Blog Sabree Hussin

Live Streaming Profit: Review panduan buat duit melalui siaran streaming SUKAN

Pada waktu catatan ini ditulis, laman web Live Streaming Profit merupakan satu-satunya laman web yang menyediakan panduan tentang teknik dan strategi bagaimana untuk buat duit menerusi channel sukan dalam bahasa Melayu.

 

Terdapat sekurang-kurangnya 8 jenis sukan yang boleh ditonton siarannya secara live streaming. Dalam review ini, saya akan lebih fokuskan kepada siaran sukan bola sepak sahaja. Kebetulan pada tarikh catatan ini dibuat, 30 Julai 2015, akan diadakan perlawanan persahabatan diantara pasukan Real Madrid menentang AC Milan pada jam 8.00 malam waktu tempatan.

 

Selain sukan football, anda boleh juga tonton siaran sukan hockey, Tennis, Basketball, Golf, Cycling, moto dan sebagainya. Dalam banyak-banyak sukan ni, football adalah sukan yang boleh katakan setiap hari akan ada perlawanan. Ini salah satu sebab kenapa saya nak fokuskan pada sukan football. Namun bukanlah bermaksud sukan lain kurang menguntungkan jika anda nak buat duit.

 

Buat masa sekarang ni, saya percaya belum ramai yang buat duit dengan kaedah ini. Untuk setengah orang, mereka mungkin tak tau, dengan cara ini, mereka boleh buat duit. Artikel ni saya catatkan selepas saya sendiri buat eksperimen dengan teknik yang diajarkan. Sila abaikan angka-angka yang saya tunjukkan. Apa yang penting sekali ialah, sama ada dengan cara ni boleh buat duit atau tidak.

 

Dalam panduan Live Streaming Profit, anda akan didedahkan dengan dua kaedah buat duit dengan channel sukan. Saya akan fokuskan pada kaedah pertama sahaja, iaitu menerusi medium pengiklanan ataupun advertising. Untuk kaedah yang kedua, jika anda benar-benar minat nak belajar dan nak tahu, saya syorkan anda dapatkan panduan tersebut.

 

Bukti teknik live streaming boleh buat duit

Kat bawah ni adalah screenshot income ketika saya baru mendaftarkan akaun ke program pengiklanan ni. Anda boleh lihat, pendapatan saya ialah $0.00000

 

Kemudian, saya terus mempromosikan link channel sukan tersebut dan hasilnya

 

Beberapa minit sebelum entri ni saya catatkan, sekali lagi saya semak prestasi pendapatan yang saya perolehi menerusi program pengiklanan tu tadi. Nampaknya ada sedikit peningkatan (walaupun tak banyak mana). Setidak-tidaknya matlamat saya tercapai. Saya nak buktikan yang melalui kaedah ini, memang boleh buat duit.

Saya percaya, jumlah ini akan meningkat naik dan terus naik setiap hari. Sampai cukup masa, saya hanya perlu collect sahaja payment dari syarikat pengiklanan ini.

 

Kelebihan buat duit menerusi live streaming

Pertama sekali, anda tak perlu tahu programming

Ya.

Anda tak perlu handle kod-kod HTML yang mungkin akan memningkan kepala anda. Anda tak perlu sentuh sebarang kod pun untuk buat duit dengan live streaming.

Saya juga tak sentuh sebarang kod programming yang memeningkan kepala untuk dapatkan hasil daripada program ini.

 

Kedua, anda tak perlu beli website domain dan hosting

Tiada sebarang pembelian tambahan diperlukan.

Anda tak perlu bina website. Tak perlu maintain fanpage.

Walaubagaimanapun, jika anda ingin buat duit untuk long term, saya berpendapat jika anda bina website sendiri, ia mungkin beri lebih kelebihan untuk anda.

