Blog Sabree Hussin

Ketahui 6 tips mudah yang telah bantu saya hasilkan komisyen 3 angka dengan jobdirumah pada bulan December 2015

“Bagaimana nak hasilkan komisyen ataupun income sehingga 3 angka dengan Jobdirumah dalam masa 30 hari?”

 

Komisyen dari pihak Jobdirumah yang saya terima bagi bulan December 2015 mencatatkan jumlah  yang sedikit tinggi kalau nak dibandingkan dengan bulan-bulan sebelumnya.

Baca: Komisyen affiliate jobdirumah December 2015

 

Semuanya berpunca daripada saya sendiri yang mula rasa kurang puas hati dengan pencapaian saya yang agak buruk dalam program ini. Setiap bulan, saya hanya berjaya perolehi kurang daripada 3 angka, dan paling buruk serta komisyen paling rendah yang pernah saya dapat, jumlahnya hanyalah RM25 sahaja.

 

Bermula dari situ saya nekad untuk lakukan sesuatu. Ini tak boleh jadi. Orang lain boleh dapat sampai 3 – 4 angka dengan jobdirumah, tak akan saya tak boleh dapat pulak kan. Maka, sepanjang bulan November 2015, saya ubah serba sedikit pendekatan dan mula lakukan sesuatu yang lebih agresif.

 

Dengan harapan, eksperimen dan ikhtiar ini akan berjaya. Saya tetapkan target untuk dapatkan sekurang-kurangnya RM100 dari pihak Jobdirumah.

 

Hei… RM100 pun still consider 3 angka juga tau!

 

Jadi kali ini, saya nak kongsikan, apa yang saya dah lakukan sepanjang bulan November 2015 selama 30 hari untuk naikkan komisyen yang saya terima dari hanya 2 angka kepada 3 angka… atau lebih tepat lagi, daripada hanya RM25 kepada RM175.

 

Masa 30 hari ini saya kira bermula selepas pihak Jobdirumah membayar komisyen kepada saya pada bulan November 2015 hinggalah ke bulan December 2015. Approximately ada dalam 30 hari jugak tu.

 

Jadi inilah dia yang saya buat!

 

1. Tulis lebih banyak artikel mengenai jobdirumah dan peluang buat duit dengan jobdirumah

Bukan sekadar artikel biasa-biasa, tetapi artikel berbentuk promosi, artikel pemberitahuan, artikel yang menceritakan pengalaman dengan jobdirumah, artikel berbentuk review, dan juga artikel advertorial.

 

Pada masa ni, saya ambil pendekatan untuk tidak terlalu memilih. Asalkan ada idea sikit je tentang jobdirumah, saya akan terus tulis. Tak kisahlah idea tu macam bodoh ke, mengarut ke, atau whatever. Saya tulis dan share sahaja.

 

Sebab pada waktu tu, apa yang saya nak capai ialah

1. Saya nak banyakkan konten dalam bentuk artikel mengenai jobdirumah

2. Saya nak dapatkan seberapa banyak idea yang fresh dan unik tentang jobdirumah

 

Saya tahu, artikel yang saya tulis ada potensi untuk tidak dibaca. Namun, kalau ditakdirkan, ada yang tersesat dan terjumpa laman blog saya setelah mencari info tertentu dengan bantuan laman web carian seperti google dan yahoo, lalu berakhir ke blog saya…

 

Ya! Orang macam ni yang saya mahukan. Orang seperti ini yang selalunya akan jadi pembeli dan menyumbangkan komisyen kepada saya.

 

Kita tak perlu ramai orang seperti ini.

 

Kalau boleh dapat dalam 4 orang dalam masa 30 hari pun dah cukup untuk bantu kita dapat komisyen 3 angka, atau sekurang-kurangnya RM100 dengan jobdirumah.

 

2. Buat satu laman blog khas untuk mempromosikan jobdirumah

Sebenarnya dari segi kuantiti atau bilangan, ianya terpulang kepada anda. Anda boleh bina satu, tiga, lima atau jika anda mampu, nak bina sehingga 100 blog juga tak jadi masalah.

 

Blog ini ibarat channel.

 

Jika anda adalah seseorang yang mempunyai stesen TV, berapa banyak siaran yang anda mahukan? Lagi banyak siaran ataupun channel, lagi cerah peluang untuk buat lagi banyak duit. Biasanya ia memang begitu.

