Blog Sabree Hussin

Sistem Buat Duit Automatik Yang Anda Perlu Tahu

Bila saya sebut istilah “sistem buat duit automatik“, anda boleh bayangkan tak, sistem ini sebenarnya macam mana bentuknya?

 

Adakah anda membayangkan ianya dalam bentuk sebuah mesin yang kita boleh pegang dan lihat dengan mata kasar?

 

Atau adakah anda membayangkan sistem ini dalam bentuk sebuah software atau apps?

Atau mungkin anda membayangkan sistem ini sebenarnya adalah sebuah portfolio yang terdiri daripada pelbagai jenis dana pelaburan?

 

Atau anda bayangkan sistem yang terdiri daripada tenaga kerja manusia sebagai komponen yang menggerakkan suatu perusahaan atau perniagaan?

 

Jika anda merupakan seorang yang berfikiran terbuka dan tak kisah ianya dalam bentuk apa sekalipun, asalkan ia mampu berfungsi seperti yang kita mahukan, maka posting kali ini sesuai untuk anda.

 

Apa yang kita mahu dari sistem buat duit automatik?

Kenapa kita perlu ada suatu sistem atau mekanisma yang boleh memberikan kita sumber pendapatan yang automatik?

 

Mari kita fikirkan bersama.

 

Soalan ini, jika ditanyakan pada saya, ada dua jawapan yang saya fikirkan.

(1) Kestabilan dari segi kewangan.

(2) Jaminan keselamatan bahawa saya akan terus dapat pendapatan walaupun sudah tak bekerja.

 

Keinginan untuk mempunyai suatu aliran pendapatan yang tetap, yang tidak memerlukan fokus dan perhatian kita secara berterusan melalui kerja hakiki sudah semestinya menjadi impian banyak individu.

 

Bayangkan, kalau anda mempunyai suatu sumber pendapatan yang boleh bergerak dengan sendirinya.

 

Kita namakan ia sumber pendapatan automatik, kerana ia mempunyai sistem buat duit automatik yang boleh beroperasi dengan sendirinya dan secara terus menerus menghasilkan pendapatan untuk kita.

 

Perkara ini, atau sistem seumpama ini bukanlah suatu yang mustahil untuk dihasilkan.

Sistem buat duit secara automatik ini lazimnya dikaitkan dengan suatu konsep buat duit yang kita namakan sebagai sistem pendapatan pasif atau passive income system.

 

Satu perkara yang saya rasa menarik mengenai sistem pendapatan pasif ini ialah, ia boleh wujud dalam bentuk yang pelbagai, bersesuaian dengan kedudukan kewangan seseorang itu.

 

Jika anda mempunyai modal yang besar, boleh jadi sistem buat duit yang bakal anda hasilkan adalah lebih complicated dan lebih besar.

 

Tetapi jika anda tidak mempunyai modal yang banyak, ini bukan bermakna anda tak berpeluang untuk mewujudkan sistem pendapatan pasif anda sendiri.

 

Peluang dan ruang tersebut masih tetap ada.

Bezanya mungkin dari segi saiz sahaja.

 

Kita yang kurang berduit ini, kita boleh mulakan untuk cipta sistem buat duit automatik dalam skala yang lebih kecil.

Ya, kita ukur baju dibadan sendiri.

 

Kenapa perlukan sistem pendapatan automatik

Dalam posting ini, saya akan lebih banyak menggunakan istilah sistem buat duit automatik, dan bukannya sistem pendapatan pasif.

 

Walaubagaimanapun, kedua-dua konsep ini sebenarnya mempunyai banyak persamaan.

 

Kembali kepada persoalan kita sebelum ini, iaitu kenapa kita perlu wujudkan sistem pendapatan pasif kita sendiri?

 

Setiap orang pasti ada jawapan dan pandangan yang berbeza. Tapi kalau pada saya, jawapannya adalah seperti berikut.

 

(1) Masa terhad

Pernah ataupun tidak, dalam hidup anda, anda merasakan yang masa seolah-olah sangat cepat berlalu.

 

Dalam kesempatan masa yang begitu singkat itu jugalah, anda terkejar-kejar untuk lakukan banyak perkara.

