Blog Sabree Hussin

Formula copywriting ini akan membantu anda buat lebih BANYAK duit online jika anda praktikkan

Teknik penulisan copywriting. Jika anda adalah peniaga online yang berkomunikasi dengan pelanggan dan bakal pelanggan anda dalam bentuk penulisan sama ada menerusi blog, website, FB dan sebagainya, maka anda WAJIB tahu dan kuasai teknik copywriting.

 

Jika anda tidak mempunyai sebarang bisnes, atau langsung tak minat nak buat duit secara online, tak perlu buang masa baca perkongsian saya ini. Perkongsian ini, khas untuk yang ada bisnes, atau yang nak buat lagi banyak duit secara online dengan memperkemaskan lagi teknik penulisan sedia ada.

Kesemua sekali, ada 40 perkara yang anda perlu pandang serius dan perlu berjaga-jaga. Jika anda tersilap buat, sama ada sengaja atau tak sengaja, anda berisiko untuk kehilangan peluang untuk buat sales dan dapatkan pelanggan.

 

Jom. Teruskan pembacaan untuk ketahui apa dia 40 prinsip yang anda perlu tahu mengenai copywriting.

 

1. Aplikasikan prinsip WIIFM dalam setiap penulisan 

Tak pernah dengar apa itu WIIFM? Ia merujuk kepada frasa “Whats In It For Me”

Pembaca hanya akan luangkan masa untuk baca apa yang ditulis hanya apabila ianya jelas mempunyai kebaikkan kepada pembaca, bukannya kepada penulis. Bermakna, sesuatu penulisan itu CONFIRM tak akan dibaca jika pembaca tak nampak apa kelebihan jika dia baca penulisan tersebut.

 

2. Headline yang power, efektif, memukau

…yang mendorong pembaca untuk membaca.

Perkara pertama yang akan dibaca ialah Headline. Headline ini jugalah ayat pertama yang akan dilihat dan dibaca oleh pembaca. Jika headline anda lemah dan kurang memukau, ia akan diabaikan oleh pembaca yang berpotensi untuk jadi pelanggan.

Samalah halnya dengan surat khabar, kita tak akan baca semua berita, sebaliknya kita lebih cenderung untuk baca berita-berita yang mempunyai tajuk yang menarik sahaja.

 

3. Sebarang kenyataan yang anda buat mesti disokong dengan FAKTA

Jika anda kata, boleh buat duit dengan program Latihan Jobdirumah misalnya, anda perlu buktikan yang anda memang benar-benar boleh buat duit dan pernah buat duit dengan program tersebut. Tunjukkan BUKTI yang anda memang pernah menerima bayaran dari syarikat tersebut.

Kalau cuma cakap sahaja, semua orang boleh buat.

 

4. Jangan jual produk, sebaliknya JUAL PENYELESAIAN BAGI MASALAH PELANGGAN

Apa produknya itu tak penting. Apa yang lebih penting ialah apa masalah bakal pelanggan yang produk atau servis yang anda tawarkan mampu selesaikan.

Pelanggan berbelanja untuk menyelesaikan masalah mereka, bukannya untuk menyelesaikan masalah anda sebagai peniaga.

 

5. Masukkan seberapa banyak testimoni dari pelanggan sebelum ini

Testimoni ini penting untuk meningkatkan keyakinan pelanggan baru. Dengan adanya testimoni dari pengguna terdahulu, mereka akan tahu sama ada produk ini berkesan atau tidak.

Contohnya testimoni untuk produk samseng Facebook

Bila ada testimoni macam ni, bukankah ianya lebih menyakinkan bakal pelanggan berbanding bila tiada apa-apa testimoni langsung?

 

6. Berikan jaminan

Jaminan wang dikembalikan? Jaminan keselamatan? jaminan penghantaran pantas dan sebagainya. Berikan jaminan yang terbaik dan pastikan anda dapat tunaikan jaminan dan janji tersebut.

 

7. Letakkan had masa bagi tawaran anda

Tawaran hanya SAH sehingga 31 Disember sahaja. Jika tiada had masa, selalunya bakal pelanggan akan menangguh-nangguh untuk buat pembelian.

Jika anda buat jualan secara online dan mempunyai laman web khas, boleh juga masukkan kod timer countdown untuk berikan urgency factor kepada pelanggan supaya segera lakukan pembelian.

