Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Live Streaming Profit Ogos 2015

Satu lagi komisyen affiliate yang saya terima bagi bulan Ogos 2015 ini datangnya daripada laman web Live Streaming Profit. Menerusi laman web ini, anda bukan sahaja boleh menikmati beratus-ratus channel sukan secara percuma dan menonton perlawanan-perlawanan menarik dari seluruh dunia, malah pada masa yang sama anda boleh belajar cara-cara buat duit pasif menerusi live streaming.

 

Teknologi live streaming kini mula mendapat tempat dihati para peminat sukan. Buktinya, setiap kali ada perlawanan sukan yang menarik melibatkan pasukan ternama, permintaan carian untuk kata kunci live streaming turut meningkat di google. Jadi, inilah dia peluang yang mungkin selama ni ramai yang tak perasan.

Macam mana sebenarnya nak buat duit dengan live streaming?

Sebelum ini saya pernah hasilkan satu artikel mengenai Live Streaming Profit.

Boleh baca: Live Streaming Profit: Review panduan buat duit melalui siaran streaming sukan

 

Kaedah pertama untuk buat duit dengan siaran live streaming adalah menerusi program pengiklanan. Saya dah ceritakan step by step dalam artikel tersebut. Kali ini saya tunjukkan pula kaedah kedua bagaimana nak buat duit dengan live streaming channel sukan. Cara tersebut adalah tak lain dan tak bukan adalah menerusi program referral.

 

Ini dia bayaran yang saya terima baru-baru ini.

 

Adakah anda ada masalah susah nak dapat komisyen affiliate atau tak pernah dapat komisyen langsung?

Selalunya kalau saya rasakan sesuatu produk tu susah nak dapatkan sales, ada beberapa perubahan yang saya akan lakukan, itupun setelah saya benar-benar yakin semua usaha promosi yang saya lakukan tak mendatangkan sebarang hasil.

 

Antaranya, inilah dia perubahan-perubahan yang boleh dilakukan

1. Ubah atau tambah produk baru dalam senarai produk affiliate untuk dipromosikan

2. Ubah audience ataupun target market

3. Ubah pendekatan atau sekurang-kurangnya pelbagaikan cara penjualan

4. Ubah cara dan medium promosi

 

(1) Ubah atau tambah produk baru dalam senarai produk affiliate untuk dipromosikan

Pada waktu catatan ini saya tulis, saya mempunyai sekurang-kurangnya 15 senarai produk yang menawarkan program affiliate yang saya promosikan secara aktif. Adakah kesemua 15 produk ini boleh menyumbang kepada sales? Jawapannya YA dan tidak.

 

Suatu produk tidak akan kekal relevan sampai bila-bila. Akan tiba juga satu masa, orang dah tak minat nak beli sesuatu produk. Sesuatu produk tu bagus untuk dipromosikan sewaktu ianya masih baru dan persaingan untuk merebut sales juga masih lagi berada di tahap yang sangat rendah.

 

Jika anda ingin bergiat dalam bidang seperti ini, penting untuk anda ketahui apa produknya yang anda bakal promosikan secara aktif. Pantau perkembangan dan prestasi produk tersebut. Setengah produk, ada juga yang tak perlu dipromosikan sebab walau promosi macam mana sekali pun ia tetap tak akan dapat dijual.

 

(2) Ubah target market

Anda nak jual sesuatu produk tu kepada siapa? Golongan ibu? Surirumah? Eksekutif? Cikgu-cikgu? Pelajar dan sebagainya.

 

Faktor harga juga turut main peranan untuk dapat sales ataupun tidak. Jika produk terlalu mahal, ataupun diluar kemampuan target market anda, anda juga mungkin akan hadapi kesukaran untuk buat sales.

 

Panduan live streaming profit ini dijual dengan harga RM28 sahaja, dan ia mungkin adalah salah satu panduan yang mudah untuk dapat jualan. Jika anda masih belum memiliki panduan ini, boleh download Panduan Live Streaming Profit disini.

 

(3) Ubah pendekatan promosi yang anda gunakan

Kalau sebelum ni, anda kerap gunakan pendekatan “nak jual” kali ini anda ubah kepada “nak berkongsi”. Memang ada perbezaan yang ketara antara orang yang cuma nak dapatkan jualan sebagai matlamat utama dengan orang yang cuma nak kongsikan peluang.

 

(4) Ubah cara dan medium promosi

Jangan cuma bergantung pada satu medium promosi sahaja. PELBAGAIKAN. Kadang-kadang promosi di FB tak beri sebarang hasil. Jadi kita tukarkan kepada promosi mengguna list misalnya. Tetapi, kalau anda cuma tahu promosi dengan satu cara sahaja, agak sukar untuk anda pelbagaikan kaedah promosi nanti.

 

Baiklah, jika anda masih sangat baru dalam bidang ini dan minat untuk dalami lagi proses buat duit dengan program affiliate, bolehlah download panduan buat duit dengan program affiliate yang pernah saya hasilkan sebelum ini. Boleh download disini.

 

Terima kasih kerana membaca, dan semoga tips ringkas ini ada serba sedikit manfaat buat anda ya.

 

 

[monkeytools msnip=”http://memochimp.com/memo.php?u=870&p=1546″]

Exit mobile version