 

Sedar-sedar kita sudahpun berada diwaktu malam. Badan kita pun dah mula rasa letih dan kita perlu berehat untuk kembali meneruskan tugasan hakiki keesokkan harinya pula.

 

Rutin ini berjalan setiap hari tanpa ada banyak perbezaan.

 

Orang yang berfikir akan mula bertanya, sampai bila aku perlu hidup seperti ini dan ulang rutin harian yang sama?

 

Bukankah bagus, kalau satu hari nanti, kita boleh break the cycle dan tak perlu lagi hidup mengikut rutin harian yang sama.

Sebenarnya ini bukanlah persoalan sama ada boleh ataupun tidak untuk kita putuskan kitaran rutin yang sama. Sebaliknya, ia lebih kepada persoalan, sama ada kita sanggup ataupun tidak untuk lakukan usaha tambahan untuk mengubah cara hidup kita.

 

Percayalah, kalau kita mahukan kehidupan yang lebih selesa, dan tak perlu nak ikut rutin harian yang sama, sebenarnya memang ada caranya.

 

Apa caranya?

Caranya adalah dengan mewujudkan seberapa banyak sistem buat duit automatik yang boleh berjalan sendiri.

 

Apabila sistem buat duit tersebut, berjaya hasilkan pendapatan yang lebih besar berbanding pendapatan yang biasa kita hasilkan melalui kerja hakiki, atau melalui pendapatan aktif kita, maka pada waktu itu, kita boleh pilih untuk berhenti kerja.

 

(2) Kepuasan kerja

Adakah pekerjaan hakiki anda pada ketika ini, memberikan anda kepuasan seperti mana yang anda harap-harapkan?

Jika jawapan anda adalah ya, puas hati, then tak ada isu.

 

Tetapi berapa ramai dekat luar sana, yang merasakan dia masih belum menggunakan potensi dan bakat yang ada pada dirinya dengan sepenuhnya.

 

Biasanya perkara ini akan paling dirasai bagi mereka yang masa belajar dulu dalam bidang lain, kemudian bila dah mula bekerja, kerja dalam bidang yang lain atau yang tak ada kena mengena dengan bidang yang dipelajari.

 

Kita faham, ada sesetengah orang yang terpaksa terima kerja yang ada sekarang ini, kerana dia tak mempunyai pilihan. Prioriti pada ketika itu adalah untuk pastikan at least kita ada pekerjaan.

 

Adakah individu seperti ini patut resign dan cari kerja lain yang dapat memuaskan hatinya?

Kalau memang ada kerja lain, yang boleh berikan tawaran yang lebih baik, apa salahnya?

Baca juga: Alasan munasabah untuk berhenti kerja sekarang

Tapi kita kena berpijak dibumi nyata juga. Bagaimana kalau selepas berhenti kerja, susah nak dapat kerja lain?

Maka suka ataupun tidak, dia perlu bertahan dengan kerja semasa.

 

Walaubagaimanapun, ini bukannya pengakhiran hidup.

Dia masih lagi ada peluang untuk cipta pendapatan alternatif yang satu hari nanti boleh berikan pendapatan secara automatik kepada dirinya.

 

Siapa tahu, melalui usaha untuk hasilkan income automatik itu nanti, kepuasan bekerja itu lebih dapat dirasai.

 

(3) Keselamatan dari segi kewangan

Tiada siapa yang dapat meramal apa yang akan berlaku dimasa hadapan.

 

Adakah kita akan hidup selesa?

Adakah kita masih akan terus bekerja dengan pendapatan yang sama?

Adakah kita akan kehilangan pekerjaan kita?

 

Sistem pendapatan pasif, atau sistem buat duit automatik sedikit sebanyak boleh memainkan peranan untuk menyediakan pendapatan tambahan, tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada kerja hakiki.

 

Apabila kita serius membangunkan sistem buat duit automatik ini, peluang untuk kita mencapai kebebasan kewangan, melalui rutin harian yang fleksibel dan ketenangan minda dapat dicapai.

 

Ciri-ciri sistem buat duit automatik yang efektif

Ada beberapa ciri yang perlu diberikan perhatian.

