Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal Ogos 2015

Bolehkah kita menjalankan perniagaan printing jika tidak mempunyai modal yang besar?

 

Ya. Memang boleh. In fact, jika anda benar-benar faham mekanisma dan cara kerja dalam perniagaan printing ini, anda sebenarnya boleh jalankan perniagaan ini tanpa mengeluarkan sebarang modal langsung. Bunyi macam too good to be true?

Apa kata anda baca artikel saya sebelum ni berjudul: Panduan LENGKAP strategi menjalankan bisnes printing TANPA MODAL

Dalam artikel tersebut, saya ada dedahkan sebuah syarikat printing online bernama Xprint yang boleh bantu memudahkan kerja-kerja anda jika anda ingin mulakan bisnes printing anda dalam masa terdekat. Walaubagaimanapun, jika anda kurang berpengalaman dengan kerja-kerja outsource seperti ini, anda mungkin perlukan bantuan dan panduan seperti yang disediakan oleh pihak 1StopPrinting.

 

Kenapa buat duit dengan bisnes printing?

Ada banyak bisnes yang best kat luar sana, tapi kenapa mesti nak pilih untuk buat bisnes printing? Selain sebab bisnes ni boleh dibuat tanpa mengeluarkan sebarang modal, apa lagi yang boleh dijadikan motivasi untuk menceburi perniagaan printing ni?

 

Ini yang buat saya jeles dengan mereka-mereka yang ada bisnes printing sendiri.

 

Tahukah anda, hampir setiap masa ada je bisnes baru yang dilancarkan. Kesemua bisnes-bisnes baru ini, memerlukan publisiti untuk diperkenalkan kepada pasaran. Walaupun pada zaman sekarang ni, kita boleh mempromosikan sesuatu bisnes tu hanya menerusi channel online sahaja seperti Facebook, blog dan sebagainya, namun pasaran untuk mereka yang tak pandai hal-hal IT juga penting untuk diterokai.

 

Pada masa ini lah, pentingnya kita ada bahan-bahan atau material promosi sama ada dalam bentuk banner, bunting, fliers, bisnes kad dan sebagainya. Penting untuk anda perhatikan ialah, bukan semua orang suka bisnes style online. Ada ramai lagi yang lagi selesa berurusan secara face to face. Bukan nak kata mereka ni ketinggalan zaman, tetapi ini memang cara dan style mereka.

 

Melihat kepada situasi semasa, ada banyak bisnes yang boleh diceburi. Just to name a few, seperti Tone Excel, CMD, BEST Mobile dan sebagainya. Cara biasa untuk buat duit dengan bisnes-bisnes ni semua adalah dengan sertai mereka dan jadi pengedar atau ejen, kemudian mempromosikan bisnes ni kepada sasaran pelanggan.

 

Tetapi, bagi mereka yang mempunyai pemikiran yang sedikit berbeza, mereka boleh buat duit menerusi bisnes-bisnes ni semua tanpa perlu jadi ahli. Caranya? Adalah dengan menawarkan printed material, atau bahan promosi yang boleh dijual kepada ahli-ahli sedia ada.

 

Baiklah, mungkin ada yang fikir, adakah boleh dapat jualan? Bukan ke kat luar sana dah ramai yang buat bisnes printing ni? Just because kat luar sana dah ramai yang buat bisnes ni, tak bermakna anda dah tak ada peluang nak buat duit dengan bisnes ni.

 

Dalam bisnes printing, untuk dapatkan pelanggan, apa yang penting selain daripada faktor harga ialah DESIGN dan kualitit material yang anda hasilkan. Jika anda berupaya untuk menghasilkan design yang lain daripada yang lain, tak mustahil pun untuk anda dapat pelanggan anda sendiri.

 

Pelanggan akan sentiasa mencari sesuatu yang berbeza dan ada kelainan. Salah satu printed material yang saya selalu beli untuk mempromosikan perniagaan saya ialah fliers. Memang ada ramai sangat yang jual fliers dan semuanya datang dalam pelbagai versi dan design. Adakah saya akan beli semua design yang ada di pasaran? Maybe. Maybe not. Jika design tersebut cantik, memukau dan mempunyai potensi untuk convert kepada prospek, saya tak ada masalah untuk beli.

 

Jadi kat sini, sebagai usahawan printing, anda juga turut bersaing dari segi design, kualiti dan juga tawaran harga terendah. Seperti yang pernah saya ceritakan dalam artikel sebelum ini, margin keuntungan daripada bisnes printing adalah agak tinggi sebenarnya.

 

Cuba anda bayangkan, kalau anda join bisnes seperti bisnes Telco Best Mobile atau Tone Excel misalnya, anda hanya boleh buat duit daripada hasil jualan produk syarikat kepada pelanggan-pelanggan baru sahaja. Untuk pelanggan sedia ada, anda mungkin susah nak dapatkan tempahan dari mereka.

 

Bandingkan dengan jika anda buat bisnes printing. Anda boleh tawarkan dan jual material promosi kepada ahli sedia ada. Kalau sesuatu program itu dah pun mempunyai ahli seramai 1 juta orang, maka besar itu jugaklah potensi pelanggan yang anda boleh dapatkan. Anda bukan sahaja boleh jual fliers, bunting, banner dan sebagainya, malahan anda boleh jual produk printing yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi, contohnya seperti t-shirt.

 

Baiklah, ini adalah komisyen bisnes printing tanpa modal oleh 1StopPrintting yang saya terima semalam.


Dewasa ini, ramai betul yang tergila-gilakan pendapatan pasif. Asalkan nak promosikan apa-apa program, mesti nak sebut pendapatan pasif. Bila sebut pendapatan pasif pulak, semua nak bayangkan pendapatan yang lumayan. 4 – 5 angka baru nak pandang.

 

Tetapi, ramai yang terlepas pandang atau tak menganggap serius program-program affiliate yang ada kat luar sana. Program affiliate juga mampu untuk jadi sumber pendapatan pasif jika anda mempromosikannya dengan cara yang tepat. Contohnya komisyen affiliate ini.

 

Walaupun benda ni saya pernah ulang-ulang banyak kali, saya tunjukkan bukti komisyen bukan sebab nak menunjuk. Tetapi, saya nak bagitahu anda, dari program affiliate anda memang boleh buat duit. Jadi, anda tak usah risau dan tak perlu takut untuk dapatkan sebarang panduan yang mengajar anda cara-cara untuk buat duit dengan program affiliate. Contohnya panduan yang saya hasilkan ini, Jurnal Pemasaran Affiliate.

 

Kerap kali saya perhatikan, bukan sebab panduan tu yang tak bagus, yang menyebabkan pembelinya masih tak berjaya buat duit, tetapi sebenarnya ia berpunca daripada pembeli itu sendiri yang LEMBAB dan tak ambik tindakan langsung selepas beli. Paling menyedihkan… cuma semangat nak beli, bacanya tidak.

 

Jika anda adalah seorang yang positif, dan seorang yang result and action oriented, saya galakkan anda untuk sertai program affiliate. Siapa tahu, satu masa nanti, income dari program affiliate tu nanti boleh atasi gaji anda. Wallahua’lam

 

 

[monkeytools msnip=”http://memochimp.com/memo.php?u=870&p=1542″]

Exit mobile version