Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal April 2015

Dua hari lepas, komisyen dari Program affiliate Ashadee dah selamat dibayar ke akaun saya. Perasaannya… cukup bermakna. Alhamdulillah syukur. Walaupun mungkin hasilnya bukanlah sebanyak mana, namun saya percaya, ini adalah satu permulaan yang baik dan pembakar semangat untuk saya teruskan usaha untuk tambahkan lagi banyak pendapatan lepas ni.

 

Tak apa, setidak-tidaknya saya ada lakukan sesuatu untuk menghadapi cabaran peningkatan kos hidup.

 

 

Kali ni saya nak cerita tentang satu panduan yang mengajar cara-cara untuk memulakan perniagaan dalam bidang percetakkan dengan modal yang sangat minima. Bisnes percetakkan ini sebenarnya sangat unik. Jika anda tahu selok belok perniagaan ini, anda sebenarnya boleh jalankan perniagaan dalam bidang percetakkan tanpa menggunakan duit anda sendiri.

 

… dan yang BESTnya duit keuntungan anda boleh simpan 100%. Nak tahu macam mana caranya?

 

Anda boleh dapatkan panduan yang telah pun disediakan dengan susah payahnya oleh pihak KNZ Creative Solution. Apa yang saya nak kongsikan dalam entri kali ini ialah berkenaan dengan bayaran komisyen yang telahpun dibayar kepada saya kerana mempromosikan produk DVD belajar bisnes printing tanpa modal ini.

Sebenarnya saya sendiri tak pernah merancang nak promosikan produk ni. Tetapi pada satu hari, pemilik produk ni ada menghubungi saya untuk mendapatkan khidmat artikel review dan advertorial dari saya.

 

Tak sangka, dengan bermodalkan satu artikel advertorial tersebut, terdapat beberapa jualan terhasil. Inilah salah satu kelebihan menggunakan kaedah penulisan artikel review dan advertorial untuk berniaga secara online. Kadang-kadang, hanya dengan berbekalkan satu artikel, ia sudah cukup untuk membantu anda mendapatkan jualan demi jualan secara pasif.

 

Jika anda belum pernah menggunakan kaedah pengiklanan advertorial untuk mempromosikan perniagaan anda, saya amat syorkan anda berbuat demikian. Walaubagaimanapun, anda mungkin tidak akan dapat lihat kesannya serta merta, itu saya pasti, tetapi jika anda berikan masa, kaedah pengikalan advertorial ini saya pasti dapat membantu anda mendapatkan jualan tambahan ketika lain-lain kaedah pengiklanan kelihatan kurang memberangsangkan.

 

Sekiranya anda ingin dapatkan perkhidmatan artikel advertorial dari saya, anda boleh hubungi saya pada bila-bila masa. In Shaa Allah, jika blog saya sesuai, dan jika produk yang anda ingin promosikan sesuai dengan niche blog ni, saya akan berikan bantuan yang terbaik untuk anda.

 

 

Exit mobile version