 

(1) Keupayaan untuk membesar

Sebelum kita nak terus mulakan membina sistem buat duit kita ini, kita perlu fikirkan sama ada apa yang kita bakal bina itu nanti, ada potensi untuk jadi lebih besar dan seterusnya menghasilkan income yang lebih besar dimasa akan datang, walaupun apa yang kita buat selama ini sama sahaja.

 

Maksud dia macam ini.

Setiap hari kita buat perkara yang sama sahaja, tapi dari segi pendapatan, ia ada potensi untuk jadi makin besar dan makin bertambah.

 

Boleh bayangkan tak?

Kalau anda kata susah nak bayangkan, saya nak minta anda bersabar dulu dan cuba baca perkongsian saya ini sampai habis.

 

In Shaa Allah nanti anda akan mula nampak apa yang saya cuba sampaikan.

 

Key point dia ialah, setiap hari kita hanya perlu buat perkara yang sama, tapi dari segi income ia ada potensi untuk jadi makin besar.

 

Ia berbeza dengan kerja hakiki.

Kita buat kerja yang sama setiap hari, tetapi pendapatan kita kekal statik disitu selagi mana majikan tidak menaikkan gaji kita.

 

(2) Berupaya memberikan pendapatan yang konsisten

Sistem buat duit yang bagus, sepatutnya mampu untuk menghasilkan income yang konsisten.

Berapa banyak ia mampu hasilkan, ianya bergantung kepada jenis sistem yang anda gunakan.

 

Kalau sistem tersebut berupaya untuk hasilkan pendapatan konsisten sebanyak RM2,500 sebulan itu pun bagus.

Kalau kurang dari itu pun tak ada masalah.

 

Apa yang lebih penting adalah dari segi konsistensi.

Kita tahu, sistem yang kita bangunkan ini juga sepatutnya mempunyai potensi untuk terus berkembang.

 

(3) Penglibatan secara aktif yang minima

Sistem buat duit ini juga sepatutnya boleh diwujudkan tanpa perlu kita luangkan masa yang terlalu lama untuk membangunkannya.

 

Sebaik-baiknya, sistem tersebut boleh dicipta tanpa perlu kita terlibat secara aktif.

Ataupun dengan kata lainnya, kita boleh buat secara sambilan atau part time.

 

(4) Sistem operasi yang boleh bekerja secara automatik

Oleh sebab kita namakan sistem ini sebagai sistem buat duit automatik, sudah tentu kita mahukan sistem ini boleh dan mampu untuk beroperasi dengan sendiri.

 

Sudah tentu, pada peringkat permulaan, kita perlu buat semua perkara.

Tapi yang penting, sistem ini semakin hari semakin cekap dan boleh bergerak sendiri.

 

Kita akan nampak semakin lama kita buat benda ini, semakin berkurangan beban kerja dan tanggungjawab kita.

 

(5) Kepelbagaian sumber pendapatan

Lagi bagus kalau kita boleh pelbagaikan sumber pendapatan.

Tujuannya adalah supaya kita tak bergantung harap hanya pada satu sumber pendapatan semata-mata.

 

Jenis sistem buat duit automatik

Terdapat beberapa cadangan sistem buat duit automatik yang boleh anda terokai.

 

Walaupun bukan semua sistem buat duit yang kita akan bincangkan disini mungkin sesuai untuk anda, tapi saya yakin ada antara yang bakal kita bincangkan nanti, anda boleh lakukan atau wujudkan.

 

Ya sudah tentu, selepas anda baca senaraian ini, anda boleh kata,

i. Ini tak sesuai

ii. Ini susah

iii. Ini saya tak pandai

iv. Saya tak ada modal nak mulakan

 

Senarai alasan ini memang kita boleh panjangkan lagi jika mahu. Tapi at the end of the day, semuanya terserah ditangan anda.

 

Anda bagi alasan, anda langsung tak ada tindakan, akhirnya anda juga yang perlu lalui rutin kehidupan tersebut.

 

Tapi kalau anda beri peluang kepada diri anda, ambil tindakan, In Shaa Allah akan ada hasilnya.