 

8. Gunakan formula AIDA

AIDA adalah singkatan bagi

A – Attention (Tarik perhatian)

I – Interest (wujudkan minat)

D – Desire (Timbulkan keinginan untuk memiliki)

A – Action (Tindakan untuk membeli)

Untuk tarik perhatian bakal pelanggan, anda perlu gunakan headline yang memukau. Bagi mewujudkan minat, anda perlukan subheadline yang menyokong ayat headline anda. Seterusnya, untuk menimbulkan keinginan bakal pelanggan untuk membuat pembelian, anda perlu hasilkan surat jualan yang menarik di mata bakal pelanggan anda.

Dari situ, barulah tindakan untuk membeli akan berlaku.

 

9. Tulis dalam nada perbualan

Bayangkan seolah-olah anda sedang bercakap dengan rakan baik anda sendiri. Hasilkan penulisan seperti mana anda sedang berbual.

Surat jualan lazimnya ditulis dengan gaya bahasa yang lebih santai dan mesra pembaca. Ingat, anda ingin hasilkan jualan, bukannya sedang menduduki peperiksaan akhir tahun untuk subjek bahasa.

 

10. Terangkan kenapa anda buat sesuatu tawaran

Contohnya

Ini adalah tawaran TERHAD sempena mengumpul dana bagi membantu mangsa-mangsa banjir…

Saya nak jual sebab nak pindah rumah

Saya nak jual sebab nak beli yang baru

 

11. Mudahkan prospek anda untuk buat tindakan seterusnya

Andaikan anda mahu prospek buat pembelian, maka mudahkan proses pembelian tersebut.

Untuk tempahan, sila whatsapp/SMS/ ke nombor 012 345 6789

Untuk pembelian, sila buat bayaran ke akaun xxxx dan isikan borang tempahan dibawah

Yang penting sekali, mudahkan proses pembelian.

 

12. Berikan pembaca beberapa opsyen untuk ambil tindakan

Sediakan pakej seperti Pakej Asas, Pakej Jimat dan Pakej Premium.

 

13. Gunakan bahasa dan dialek bakal pelanggan

Jika anda ingin menjual dikawasan tertentu yang mempunyai dialek tertentu, sesekali gunakan juga gaya bahasa penduduk ditempat tersebut.

Konsep dia sama la seperti bila anda ingin mensasarkan pelanggan di Malaysia, anda menggunakan Bahasa Melayu, manakala jika anda ingin mensasarkan pelanggan dari luar negara, anda gunakan bahasa mereka.

 

14. Tunjukkan. Bukan sekadar nyatakan

Terutama sekali bila anda sedang mempromosikan sesuatu yang kononnya boleh bantu seseorang tu untuk buat duit. Dalam contoh ni, ini ialah cek yang pernah saya terima satu ketika dulu hasil daripada menulis blog.

Kalau anda rajin tulis blog, update selalu, In Shaa Allah anda boleh dapat lagi banyak berbanding apa yang saya pernah dapat.

 

15. Fokuskan penulisan kepada pembaca dan bagaimana masalah tersebut boleh diselesaikan dengan bantuan anda bukannya fokus pada anda

Fokuskan penulisan anda kepada pembaca dan masalah yang pembaca anda hadapi. Kemudian anda terangkan, bagaiaman produk atau servis anda berguna untuk menyelesaikan masalah tersebut.

 

16. Gunakan P.S (Post script)

PS selalunya digunakan diakhir perenggan. Tujuannya adalah untuk mengingatkan pembaca untuk ambil tindakan tertentu sebelum tawaran ditarik balik.

Contohnya

Ps: Tawaran diskaun 50% ini akan ditamatkan pada jam 3:00 petang esok

 

17. Guna subheadline

Jika headline adalah ayat pertama yang akan dibaca oleh pembaca, maka subheadline pula adalah ayat kedua yang akan dibaca oleh pembaca.

Subheadline juga berperanan untuk mengekalkan dan meningkatkan minat pembaca untuk teruskan pembacaan.

 

18. Senaraikan semua bantahan yang mungkin dibangkitkan

Lazimnya, pelanggan tidak akan membeli sesuatu produk atau perkhidmatan tertentu terutama sekali apabila mereka masih belum mempunyai pemahaman yang jelas tentang produk tersebut.

Pasti akan ada sahaja bantahan yang mereka fikirkan. Sebelum mereka suarakan sebarang bantahan, sebaik-baiknya anda berikan dulu jawapan kepada bantahan mereka dalam penulisan anda.