 

Ketiga, tak perlu buat jualan

Saya tahu, ramai yang tak suka bila kena buat jualan. Almaklumlah, jika anda perlu buat jualan baru boleh dapat pendapatan, anda terpaksa buat banyak jualan barulah akan dibayar. Tetapi dalam konteks buat duit menerusi kaedah pengiklanan seperti yang diajar dalam panduan Live Streaming Profit, anda tak perlu terlibat dalam sebarang aktiviti jualan pun untuk buat duit.

 

Keempat, ianya begitu mudah untuk buat duit sebabnya anda hanya perlu kongsikan link live streaming sahaja

Anda hanya perlu kongsikan link live streaming unik anda, dan anda akan dibayar mengikut jumlah views yang anda perolehi. Formulanya mudah sahaja, lagi ramai orang tonton live streaming menerusi link unik milik anda, lagi banyak anda akan dibayar.

 

Kelima, anda akan dibayar dalam matawang USD

Ini peluang anda untuk nikmati pendapatan dalam matawang USD. Sangat mudah.

Kalau sebelum ni, anda tak tau macam mana nak buat duit dalam matawang USD, kali ni jalannya dah pun ditunjukkan kepada anda. Tinggal buat sahaja.

 

Kajian kata kunci “Football Live Streaming”

Saya akan extract maklumat daripada database google untuk kajian kata kunci ini. Tujuan kajian katakunci ni adalah untuk mendapatkan gambaran, sejauh manakah kata kunci ini popular di seluruh dunia.

 

Berikut adalah screenshot hasil carian kata kunci dan kata kunci berkaitan.

Setiap bulan terdapat sekurang-kurang 720 carian untuk kata kunci “football live streaming” dan berikut pula adalah data yang lebih terperinci yang mengandungi kata kunci berkaitan. Angka disebelahnya mewakili jumlah carian dalam sebulan.

 

Lihat yang saya highlight dengan warna biru. Kata kunci tersebut mempunyai bilangan carian yang agak tinggi dalam masa sebulan.

Pada asasnya, kajian kata kunci ni kita buat bagi melihat sama ada kata kunci tertentu ada permintaan dan ada carian atau tidak di laman web carian google. Daripada data-data yang diperolehi ni, terbukti memang ada carian, dan sesetengah kata kunci mempunyai jumlah carian yang agak besar setiap bulan. Ini adalah salah satu signal positif yang menunjukkan kata kunci ini memang boleh buat duit.

 

Istimewa untuk kata kunci “world cup football live streaming” , kata kunci ni akan mendapat demand yang sangat tinggi terutama sekali bila musim world cup bermula nanti. Carian untuk kata kunci tersebut tak mustahil untuk meningkat 100 kali ganda bila tiba musim world cup.

 

Siapa yang sesuai buat duit USD dengan cara Live Streaming Profit ini?

1. Mereka yang suka mengikuti perkembangan sukan

2. Mereka yang mempunyai fanpage sukan ataupun laman web niche sukan

3. Mereka yang tak pernah rasa income dalam matawang USD

4. Mereka ingin tambahkan portfolio kewangan sedia ada

5. Mereka yang sukakan cabaran nak ingin cuba sesuatu yang baru

 

Adakah anda ingin memaksimakan lagi pulangan dan pendapatan yang boleh dijana dengan live streaming?

Hanya dengan ikuti langkah demi langkah yang diajar dalam ebook Live streaming Profit dah cukup untuk bantu anda buat duit. Tetapi, untuk memaksimakan pendapatan, saya cadangkan anda buat seperti yang saya buat ni.

 

Pertama sekali, buat laman blog percuma menggunakan blogspot. Saya ada senaraikan beberapa kata kunci yang mempunyai carian yang agak tinggi setiap bulan, yang ada kaitan dengan kata kunci football live streaming. Gunakan sahaja mana-mana satu yang anda rasakan sesuai.

Kenapa saya wujudkan laman web blogspot?

