Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Live Streaming Profit Oktober 2015

Sebelum bulan Oktober 2015 melabuhkan tirainya dan pergi meninggalkan kita semua buat selamanya, rupanya ada satu berita gembira yang disampaikan.

 

Ya berita ini adalah berita yang cukup menggembirakan untuk saya.

 

Ini adalah komisyen affiliate yang terakhir yang saya terima untuk bulan Oktober 2015. Kali ini, disumbangkan oleh laman web Panduan Buat Duit Dengan Live Streaming.

 

Tonton siaran sukan secara live streaming adalah suatu trend yang semakin popular

Bukan semua perlawanan sukan akan disiarkan di televisyen. Ada macam-macam sebab kenapa sesuatu perlawanan tidak disiarkan di TV. Salah satunya adalah kerana stesen tv tidak mendapat HAK PENYIARAN untuk sesebuah perlawanan sukan yang dilangsungkan.

 

Dalam situasi ini, jika anda adalah seorang yang benar-benar meminati sukan, pilihan anda adalah sama ada melanggan satellite TV seperti Astro ataupun menonton perlawanan sukan tersebut di kedai mamak.

 

Sekarang anda ada lagi satu opsyen tambahan…

Ini BERITA BAIK untuk anda.

 

Cuba anda bayangkan… bila anda pergi ke kedai mamak, alih-alih kedai tu bukak channel lain. Apa perasaan anda? Anda dah berkobar-kobar nak tengok pasukan kesukaan anda beraksi, tiba-tiba mamak tu pasang channel lain la pulak yang perlawanan dijadualkan pada waktu yang sama.

 

Kalau dulu, anda memang tak ada pilihan, melainkan untuk redha je.

 

Sekarang tidak lagi. Sebabnya, anda boleh tonton sebarang sukan, sebarang pasukan secara LIVE STREAMING sahaja.

 

Pastikan anda ada internet, laptop atau sekurang-kurangnya smartphone. Anda dah boleh tonton perlawanan sukan secara live streaming. Lagi satu berita baik untuk anda ialah, anda boleh tonton channel dan perlawanan sukan dari seluruh dunia.

 

Sesetengah perlawanan, tak ada pun disiarkan di Astro.

 

Jadi lepas ni, hanya melalui live streaming, anda boleh tonton sama ada menerusi tablet, smartphone dan juga komputer peribadi anda. Jika anda mempunyai ketiga-tiga device yang saya sebutkan ini, anda boleh tonton 3 perlawanan berbeza dalam satu masa tanpa sebarang masalah.

 

Inilah kelebihannya menonton secara live streaming. Oh by the way, saya ada ceritakan yang tonton secara live streaming ni sebenarnya PERCUMA sahaja? Apa yang anda perlu bayar hanyalah kos langganan internet ataupun data. Itu sahaja.

 

“Itu cerita tentang tonton perlawanan sukan secara Live Streaming…”

Sebelum ni, saya tak pernah ambil kisah pun tentang kewujudan teknologi live streaming ini. Hinggalah pada satu hari, saya didedahkan dengan potensi untuk buat duit dengan live streaming sukan.

 

Baca: Live Streaming Profit: Review panduan buat duit melalui siaran streaming SUKAN

 

Dari segi teori, anda memang boleh buat duit yang lumayan dengan live streaming. Tetapi, kalau dari segi praktikal, mungkin ada beberapa strategi, teknik dan taktikal yang kurang menjadi dicampur dengan faktor-faktor persaingan yang membuatkan apa yang kita rancangkan on paper kurang berkesan.

 

Apa pun, dari eksperimen yang saya buat, nampaknya kaedah buat duit dengan cara ini memang praktikal dan bukannya suatu yang mustahil. In Shaa Allah, semua orang yang berusaha dan fokus pasti boleh berjaya.

 

Mudah-mudahan untuk bulan November 2015 nanti, ada lagi rezeki untuk saya menerusi live streaming ni.

 

Jika anda juga berminat nak buat duit dengan live streaming, boleh belajar dari cikgu saya kat sini. Saya pun belajar dari dia juga.

 

Exit mobile version