Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Klikjer Ogos 2015

“Gula-gula” dari klikjer dah pun selamat mendarat ke akaun Maybank untuk bulan Ogos 2015 ni. Alhamdulillah. Moga-moga lepas ni akan bertambah lagi rezeki. Saya ada banyak hutang yang nak diselesaikan dan salah satu ikhtiar untuk saya langsaikan hutang-hutang yang saya ada, sama ada hutang dengan bank, hutang dengan PTPTN, hutang dengan kawan-kawan, ataupun hutang dengan kad kredit adalah dengan program affiliate.

 

Saya masih ingat lagi, masa mula-mula berkecimpung dalam bidang ni, satu sen pun saya tak dapat. Hari berganti hari. Minggu berganti bulan hinggalah hampir setahun berlalu. Saya masih lagi tak berjaya untuk dapat sebarang hasil daripada progam affiliate. Saya pelik. Saya keliru dan ada masanya, saya rasa macam nak marah bila tengok ada kawan-kawan lain yang dengan senang lenang boleh buat duit.

 

Paling teruk pun, at least boleh dapat RM50 setiap bulan. Saya jadi makin tak keruan. Panas je rasa. Dalam kepala duk fikir, apa la sebenarnya teknik yang dia buat dan yang dia gunakan untuk buat duit dengan program affiliate ni. Satu hari saya temui satu formula ASAS yang amat mengejutkan. Formulanya begitu ASAS sampaikan saya sendiri rasa macam nak marah dengan formula ni. Formula tersebut ialah

BELAJAR APA YANG ANDA TAK TAHU DAN PRAKTIKKAN APA YANG ANDA DAH TAU!

 

What?! Rupa-rupanya senang sangat ni formula nak berjaya buat duit dengan program affiliate. Ok imbas kembali sekitar tahun 2009 macam tu. Ini waktunya saya baru mula-mula nak belajar macam mana nak buat duit online. Masa tu, saya cuma tahu buat duit dengan program pengiklanan seperti Nuffnang dan masih lagi belum betul-betul yakin nak buat duit dengan affiliate.

 

Rahsia buat duit dengan affiliate?

Ialah dengan praktikkan apa-apa teknik pemasaran yang anda dah memang tahu. Personally, teknik pemasaran yang saya kira memang saya mahir dan yang saya betul-betul tahu ialah teknik pemasaran artikel. Dalam teknik ini, saya perlu hasilkan pelbagai artikel pemasaran yang menepati citarasa golongan sasaran tertentu. Apabila artikel tersebut disukai oleh golongan sasaran, maka kebarangkalian untuk dapat jualan dari artikel tersebut akan jadi lebih tinggi.

 

Teknik penulisan saya pada tahun 2009 dengan tahun 2015 ni dah tentulah sangat jauh bezanya. Luckily, blog yang saya hasilkan pada tahun 2009 tu dah kena suspended. Kalau tak, anda mesti ketawa kalau baca penulisan saya yang dulu-dulu. Sebijik macam budak sekolah menengah baru nak ambik exam SPM.

 

Kalau kita ikut formula yang saya katakan tadi, iaitu belajar apa yang kita tak tau, dan buat apa yang kita dah tau.

 

Awal-awal dulu, saya cuma tau hal-hal yang berkaitan dengan blog sahaja. Bermula dari macam mana nak beli nama domain dan hosting, install blog, optimize blog, tulis artikel dalam blog dan juga untuk mempromosikan blog tersebut. So selama bertahun-tahun, teknik tu jugaklah saya gunakan untuk bangunkan blog-blog yang saya mulakan.

 

Sampai satu tahap, saya rasa ini masih belum mencukupi. Untuk blog yang baru dibina, ia akan ambil masa yang agak panjang untuk menghasilkan pendapatan. Saya mula dapatkan nasihat daripada Internet Marketer terdahulu yang dah berjaya dalam bidang yang sama.

 

Dari satu IM ke IM yang lain, masing-masing akan mengesyorkan untuk saya mula kumpul list dan berikan komitmen untuk buat pemasaran menerusi medium emel. Ya. Pemasaran emel. Jadi sekarang ni, saya jadi lebih fleksibel. Ada masanya saya akan gunakan pemasaran emel, dan kebanyakkannya saya akan guna pemasaran menggunakan blog. Ataupun saya akan gabungkan kedua-duanya sekali untuk hasil yang lebih memberangsangkan.

 

Kaedah pemasaran yang sesuai untuk promosikan produk di klikjer?

Personally, saya berpendapat teknik yang lebih sesuai untuk promosikan produk-produk dari klikjer adalah pemasaran menerusi medium blog. Ya, ia akan ambil sedikit masa. Tetapi, jika anda tahu macam mana nak gabungkan fungsi blog dan emel, anda mungkin akan berjaya dalam masa lebih cepat untuk buat duit.

 

Fungsi blog adalah lebih kepada untuk tarik prospek dari search engine yang tertarik dengan kata kunci tertentu ketika mereka mencari maklumat yang spesifik, manakala fungsi emel pula adalah untuk close deal dengan prospek itu tadi.

 

Satu perkara yang tak kurang menariknya tentang klikjer ni ialah, mereka tawarkan peratus komisyen yang agak tinggi, iaitu sehingga 70% dan saya percaya kalau buat dengan serius, tak mustahil untuk dapat komisyen yang tinggi. Tapi itulah, benda-benda macam ni perlukan kesungguhan dan komitmen yang tinggi baru boleh berjaya.

 

Kalau sekali buat tak berjaya, teruskan mencuba sampai ada hasilnya.

 

Exit mobile version