Blog Sabree Hussin

3 Sebab ianya BERBALOI anda miliki EBOOK RAHSIA TAOBAO

Sebelum saya meneruskan 3 sebab di atas ni, saya nak ceritakan kisah lebih lanjut mengenai ebook taobao [sila klik sini] ni. Untuk pengetahuan para pembaca semua, harga ebook ni asalnya adalah RM60, kemudian dinaikkan sebanyak RM10 sebab ada sikit pertambahan info.

 

Seterusnya apabila kandungan ebook ni juga dinaik taraf dengan info terbaru yang lebih padat serta maklumat tambahan yang terkini, jadi harganya sekarang sudah menjadi RM70.

Untuk menjadikan Pakej Ebook Rahsia Taobao lebih premium pihak klikjer dan penulis ebook iaitu En Nigel Ong telah bahagikan kepada 3 bahagian.

 

Bahagian pertama harganya ialah RM70 dan ia mengandungi ebook sahaja. Ini adalah pakej paling jimat.

 

Pakej kedua berharga RM100 dan dalam pakej ini terkandung ebook beserta video panduan. Bagi mereka yang lebih suka tengok sendiri cara-cara bagaimana nak buat tempahan di laman web Taobao, pakej yang mengandungi video ini adalah lebih sesuai untuk anda. Hanya perlu tekan play dan video akan dimainkan.

 

Pakej ketiga adalah pakej yang mengandungi ebook, video penerangan dan juga Facebook group support. Ianya ditawarkan dengan harga RM150. Khusus buat mereka yang memang serius nak buat bisnes ni secara all out, memang digalakkan untuk dapatkan pakej yang ini.

 

Mungkin ada pembaca yang tanya, kalau begitu agaknya berapa nisbah pembeli  bagi setiap pakej? Majoriti kita akan mengatakan panduan yang berharga RM150 kurang orang membelinya, Ya ke? Ok ini rationya

Pakej RM70 = 3

Pakej RM100 = 3

Pakej RM150 = 4

 

Maknanya dari 10 orang pembeli, 3 orang akan beli pakej RM70, 3 lagi beli pakej berharga RM100, seterusnya yang pakej RM150 ada 4 orang membelinya.

 

Nampak tak masih ada yang sanggup melabur RM150 untuk mengetahui cara memborong yang betul melalui laman web taobao dari negara China ini.

 

Sekarang ebook ni dah naik harganya bermula 27 Mac 2017

Pakej RM70 naik ke RM100

Pakej RM100 naik ke RM130

Pakej RM150 naik ke RM170

 

Mungkin dimasa akan datang, ebook ini akan dinaikkan lagi harganya. Setiap kenaikkan harga biasanya akan disusuli dengan pertambahan informasi. Bagi mereka yang dah pernah beli sebelum ini, akan dapat secara PERCUMA sahaja edisi kemaskini.

 

Baik sekarang kita terus ke sebab ianya berbaloi untuk dimiliki:-

 

1. PENULIS EBOOK YANG SUDAH BERPENGALAMAN DALAM DUNIA BORONG BARANG DARI CHINA

Yang ini saya berani jamin sebab penulis ebook iaitu En Nigel Ong ini sendiri adalah seorang yang berpengalaman dalam perniagaan online yang melibatkan pembelian barangan dari China.

 

Dari hal ehwal mencari barang, mengenal pasti laman web yang belum tentu lagi tahap kejujuran seller tersebut, masalah percukaian dan kastam serta penghantaran barang.

 

Menerusi ebook ini, penulis berkongsikan semua perkara yang anda perlu tahu apabila mengimport barangan dari China. Anda tidak akan dikejutkan dengan perkara-perkara yang tak diingini yang anda sendiri tak tau apa penyelesaiannya.

 

Contohnya, jika barang kena tahan dengan pihak kastam, apa yang anda kena lakukan? Ataupun, jika barang anda rosak, bungkusan kena buka dan ada yang hilang, apakah hak anda sebagai pembeli? Itu semua dimuatkan dalam panduan ini.

 

Satu lagi yang anda patut tahu, bukan semua jenis barang sesuai untuk dipilih dan diborong. Takkan anda nak borong barangan yang mudah pecah? Kos penghantaran akan jadi lebih tinggi jika anda mengimport barangan yang mudah pecah atau fragile, dan kos ini akan meningkat ikut berat barangan.

 

Sesetengah barang mungkin tengah trending tapi mungkin tidak di Malaysia. Jadi, ada banyak faktor perlu diambil kira sebelum memborong.

 

Laman web dari China ni banyak yang popular dan taobao.com adalah antara yang biasa digunakan oleh pemborong. Terbaru, laman web 1688.com juga dilihat ada potensi untuk tawarkan harga yang baik untuk pemborong.

