Blog Sabree Hussin

Keburukkan Tone Excel yang anda nak tahu?

Sejak akhir-akhir ni, saya perasan makin kerap pulak orang mencari maklumat tentang keburukkan Tone Excel. Ini buktinya.

 

Apa yang anda sedang lihat adalah kata kunci yang masuk ke laman blog saya ni. Pengunjung-pengunjung ni sebenarnya sedang mencari info tentang keburukkan Tone Excel.

 

Adat la kan… mana ada yang sempurna atas muka bumi ini. Tak kira sama ada ianya perkhidmatan, produk, perniagaan, syarikat dan sebagainya. Pasti serba sedikit akan ada beberapa poin yang dilihat kurang menarik di mata sesetengah individu. Namun, hanya kerana ada yang tak berapa gemar dengan poin tersebut, tak adillah kalau kita terus nak katakan ia sebagai suatu kelemahan dan keburukkan.

 

Saya sendiri, sepanjang hampir dua tahun menjadi pengguna simkad Tone Excel, dah tentu ada ketikanya saya rasa macam nak marah dan merasakan seolah-olah simkad ni bermasalah.

 

Pernah saya nak hantar SMS dia tulis “rejected by network”

… dan akhirnya sms tersebut gagal dihantar. Adakah selalu jadi macam ni? Tidak. Seingat saya pernah berlaku sekali sahaja. Itupun dah agak lama. Masa tu memang dah diberikan notifikasi yang pihak Tune Talk akan menaik taraf servis mereka dan gangguan layanan servis mungkin akan berlaku di kawasan-kawasan tertentu.

 

Walaupun SMS problem ketika itu, saya masih boleh buat call, Whatsapp dan menggunakan data seperti biasa.

 

Cuma saya nak tau jugak la, sepanjang anda guna handphone dengan syarikat telco yang anda gunakan sekarang, tak pernah ke syarikat telco upgrade system kemudian berlaku gangguan teknikal?

 

Masalah data cepat habis bila langgan internet

Sekarang ni, Tone Excel menawarkan promosi topup RM30 percuma data 1GB

Data ini akan valid dalam tempoh 30 hari. Ada juga yang kata, data Tone Excel ni cepat habis. Eh betul ke?

 

Pada saya, kalau dakwaan ini betul, dah tentu SEMUA orang yang guna TE akan kata benda yang sama. Semua akan komplen data cepat habis dan sebagainya. Ini tidak. Hanya sebahagian sahaja yang komplen macam tu.

 

Berkenaan dengan hal ini, memang agak sukar untuk kita sahkan sama ada betul atau tidak data cepat habis. Sebagai pengguna, anda sebenarnya boleh login ke system self care untuk melihat sama ada benar atau tidak data tu habis cepat. Anda juga boleh lihat penggunaan anda. Login ke system Tune Talk self care ya, bukannya sistem Tone Excel. Kalau anda login ke sistem Tone Excel, itu untuk semak komisyen bolehlah.

 

Isu data ni berkait rapat dengan penggunaan. Bagaimana cara anda mengawal penggunaan, itu yang lebih tepat. Banyak orang, dia tak tau, setting dalam phone mereka yang menyebabkan data tu cepat habis. Contohnya ada application yang autodownload, autoupdate, running in background dan semua ni guna data. Saya tak berapa pandai sangat dalam bab-bab setting phone ni, tapi anda boleh rujuk mereka yang lebih pakar.

 

Application macam youtube misalnya, tu anda boleh buang dah kot. Banyak pakai data tu bila tonton video.

 

Kemudian, kita kena tengok juga keperluan seseorang tu. Ada orang sebenarnya dia perlukan data sekurang-kurang 3GB. Tetapi dia hanya langgan 1GB. Kesannya? Memanglah terasa cepat habis. Patutnya di langganlah 3GB barulah dia akan rasa, “eh data aku ni masih banyak lagi rupanya…”

 

Dah join Tone Excel tapi masih tak dapat cari orang untuk join?



