Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal Oktober 2015

Apakah perkara lazim yang menghalang seseorang usahawan atau bakal usahawan untuk memulakan sesebuah perniagaan?

 

Daripada persoalan ini, mungkin kita akan dengar feedback seperti tak ada masa, tak ada kepakaran, tak ada modal, tak ada peralatan yang sesuai dan sebagainya.

 

Adakah ini semua memang merupakan sebab-sebab yang VALID ataupun sekadar ALASAN untuk tidak memulakan sesebuah perniagaan?

 

Pada saya, kesemua isu-isu ini jadi tak penting, lebih-lebih lagi apabila kita mempunyai ready buyer untuk membeli produk yang bakal kita niagakan. Formulanya mudah sahaja, bila kita dah ada ready buyer, kita tahu produk yang bakal kita perkenalkan dah tak perlu nak lalui proses marketing dengan susah-payah, maka dengan sehabis baik kita akan pastikan apa yang kita rancangkan dapat dilaksanakan.

 

Apa nak dikhuatirkan? Sebabnya bila transaksi dah complete, kita pasti akan terima bayaran. Kita akan dapat habuannya. Hanya apabila kita perlu mula jalankan sesuatu perniagaan dari zero, dengan tak ada produk, tak ada modal, tak ada pelanggan, barulah waktu tu akan keluar macam-macam alasan bagi justify diri kita untuk tidak terlibat dalam mana-mana bidang perniagaan.

 

Potensi dalam perniagaan printing di Malaysia

Bukan semua orang akan berjaya dalam perniagaan ini. Sama seperti lain-lain jenis perniagaan yang ada dalam dunia ini, tak kiralah sama ada ianya perniagaan emas, simkad atau perniagaan buku. Sama sahaja.

 

Akan tetapi, jika anda berada dalam kedudukan yang tepat, iaitu anda mempunyai akses untuk mendapatkan ready buyer, maka ini adalah peluang perniagaan yang tak seharusnya anda sia-siakan.

 

Apa perniagaannya TAK PENTING

… sebab yang lebih penting dari itu ialah, ianya HALAL dan boleh buat duit. Tak kisahlah sama ada ia perniagaan printing, perniagaan berasaskan makanan, servis dan sebagainya. Cuba lihat disekeliling anda… ada tak pasaran ataupun permintaan daripada masyarakat sekeliling untuk mendapatkan produk-produk dalam perniagaan berasas percetakan?

 

Sama ada jersi, baju t-shirt, kad jemputan kahwin, kad raya, sampul duit raya dan banyak lagi. Apa sahaja yang boleh dicetak ia boleh dijual… yang penting sekali ialah wujudnya permintaan.

 

Bila anda dah temui permintaan untuk satu-satu produk berasaskan percetakkan, jangan pulak pada waktu tu, anda tak ada kemahiran dan pengetahuan untuk buat duit dengan bisnes printing ni. Anda RUGI kalau begitu.

 

Nak belajar bisnes printing tapi tak ada guru?

Anda lihat ada orang yang berjaya dalam perniagaan printing. Daripada pemerhatian, memang terbukti individu tersebut berjaya dalam bidang ini.

 

Agak-agak anda la kan, kalau anda tanya dia, dan mintak dia ajar segala ilmu yang dia ada tentang bisnes printing ni, dia nak ajar tak?

 

Most likely… the answer is NO.

 

Sibuk buat duit, tak ada masa nak mengajar

Ini yang banyaknya berlaku kepada para usahawan. Masa mereka telah pun penuh untuk mengambil order dan proses order daripada para pelanggan. Alih-alih anda datang dan nak tanya kat mereka, macam mana nak buat duit dalam bisnes printing.

 

Daripada dia buang masa dia nak layan anda, nak ajar anda, kan lebih baik dia gunakan masa yang ada untuk bersama dengan pelanggan dan klien. Sudah tentu lepas ni dia ada peluang yang lebih baik untuk dapat projek-projek yang lebih besar lagi.

 

Apa untungnya dia nak ajar anda yang satu hari nanti, boleh jadi anda akan jadi pesaing bagi diri dia. Lagi satu, kalau dia ajar anda, apa jaminan yang anda akan beri komitmen pada apa yang diajarkan? Tak ada jaminan pun.

 

Situasi yang sama yang saya hadapi. Kadang-kadang akan ada beberapa individu yang kononnya nak belajar dari saya macam mana nak buat duit dengan program affiliate. Tetapi dari segi komitmen dan kesungguhan dia untuk belajar… maaf saya tak nampak adanya kesungguhan tu.

 

Jadi, daripada saya buang masa dia, dan dia buang masa saya, lebih baik saya suruh dia cari panduan yang dijual di pasaran sama ada buku fizikal ataupun ebook untuk dia rujuk.

 

Sama la situasinya dengan nak buat duit dengan bisnes printing ini. Kalau nak belajar, belajarlah dari orang yang memang buka peluang untuk belajar… dan eksklusif untuk belajar tentang bisnes printing ni, anda boleh belajar dari pihak 1StopPrinting.

 

Boleh juga kalau nak baca post saya sebelum ini yang berjudul

Panduan LENGKAP strategi menjalankan bisnes printing TANPA MODAL

 

Dalam tu saya ada ceritakan beberapa trik, teknik dan strategi nak jalankan bisnes printing walaupun anda tak mempunyai modal, tak ada peralatan, tak kemahiran dan tak ada pengetahuan tentang bisnes printing. Bukankah memang ini tujuan orang beli panduan? Sebab dia tak ada kemahiran dan tak ada pengetahuan… dan dia beli panduan sebab nak belajar.

 

Komisyen affiliate dari panduan bisnes printing tanpa modal

Bayaran komisyen sebanyak RM75 telahpun saya terima untuk bulan Oktober 2015 ini. Ini adalah komisyen kerana mempromosikan panduan yang mengajar untuk buat duit dengan bisnes printing.

 

 Sekiranya anda juga minat nak belajar macam mana nak buat duit dengan program affiliate, seperti yang saya sedang lakukan sekarang ni, boleh baca panduan yang saya tulis ini.

 

Ya

 

Saya tak buat kelas. Saya tak rakam video. Tapi saya ada tulis panduan, yang saya sendiri praktikkan apa yang saya tulis dalam panduan tersebut.

 

Jika anda minat nak belajar cara saya promosikan produk-produk affiliate, boleh muat turun kat sini.

 

 

 

 

 

[monkeytools msnip=”http://memochimp.com/memo.php?u=870&p=1542″]

Exit mobile version