Blog Sabree Hussin

10 Kesilapan Yang Pernah Saya Lakukan Dalam Bisnes Tone Excel

Anda nak tahu apa kesan daripada kesilapan yang pernah saya buat ni?

Ya.

Saya GAGAL dalam bisnes Tone Excel ni. Saya pernah buat bisnes ni sebelum ini. Kemudian saya buat silap. Kesilapan yang membuatkan saya GAGAL dalam bisnes ni.

Anehnya… saya juga pernah fikir yang saya tak akan kembali buat bisnes ni lagi. Saya bertekad yang lepas daripada kegagalan sebelum ini, saya hanya nak fokus dengan bisnes produk digital, affiliate, dropship, blogging dan sebagainya.

Rupa-rupanya saya silap. Kita merancang, Allah juga merancang. Namun perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan buat kita hambaNya. Here I am.

Walaupun pernah gagal sebelum ini, saya masih lagi tak serik-serik dan kali ini, I’M BACK dengan semangat dan tekad yang baru untuk dapatkan hasil yang lebih baik berbanding percubaan yang lalu.

Bila saya semak-semak balik, rupa-rupanya bukan saya seorang yang pernah gagal dalam bisnes ni. Ada ramai lagi rupanya kawan-kawan Tone Excel yang pernah buat bisnes ni, tapi lepas tu tersadai ditengah jalan.

Bezanya ialah, kali ini saya cuba sekali lagi.

*

Hari ini, setiap kali saya login ke akaun ewallet Tone Excel saya, saya TERPAKSA lihat akaun tone excel saya sebelum ini.

Melihat akaun saya sebelum ni, terasa seolah-olah mendapat reminder!

Bro… Ko pernah GAGAL dalam bisnes ni. Tapi hari ni ko cuba lagi buat bisnes yang ko pernah gagal sebelum ni. Kalau percubaan ko kali ini, semata-mata nak ulang kegagalan ko yang lalu, lebih baik ko berhenti sekarang!

Hari ini, saya mungkin tak tahu macam mana nak berjaya dalam bisnes ni. Tapi yang pasti, saya kini tahu, macam mana nak elakkan diri daripada gagal dalam bisnes Tone Excel ni sekali lagi.

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah gagal dalam bisnes ni. Jadi, moving forward, saya hanya perlu pastikan yang saya tak ulang semula kesilapan-kesilapan yang lepas.

Dengan ini, saya pasti dapat meningkatkan kebarangkalian untuk saya berjaya dalam bisnes ni. Tak begitu?

Jika anda adalah network saya, saya harap anda tak ulang kesilapan yang saya pernah buat ni. Cukup saya seorang yang pernah gagal dalam bisnes ni, anda tak perlu ulang.

… dan jika anda bukannya daripada network saya, saya harap artikel ini dapat beri anda serba sedikit manfaat buat anda mempromosikan perniagaan Tone Excel ini.

**

Kesilapan pertama: Tak kenal siapa Upline & Siapa Downline

“This business is build on relationship”

Ini yang saya pelajari daripada sebuah buku berjudul If They Say NO, just say NEXT!

Seperti lain-lain bisnes, lagi kuat perhubungan ataupun relationship antara pemilik perniagaan dan juga pelanggan, maka dengan izin tuhan akan makin kukuh dan mantaplah sesuatu perniagaan tersebut.

Ibaratnya begini, jika anda adalah network saya, bermakna anda adalah pelanggan saya. Sebagai pelanggan, dah tentu saya akan beri yang terbaik untuk bantu anda dalam perkembangan bisnes ini.

Sebenarnya, kejayaan anda bukanlah bergantung sangat pada siapa upline anda. Namun, adakalanya kita juga memerlukan sokongan, pendapat, dan juga inginkan suntikkan semangat dari upline kita sendiri.

Kalau dulu, memang saya tak kenal siapa upline saya. Saya daftar bisnes ni pun melalui satu website yang saya jumpa secara tak sengaja secara online.

