Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Niaga Affiliate Ogos 2015

Ini adalah bayaran komisyen PERTAMA yang saya terima dari pihak Niaga Affiliate. Adakah ini merupakan kali pertama anda dengar apa itu Niaga Affiliate? Boleh klik sini untuk lihat laman web mereka.

Pendapatan SANTAI & LUMAYAN

Mungkin inilah dia Tagline untuk program affiliate di platform Niaga Affiliate. Walaupun BENAR anda memang boleh jana pendapatan yang lumayan dari program affiliate namun hasil yang bakal dinikmati oleh setiap orang adalah berbeza-beza. Konsep dia mudah sahaja. Siapa yang USAHA LEBIH maka dia layak untuk dapat lebih.

 

Berapa lama masa diambil untuk buat duit dengan Program Niaga Affiliate?

Saya daftar sebagai ahli pada bulan Julai, 31 haribulan yang lepas. Saya masih simpan lagi emel maklumat pendaftaran saya pada ketika itu.

 

Untuk promosikan program affiliate ini, saya gunakan dua kaedah sahaja. Pertama, kaedah Advertorial dan kedua, pemasaran emel. Memandangkan kawan-kawan kat Facebook saya ada ramai jugak yang promosikan program ini, jadi saya malas nak bersaing dengan mereka di gelanggang yang sama. Biarlah.. Nanti kalau saya promosikan kat FB jugak, kang buat semak newsfeed kawan-kawan saya yang lain je. Baik saya cari medium pemasaran yang lain.

 

Teknik iklan Advertorial

Tak ada yang bombastik sangat pun advertorial yang saya buat. Saya buat advertorial yang biasa-biasa sahaja, tetapi masih lagi menggunapakai teknik penulisan artikel advertorial yang convert kepada sales.

 

Sebelum saya buat promosi di mailing list saya, saya pastikan yang artikel advertorial khusus untuk produk ini saya dah pun siapkan terlebih dahulu. Bila dah siap, barulah saya blast emel promosi ke mailing list saya. Saya menggunakan JURUS DUA LANGKAH. Apa benda jurus dua langkah ni? Nantilah saya ceritakan.

 

Teknik Pemasaran Emel

Kalau anda RAJIN, sebenarnya anda boleh baca catatan-catatan saya yang sebelum ini berkenaan dengan pemasaran emel. Anda boleh baca dan boleh ikuti satu per satu apa yang saya buat semasa buat promosi di emel. Itu pun kalau anda rajin.

 

Satu benda yang saya suka dengan pemasaran emel ini ialah, anda boleh berkomunikasi dengan mailing list anda pada bila-bila masa yang anda suka. Anda boleh pilih sama ada nak hantar emel kepada subscriber anda sama ada sehari sekali, sehari dua kali, seminggu dua atau tiga kali dan sebagainya. Terpulang pada anda.

 

Selagi mereka (subscriber) masih lagi berminat untuk langgan emel-emel updates dari anda, selagi itu anda patut manfaatkannya. Cuma jangan melampaulah… itu sahaja.

 

JURUS DUA LANGKAH

Dalam emel promosi tersebut, pastikan anda masukkan dua LINK.

Pertama, masukkan direct link ke link affiliate anda.

Kedua, masukkan link terus ke artikel advertorial anda.

 

Link yang pertama khusus untuk mereka yang jenis tak cakap banyak. Dapat link, terus daftar. SELESAI. Akan tetapi, bukan semua orang macam ni. Ada juga yang akan buat research terlebih dahulu untuk memastikan mereka benar-benar faham apa itu program affiliate dan sebagainya. Untuk kategori subscriber seperti ini, saya sediakan link yang kedua, iaitu link ke advertorial.

 

Konsep dia mudah, jika link yang pertama tak cukup untuk buatkan subscriber tersebut join, maka saya masih ada peluang lagi pada link yang kedua. Mungkin dia perlukan maklumat lanjut sebelum nak join apa-apa program. Katakanlah, selepas dah baca dan dah faham advertorial yang saya hasilkan, pun masih lagi DEGIL tak nak join, maksudnya sama ada dia memang tak minat ataupun dia dah join dengan orang lain.

 

Jadi untuk menjawab soalan, berapa lama yang diperlukan untuk dapat bayaran dari program affiliate ni? Dalam kes saya, 15 atau 16 hari. Untuk orang lain, mungkin perlukan masa yang lagi panjang, ataupun lebih awal dari itu. Bergantung pada banyak faktor, antaranya faktor medium promosi yang anda gunakan.

 

Semalam Lee Hup Boon atau lebih dikenali sebagai Boon Lee dah pun buat bayaran ke akaun Maybank saya. Bayaran sebanyak RM33 untuk kerja-kerja promosi yang tak sesukar mana. Why not saya participate, kan? Ibarat macam dapat Ang Pow dari beliau.

 

Ini adalah program affiliate jenis Pay Per Lead. Dalam program ini, kita bantu pemilik program untuk kumpul list emel prospek untuk tujuan promosi bisnes beliau. Sebagai upah, satu emel kita akan dibayar sebanyak RM1.00

 

Jadi, lagi banyak emel yang anda berjaya kumpulkan, maka lebih besarlah potensi pendapatan yang anda bakal terima. Jika anda berminat nak buat duit, macam yang saya buat, bolehlah dapatkan akaun PERCUMA anda disini.

 

Panduan promosi juga disediakan, dan jika anda perlukan panduan yang saya sendiri hasilkan, boleh layari laman web Jurnal Pemasaran Affiliate.

 

Baiklah, selamat mencuba dan saya doakan semoga anda juga akan dapat merasa komisyen dari program affiliates ni nanti ya.

 

 

Exit mobile version