Blog Sabree Hussin

Perjalanan Bisnes Tone Excel Saya Setakat September 2014

Bulan September 2014 ini genaplah 7 bulan saya sertai perniagaan sim kad Tone Excel WOW ini.

Macam tak percaya. Pejam celik, pejam celik rupanya pantas betul masa berlalu. 7 bulan lepas, saya tak pandang pun bisnes Tone Excel ni langsung sebabnya saya pernah gagal dalam bisnes ni satu ketika dulu.

Mungkin, kegagalan saya tu ada kena mengena dengan 10 kesilapan yang saya pernah lakukan dalam bisnes tone excel ni.

Sekitar bulan March hari tu, saya kuatkan semangat dan cuba lagi sekali buat bisnes ni. Dengan mindset, teknik, taktik dan strategi yang baru dah tentu.

Alhamdulilah, percubaan kali ini membuahkan hasil. Walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki.

Saya pun macam orang lain juga, banyak yang kurang dan ada banyak kelemahan. In Shaa Allah, sama-sama kita perbaiki apa yang kurang yang ada pada diri kita. Semoga anda yang baca cerita saya ni, dapatlah serba sedikit manfaat, dan kalau ada yang dah mula rasa nak give up dalam bisnes ni, saya harap anda dapat kembalikan semangat anda tu.

Cerita bab komisyen Tone Excel dulu la ye…

Orang kata, komisyen untuk ahli Tone Excel ini dibayar 3 kali dalam sebulan. Kiranya, siapa yang buat Tone Excel ini, mereka akan dapat gaji 3 kali.

Eh betul ke ni? Jom kita siasat dan bongkarkan rahsianya. Sama ada betul atau tidak…

Untuk makluman anda, komisyen yang masuk pada bulan September adalah untuk hasil kerja pada bulan August.

Untuk bulan September ini, komisyen pertama yang dibayar adalah pada 02 Sept 2014

Kemudian, pada 10 Sept 2014, saya terima lagi pembayaran komisyen dari Tone Excel

Dan bayaran terakhir untuk bulan September saya terima pada tarikh 22 Sept 2014

333279 adalah ID penaja (IDP) saya.

Err… Tone Excel ni kena cari orang ke?

Suka hati.

Terpulang.

Nak guna “strategi cari orang” boleh. Nak guna “strategi orang cari kita” pun boleh. Saya sendiri tak ada sibuk-sibuk nak cari orang.

Kalau orang nak buat Tone Excel, marilah daftar dengan saya. Buat masa ini saya masih belum lagi cari orang. Semua orang yang datang kat saya mintak saya daftarkan.

Macam mana saya buat?

Kena ada strategi lah…

Komisyen Top up semakin meningkat dan terus meningkat!

Ini betul-betul berlaku. Serius!

Dengan syarat, anda kena buat kerja, dan rangkaian anda juga kena buat kerja. Selebihnya anda lihatlah sendiri kuasa keajaibannya.

Baru saya tahu, selama ini ada orang topup sampai beratus-ratus ringgit dalam sebulan.

Saya sendiri cuma topup dalam lingkungan RM30 – RM40 sahaja dalam sebulan. Itupun saya dah rasa macam banyak sangat dah. Rupanya memang untung besar bisnes dalam bidang telekomunikasi ni rupanya.

Komisyen Tone Excel untuk BAYAR HUTANG!

Penghujung bulan August yang lepas, saya ada buat personal loan. Tak banyak pun. Sekitar RM10,000 sahaja. (Saya tak akan buat loan kalau bukan sebab TERPAKSA)

Tempoh bayaran balik adalah selama 7 tahun dan monthly installment sebanyak RM200 ++

In Shaa Allah, bermula bulan Oktober nanti, dah tak perlu guna duit sendiri. Untuk loan repayment tu nanti boleh guna 100% duit Tone Excel.

Ini salah satu sebab kenapa saya sanggup buat Tone Excel. Saya ada HUTANG KAD KREDIT, HUTANG PERSONAL dan macam-macam lagi jenis HUTANG yang saya nak bayar.

Setengah orang fikir, saya buat bisnes ni sebab saya nak hidup mewah… silap tanggapan anda tu wahai kawan. Sebenarnya, saya ada banyak hutang dan Tone Excel ini adalah ikhtiar untuk saya selesaikan hutang-hutang saya sebelum saya meninggalkan dunia ini.

“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).”  (Riwayat Muslim, 6/38)

“Individu yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, tetapi individu yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya.” (Direkodkan oleh Bukhari, 2/83)

Jadi, kalau anda pun ada banyak hutang macam saya, dan anda nak berikhtiar untuk langsaikan hutang dengan menggunakan income dari Tone Excel, apa kata anda download panduan Bisnes Tone Excel ini dulu.

