amalnya terputus, kecuali (pahala) sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang selalu memanjatkan doa untuknya.” (Riwayat Muslim no.949)

 

Inilah salah satu hadis yang buatkan saya bersemangat nak terus menulis dan berkongsi apa yang saya tahu. Segala ilmu yang saya ada, saya kongsikan dalam blog ni. Sebahagiannya, saya pakejkan dalam bentuk ebook dan saya letakkan satu harga, agar orang yang benar-benar ada niat nak manfaatkan ilmu ni sahaja yang akan grab ilmu ni. Lahirlah ebook Jurnal Pemasaran Affiliate.

 

Isi kandungan ebook tu? Dalamnya ada ilmu, teknik, tektik, strategi dan langkah-langkah untuk anda buat duit dengan program affiliate. Dari pengamatan saya, bukan semua orang ada pengetahuan yang tepat mengenai program affiliate.

 

Adakah anda berminat nak buat duit dengan program Affiliate?

Ini cuma pendapat saya sahaja. Tak semestinya betul, dan boleh jadi jugak pendapat saya ni SALAH. Dari pemerhatian saya, program affiliate ini bukan semua orang sesuai nak buat. Ia bukan untuk semua orang. Walaupun penyertaan untuk program affiliate ini TERBUKA, namun dari 100 orang yang join, belum tentu kesemua 100 orang ni akan berjaya buat duit.

 

Siapa yang sesuai untuk buat duit dengan program affiliate?

Kalau pada waktu ini, anda sibuk dengan program dropship, MLM, forex lagi, trading saham pulak tu, anda mungkin tak dapat nak hasilkan kempen pemasaran yang terbaik untuk promosikan produk-produk affiliate.

 

Seperti perniagaan lain, program affiliate juga memerlukan anda untuk memberikan komitmen yang terbaik dan berkualiti barulah mudah untuk anda dapat sales dan kemudian dapat komisyen. Jadi, kalau anda sendiri susah nak beri komitmen, kurang take action, saya khuatir anda juga tak akan berjaya dapat sebarang komisyen.

 

Ok la… saya nak siapkan beberapa tempahan advertorial lagi. Ada pelanggan saya kata, harga yang letak di laman Servis Advertorial 5 ini terlalu MURAH. Betul ke? Pada saya pulak…

“Kalau dah tau MURAH kenapa tak grab peluang ni? Nak tunggu saya naikkan harga ke?”

 

 

Exit mobile version