Blog Sabree Hussin

8 Perkara yang anda mungkin tak pernah diberitahu tentang bisnes Tone Excel

Jika anda berada dilaman web ini, bermakna anda sedang mencari info tentang program Tone Excel? Agaknya kenapa ya? Adakah anda berminat untuk jadi sebahagian dari keluarga besar pengguna simkad Tone Excel?

 

Baiklah, anda mungkin dah dengar dimana-mana, tentang betapa hebat dan ajaibnya simkad Tone Excel ini untuk bantu anda cari duit sampingan. Hanya dengan bertukar kepada Tone Excel, anda boleh jana pendapatan secara aktif, pendapatan pasif dan pada masa sama anda dapat nikmati kelebihan-kelebihan lain yang tak terdapat pada lain-lain syarikat telekomunikasi.

Untuk tidak mengecewakan anda, mari saya kongsikan kepada anda, 8 perkara yang saya percaya, ianya jarang dikongsikan secara terbuka dimana-mana. Setelah anda ketahui lapan perkara ini, anda mungkin akan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding orang lain yang tak tau tentang hal-hal ini.  Jom teruskan pembacaan.

1. Simkad Tone Excel adalah PERCUMA

Eh betul ke simkad ni PERCUMA?

YA memang BETUL.

 

“Kalau simkad ni PERCUMA, habis tu yang kena bayar RM90 tu untuk apa pulak?”

Itu adalah yuran untuk anda jadi AHLI. Bayaran hanya RM90 sahaja untuk buka satu akaun keahlian di Tone Excel, sekali seumur hidup. Anda akan diberikan simkad Tone Excel secara percuma. 

 

Ini adalah persoalan tentang PERSEPSI.

Sekiranya anda melihat, bayaran RM90 adalah bayaran untuk menjadi ahli dan anda akan diberikan simkad Tone Excel secara percuma, ANDA BETUL.

 

Sebaliknya, jika anda melihat bayaran RM90 adalah untuk beli simkad, dan selepas beli simkad, secara automatik anda akan jadi ahli Tone Excel, ANDA JUGA BETUL.

 

2. Percuma kredit bernilai RM30

Jika anda bertukar kepada simkad Tone Excel pada hari ini juga, anda tak perlu risau lagi untuk lakukan tambah nilai kerana didalamnya telah tersedia baki kredit bernilai RM30. Oh bukan itu sahaja, pada hari anda mengaktifkan simkad anda, pada waktu itu juga anda akan menikmati komisyen dari Tone Excel yang PERTAMA.

 

Apa? Hari pertama lagi dah boleh dapat komisyen? Betul ke?

 

Ya. Memang BETUL. Anda akan dapat komisyen sebanyak 3% daripada RM30 iaitu baki kredit yang tersedia dalam kad sim Tone Excel anda. Ini bermakna, anda tak perlu nak tunggu lama untuk buktikan pada kenalan atau kawan-kawan anda yang Tone Excel sememangnya membayar dan memberi penghargaan kepada para penggunanya.

Anda boleh pesan simkad Tone Excel anda dilaman web ini.

3. Tiada sebarang paksaan untuk sertai sebagai ahli Tone Excel

Jika selepas anda baca artikel ini, dan anda masih lagi tetap dengan keputusan anda untuk tidak menyertai Tone Excel, saya sedikit pun tak kecik hati. In fact, saya tak kisah pun kalau anda tak nak join. Saya tak akan paksa anda, dan anda tak perlu khuatir yang saya akan desak anda untuk join perniagaan ini.

 

Anda mempunyai kuasa MUTLAK ataupun kuasa VETO sama ada nak sertai perniagaan ini ataupun tidak. Kita masih lagi boleh kekal sebagai kawan. Saya percaya, jika anda tolak untuk sertai perniagaan ini, anda hanya menolak untuk join bisnes ni, bukannya anda menolak untuk jadi kawan saya, betul kan?

 

4. Anda tak akan kehilangan kawan, sebaliknya anda akan dapat RAAAAAAMAI KAWAN BARU

Saya pernah tengok secara live sewaktu saya masih belajar di kolej selepas habis persekolahan pada sekitar tahun 2006/2007. Waktu tu, kolej tempat saya belajar, “diserang” oleh pelajar dari kolej lain untuk mereka buat promosi bisnes MLM. Biar saya namakan bisnes tu sebagai bisnes L.

 

Kaedah pemasaran mereka, memang sangat HYPE. Hanya perlu join sebagai ahli dengan yuran sebanyak RM2,000 dan anda akan jadi kaya dalam masa yang singkat. CONFIRM! Wow ini sangat menarik. Tetapi berapa ramai yang akan tertarik? RM2,000 bukannya sikit lebih-lebih lagi untuk golongan pelajar. Elaun yang diperolehi pun setakat RM1,000 untuk satu semester.

 

Maka malanglah buat sebahagian pelajar yang dah terjoin secara membabi buta dalam bisnes MLM syarikat L ini. Oleh kerana TERDESAK sebab bisnes masih lagi tak pulang modal, mereka terpaksa guna cara hard selling yang mana mereka memaksa kawan-kawan yang masih belum join lagi. Kesannya? Oh… dah tentu la kawan-kawan sedia ada akan mula menjauhkan diri.

 

Adakah situasi yang sama akan anda lalui jika bersama Tone Excel?

Bayaran untuk menjadi ahli ialah RM90 sahaja. Termasuk dengan cukai GST sebanyak 6%, jumlahnya menjadikan RM95.40 sahaja. Adakah dengan RM95.40 ini cukup untuk menjadikan anda seorang businessman yang terdesak untuk dapat sales?

