Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Jobdirumah June 2015

Komisyen dari Jobdirumah yang dibayar ke akaun saya untuk bulan ni agak istimewa sebenarnya bagi saya. Apa taknya, komisyen ini dibayar pada tarikh yang sama saya sambut ulangtahun kelahiran saya! Macam tau-tau pulak saya memang nak guna duit pada hari tu.

 

Ya. Ulang tahun kelahiran saya jatuh pada tarikh 3 jun.

 

Lepas dapat je emel notifikasi ni, saya terus semak baki akaun di Maybank. Tengok dekat akaun bank Maybank memang betul dah dimasukkan. Oh bukan apa, saya pernah dengar cerita sebelum ni, dari kawan-kawan kononnya ada pernah berlaku kes, walaupun ada dapat emel notifikasi dari Maybank yang mengatakan berlaku pembayaran, tetapi bila semak kat akaun bank duit tu tak ada pulak.

 

 

Jadi untuk kes saya ni, nampaknya duit tu memang ada.

 

Bermula bulan March yang lepas pihak Jobdirumah sebenarnya ada membuat beberapa penambahbaikkan pada sistem mereka. Bukan itu sahaja, malahan modul latihan mereka juga dikemaskini bagi mengikuti perkembangan terkini yang berlaku khusus bagi memenuhi keperluan mereka-mereka yang ingin bekerja dari rumah sebagai seorang freelancer.

 

Jangan fikir golongan yang bekerja dari rumah ni tak ada standard tau. Ada jugak antara kami yang sebenarnya pernah bekerja dalam syarikat multinasional sebelum menukar bidang untuk bekerja dari rumah. Jadi dengan pengalaman dan kepakaran dari pekerjaan yang terdahulu, kini mereka boleh bekerja sendiri hanya dari rumah tanpa perlu risau soal pengangkutan, jadual kerja yang tak fleksibel dan sebagainya.

 

Bagaimana nak dapatkan bayaran komisyen Jobdirumah?

In Shaa Allah, kalau anda konsisten dan sanggup luangkan masa, untuk belajar dan buat kerja, tak mustahil untuk anda terima komisyen dari pihak Jobdirumah menerusi syarikatnya yang berdaftar atas nama Kliks Solution. Jika anda bukannya seorang yang mempunyai minat untuk berkecimpung dalam bidang jualan, tak perlu susah payah nak belajar macam mana nak dapatkan komisyen jobdirumah setiap bulan.

 

Tentu sahaja anda boleh fokus sahaja untuk mengambil job-job seperti yang disenaraikan di platform ahli Jobdirumah nanti. Tak perlu risau tentang kerja kosong, sebabnya memang ada banyak kerja yang ditawarkan dan ada ramai majikan dari seluruh negara yang sememangnya memerlukan khidmat dari seorang freelancer.

 

Jika anda memang berminat nak mencuba jadi seorang freelancer, maka Program Latihan Jobdirumah ini adalah jalannya yang tepat sekali untuk memastikan anda tidak melakukan pilihan yang salah.

 

Secara peribadi, saya sendiri adalah seorang yang sangat-sangat memilih kerja. Bukan semua kerja saya akan ambil, walaupun kerja tersebut semudah dan seringkas data entry. Bayaran untuk data entry lazimnya adalah sekitar 10 – 20USD untuk satu tugasan, bergantung kepada kesukaran.

 

Jenis job dari rumah yang saya biasa akan ambil?

Saya lebih suka ambil kerja-kerja yang memerlukan saya menulis artikel promosi, review ataupun advertorial. Contoh artikel advertorial yang pernah saya hasilkan dan telahpun menerima bayaran dari klien ialah artikel Panduan lengkap strategi bisnes printing tanpa sebarang modal. Artikel ini mudah dan simple sahaja, dan tak sesukar mana untuk dihasilkan. Jika anda boleh hasilkan artikel yang lebih kurang sama atau yang lebih baik dari saya, saya percaya, anda juga boleh bekerja dari rumah sebagai penulis artikel review atau advertorial.

 

In Shaa Allah, kali ini saya nak cuba kekalkan momentum untuk dapatkan sekurang-kurangnya satu jualan dan satu sales untuk program bekerja dari rumah ini. Saya pernah nampak, memang ada yang mampu dapat bayaran setiap hari dari program jobdirumah ni, dan pada saya, jika ada orang lain yang mampu buat, dah tentu saya pun boleh lakukan.

 

Kalau tak dapat capai 100% sama, dapat 45% pun masih dikira berjaya juga walaupun bukan berjaya secara total, betul tak…

 

Jika anda nak buat duit dengan cara yang sama macam yang saya buat, dan anda langsung tak pernah ada pengalaman buat duit online, saya sarankan anda dapatkan panduan yang saya tulis ini. Setakat hari ni, inilah panduan yang saya sendiri follow untuk dapatkan komisyen-komisyen dari pelbagai program buat duit secara online. Ia berkesan untuk saya, dan saya juga percaya ia pasti berkesan untuk anda jugak.

 

Selamat mencuba, dan jika anda ingin sertai Program Latihan Jobdirumah boleh klik sini.

 

 

Exit mobile version