Saya percaya, anda nak jadi seorang usahawan, sebab tu anda ambik risiko dan join Tone Excel. Betul tak? Tapi anda silap kalau menyangka hari ni join, hari ni jugak anda akan dapat beribu-ribu orang downline.

 

Ataupun, hari ni anda join, dalam masa sebulan dua anda dah boleh jadi kaya. Salah tu bro… Pemikiran macam ni adalah pemikiran orang yang nak cepat kaya. Nak cepat kaya tu tak salah, asalkan usaha dia setanding dengan cita-cita. Ini tak… usahanya tidak, tapi dah demand macam-macam.

 

Tone Excel ni bukan program pelaburan dan bukan skim cepat kaya. Dalam program ni, anda letak modal RM100 misalnya, kemudian anda kena jalankan bisnes ni, barulah anda akan dapat imbuhan. Kalau skim cepat kaya, atau skim pelaburan misalnya, mereka akan mintak anda letak duit RM1,000 – RM100,000 kemudian anda tak perlu buat apa-apa. Hanya tunggu duit masuk. Itu pun kalau syarikat yang menguruskan duit anda berjaya buat keuntungan. Eh faham ke dak ni?

 

Susahlah buat bisnes Tone Excel?

Konsep bisnes ni MUDAH sebenarnya. Orang kita je yang suka jadikan ia susah. Suka tanya soalan-soalan yang tak membina dan akhirnya tak memberi nilai tambah pun pada diri. Mereka suka pertikaikan hal-hal seperti

1. Kalau tak ada orang nak join aku macam mana?

2. Susah tak nak cari orang? Kalau senang aku nak join..

3. Kalau kena tipu macam mana?

4. Ala kena buat kerja ke, malasnya aku. Ada tak pakej yang tak payah cari orang?

5. Ko buat la dulu, kalau betul dah kaya baru aku fikirkan balik. Eh ko dah pernah dapat duit ke?

 

Sebenarnya, saya bagi contoh la ya. Jika anda join Tone Excel dan menggunakan sistem Autodownline misalnya.

Konsepnya begitu mudah. Anda daftarkan akaun autodownline secara percuma. Buat promosi dan dalam masa 30 hari anda boleh upgrade kepada ahli berbayar. Dengan bantuan sistem autodownline ini, anda boleh mulakan bisnes Tone Excel anda hari ini juga tanpa perlu bayar apa-apa. Hanya setelah anda yakin, yang anda boleh bawa bisnes ni, barulah anda upgrade dan keluar modal RM100 untuk jadi ahli Tone Excel.

 

Bukan itu sahaja. Dari masa ke masa, jika anda sertai Team Autodownline bersama leader yang aktif, anda juga bakal terima limpahan downline menerusi fungsi spillover from upline.

 

Dalam situasi ini, konsep leverage berlaku dalam dua keadaan. Sebagai upline, anda akan dapat leverage daripada usaha promosi rangkaian dibawah anda. Manakala sebagai downline, anda juga dapat leverage hasil kerja upline anda. Macam mana boleh jadi macam ni? Upline anda hanya boleh ada 10 orang sahaja downline di level 1. Ini bermakna orang yang ke 11, akan di trasnfer kepada downline, dan downline tersebut mungkin adalah anda.

 

Nah ini penyelesaian untuk mereka yang tak tau macam mana nak menaja.

 

Wajarkah hanya bergantung dengan sistem ini semata-mata? TIDAK WAJAR. Sistem ini hanya sebagai back up ataupun support kepada usaha promosi anda.

 

Mungkin apa yang anda nak tau, masih belum saya jelaskan dalam entri ini. Ok apa kata anda tinggalkan pertanyaan anda dibahagian komen. Untuk makluman anda, saya adalah ejen pemasaran untuk simkad Tone Excel. Soalan berkaitan dengan pelan pemasaran, In Shaa Allah saya boleh jawab. Jika soalan anda adalah mengenai perkara-perkara teknikal, saya syorkan anda tanyakan pada bahagian yang berkenaan.

 

Selamat maju jaya, dan kalau belum join Tone Excel lagi, boleh join menerusi team Autodownline ni ya.

 

 

Exit mobile version