Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal Februari 2015

“Pernah tak anda terfikir untuk jalankan perniagaan dalam bidang percetakkan?”

 

Perniagaan dalam bidang percetakkan adalah salah satu perniagaan yang menawarkan margin keuntungan yang tinggi. Saya pernah menulis tentang bisnes percetakkan dalam blog ni sebelum ni. Saya syorkan anda baca juga perkongsian saya sebelum ini yang berjudul

Panduan lengkap strategi menjalankan bisnes printing tanpa modal

 

Wah… betul ke bisnes printing boleh dijalankan tanpa perlu modal langsung ni?

 

Maksud tanpa modal di sini, bukanlah bermaksud bisnes ni tak perlu guna duit langsung. Bukannya begitu. Namun, jika anda menggunakan strategi dan teknik yang diajarkan oleh pihak www.1stopprinting.com.my, anda boleh mulakan bisnes ini tanpa menggunakan duit anda sendiri sebagai modal.

 

Baik.. mungkin anda ada persoalan. Kalau bisnes printing ni masih lagi perlu keluar duit, dan anda tidak perlu guna duit sendiri sebagai modal… duit siapa yang akan anda gunakan?

 

Bagus soalan tu.

 

Sebelum saya jawab soalan ini, boleh saya tahu, pernah tak anda buat tempahan untuk sebarang produk dari syarikat atau kedai yang menjalankan perniagaan berasaskan percetakkan? Sama ada produk dalam bentuk kad bisnes, kad kahwin, baju, button badge dan sebagainya? (produk dalam bidang percetakkan ni ada terlalu banyak).

 

Bukankah selepas anda buat tempahan, anda akan diminta untuk menjelaskan sebahagian kos atau kena bayar deposit terlebih dahulu.

 

Baik. Kalau anda nak tahu, duit deposit inilah yang akan anda gunakan sebagai modal pusingan untuk menyiapkan tempahan dari pelanggan.

 

Sesetengah kedai, ada yang mensyaratkan untuk membayar 50% deposit. Ada yang kena bayar FULL. Bergantung pada strategi perniagaan masing-masing.

 

Namun apa yang saya nak kongsikan dengan anda bukannya tentang standard practice yang sering diamalkan oleh kedai-kedai printing. Tidak. Sebabnya, kalau anda ingin contohi apa yang diamalkan oleh kedai-kedai printing, anda perlu keluar modal yang agak besar nanti.

 

Anda kena sewa premis perniagaan, kena upah pekerja, kena beli mesin dan sekurang-kurangnya kena beli komputer, software, printer dan sebagainya.

 

Kaedah buat bisnes printing cara 1 stopprinting ini bukannya begitu. Ianya lebih mudah, dan In Shaa Allah, jika dilakukan dengan betul, pulangannya adalah lebih banyak lagi. Anda juga tak perlu bayar kos-kos tambahan seperti sewa kedai, upah pekerja, maintenance dan sebagainya.

 

Sebarang pulangan dan hasil yang anda perolehi semuanya adalah untuk anda. Namun, untuk menjadikan bisnes anda lebih rancak lagi, adalah digalakkan untuk anda gunakan sebahagian daripada keuntungan tersebut untuk tujuan pemasaran.

 

Kekuatan dan saiz pendapatan anda nanti akan bergantung kepada seberapa banyak anda mampu buat pemasaran. Kita anggap macam ni, anda dah tak perlu nak sediakan bajet untuk beli mesin, upah pekerja dan sewa premis perniagaan, apa kata anda gunakan bajet tersebut untuk buat marketing sebanyak mungkin.

 

Kan lagi ramai orang tahu mengenai perkhidmatan yang anda sediakan, lagi tinggi potensi untuk anda dapat pulangan yang lebih lumayan.

 

Baiklah, dalam posting kali ini, saya sebenarnya nak kongsikan komisyen yang baru saya terima dari pihak 1 sotpprinting.

 

Kalau ikut rekod saya, ini sebenarnya adalah komisyen saya yang pertama yang saya terima dari syarikat tersebut. In Shaa Allah, lepas ni saya akan mula rekodkan setiap komisyen yang saya terima dari syarikat ini dari masa ke masa. Manalah tau, ada rezeki bolehlah dapat komisyen setiap bulan.

 

Jadi, mana-mana usahawan dan bakal usahawan yang minat nak ceburkan diri dalam bisnes printing, bolehlah dapatkan panduan ini.

 

Terutama sekali untuk mereka-mereka yang memang ada background art and design. Anda memang patut manfaatkan skil yang anda ada tu untuk buat bisnes. Kalau hal tentang modal yang anda risaukan, kini tak perlu gusar lagi, sebabnya anda boleh jalankan bisnes dalam bidang percetakkan ini dengan modal yang sangat kecil ataupun tanpa modal langsung.

 

…dengan syarat anda kenalah siap sedia untuk belajar cara urus perniagaan tersebut nanti ya.

 

 

Exit mobile version