Blog Sabree Hussin

Software bina laman web ini akan bantu jimatkan BANYAK duit anda!

Ada banyak software yang anda boleh gunakan untuk bina laman web jualan anda. Setiap satu software ada kelebihan dan fungsinya yang tersendiri. Hanya melihat kepada berapa harga yang dikenakan untuk menggunakan sesuatu software itu bukanlah satu penanda aras yang tepat untuk kita katakan software tersebut lebih baik berbanding lain-lain software yang terdapat di pasaran.

 

Sepanjang saya terlibat dalam bidang pemasaran secara online, ada beberapa software bina laman web yang saya sendiri pernah cuba. Ada yang mahal, ada yang murah. Ada yang bagus dan ada yang kurang bagus. Dalam banyak-banyak software bina laman web yang saya pernah cuba, hanya ada satu sahaja yang saya kira benar-benar membantu menjimatkan kos perbelanjaan saya.

 

Bawah ini adalah sampel laman web yang berjaya saya hasilkan menggunakan bantuan software yang saya sedang bincangkan.

(info: http://servis-advertorial5.blogspot.com)

 

Apa yang mampu dilakukan oleh software bina laman web ini?

Dengan software ini, anda mampu untuk menghasilkan design laman web jualan yang profesional hanya dengan menggunakan platfom percuma dari blogspot sahaja. Jika dulu, agak sukar untuk membina laman web jualan yang kelihatan profesional dengan menggunakan blogspot, kini tidak lagi. Saya berani jamin, cara gunanya juga sangat senang, hinggakan mereka yang tak pandai dalam programming dan coding juga boleh guna tanpa ada masalah.

 

Software bina laman web yang saya sedang maksudkan ialah software blogspot to minisite.

Bagaimana software blogspot to minisite ini dapat menjimatkan wang anda?

Satu masa dulu, untuk bina laman web yang menarik dan profesional, anda perlu bina sendiri menggunakan perisian seperti Adobe Dreamweaver. Seingat saya, Dreamweaver ini adalah software pertama yang saya belajar untuk bina laman web. Ada banyak step yang perlu diikuti untuk menghasilkan website yang menarik. Jika salah step, laman web yang terhasil akan kelihatan cacat.

 

Tak lama lepas itu, muncul pula plugin khas yang dicipta untuk bina laman web berkonsepkan landing page ataupun web jualan. Plugin ini hanya beroperasi pada platform wordpress yang menggunakan domain dan hosting yang disewa sendiri.

 

Kemudian anda perlu melanggan perkhidmatan domain dan hosting. Kos langganan untuk domain dan hosting jika anda menggunakan perkhidmatan dari syarikat NetKL adalah sekitar RM60 setahun.

 

Dilema… dilema… dilema…

Zaman-zaman tu, saya manalah pandai nak buat proses validation. In fact, pada waktu tu, maksud validation pun saya tak tau apa bendanya. Benda ni berlaku pada sekitar tahun 2009.

 

Jadi apa yang biasanya akan berlaku ialah, jika saya ingin lancarkan sesebuah projek misalnya, dan saya memerlukan laman web berkonsep landing page, saya akan siap-siap dengan bajet untuk bina laman web. RM60 sekurang-kurangnya.

 

Jika projek tersebut BERJAYA buat duit. Alhamdulillah. Saya akan dapat balik modal asal untuk bina laman web jualan, dan saya dapat simpan sedikit keuntungan untuk saya gunakan bagi melancarkan projek yang lain pulak.

 

TETAPI… bagaimana pula kalau projek yang saya lancarkan itu gagal?

 

Hakikatnya, tak semua projek yang saya lancarkan sebelum-sebelum ini akan berakhir dengan kejayaan. Ada juga yang hanya balik modal, ada yang untung sedikit dan tak kurang juga yang terus gagal langsung. Saya siap rugi lagi. Initial investment untuk bina laman web dengan kos RM60 pun saya tak dapat nak cover semula.

 

Sekarang ni situasi dia sedikit berbeza. Saya kini menggunakan software blogspot to minisite.

 

Seperti yang anda semua mungkin dah sedia maklum, servis yang disediakan oleh blogspot adalah PERCUMA. Anda boleh bina laman web berkonsepkan blog sebanyak mana yang anda suka. INFINITI. Masalahnya ialah, konsep laman blog kurang sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan laman jualan.

 

Anda boleh ubah design dan susun atur blogspot, itupun jika anda tahu caranya. Saya sendiri pernah cuba buat, dan saya give up banyak kali. Sebabnya? Ianya rumit dan saya tak berapa pandai dengan hal-hal yang memerlukan kita ada pengetahuan untuk edit coding pada blog.

 

Dengan menggunakan software ini, kerja anda akan jadi lebih senang. Kemahiran ASAS yang anda perlu tahu untuk gunakan software ini ialah “COPY and PASTE”

 

Ya. Itu sahaja. Hanya perlu copy code yang diberikan, kemudian tekan save. Itu sahaja. Ianya begitu senang, sehingga pelajar sekolah menengah pun boleh lakukannya.

 

Selamat mencuba, dan saya percaya anda boleh melakukannya. Masa jimat dan wang anda juga banyak yang boleh dijimatkan.

 

 

[monkeytools msnip=”http://memochimp.com/memo.php?u=870&p=1551″]

Exit mobile version