 

Peranan saya disini, dan lain-lain content creator seperti saya, adalah memberi cadangan dan menunjukkan jalan untuk anda. Selebihnya terpulang pada anda.

 

Kalau anda rasa ianya sesuai untuk anda, silakan buat.

Jika tak sesuai, anda boleh abaikan dan teruskan dengan kehidupan anda seperti biasa.

 

(1) Affiliate Marketing

Kita mulakan dengan sistem buat duit yang agak mudah dan In Shaa Allah semua orang boleh lakukannya.

 

Sistem yang saya maksudkan ialah sistem buat duit melalui program affiliate marketing.

Baca juga: Apa itu Affiliate Marketing

 

Salah satu model atau sistem buat duit automatik yang saya sendiri bangunkan adalah sistem yang dibina berkonsepkan laman blog.

 

Blog ini, apabila dibuat dengan kaedah yang betul, juga dengan formula tepat, ia mampu hasilkan pendapatan setiap hari secara automatik.

 

Pendapatan tersebut juga boleh datang dari beberapa sumber.

 

Ada pendapatan dari sumber program pengiklanan.

Kalau program pengiklanan ini, sudah semestinya saya akan syorkan anda gunakan khidmat iklan Google Adsense.

Kemudian pendapatan anda boleh dipelbagaikan lagi menerusi program affiliaite.

Menariknya dengan program affiliate ini ialah, diluar sana ada terlalu banyak program yang kita boleh sertai.

 

Kalau anda masih tak ada idea atau tak tahu, nak join program affiliate apa, saya boleh syorkan seperti dalam posting dibawah ini.

Baca disini: 10 Laman web penting untuk anda buat duit di internet

 

(2) Pelaburan hartanah

Pelaburan hartanah adalah merupakan pelaburan yang memerlukan modal yang agak besar.

 

Dalam pelaburan hartanah, individu yang terlibat dalam pelaburan ini akan membeli hartanah dan akan buat duit melalui cara kutipan sewa terhadap hartanah tersebut ataupun melalui kenaikkan harga.

 

Sebagai contoh, jika pelaburan hartanah tersebut melibatkan aset jenis rumah kediaman.

 

Pelabur akan buat duit apabila

i. Hartanah tersebut disewakan

ii. Nilai hartanah tersebut naik harga dan ianya dijual

 

Dari segi konsep, pelaburan hartanah ini memang nampak mudah namun ianya mempunyai risiko yang agak tinggi juga.

 

Sebagai contoh, penyewa yang menyewa kediaman anda, mungkin akan buat masalah seperti

i. Tidak membayar sewa seperti yang ditetapkan

ii. Merosakkan hartanah anda

 

Kediaman anda itu juga mungkin tak naik harga, jika

i. Ada banyak projek disekitar yang terbengkalai

ii. Berlaku bencana alam

iii. Tiada siapa yang minat nak membeli hartanah tersebut

 

(3) Pelaburan yang membayar dividen

Alternatif bagi pelaburan hartanah, kita masih ada lagi peluang untuk buat duit melalui sistem buat duit automatik ini dengan melabur dalam instrumen kewangan yang membayar dividen kepada kita.

 

Antara bentuk pelaburan yang kita boleh pilih adalah seperti

1. Sesetengah saham syarikat yang anda boleh beli di Bursa Malaysia

2. ASB

3. Tabung Haji

4. Raiz

5. Wahed

6. Unit Trust

 

(4) Cipta karya yang boleh dijual untuk royalti

Sistem duit automatik berdasarkan kepada pembayaran dalam bentuk royalti adalah satu lagi kaedah yang anda patut pertimbangkan.

 

Kaedah ini amat sesuai dijalankan buat mereka yang mempunyai keupayaan dan kepakaran untuk menghasilkan karya seni, sama ada dalam bentuk buku, e-book, lagu, video, kursus online dan sebagainya.

 

Konsepnya disini ialah anda hasilkan sebuah karya, dan jual karya tersebut melalui platform yang boleh memberikan anda royalti setiap kali karya tersebut berjaya dijual.

 

Dalam industri ebook di negara kita ini, kita ada syarikat bernama Klikjer yang boleh bertindak sebagai penerbit dan penjual ebook.