 

Dalam situasi saya pula, saya daftarkan beberapa blog baru khusus untuk mempromosikan jobdirumah. Saya guna servis percuma sahaja daripada blogspot.com dan juga wordpress.com

 

Kalau anda ada bajet lebih, boleh juga dapatkan nama domain dan juga hosting. Atau kalau cuma nak dapatkan nama domain sahaja, tetapi masih lagi menggunakan hosting percuma dari blogspot sahaja pun boleh. Kalau anda tak tau, macam mana cara nak guna custom domain untuk blogspot, boleh baca artikel saya sebelum ini berjudul

klik: Cara beli domain profesional untuk blog percuma blogspot

 

Setelah mempertimbangkan opsyen yang saya ada, saya buat keputusan untuk guna sahaja servis yang percuma. Saya mungkin akan sibuk nak buat benda lain satu masa nanti, jadi rasanya macam tak berbaloi kalau nak sewa nama domain dan hosting. Dalam hati ada sedikit rasa bimbang laman web tu akan terbengkalai ditengah jalan nanti.

 

3. Kongsi artikel di media sosial

Media sosial ni dah macam tempat promosi PERCUMA. Untuk orang-orang yang dalam kepalanya langsung tak pernah terlintas pun nak buat duit di internet, mungkin mereka tak kisah nak habiskan masa di media sosial semata-mata untuk jadi seorang yang busy body nak tau apa yang kawan dia makan, kat mana kawan dia pergi bercuti dan nak tau siapa yang sambut hari kelahiran mahupun yang menamatkan zaman bujang.

 

Akan tetapi, untuk orang yang ada matlamat nak buat duit online, semua perkara-perkara yang saya sebutkan tu hanya akan mencuri masa dan tumpuan kita semata-mata.

 

Jadi ada baiknya, kali ini kita ubah sedikit pendekatan. Gunakan media sosial untuk promosikan bisnes ataupun apa-apa sahaja yang boleh beri keuntungan buat kita. Bukan kena bayar pun. PERCUMA je kot…

 

4. Kongsi artikel di google+

Google+ adalah laman media sosial yang dibangunkan oleh pihak Google. Walaubagaimanapun, fungsinya masih agak jarang dimanfaatkan oleh para penggunanya.

 

Walaubagaimanapun, dalam situasi saya, saya dapati google+ ini sangat bermanfaat untuk saya gunakan bagi mempromosikan peluang bekerja dari rumah menerusi jobdirumah. Lagi satu, dengan google+ saya tak perlu susah payah nak add orang lain, sebaliknya apa yang berlaku, lebih banyak orang yang add saya.

 

List kenalan di google+ akan bertambah dengan sendirinya tanpa perlu susah payah pun saya nak add friend.

 

5. Bina backlinking

Bina backlinking adalah satu aktiviti yang PENTING dan patut dibuat oleh semua orang yang menggunakan blog sebagai medium pemasaran. Walaubagaimanapun, ramai yang tak buat atau mungkin terlupa untuk buat backlinking.

 

Dalam konteks untuk mempromosikan peluang buat duit dengan jobdirumah, saya juga bina backlinking.

 

Sama ada saya bina backlinking untuk sesama artikel yang saya siarkan dalam blog yang sama, termasuk juga bina backlinking untuk blog yang berbeza yang saya miliki.

 

Dari segi kesan SEO, ia juga berikan impak yang positif. Jadi, bagi mereka yang agak jarang buat backlinking ni, bolehlah mula untuk banyakkan buat backlinking.

 

6. Buat blogwalking dan tinggalkan link artikel promosi jobdirumah ke seberapa banyak blog yang boleh

Dalam strategi blogwalking ni, kita akan kunjungi blog rakan-rakan blogger dan tinggalkan komen pada artikel yang disiarkan.

 

Kebanyakkan blog ada menyediakan ruangan untuk meninggalkan komen seperti dibawah ini.

 

Kalau anda tak tau nak tulis apa boleh rujuk gambar kat atas ni. Saya harap ianya tidak terlalu kecil dan dapat dibaca.

 

Dalam dunia ni, mungkin ada beribu-ribu blog. Setiap blog pula mungkin ada beratus-ratus artikel yang telah diterbitkan. Kalau anda larat buat, silakanlah tinggalkan komen disetiap blog dalam artikel yang berbeza.

 

Strategi ini In Shaa Allah berkesan dan dapat bantu anda untuk buat duit dengan jobdirumah.

 

.

..

Baiklah itulah dia, 6 perkara yang saya sendiri lakukan dalam masa 30 hari untuk tingkatkan pendapatan dengan jobdirumah.

 

Kalau anda perasan, pendekatan yang saya gunakan ini adalah lebih kepada teknik pemasaran dengan mengoptimasikan kedudukan laman web promosi saya di laman web carian atau lebih sinonim dengan nama teknik Search Engine Optimization ataupun SEO.

 

Memang lambat… namun saya dah buktikan kaedah yang lambat ini benar-benar membantu untuk dapatkan malahan tingkatkan komisyen jobdirumah saya.

 

Terima kasih kerana membaca perkongsian ini dan semoga ianya bermanfaat.

 

Jika anda masih belum pernah join Jobdirumah, boleh klik sini dan join secara percuma dulu.

 

Exit mobile version