Lepas tu, kalau anda rasa nak join menerusi network saya, marilah. Kalau tak, suka hatilah ha ha

Tools marketing TERBARU

Saya juga dah siapkan tools dan rujukan untuk para network saya. Dalam kesibukkan saya urus bisnes dan kehidupan sendiri, saya cuba juga sempatkan diri untuk menulis panduan untuk network saya.

Panduan-panduan ini semua boleh didapatkan di Group tertutup khusus untuk network saya sahaja.

Ada masa nanti, saya hasilkan panduan lain pulak. Nantilah…

Laman web promosi ToneExpress, bagus ke tidak?

Entah.

Pada saya soalan bagus ke tidak tu terlalu subjektif. Anda sebenarnya nak tahu bagus ke tidak dari sudut mana satu?

Macam ni la… dalam bisnes ni, adakalanya kita perlu ambil risiko. Bukan sebarang risiko, tetapi calculated risk. Iaitu risiko yang kita dah kira tahap bahayanya.

Modalnya hanyalah RM10. Itupun nak gaduh?

Sewaktu orang lain sedang berdebat dan mempertikaikan kebagusan laman web ini, rupa-rupanya dalam akaun ewallet saya dah ada RM50 terkumpul.

Cukup RM110 nanti, saya akan dapat sekeping simkad dan juga buku panduan. Saya plan nak beri PERCUMA je nanti kepada sesiapa yang betul-betul serius nak buat bisnes ni tapi tak ada duit.

Daftar ToneXpress kat sini.

Pernah tak rasa nak give up?

Mestilah PERNAH.

Dua bulan pertama saya buat bisnes ni, saya langsung tak ada sales.

Seorang pun tak ada yang nak join… walaupun saya ada follower kat FB, saya ada blog subscriber, saya ada mailing list.

Maknanya?

Semua ini rezeki. Kita mintak pada Allah, mudah-mudahan dibukakan pintu rezeki menerusi cabang bisnes ni. Downline akan datang sendiri dari jalan yang tak disangka-sangka jika anda bertaqwa kepada Allah.

Ini janji Dia.

Apa perlu buat bila tak ada sales, tak ada downline, tak ada komisyen

Pergilah belajar.

Masa inilah saya bukak balik koleksi buku-buku yang saya pernah beli sebelum ni. Masya Allah, rupanya TERLALU BANYAK ilmu yang saya ada, yang saya tak amalkan dan ada juga ilmu yang saya dah lupakan.

Sementara tak ada sales, saya baca balik buku-buku yang saya pernah beli.

Buku tentang sales & marketing

Buku tentang network marketing

Selama ini saya ingat saya dah buat semua benda, rupanya bila dah bukak kitab balik, baru saya sedar, banyak sangat yang saya tak buat lagi.

Jadi kawan-kawan pembaca dan ahli Tone Excel sekalian, kalau anda rasa sales anda ciput je, bukaklah kitab. Baca, kemudian amalkan.

Ilmu yang anda ada sekarang ni hanya setakat mampu untuk dapat hasil seperti yang anda dapat sekarang.

Kalau anda nak hasil yang lebih, nak tak nak, anda WAJIB upgrade ILMU.

… dan YA. Ilmu tu ada HARGANYA.

Nak buat duit tapi takut…

Serius.

Saya jumpa ramai sangat golongan macam ni. Nak buat duit, tapi TAKUT.

Saya petik kata-kata Will Smith dalam filem After Earth,

“FEAR IS NOT REAL!”

Anda takut pada bayang-bayang. Anda takut pada imaginasi sendiri. Anda takut pada perkara yang belum terjadi lagi. Anda takut pada benda yang anda sendiri ada-adakan di minda anda.

Contoh, anda takut kalau buat bisnes ni, nanti anda GAGAL dapat downline.

Terus terang saya katakan, saya hanya dapat downline selepas dua bulan saya buat bisnes ni, saya buat promosi tanpa henti.

Bagaimana kalau saya tak mulakan langsung bisnes ni? Atau bagaimana kalau saya berhenti pada bulan pertama?

Ya.

Saya tak akan dapat nikmati komisyen-komisyen dari Tone Excel lagi sampai bila-bila.

Siapa yang join Tone Excel dengan niat nak dapat downline dengan senang, dia tak akan dapat downline. Gerenti.

Tetapi, kalau dia join Tone Excel dengan niat murni nak bayar hutang, nak kahwin, nak belajar bisnes dari upline (dari saya ke ehem) In Shaa Allah, akan dipermudahkan jalan untuk dapat komisyen tu.

Awal-awal lagi niat dah salah, jadi terima je la apa pun hasilnya. Betulkan niat, In Shaa Allah, jalan akan terbuka luas.

Ps: Selain nak bayar hutang, saya buat bisnes ni sebab nak kahwin 🙂

Okla… macam panjang pulak saya bercerita.

Mana yang baik jadikan tauladan, dan mana yang tak baik, sila-silah tegur saya. Saya amat hargai jika anda sudi untuk tegur saya secara private 🙂

 

Exit mobile version