Nak contact upline sebab nak sembang-sembang? Memang tak buat lah. Saya pun tak tau nak tanya dan nak cakap apa dengan dia.

Tapi sekarang ni, situasi dia berbeza. Saya kenal siapa upline saya. Setiap minggu saya akan “kacau” dia untuk buat tempahan sim kad.

Manakala untuk downline saya pula,

1. Saya add mereka dalam group whatsapp

2. Saya add mereka masuk dalam group FB

3. Saya ajak mereka untuk opt in dalam mailing list saya

4. Saya ajak mereka untuk add saya sebagai rakan di FB

5. Saya jemput mereka untuk follow blog saya

Supaya dengan usaha yang sedikit ini,

1. Mereka dapat kenal siapa saya

2. Mereka boleh tahu apa kepakaran saya

3. Mereka jelas, apa yang saya boleh bantu

 

Kesilapan kedua: Terlalu bergantung pada software dan robot

Dulu saya ada laman web khas untuk dapatkan prospek.

Laman web tersebut pula dipasang dengan sistem autopilot. Dari segi flow, ia berfungsi seperti berikut

1. Saya akan promosikan link khas saya di internet

2. Prospek akan lihat tawaran dan akan berikan nama dan alamat emel

3. Sistem akan lakukan kerja-kerja follow up

4. Pada masa yang sama, saya juga boleh hubungi prospek untuk buat follow up (jika perlu)

5. Prospek yang berminat akan buat bayaran kepada admin (bukan saya)

6. Admin akan uruskan tempahan, dan pada masa yang sama, ADMIN AKAN ACTIVATE SIM KAD PELANGGAN

7. Admin akan pos simkad dan prospek tersebut hanya perlu ulang apa yang saya buat

Walaubagaimanapun, sistem ini, walaupun nampak mudah, rupa-rupanya ada KELEMAHAN yang saya sendiri tak nampak pada waktu tu!

Memanglah kita nampak kerja dia macam senang, hanya perlu promote link, seolah-olah macam kita tengah promosikan program affiliate, tapi kesan jangka panjang… ia hanya membantutkan perkembangan network saya sahaja.

Ini antara kelemahan yang saya nampak

1. Downline yang tak pandai marketing secara online atau tak pandai komputer akan rasa SUSAH nak dapat pelanggan.

2. Pihak admin yang akan simpan senarai nama prospek dan hanya sistem admin sahaja yang boleh hantar emel secara pukal kepada prospek kita.

Ketika anda baru bermula, anda mungkin hanya ada 10 orang prospek yang berdaftar dalam sistem. Tak jadi masalah. Anda boleh hantar emel pada mereka atau sms satu per satu. Masalah mula timbul apabila prospek anda meningkat jadi 50 atau 100 orang!

Anda tak boleh hantar emel secara pukal, kerana ia akan dikira sebagai SPAM. Tak mungkin juga nak sms kepada 50 orang ini, sebabnya ianya sangat tidak cost effective.

3. Downline anda tak tau kat mana nak dapatkan sim kad.

4. Downline anda tak tahu macam mana nak activate sim kad sebabnya semua admin yang akan lakukan.

5. Bila dah makin berkembang network, admin mula jadi sangat sibuk dan tak ada masa untuk uruskan hal-hal lain.

Masalah berlaku apabila downline terlalu bergantung pada admin. Kalau admin bercuti seminggu, maka seminggu tu jugalah tak boleh buat activation untuk sim kad baru. Melepaslah prospek dan mungkin akan jatuh ke tangan upline lain.

Sebab tu kali ini, saya amat galakkan ada dapatkan buku panduan yang ditulis oleh Mazelan Abas ni. Bila dah dapat buku ni, BACALAH…

Baca dari mula sampai habis.

Baca sampai faham. 

Ataupun, kalau anda masih belum join bisnes ni, anda boleh download panduan yang saya tulis ini di sini.

Kesilapan ketiga: Tidak kumpul list prospek dalam sistem autoresponder

Salah satu sebab kenapa orang tak membeli ialah lupa. Bila dia lupa, kita kena ingatkan.