Jawapan: Untuk tujuan SEO dan juga untuk tarik trafik dari laman web search engine google. Saya yakin, bila kita selalu update blog tersebut, satu masa nanti, laman blog tersebut akan terus dikunjungi oleh pelawat dari search engine.

Bila ini berlaku, saya dah tak perlu susah payah lagi promosikan link channel sukan saya. Waktu tu, saya dah boleh buat duit secara autopilot.

 

Kedua, hasilkan fanpage khas untuk tujuan promosi link live streaming channel sukan anda.

Apa fungsi fanpage Football Live Streaming Match ni?

Jawapan: Saya sedang mempertimbangkan untuk gunakan FB Ads untuk dapatkan lagi banyak view. Terutama sekali bila ada perlawanan yang menarik. Bila ada Fanpage, ia akan lebih memudahkan saya untuk dapatkan penonton dari laman web FB.

 

Bagaimana dengan kualiti siaran live streaming?

Screenshot ni saya ambil dari perlawanan bola sepak yang saya tonton secara live streaming. Disebabkan pergerakkan setiap pemain yang laju, agak susah saya nak dapatkan screencapture yang sharp. Tetapi tak ada masalah, sebabnya anda boleh nilaikan sendiri disini.

 

Kualiti siaran live streaming dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti

1. Kelajuan internet penonton

Jika gambar sangkut-sangkut, maksudnya internet anda yang slow

 

2. Liga dari negara mana

Ada setengah negara, angle kamera mereka memang tak berapa cantik. Yang ni kalau tengok kat Astro HD pun sama jugak.

 

Adakah live streaming akan menggantikan satelit dan cable tv network?

Mungkin. Ianya suatu yang tak mustahil. Sekarang ni pun, dah ramai yang lebih suka menonton siaran perlawanan bola sepak secara live streaming sahaja di laptop, dan peranti pintar masing-masing daripada melanggan servis dari satelit dan cable tv.

 

Nak lepak di kedai mamak? Masa bujang boleh la. Bila dah kahwin, berapa ramai sangat yang ada masa nak keluar malam dan lepak dengan kawan-kawan? Jadi, sedikit sebanyak, dan secara perlahan-lahan, trend untuk peminat sukan untuk mengikuti sukan kegemaran mereka beralih kepada live streaming. Asalkan ada sambungan internet, anda dah boleh tonton siaran sukan kegemaran anda.

 

Berminat untuk dapatkan panduan penuh Live Streaming Profit?

Klik sini. Ini adalah panduan buat duit. Saya ulangi sekali lagi, ianya adalah PANDUAN. Anda tak akan dapat duit kalau sekadar download PANDUAN ini tetapi tak ada inisiatif untuk jalankan. Daripada pengalaman saya yang tak seberapa ni, saya melihat, anda perlu peruntukkan sekurang-kurangnya 15 – 30 minit setiap hari untuk buat duit dengan jayanya menerusi sistem ini.

 

Bahagikan masa anda untuk

1. Menyemak jadual perlawanan setiap hari di seluruh dunia

2. Share link untuk menonton perlawanan tersebut

3. Promosikan link tersebut. Kalau anda ada FB, promosikan kat FB, kalau ada twitter promosikan kat twitter.

4. Ada match besar yang best, orang pasti akan tonton.

5. Semak akaun anda dan lihat berapa banyak income dah terhasil.

 

Rasanya tak perlu kot saya nak ingatkan, ini bukan skim cepat kaya, sistem piramid, skim cari downline upline dan sebagainya kan ha ha

 

Apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada rakan Internet Marketer saya, tuan Faizi Shukor kerana menghasilkan panduan buat duit dengan cara yang saya kira UNIK dan lain dari yang lain ni. Kalau tak salah saya, beliau mungkin orang pertama kot yang tulis panduan macam ni.

 

Baiklah, semoga review ini bermanfaat dan membantu anda untuk buat keputusan. Jom jana wang dalam matawang USD.

 

 

Exit mobile version