Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Jobdirumah December 2015

Seperti bulan-bulan yang lepas, saya akan update mengenai bayaran komisyen yang saya terima daripada pihak Jobdirumah yang dikelolakan oleh syarikat Kliks Solution.

 

Dari segi prestasi, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana untuk bulan ni ada sedikit peningkatan pada jumlah komisyen yang saya terima. Kalau nak dibandingkan dengan bulan lepas, which is bulan November 2015, memang nampak sangat ada perbezaannya.

Klik sini: Komisyen Affiliate Jobdirumah December 2015

 

Disebabkan selama ni saya agak kurang berpuas hati dengan prestasi saya yang agak teruk dalam mendapatkan komisyen menerusi program jobdirumah ni, maka nak tak nak, saya terpaksa buat sesuatu.

 

Teknik SEO khusus untuk mempromosikan program jobdirumah

Ada blog mesti tau sikit-sikit apa tu teknik SEO. Inilah sebab UTAMA kenapa sebahagian Internet Marketer masih lagi menggunakan blog sebagai medium pemasaran.

 

Ya… mereka sedang memanfaatkan dan memanipulasikan kuasa dan teknik SEO untuk kegunaan mereka.

 

Semua orang boleh belajar apa itu SEO. Semua orang boleh guna teknik SEO. Namun sayangnya… bukan semua orang ada kekuatan dan kesabaran untuk bertahan dan terus mempraktikkan teknik SEO on consistent basis. Saya sendiri pun kerap juga terasa nak give up dengan teknik SEO, dan setiap kali saya terasa nak give up tu la… tiba-tiba beberapa kempen SEO yang saya praktikkan convert kepada sales.

 

Bila dah jadi macam ni, terus tak jadi nak give up!

 

Laman web khas untuk mempromosikan Jobdirumah

Sebelum ni saya memang TAK ADA laman web khas yang khusus dan spesifik untuk mempromosikan program jodirumah ni. Bukannya saya tak percaya pada kekuatan “niche website” untuk buat duit dengan program affiliate, cuma masalahnya ialah “terlalu banyak ALASAN”.

 

Entahlah… Alasan untuk tak mahu buat lebih banyak dan lebih kuat berbanding keinginan untuk TAKE ACTION.

 

Ok kali ni… NO MORE EXCUSE. Buat aje la… 

 

Saya ambil masa kira-kira sebulan lebih jugak untuk siapkan laman web khas untuk mempromosikan jobdirumah ni. Bermula dengan daftar laman web, masukkan konten, buat serba sedikit link building, dan seterusnya mula menulis secara aktif di laman web tersebut.

 

Hasilnya… Wala…. Memang boleh buat duit beb…

 

Jadi, dengan ini saya katakan, memang tak syak lagi, dengan sedikit keyakinan dan sebanyak mungkin perisa kerajinan, anda pasti boleh buat duit dengan jobdirumah, apabila anda bina niche blog atau niche website khusus untuk mempromosikan program ni.

 

Berkenaan dengan strategi niche blog atau niche website ni, apa yang saya dapat katakan ialah, strategi ini BERKESAN untuk anda gunakan bagi mempromosikan sebarang program mahupun produk affiliate. At the first place, mungkin anda akan terasa agak lemau, disebabkan bilangan pengunjung dan pelawat laman web yang sangat sedikit, akan tetapi, jumlah yang sedikit itulah yang mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk convert kepada sales!

 

Artikel advertorial untuk mempromosikan jobdirumah

Hakikatnya, bukan saya seorang sahaja yang mempromosikan program latihan jobdirumah ini. Ada raaaaamai lagi penulisn blog yang hebat-hebat diluar sana yang turut mempromosikan program ni. Jadi, suka atau tidak, bersedia ataupun tidak, memang kena bersaing dengan mereka yang memang otai-otai ni.

 

Setiap orang pastinya ada senjata dan teknik pemasaran yang unik masing-masing. Apa pun, tak kiralah walau unik macam mana sekalipun, at the end, apa yang penting ialah adakah teknik dan senjata pemasaran tersebut dapat diterjemahkan kepada sales?

 

Kaedah advertorial tetap menjadi pilihan UTAMA saya. Secara tak langsung, ini membuktikan yang strategi advertorial memang berupaya untuk menghasilkan jualan.

 

Ok agak panjang nampaknya mukadimah bagi catatan kali ni. Harap-harap anda dapat belajar sesuatu daripada apa yang saya kongsikan ni. Jadi, tak ada la sia-sia dan terbuang masa anda untuk baca catatan saya kali ni. Ini dia komisyen yang dah pun dibayar ke akaun Maybank saya.

Perbanding antara komisyen jobdirumah bulan November 2015 dengan komisyen jobdirumah bulan December 2015

 

Komisyen November 2015 = RM25

Komisyen December 2015 = RM175

 

Macam tau-tau pulak, bulan December ni saya kena pakai duit banyak. Ada banyak domain dan hosting yang saya perlu renew. Jadi dengan adanya komisyen dari jobdirumah ni, Alhamdulillah, dapatlah saya buat bayaran untuk domain dan hosting yang saya sewa. Maka, akan saya teruskanlah perjalanan dan karier saya dalam bidang penulisan blog ni untuk satu tahun lagi.

 

Baiklah, akhir kalam dari saya, program jobdirumah ni memang benar-benar dapat bantu anda untuk buat duit tambahan hanya dari rumah.

 

At first, mungkin anda akan sedikit blur-blur macam mana nak buat duit dengan program ni. Believe me, selepas satu tempoh masa, dengan syarat anda tekun pelajari hikmat-hikmat dan teknik-teknik yang diajarkan oleh pihak Jobdirumah ni, saya percaya anda juga berupaya untuk buat duit secara konsisten tak lama lepas tu.

 

… apa pun, kena ada tindakan dan kena ada minat yang betul-betul kuat untuk buat duit dengan jobdirumah ni. Boleh klik sini untuk daftar jobdirumah ya.

 

 

Exit mobile version