Blog Sabree Hussin

Perbezaan Antara Bisnes MLM Dengan Bisnes Sim Kad Tone Excel

Masih ramai lagi yang tak faham bisnes Tone Excel ini sebenarnya.

Ramai juga yang menganggap bisnes Tone Excel ini ialah MLM, sedangkan ia berbeza dengan bisnes MLM.

Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan beza antara bisnes MLM dengan bisnes Tone Excel.

Saya tak pasti, siapa orang pertama yang menyediakan penerangan ini. Ianya dikongsikan oleh ahli-ahli Tone Excel di media sosial FB.

Apa yang pasti, hasil daripada usaha murni beliau, proses untuk menerangkan perbezaan antara Bisnes MLM dengan Bisnes Tone Excel jadi lagi mudah.

Jika tulisan diatas terlalu kecil, saya akan tulis semula.

Bisnes MLM (multi level marketing) 

1. Didaftarkan dibawah Akta Jualan Langsung (AJL)

2. Jual barang secara langsung atau tidak langsung. Contoh, jual barang kepada ahli dengan harga ahli, manakala jual barang kepada bukan ahli dengan harga runcit. Paling tidak pun ahli jual barang kepada bukan ahli dengan harga ahli bagi tujuan maintain PV, point dan sebagainya.

3. Jika downline beli terus daripada syarikat/stokis/service center, maka ahli akan gunakan nombor keahlian bagi mendapatkan harga ahli. Jadi, upline akan dapat mata bagi pengiraan komisyen atau bonus.  

4. Pendapatan berulang bagi ahli MLM adalah produk yang downline mereka beli dari syarikat/stokis. Kalau downline tiba-tiba beli di kedai runcit yang berlambak jual produk mereka, maka upline tidak akan dapat walau sesen pun.

5. Kerisauan orang MLM adalah jika ada orang main harga iaitu jual pada harga ahli kepada sesiapa sahaja. Contoh, barang kesihatan yang sama dijual di kedai runcit. Pelanggan yang pada mulanya beli dari ahli MLM akan beralih ke kedai runcit. Maka tiada untung runcit atau mungkin ahli-ahli sekadar nak jadi ahli untuk beli barang, tak akan beli dari syarikat/stokis, maka tiada komisyen untuk upline. 

Sekarang, kita akan lihat pula bezanya dengan bisnes Sim Kad Tone Excel pula.

Bisnes Sim Kad Tone

1. Didaftarkan dibawah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia

2. Jual simkad kepada ahli dan bukan ahli dengan harga RM90. Ahli tak buat maintain dengan jual sim kad. 

3. Ahli TE tak perlu berbuat begitu (rujuk point ketiga bisnes MLM) sebab harga sim kad adalah selaras di seluruh Malaysia iaitu RM90. Jual simkad bukan bisnes utama kita tetapi komisyen topup. Yang peliknya, kita tak jual topup.

4. Pendapatan berulang ahli adalah hasil dari topup handphone yang ahli-ahli pun tak jual. Syarikat Tone Excel pun tak jual topup. Memangpun ahli akan topup dimana-mana sebab tak ada stokis/service center TE jual topup pun.

 5. Tak timbul langsung isu ini. Kalau tauke kedai topup nak jual dengan harga murah sekalipun, tidak akan menjejaskan komisyen topup kita. Tauke kedai topup itu sendiri yang akan kurang untungnya. Komisyen kita tetap macam biasa.

Of course, kalau anda memang secara peribadi memang ada masalah dengan bisnes model seperti ini, saya kata apa pun anda tak nak dengar. Malahan siap nak bagi point anda sendiri (tanpa diminta) untuk menunjukkan yang anda tak puas hati.

Apa pun jika anda tak suka, itu bukan masalah saya, itu masalah anda.

Saya akan share dengan orang-orang yang suka dan berminat nak tambah pendapatan sahaja.

Jika anda berminat nak sertai team saya dalam bisnes, hubungi saya ya 🙂

 

 

Exit mobile version