Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal December 2015

Nampak gayanya, makin hari makin ramai yang minat nak belajar macam mana nak jalankan perniagaan dalam bidang percetakkan. Boleh jadi, mereka semua ni dah mula nampak potensi yang besar untuk buat duit dalam bisnes berasaskan percetakkan ni.

 

Kenapa saya kata macam tu? … dan dari mana saya dapat tahu semua info ni?

 

Mudah sahaja. Baru-baru ni, saya terima lagi bayaran komisyen daripada pihak 1 stopprinting. Ini secara tak langsung menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya ada dua lagi usahawan dalam bidang printing bakal dilahirkan.

 

Saya akan dibayar komisyen sebanyak RM25 untuk setiap jualan yang berjaya saya hasilkan. Memandangkan saya dibayar RM50 pada kali ini, ini bermakna ada dua jualan yang berjaya dihasilkan.

 

Saya tak tau… bila agaknya usahawan dan bakal usahawan ini bakal memulakan perjalanan mereka dalam bisnes printing ini. Apa yang saya harapkan semoga mereka dapat manfaatkan dengan sepenuhnya panduan yang telah dibeli.

 

Mereka tak keseorang selepas dah dapatkan panduan ini. Sebabnya pihak 1stopprinting akan sentiasa berikan khidmat sokongan dan support sekiranya ada yang kurang faham.

 

… dah tentu, walaupun diberi sokongan yang banyak, para pembeli perlu berikan komitmen yang tinggi untuk melakar kejayaan dalam perniagaan ini.

 

Apa pun, jika anda merancang untuk mulakan perniagaan sendiri, dan anda masih belum tentukan lagi nak mulakan atau nak ceburi perniagaan apa, bolehlah pertimbangkan perniagaan dalam bidang percetakkan. Namun, saya ingatkan siap-siap, bukan semua orang akan berjaya dalam perniagaan ini.

 

Seperti mana-mana perniagaan yang menawarkan pulangan yang lumayan, persaingannya juga boleh jadi agak sengit. Masing-masing cuba untuk merebut market share dalam bidang ini.

 

Namun percayalah… rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Tak kiralah betapa bijaknya seseorang itu, atau betapa sengitnya persaingan, In Shaa Allah, jika Allah dah mentakdirkan sesuatu rezeki itu milik kita, ia akan tetap jadi milik kita.

 

Orang bisnes kena selalu dekat dengan Allah. Barulah rezeki itu berkat dan kita dapat selalu berlapang dada apabila apa yang berlaku tak seperti yang nafsu kita harap-harapkan.

 

Baiklah, untuk yang memerlukan panduan untuk buat bisnes printing, bolehlah dapatkan panduan ini. In Shaa Allah, berguna untuk anda.

 

 

Exit mobile version