Blog Sabree Hussin

5 Kegunaan Screen Divider yang anda juga mungkin tak tahu sebelum ni

Sebelum nak cerita panjang-panjang tentang topik screen divider ni, pertama sekali kenalah tanya dulu…

“Adakah anda tahu, apa itu screen divider?”

 

Susah juga kalau cerita bagai nak rak, alih-alih orang tak faham dan tak boleh nak bayangkan pun, apa benda sebenarnya screen divider tu. Screen divider ni perkataan Inggeris. Saya pun tak berapa pasti, kalau dalam bahasa melayu, apa nama benda ni. Mungkin orang kita panggil benda ni pembahagi ruang kot. Betul ke?

 

Tak apa, biar saya tunjukkan je gambarnya. Biar pembaca dan pelawat blog ni senang nak faham dan boleh bayangkan apa benda yang sebenarnya saya tengah cerita ni.

 

Inilah benda yang saya tengah ceritakan. Ha macam mana? Biasa nampak tak benda ni? Atau sebenarnya anda memang biasa nampak cuma selama ni tak ambil kisah sangat pun pasal kegunaan benda ni. Memandangkan baru-baru ni saya extra rajin dan ada buat bacaan tentang barang ni, jadi saya nak kongsikan antara 5 kegunaan screen divider yang anda juga mungkin baru tahu.

 

1. Digunakan sebagai pembahagi ruang untuk sementara

Katakanlah anda berada di dewan atau bilik yang agak besar, dan anda ingin bahagikan ruang kepada dua kumpulan yang berbeza. Masing-masing memerlukan privasi untuk berbincang dan sebagainya. Cara yang lebih efektif ialah dengan meletakkan screen divider sebagai pembahagi ruang.

 

Ada banyak jenis-jenis screen divider yang boleh digunakan.

 

Pandai-pandailah anda pilih mengikut kesesuaian lokasi, tempat dan tema sesuatu tempat. Contohnya kalau nak guna macam yang dekat sebelah ni pun bagus.

 

Kita tak boleh nampak sangat apa yang berlaku at the other side.

 

2. Boleh dijadikan sebagai hiasan dinding

Memandangkan sekarang ni, kita boleh dapatkan bermacam-macam design untuk disesuaikan dengan keadaan rumah mahupun ruangan pejabat kita, maka screen divider juga sesuai untuk dijadikan hiasan dinding.

 

Jika kena dengan designnya, hiasan dinding akan nampak lebih menarik dan elegan.

 

3. Untuk tutup bahagian-bahagian yang kita tak mahu orang lain lihat

Saya ada perasan dalam filem Maleficient lakonan Angelina Jolie, ada satu babak dalam cerita ni, iaitu semasa Aurora di tahan dalam biliknya di istana, ada muncul screen divider digunakan sebagai penghadang antara diri dia dengan tempat pendiang api.

 

Bila ada diletakkan screen divider ni, orang tak perlu lihat bara api yang sedang marak dalam tempat pendiang… dan mungkin ia juga ada kesan dari segi pengaliran haba. Kita tak akan dapat rasa secara terus aliran haba itu ke tubuh kita.

 

4. Penghadang sementara

Biasa nampak dekat hospital. Jenis yang digunakan pun lain sikit dan ada roda dan lebih ringan. Satu screen divider boleh guna untuk ramai-ramai pesakit. Lagipun guna untuk sementara, mungkin semasa nak salin pakaian, cuci luka dan sebagainya.

 

Screen divider ni jugak akan sangat berguna lebih-lebih lagi bila ada ramai saudara mara berkumpul kat rumah dan pada waktu tu jugaklah nak salin baju. Bilik pulak tak ada yang available. Screen divider ni lah yang akan jadi penyelamat. Kan benda ni boleh jadi penghalang penglihatan buat sementara.

 

5. Mengelakkan tempat-tempat tertentu dari disentuh

Biasanya kalau melibatkan kerja-kerja mengecat dinding. Cara yang agak biasa dilakukan ialah kita akan tampal notis seperti dibawah

Awas cat basah!

Cautions! Wet paint

 

Masalah dengan kaedah tampal notis macam ni ialah, sesetengah orang ni dia jenis yang tak makan saman. Lagi kita kata jangan sentuh, awas lagilah dia nak sentuh. Mungkin, dia rasa macam curious nak tau, eh betul ke cat ni betul-betul basah? Ataupun kadang-kadang orang ni dia suka nak tau, “entah-entah cat dah kering kot. Meh nak test…”

 

Jadi nampaknya, walaupun kita dah tampal notis macam ni, tetap akan ada tangan-tangan ataupun jari-jari yang gatal nak try dan nak tau sama ada cat betul-betul masih basah ataupun dah kering.

 

Satu lagi masalah dengan kaedah tampal notis ni pulak ialah pada pita pelekat yang digunakan. Jika tak berhati-hati, cat akan tertanggal sekali dengan pita pelekat yang digunakan. Jadi, bila kita tanggalkan notis tersebut, cat akan tertanggal sama dan akan nampak kecacatan pada dinding.

 

Untuk perbetulkan kecacatan ini, terpaksalah kita cat semula bahagian yang tertanggal, dan kesannya cat akan nampak berbelang dibahagian yang tertanggal catnya. Akan nampak tak elok jadinya. Salah satu idea yang boleh diguna pakai adalah dengan meletakkan screen divider ini di tempat yang baru di cat.

 

Jadi sebenarnya benda ni memang banyak kegunaan!

 

 

Exit mobile version