Cara paling mudah nak buat follow up adalah menerusi emel. Dengan bantuan sistem autoresponder dah tentu.

Jika anda sedang mencari sistem autoresponder yang TERBAIK, saya cadangkan anda guna Aweber.

Ataupun, jika anda ingin mencari autoresponder PERCUMA yang bagus, anda boleh juga gunakan Sistem Autoresponder Emelmatik.

Untuk network saya, saya juga bekalkan dengan sistem autoresponder khas yang dikenali dengan nama Parabots PRO.

Percayalah cakap saya, sistem autoresponder ini pasti akan memudahkan kerja-kerja pemasaran anda.

Kesilapan keempat: Tak ada matlamat nak berjaya yang jelas

Kalau dulu, saya buat bisnes sebab suka-suka.

Sebab nampak macam best. Sebab nampak macam berpotensi dan mudah untuk buat duit.

Terlalu banyak sebab. Saya sendiri tak ada sebab yang betul-betul kuat dan mendesak untuk saya buat bisnes ni betul-betul.

Sekarang dah tentu situasinya BERBEZA! Bila kita jelas dengan apa matlamat kita, tak ada satu pun halangan yang kita hadapi buatkan kita rasa lemah.

Kesilapan kelima: Tidak menjadikan Tone Excel sebagai line utama

Ini kesilapan yang serius.

Jangan jadikan Tone Excel sebagai line kedua, ketiga, keempat atau ke berapa-berapa sekalipun. Jadikan Tone Excel sebagai talian UTAMA!

Buat Port In.

Kekalkan nombor lama, dan guna hanya satu line sahaja. Ingat! Tujuan kita buat bisnes ni sebab kita nak buat duit, bukan sebab nak keluar duit. Bila anda pakai lebih daripada satu handphone, dah jadi satu hal nak kena topup dua nombor.

Untuk jangka masa panjang, ini akan jadi beban. Ini sebabnya

Topup minimum RM20 baru layak dapat komisyen topup dari rangkaian

Topup RM30 akan dapat FREE topup RM10 dan cash back 3%

Topup RM50 akan dapat FREE topup RM20 dan FREE PA Insurans bernilai RM100,000

Topup minimum RM59.90 komisyen topup dari rangkaian anda akan meningkat jadi 10%, 3% dan 13%

Namun, jika anda tidak menjadikan Tone Excel sebagai talian utama, dan pada waktu tu anda masih belum ada walau seorang pun downline, besar kemungkinan anda tak akan nampak sebab kenapa anda perlu topup, sebabnya anda masih tak ada seorang pun downline.

Jika ini berterusan, kesudahannya, anda mungkin akan terkeluar daripada program ni. Lebih-lebih lagi untuk ahli yang tak aktif membuat tajaan dan pemasaran.

Kesilapan keenam: Tak yakin boleh berjaya

Pertama, anda kena yakin, rezeki datangnya dari Allah.

Bukan dari syarikat Tone Excel, bukan dari produk, dan bukan dari rangkaian.

Seterusnya, anda kena YAKIN DENGAN DIRI ANDA SENDIRI. Yakin yang anda boleh buat bisnes ni dan anda yakin boleh berjaya.

Ramai yang hubungi saya, katanya dia tak jadi nak buat bisnes ni sebab family dia tak nak join, sebab kawan-kawan ofis tak nak join. Saya cuma senyum je.

Tak apalah. Tak nak sudah. Dalam bisnes ni, “usah di rayu pada yang tak sudi.”

Mungkin ramai yang tak tahu. Saya bekerja sendiri. Saya tak ada rakan sekerja… dan pada awal-awal dulu, tak ada seorang pun daripada ahli keluarga saya yang minat nak pakai line Tone Excel ni.

Adakah saya patut stop buat bisnes ni disebabkan orang lain tak nak join saya?

