Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal May 2015

Adakah mustahil untuk anda menjalankan perniagaan anda sendiri dalam bidang percetakan walaupun anda tidak mempunyai sebarang modal untuk memulakan perniagaan tersebut?

 

Ramai menjadikan “tak ada modal” sebagai alasan untuk tak mulakan perniagaan sendiri sejak dari usia muda. Modal permulaan adalah satu perkara yang wajib ada untuk memulakan sesuatu bisnes. Kalau tak ada modal, memang agak payah untuk kita mulakan perniagaan kita sendiri.

 

Tetapi dewasa ni, kita dah boleh melibatkan diri dalam pelbagai peluang perniagaan walaupun kita tak mempunyai modal langsung ataupun hanya mempunyai modal yang sedikit. Ada pelbagai model bisnes yang anda boleh pilih, dan jika anda luangkan masa untuk buat kajian, anda akan dapati ada banyak peluang bisnes yang tak memerlukan anda untuk mengeluarkan modal langsung.

 

Salah satunya adalah menerusi bisnes percetakkan ataupun bisnes printing.

 

Macam mana caranya nak mulakan bisnes printing tanpa modal langsung? Ini anda boleh pelajari dari mereka yang memang buat duit dengan cara ini. Anda nak kenal dan nak belajar dari orangnya? Mari berkenalan dengan pemilik syarikat KNZ Creative Solution.

 

Bisnes pertama sebagai platform untuk membina pengalaman

Jika ini adalah bisnes pertama anda, ketahuilah, lazimnya bisnes pertama yang dilakukan tanpa ada pengalaman, ilmu dan strategi yang tepat, ia pasti akan gagal sepantas tahun pertama atau selewat-lewatnya tahun kelima. Jadi, sekiranya anda ingin memulakan perniagaan pertama anda, anda akan memilih perniagaan yang memerlukan modal yang tinggi atau nak terus mula menceburkan diri dalam perniagaan yang memerlukan modal yang minima atau yang tak memerlukan modal langsung?

 

Modal tinggi, bila bisnes gagal duit hangus pun banyak dan hati pun sakit. Bisnes yang tak memerlukan modal yang banyak, jika gagal sekalipun, hati tak sakit sangat dan sekurang-kurangnya anda masih untung sebab dapat pengalaman bisnes.

 

Komisyen affiliate bisnes printing tanpa modal May 2015

Alhamdulillah, untuk bulan May ni saya berjaya bantu pemilik perniagaan ni mendapatkan pelanggan untuk memiliki DVD Belajar Bisnes Printing Tanpa Modal dan mempelajari isi kandungan dan ilmu-ilmu bisnes dalamnya.

 

Upah bagi setiap jualan yang terhasil adalah sebanyak RM25.

 

Produk ni saya promosikan menerusi kaedah artikel advertorial. Saya tulis sebuah artikel khusus untuk mereka yang nampak peluang dan potensi dalam bisnes percetakkan. Saya tak terlalu mengharap yang artikel strategi buat duit tanpa modal dengan bisnes printing ni mendapat respons yang menggalakkan sehingga berjaya hasilkan jualan. Namun, bila dah memang itu rezeki untuk saya, Alhamdulillah, semoga Allah tambahkan lagi rezeki untuk saya.

 

Untuk anda yang ingin menceburi bidang percetakkan, jika anda baca blog ini, saya minta anda fikir masak-masak terlebih dahulu sebelum buat keputusan yang besar seperti nak menyewa premis perniagaan, beli atau sewa mesin, beli stok dan sebagainya. Jika ini adalah bisnes pertama anda, dapatkan dulu pengalaman dan cuba dapatkan dulu potential buyer sebelum anda terus nak invest untuk beli peralatan dan mesin.

 

Asas kejayaan dalam sesuatu bidang jualan ialah aktiviti pemasaran. Tanpa pemasaran, produk anda tak akan dikenali dan diketahui oleh target market anda. Jadi apa kata, sebagai peringkat permulaan, anda mahirkan dulu selok belok pemasaran, dapatkan sales yang konsisten lepas tu barulah anda bergerak secara full force dan beli atau sewalah peralatan yang anda rasakan sesuai.

 

Jika anda tak tau macam mana boleh dijalankan bisnes percetakkan tanpa menggunakan modal anda sendiri, ini lah jawapan bagi persoalan anda. DVD belajar bisnes percetakkan tanpa perlu keluar modal.

 

Semoga bermanfaat dan semoga anda bertambah kaya dan bergaya dengan bisnes printing.

 

 

Exit mobile version