 

Cuma satu je yang kurang best bila lihat laman web ni dalam bahasa China pula. Kalau inggeris boleh faham lagi.

 

Sebab tu anda perlu miliki ebook ni. Pengalaman-pengalaman penulis boleh dijadikan pengajaran supaya benda yang merugikan anda dapat dielakkan.

 

2. TAK TAHU NAK KE SANA DAN CARA BERURUSAN. JIMATKAN MASA DAN TENAGA ANDA

Sekarang ada banyak kursus borong ke China dan Vietnam yang dianjurkan oleh individu dan syarikat yang menguruskannya.

Mungkin anda boleh membuat pilihan. Kalau ke sana perlu kos pengangkutan seperti tiket kapal terbang, kos penginapan serta tenaga anda.Bila anda sendiri ke sana kepuasan dan pengalaman anda merasai aktiviti borong mungkin menyeronokkan dan ini menjadi pilihan anda.

 

Bagaimana  jika anda tidak mempunyai masa atau mempunyai kekangan bajet untuk kesana? Alangkah baik cuba buat tempahan melalui laman web sahaja. Menurut penulis ebook ni, hanya dengan bermodalkan RM500 sudah mencukupi untuk anda bermula.

 

Mula dengan modal yang rendah dulu. Jika anda buat silap, sekurang-kurangnya anda tidak rasa kerugian itu terlalu besar.

 

Namun demikian, penulisan ini bukanlah bertujuan untuk menghalang anda daripada terbang ke China. Jika anda ada bajet yang besar, adalah satu perkara yang bagus juga jika anda ingin terbang sendiri ke sana.

 

Mungkin apa yang anda boleh pertimbangkan nanti ialah, untuk tempahan yang kali kedua dan seterusnya, boleh lakukan secara online sahaja. Tak perlu lagi susah payah nak ke China. Bajet untuk penginapan, tiket penerbangan dan sebagainya tu, boleh dijadikan modal pusingan untuk beli stok.

 

3. MENGELAKKAN ANDA DARI RUGI DAN DITIPU

Yang ini menjadi kerisauan bagi pemborong kali pertama atau bagi mereka yang dah berpengalaman tapi ingin berurusan dengan seller baru.

 

Wang sudah dihabiskan, barang pula tak sampai-sampai… memang tak senang duduk. Tambahan pula barang yang diborong itu sudah ditempah oleh pelanggan yang jenis tak sabar-sabar. Sekiranya tunggu terlalu lama, ada kemungkinan pelanggan kita tu nanti akan batalkan tempahan sebab menunggu terlalu lama.

 

Bagi penulis ebook yang sudah mengalaminya pasti panduan yang ditulis beliau membantu anda. Sekurang-kurangnya, anda tahu apa yang perlu dilakukan jika berlaku keadaan ini kepada anda, iaitu barangan yang ditempah sampai lebih lewat berbanding yang dijanjikan.

 

Ok sekarang saya sudah terangkan kenapa ia berbaloi, cuma seterusnya terpulang kepada anda untuk buat keputusan. Jika anda memang masih zero dalam memborong barang dari china melalui online, memang digalakkan untuk anda rujuk kepada panduan ini.

 

Kepada yang dah biasa, saya rasa anda tak perlu memiliki ebook ni melainkan anda mencari sesuatu kelainan dalam ebook ni. Proses pembelajaran sentiasa berterusan kan?

 

Testimoni dan Feedback dari pembeli ebook Rahsia Taobao

Sebelum saya tamatkan artikel ni, saya juga nak kongsikan beberapa feedback dari pembeli ebook Rahsia Taobao sebelum ini. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan mereka yang beli ebook ini, sebelum ini mereka juga tidak ada pengalaman memborong dari China.

 

Mereka rujuk panduan borong dari China yang dimuatkan dalam Rahsia Taobao, dan akhirnya mereka berjaya memborong barangan dari China dengan selamat tanpa sebarang masalah.

Dan lagi testimoni dari pembeli ebook ini.

Testimoni yang kedua ni special sikit. Special sebab dia ada bagi hint, iaitu “sebelum nak beli sebarang produk atau barangan dari China, cuba negotiate dengan seller sebabnya anda mungkin akan dapat special price!” Macam mana? Minat nak tau caranya?

 

Sekarang anda dah tahu harga ebook rahsia taobao telah dinaikkan dari RM70 ke RM100, bayangkan jika harga ebook ini dinaikkan lagi, mungkin anda rasa menyesal kerana belum lagi dapatkan ebook ini.  Nasihat saya dapatkan jika anda serius untuk belajar bisnes borong tanpa perlu pergi ke China.

 

Nanti saya share pula cerita lain mengenai apa yang perlu anda persiapkan jika mahu terus memborong di sana. Tunggu artikel akan datang ya.

 

Artikel ini disediakan oleh En Abdul Nashar

 

Exit mobile version