Kalau macam tu, nampak sangat orang tu dah ikat siap-siap kejayaan dia dalam bisnes ni pada orang-orang yang dia kenal sahaja.

Orang sekeliling boleh nampak, kalau kita sendiri tak berapa yakin, mereka tak akan dengan mudah nak sertai kita.

Kesilapan ketujuh: Komitmen dan komited

Saya akui, dulu saya bodoh.

Saya terlalu ikutkan perasaan, dan tak lengkapkan diri dengan ilmu yang sepatutnya.

Benda ni yang saya ubah.

Kegagalan yang lepas betul-betul membuka mata saya, yang sebenarnya ada banyak lagi yang saya tak tahu. Hari ini, bila saya dengar atau terbaca kat FB, ada yang mengaku

“Aku dah buat macam-macam cara, tapi seorang pun masih tak ada yang nak join aku…”

Itu semua B.S.

Kalau anda dah cuba macam-macam cara, dah pasti akan ada satu atau dua yang berhasil. Ini kalau masih belum ada hasil, nampak sangat masih ada banyak lagi cara yang anda tak buat dalam bisnes ni.

Ini antara senarai buku yang saya beli dan yang saya dalam proses untuk hadamkan. Buku-buku ini semua bagus dan mungkin anda juga patut beli. Ini juga untuk kebaikkan anda dan bisnes anda sendiri nanti.

Buku dalam topik network marketing.

Buku dalam topik sales

Buku dalam topik marketing

Buku dalam topik business building.

Buku dalam topik personal development & self help

Buku dalam topik mind setting dan teknik berfikir

Itu cuma sebahagian daripada buku-buku yang saya kira bagus untuk anda baca. Sebenarnya saya ada banyak lagi buku-buku lain yang bagus yang saya tak masukkan dalam gambar.

Termasuk juga ebook dan sebagainya.

Nak berjaya dalam bisnes ni?

Anda perlu invest terhadap diri anda sendiri dulu.

First you LEARN, then you will EARN.

Kesilapan kelapan: Tak ada sistem pemasaran yang betul-betul berkesan

Saya dulu macam ni lah.

Buat promosi membabi buta. Tak ada ilmu lah katakan.

Buat promosi kat blog tak ada siapa yang ambil peduli.

Buat promosi kat FB… haram tak ada siapa yang like, komen dan mesej langsung.

Alhamdulillah, now I’m older and wiser.

Kesilapan kesembilan: Tidak mempelbagaikan kaedah dan medium pemasaran

Saya bukan sahaja tak mempelbagaikan kaedah pemasaran, malahan terlalu fokus pada satu-satu kaedah yang sebenarnya kurang berkesan.

Apa boleh buat, itu sahaja yang saya tahu.

Sekarang ni, saya dah mula upgrade.

Selain guna media sosial, seperti FB, saya juga manfaatkan sepenuhnya fungsi blog dan juga pemasaran emel.

Jika anda berada dalam network saya, kaedah pemasaran ini juga yang akan saya turunkan kepada anda. (itupun kalau anda nak belajar dari saya)

Kalau anda tak nak belajar, saya pun tak boleh paksa.

Ingat. Murid yang datang berguru, bukan guru yang terhegeh-hegeh nak datang mengajar. Disiplin ilmu juga anda perlu tahu.

Kesilapan kesepuluh: Tidak anggap bisnes ini sebagai bisnes yang SERIUS

Almaklumlah, untungnya pun cuma sen-sen.

Hari ini, saya lihat dengan mata saya sendiri… rupa-rupanya, dari bisnes sen-sen inilah… dah ada ahli Tone Excel yang berjaya hasilkan komisyen sehingga RM800 ribu dalam masa sebulan.

Dari bisnes sen-sen inilah dah ramai yang berjaya dapat pasif income dan tak perlu terlalu risau dengan duit lagi.

Memang silap, saya tak buat betul-betul bisnes ni dulu.

Anda ada sebarang pertanyaan atau komen? Boleh tinggalkan dibahagian komen dibawah ya.

 

 

Exit mobile version