 

19. Bincangkan sebanyak mungkin tentang kelebihan

Apa yang pelanggan akan nikmati setelah mendapatkan produk atau pun servis anda. Bezakan antara ciri-ciri produk dan juga kelebihan produk.

 

20. Ayat pertama dalam penulisan anda adalah untuk memastikan ayat kedua dibaca. Ayat kedua adalah untuk mengajak pembaca membaca ayat yang ketiga, dan seterusnya…

Setiap ayat yang digunakan adalah PENTING.

Apabila anda jelas dengan prinsip ini, saya pasti anda tidak akan syok sendiri ketika menulis dan akan lebih fokus untuk mendapatkan result yang anda inginkan dan harapkan.

 

21. Buat split test. Hasilkan beberapa salinan surat jualan

Anda hanya perlu sediakan beberapa set surat jualan dengan headline yang berbeza. Itu sahaja. Adakalanya, hanya dengan menukar headline, anda sudah boleh meningkatkan pendapatan anda.

Sebagai contoh, anda hasilkan 5 set surat jualan dengan konten yang sama, cuma yang membezakan setiap satu adalah headline sahaja.

 

22. Apa yang anda mahu pembaca anda lakukan setelah baca?

Apakah call to action anda?

1. Adakah anda mahu pelanggan terus buat tempahan?

2. Adakah anda mahu pelanggan sms ke nombor tertentu?

 

23. Gunakan perkataan yang menyentuh emosi

Pelanggan buat keputusan berdasarkan emosi, kemudian barulah menjustifikasikan keputusan tersebut dengan fakta

 

24. Gunakan cerita

Masukkan cerita-cerita yang memberi impak kepada pembaca anda dan pada masa yang sama cerita tersebut mestilah related dengan topik yang sedang anda bincangkan.

 

25. Ajak pembaca untuk berkata YA pada permulaan ayat

Caranya adalah mulakan ayat anda dengan menanyakan soalan yang akan dijawab dengan jawapan YA oleh manusia yang normal.

Saya tahu anda sibuk. Anda mungkin selalu terkejar-kejar untuk uruskan hal keluarga, personal dan juga hal pekerjaan. Mahukah anda jika saya tunjukkan pada anda satu cara mudah, tanpa kos dan tak memerlukan masa yang panjang untuk membantu anda buat duit tambahan untuk kegunaan anda?

Lazimnya, prospek anda akan berkata “Ya, saya mahu”.

 

26. Masukkan imej yang membantu penerangan

Fungsi imej bukan sekadar untuk menarik perhatian pembaca untuk membaca semata-mata. Sebaliknya, ia juga memainkan peranan PENTING untuk memberikan penjelasan dan kefahaman kepada pembaca tentang sesuatu produk mahupun servis yang dijual.

 

27. Masukkan video yang support penerangan tentang produk

Begitu juga dengan fungsi video tentang produk. Video juga berperanan untuk memberikan gambaran yang jelas untuk bakal pelanggan untuk lebih memahami tentang produk atau servis yang anda sedang tawarkan.

 

28. Jangan terlalu fokus pada penggunaan keyword tertentu

Ini khusus untuk mereka yang lazimnya mementingkan aspek SEO dalam penulisan artikel secara online. Hasilkan penulisan yang natural, kerana ia lebih memudahkan pembacaan berbanding penulisan yang terlalu fokuskan kata kunci tertentu.

 

29. Pastikan setiap perenggan pendek dan mudah dibaca

Setiap perenggan hanya mengandungi 4 baris ayat itu sudah cukup memadai. Selain dari itu, anda perlu juga ambil perhatian tentang spacing.

 

30. Setelah keseluruhan surat jualan anda siap, tanyakan soalan pada diri anda, “apa langkah seterusnya?

Kesilapan lazim yang biasa dilakukan ialah tidak meletakkan ayat call to action pada surat jualan. Ini adalah suatu kerugian kerana selepas prospek anda membaca ayat jualan anda, mereka tak tau apa tindakan seterusnya yang anda mahu mereka lakukan.

 

31. Berikan justifikasi harga jika terlalu mahal

Selalunya untuk produk servis, ia memang agak tinggi dari segi harga kerana aspek harga adalah suatu yang subjektif. Walaupun dua orang tawarkan servis yang sama, tak bermakna kedua-duanya perlu tawarkan harga yang sama juga.

