Blog Sabree Hussin

10 Laman web yang anda mungkin TAK TAHU boleh bantu anda jana pendapatan tambahan

Posting kali ni, saya nak cerita tentang buat duit. Kalau ada rakan-rakan pembaca yang berhasrat untuk buat duit tambahan, ha… mari rapat mari dekat. Tumpukan perhatian, sebabnya dalam catatan kali ni saya nak kongsikan 10 laman web yang boleh bantu anda jana pendapatan sampingan.

 

Walaupun pada mulanya motif anda adalah untuk buat duit sampingan sahaja, namun tak mustahil dari gabungan kombinasi kesemua sepuluh laman web ini, ada yang mampu jadikan ia sebagai sumber pendapatan utama. Jom kita teliti senarai dibawah dan lepas tu buatlah pilihan, mana satu yang berkenan dan sesuai dengan anda.

 

Ada yang perlukan modal. Ada yang FREE untuk disertai. Ada yang cepat membuahkan hasil, dan ada jugak yang lambat sangat menampakkan hasilnya. Sebab tu secara peribadi, saya suka campur-campurkan dan buat lebih daripada satu program untuk memaksimakan lagi pendapatan yang saya boleh dapat dari program-program ini semua.

 

10 laman web membolehkan anda buat duit tambahan online

Baiklah, saya akan mulakan dengan laman yang pertama, iaitu:

 

1. Laman web Jobdirumah

Link: http://www.jobdirumah.net

Laman web jobdirumah menawarkan servis tutorial dan panduan untuk melatih mereka-mereka yang berminat untuk menjadi pekerja dari rumah sebagai seorang freelancer ataupun pekerja bebas. Anda boleh baca review penuh saya mengenai program latihan jobdirumah ini dalam posting saya sebelum ini.

 

Bacaan 1: Jobdirumah: Review program latihan bekerja dari rumah (lengkap & komprehensif)

Bacaan 2: Review penuh program bekerja dari rumah oleh Jobdirumah

 

2. Laman web Fiverr

Link: http://www.fiverr.com/

Fiverr adalah sebuah laman web yang menawarkan peluang untuk para pekerja bebas menjual servis dan perkhidmatan mereka dengan bayaran sebanyak USD5. Sebenarnya, anda boleh mengenakan caj yang lebih tinggi dengan memperkenalkan pakej upgrade bagi perkhidmatan anda.

Panduan buat duit dengan Fiverr: Panduan mantap buat duit dengan fiverr

 

3. Laman web churpchurp

Link: http://churpchurp.com/

Join dan mula promosikan iklan-iklan dari churpchurp.

 

4. Laman web 8share

Link: http://www.8share.com

Konsep buat duit lebih kurang sama dengan churpchurp. Daftar percuma. Pilih iklan yang berkenan dihati dan mula promosikan.

 

5. Laman web Nuffnang

Link: http://www.nuffnang.com.my

Nuffnang sesuai untuk mereka yang ada blog dan rajin update blog secara konsisten. Hanya siarkan iklan Nuffnang di blog anda dan anda akan dibayar untuk setiap klik yang diterima dan juga untuk pelawat yang masuk ke laman web anda.

 

6. Laman web Ashadee

Link: http://www.ashadee.com

Sebagai ejen affiliate. Anda akan dibayay sekiranya berjaya menghasilkan jualan untuk produk-produk yang disenaraikan di laman web Ashadee. Sekarang ni, ada produk dalam BM dan ada juga dalam BI.

 

7. Laman web Aztetic

Link: http://aztetic.my/

Konsep sama seperti Ashadee. Anda boleh buat duit menerusi program affiliate.

 

8. Laman web Kikjer

Link: http://klikjer.com/

Sama seperti Aztetic dan juga Ashadee. Bayaran komisyen adalah menerusi kaedah pay per sale. Ada jualan terhasil, maka anda akan terima bayaran komisyen.

 

9. Laman web Advertorial.MY

Link: http://advertorial.my/

Khusus untuk mereka yang ada blog. Jika anda ingin menawarkan servis menulis review, anda boleh senaraikan servis anda di laman web ini.

 

10. Laman web ToneXpress

Link: http://tonexpress.com/

Konsep ToneXpress ni ada upline dan downline.

 

Bonus

11. Laman web Live Streaming Profit

Link: http://www.sabreehussin.com/livestreaming-sukan

Ini adalah salah satu teknik penjanaan pendapatan yang unik dan inovatif. Anda nak tahu, bagaimana mengeksploitasi peminat-peminat sukan dengan mempromosikan channel sukan kepada mereka. Para peminat sukan boleh menonton sukan kegemaran mereka secara PERCUMA dan live streaming, manakala anda pula berupaya untuk buat duit online.

Saya pernah hasilkan artikel review berkenaan Live Streaming Profit sebelum ini.

Baca: Life streaming profit: Review panduan buat duit melalui siaran streaming sukan

 

Exit mobile version