 

Bisnes ni bukan untuk orang yang terdesak nak pakai duit semalam. Selepas anda join, anda mungkin akan dapati, Tone Excel ini bukan skim cepat kaya, dan memang ya… ada ramai yang dah lama join Tone Excel tapi sampai sekarang ni, mereka masih tak kaya-kaya jugak. TETAPI, kerana mereka masih lagi tetap nak join dan tak bertukar ke talian lain? Sebabnya mudah sahaja, mereka menikmatik KELEBIHAN dan MANFAAT yang diberikan oleh Tone Excel, yang tidak diberikan oleh syarikat Telco lain.

 

5. TAHNIAH! Anda adalah seorang BOSS

Anda adalah boss untuk perniagaan anda sendiri, iaitu perniagaan simkad Tone Excel. Sebagai seorang boss, andalah yang buat keputusan untuk perniagaan anda. Tiada siapa yang berhak untuk mengarah-arah anda untuk buat apa-apa yang anda tak suka.

 

Anda bebas untuk jalankan bisnes ini dimana-mana sahaja yang anda suka. Anda boleh jalankan bisnes ni pada bila-bila masa. Tak ada siapa yang boleh beri anda arahan untuk buat itu ini. Even orang yang memperkenalkan perniagaan ini kepada anda, (upline) juga tidak berhak untuk suruh anda buat macam-macam.

 

Jika anda faham maksud saya, apabila anda join bisnes ini, saya sedang mengajak anda untuk jadi seorang boss. Bukannya jadi seorang kuli ataupun pekerja bawahan.

 

6. Pertumbuhan dan perkembangan setiap orang adalah BERBEZA dalam bisnes ini

Ini adalah salah satu perkara yang jarang diberitahu kepada orang ramai mahupun kepada ahli-ahli Tone Excel itu sendiri. Performance setiap orang adalah berbeza-beza dalam perniagaan ini.

 

Ada orang, dia boleh dapat 100 orang pelanggan dalam bulan pertama dia join Tone Excel. Ada orang boleh dapat 20 orang dalam bulan pertama dia sertai Tone Excel. Ada orang, dia langsung tak berjaya dapat jualan walaupun hanya satu sahaja. Setiap orang akan dapat hasil yang berbeza-beza.

 

Peluang untuk anda berjaya dalam perniagaan ini lebih CERAH apabila anda buat kerja. Bukannya duduk saja ya. Bergantung kepada group ataupun rangkaian mana yang anda sertai, setiap orang ada teknik dan kaedah promosi mereka sendiri. Sama ada nak fokus pada segmen pemasaran online mahupun nak fokuskan kepada pelanggan offline. Syaratnya sama, anda kena buat kerja.

 

Kerja yang saya maksudkan tu pun, bukannya susah sangat. Anda hanya perlu banyakkan berkongsi tentang kelebihan dan manfaat yang akan diperolehi apabila sertai program ini, itu sahaja.

 

7. Anda masih lagi UNTUNG walaupun anda tak buat promosi

Walaupun anda hanya ingin menjadi pengguna biasa, anda masih lagi UNTUNG. Anda boleh mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam dilaman web ini, apa yang anda akan perolehi walaupun hanya menjadi pengguna biasa.

Klik untuk layari: http://buatduitdenganhandphone.com/

 

8. Siapa suruh anda cari orang? Guna kaedah IKLAN KREATIF la bro…

 

“SAYA TAK NAK JOIN SEBAB KENA CARI ORANG…”

 

Seriously? Nak cari orang… saya pun tak minat. Tahukah anda, terdapat banyak lagi cara untuk jalankan bisnes Tone Excel ini tanpa memerlukan anda CARI ORANG. Saya faham, ada ramai sebenarnya yang alergi dengan kerja cari-cari orang ni. Bukan apa… buat benda ni memang leceh dan memenatkan. Buktinya… anda boleh pergi ke balai polis dan tanya sendiri mereka, sejak dari tahun 2,000 hingga kini, berapa ramai kes orang hilang yang berjaya diselesaikan?

 

Orang-orang yang hilang ni lah yang perlu dicari. Polis pun kadang-kadang tak berjaya nak cari orang. Inikan pula anda. Jika anda masih lagi berpegang kepada prinsip, “buat bisnes kena cari orang” maksudnya anda masih lagi fokus pada konsep yang SALAH.

 

Yang sebetulnya, anda perlu belajar macam mana nak hasilkan IKLAN YANG KREATIF ataupun belajar teknik pengiklanan yang betul supaya bakal pelanggan anda yang datang berjumpa dengan anda, bukannya sebaliknya.

 

Ok macam mana nak buat iklan yang kreatif pulak? Itu anda kenalah belajar. Cara paling mudah dan efektif untuk belajar adalah menerusi kaedah praktikal, bukannya setakat teori. Anda belajar, dan terus praktikkan.

.

..

Sebelum berpisah, apa kata anda luangkan 3 minit 25 saat sahaja untuk tonton video pendek ini. Video ini mengandungi perkongsian hebat daripada individu yang telah BERJAYA dalam perniagaan ini.

 

Terlalu banyak yang saya nak kongsikan dalam artikel ini, namun saya tahu, ianya MUSTAHIL. Jadi, jika anda masih belum puas untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Tone Excel, anda boleh ke laman web berikut: http://buatduitdenganhandphone.com/

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

 

Exit mobile version