 

32. Masukkan unsur-unsur drama

Masukkan adegan perbualan antara dua orang dalam surat jualan. Masukkan dialog juga membantu.

Belajar juga untuk gunakan teknik-teknik penceritaan seperti flashback, dan sebagainya jika sesuai.

 

33. Jelaskan, apa yang buatkan servis dan produk anda berbeza

Buatkan produk comparison dengan jenama-jenama lain yang terdapat di pasaran.

 

34. Sediakan soalan-soalan ramalan dan jawapan

Apakah soalan yang mungkin akan ditanyakan oleh bakal pelanggan yang masih belum yakin untuk buat tempahan? Kemudian hasilkan penulisan lain yang menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut.

 

35. Kurangkan penggunaan link

Untuk sesetengah orang, setiap link yang dimasukkan dalam konten penulisan boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka. Akan tetapi, bila anda hasilkan penulisan untuk tujuan jualan, elakkan daripada meletakkan link luar yang tak ada kaitan dengan produk ataupun tawaran anda.

Jika anda perlu masukkan link luar sekalipun, pastikan anda hadkan kepada satu atau dua link sahaja. Sebaik-baiknya, tak perlu masukkan sebarang link luar itu lagi bagus. Kita mahukan prospek untuk fokus dengan tawaran kita dan laman web kita sahaja, bukannya tawaran pada laman web lain.

 

36. Bold, Italic, underline bila perlu

Apabila anda ingin membuat penegasan tentang sesuatu poin atau kelebihan produk, anda bold kan statement tersebut. Bold kan pada statement yang benar-benar penting dari bakal beri impak kepada proses jualan sahaja.

 

37. HURUF BESAR SEMUA atau HuRuF bEsAr BeRcaMpur

Ok please. Corak penulisan seperti ini langsung tidak membantu melicinkan proses jualan.

Apabila anda menggunakan kesemuanya huruf besar, dari permulaan ayat hingga tamat, ia memberi gambaran seolah-olah anda sedang berteriak.

Manakala, untuk pattern penulisan HuRuF bEsAr BeRcaMpur dengan HURUF kecil pula memperlihatkan seolah-olah anda ada masalah mental. Sebenarnya ia menyusahkan pembacaan. Bunyi macam kelakar, tapi saya sendiri pernah jumpa orang macam ni. Huruf besar dan huruf kecil habis dicampur aduk. Itu belum lagi yang gunakan bahasa alien. Memang leceh berurusan dengan orang yang suka guna bahasa alien tu.

 

38. Tanda Seru !!!!!!!!!!!!!

Ya, saya tahu apa yang anda tawarkan itu PENTING. Gunakan hanya satu tanda seru dah cukup. Tak perlu nak tulis tanda seru panjang-panjang.

 

39. Berikan bonus

Bonus bertindak sebagai nilai tambah atau value added bagi pelanggan anda. Tawarkan seberapa banyak bonus yang boleh.

Jika anda tawarkan bonus dalam bentuk file digital, anda tak perlu risau akan pertambahan kos, kerana file digital boleh dimuat turun berulang-ulang kali tanpa sebarang kos. Terdapat juga kes-kes tertentu, pelanggan membeli kerana tertarik dengan file bonus, bukannya kerana inginkan produk utama.

 

40. Sediakan Opt In form

Kita kembali kepada teknik pemasaran emel. Sehingga hari ini, pemasaran emel masih lagi satu teknik yang sangat berkesan untuk kita gunakan bagi tujuan follow up pelanggan-pelanggan kita.

Macam yang saya sebutkan sebelum ini, prospek tidak akan terus buat pembelian pada kali pertama mereka temui laman web anda. Mereka akan menangguh-nangguh hingga akhirnya mereka terlupa tentang tawaran anda dan terlupa link url laman web anda. Dah tentu kita tak nak benda ni terjadi pada anda.

Akan tetapi, bila anda sediakan opt in form, dan prospek anda telah pun memasukkan alamat emel mereka pada opt in form yang anda sediakan, pada bila-bila masa, anda boleh terus follow up prospek anda tu nanti.

.

..

Apa yang saya kongsikan dalam post ini, sebenarnya ianya hanya sebahagian sahaja. Masih banyak lagi formula dan prinsip copywriting yang anda perlu perhalusi lebih-lebih lagi jika anda juga sama seperti saya, menjual dengan perkataan.

 

Apa pun, semoga bermanfaat untuk anda.

 

 

Exit mobile version