Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Live Streaming Profit September 2016

Rasanya macam dah agak lama saya tak update tentang potensi buat duit menerusi Live Streaming Channel sukan dalam blog ini. Pendapatan dari projek Live Streaming ni masih ada masuk lagi, walaupun tak banyak.

 

Semuanya ada kena mengena dengan usaha yang saya sendiri lakukan. Memandangkan projek Live Streaming ni bukannya projek utama saya, jadi saya sendiri agak jarang bercerita tentang projek ini. Bila kurang bercerita, kurang hebahan dan publisiti, maka pendapatan yang dapat dihasilkan juga tak adalah begitu banyak.

Apapun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, saya masih dapat hasilkan pendapatan menerusi projek Live Streaming ini.

 

Kebanyakkan bisnes yang hebat-hebat yang ada atas muka bumi ini, ia bermula dengan cetusan idea. Idea tersebut kemudian diperhalusi, diterjemahkan dalam bentuk rancangan perniagaan, sebelum ianya diterjemahkan dalam bentuk yang nyata.

 

Sekiranya idea tersebut masuk akal, munasabah, boleh dijalankan, tidak mustahil dan yang paling penting, ianya menguntungkan, maka dari situ kita ada asas yang kuat untuk buat keputusan sama ada nak jalankan perniagaan tersebut atau sebaliknya.

 

Peraturan yang sama juga terpakai untuk situasi projek Live Streming Profits ini. Sebelum anda nak buat keputusan, sama ada anda nak buat projek ini ataupun tidak, ada beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan terlebih dahulu.

 

Jangan hadkan pemikiran anda setakat persoalan “susah ke senang nak buat duit dengan live streming ni?”.

 

Benda akan jadi susah, kalau anda tak ada ilmu. Sebaliknya, setiap yang susah akan beransur-ansur menjadi lebih mudah apabila anda sudah tahu bagaimana cara nak lakukannya, dan apabila anda buat benda yang sama setiap hari secara konsisten. Lama kelamaan anda juga akan jadi mahir. Nah… benda yang sebelum ini susah bakal menjadi mudah akhirnya.

 

Persoalannya ialah, sanggupkah anda melalui fasa untuk bersusah payah terlebih dahulu untuk belajar benda yang anda tak tau sebelum ini? Jangan risau, sebabnya jika anda mahu, anda boleh belajar cara nak buat duit dengan Projek Live Streaming ni di sini. Muat turun panduan tersebut disini.

 

Ini adalah bayaran komisen yang baru sahaja saya terima.

 

Kalau melihatkan pada angka yang saya terima, ia memang tidaklah banyak mana. Namun pada saya, ia sangatlah besar maknanya. Sebab saya tahu, bukan senang-senang orang nak bagi kita duit begitu sahaja.

 

Bagaimana sebenarnya konsep buat duit dengan siaran Live Streaming?  

Pernahkah anda terfikir, bagaimana agaknya cara stesen TV menjana pendapatan? Kalau stesen TV berbayar, kita sedia maklum, yang mereka buat duit daripada yuran langganan yang dibayar oleh para pelanggan mereka. Bagaimana pula halnya dengan stesen TV percuma?

 

Jawapannya adalah dengan menyiarkan iklan dari pihak ketiga.

 

Ya, begitulah juga konsep yang dibawakan dalam projek buat duit dengan live streaming channel sukan ini. Kita akan mengeksploitasi kegemaran sesetengah orang yang cukup suka mengikuti rancangan sukan secara live streaming, dan sebelum mereka dapat akses dan menonton perlawanan tertentu, mereka perlu lihat iklan kita terlebih dahulu.

 

Maka dari situ datangnya pendapatan kita.

 

Cara untuk mendapatkan penonton juga tidaklah begitu sukar. Anda hanya perlu sebarkan link unik channel sukan anda ke seberapa banyak medium yang boleh. Semuanya ada diterangkan dalam panduan ini.

 

Saya berpendapat ada baiknya anda belajar terus dari Faizi Shukor selaku pengasas panduan ini daripada anda belajar dari saya.

 

Bagaimana? Adakah anda berminat nak buat duit dengan cara ini? Jika jawapan anda adalah ya, bolehlah muat turun panduan ini, hadam dan segera praktikkan.

Baca juga: Live Streaming Profit: Review panduan buat duit melalui siaran streaming SUKAN

 

Exit mobile version