Anda boleh ke pautan ini untuk akses ke laman web Klikjer.

 

(5) Network marketing

Orang yang mempunyai duit yang banyak, dia boleh memulakan bisnes yang ada potensi untuk berjaya.

 

Kemudian, dia boleh upah pekerja berkemahiran tinggi untuk jalankan bisnes tersebut.

 

Tetapi, bagi orang yang tak kaya, dan tak ada banyak duit ini, adakah kita masih lagi ada peluang untuk cipta sistem buat duit yang lebih kurang sama seperti ini?

 

Mampukah kita untuk dapatkan pekerja untuk uruskan bisnes kita?

Sebelum kita cakap mengenai pekerja berkemahiran tinggi, kita fikir dulu, adakah kita mampu untuk mengupah pekerja dan bayar mereka ini gaji minima?

 

Besar kemungkinan jawapannya adalah tidak.

 

Atas sebab itu, kita patut ubah sedikit perspektif dan mula mencari peluang untuk buat duit menerusi sistem perniagaan berasaskan network marketing atau pemasaran berbilang peringkat (MLM).

 

Bisnes berkonsepkan MLM atau network marketing ini sebenarnya tak ada sebarang masalah pun. Malahan, sekarang ini sudah ada fatwa yang menyebutkan secara spesifik bahawa bisnes ini hukumnya harus.

 

Kedudukan bisnes MLM dari sudut syarak

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari 2006 telah memutuskan bahawa:

“Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam”.

 

Tapi kita fahamlah, diluar sana memang ada ramai yang kurang setuju atau mempunyai perspektif negatif terhadap model perniagaan berteraskan MLM ini.

 

Ini buatkan saya terfikir, kalau semua benda kita kena dengar cakap orang, kena ikut kehendak masyarakat sedangkan kita tahu apa yang kita buat itu betul, ada fakta yang menyokong kita, kenapa kita masih nak dengar cakap orang?

 

Nanti bila kita dalam kesusahan, orang yang sibuk kata macam-macam ni, dia akan jadi orang pertama yang ke depan untuk bantu kita ke?

 

Halangan mencipta sistem duit automatik

Apa yang menghalang seseorang itu daripada mencipta atau mewujudkan sistem buat duit automatik untuk dirinya?

 

Boleh tak kalau kita katakan yang sebenarnya, dia malas?

Saya berpandangan, malas ini sebenarnya ada beberapa kategori dan ia juga tidaklah terlalu teruk untuk jadi seorang yang malas.

 

Saya juga merasakan yang sebenarnya saya ini juga termasuk dalam kategori orang yang malas juga sebenarnya.

 

Disebabkan itu, saya akan cuba cari seberapa banyak peluang-peluang untuk menjana pendapatan yang saya rasakan ada potensi untuk menghasilkan pendapatan secara automatik satu hari nanti.

 

Sudah tentu, pada peringkat permulaan, kita perlu bersusah-susah dahulu, dengan harapan kita boleh bersenang-senang kemudian apabila apa yang kita usahakan itu telah mula menampakkan hasilnya.

 

Kurang ilmu dan kepakaran

Isu-isu seperti

i. Tak pandai

ii. Tak tau cara

iii. Tak tau macam mana nak mula

 

Ini semua sebenarnya adalah suatu isu yang memang legit dan real.

Lagipun, kita semua pastinya bermula dengan tak tahu apa-apa.

 

Mana ada orang yang dari mula lagi dah tahu semua perkara.

 

Carilah Ilmu

Ubat atau penyelesaian bagi masalah tak tahu, tak pandai dan tak ada kepakaran ini ialah sudah tentu dengan pergi belajar.

 

Zaman sekarang ini, sangat senang nak belajar benda baru. Antara tempat yang saya boleh syorkan untuk anda belajar ilmu baru adalah seperti

i. Perpustakaan

ii. Laman web atau blog

iii. Youtube

iv. Channel podcast sama ada di Spotify, Audible, YT Music dan sebagainya

 

Sekiranya anda masih kurang puas hati dengan kualiti ilmu-ilmu yang kita boleh dapatkan secara percuma, anda boleh ikuti kelas, seminar ataupun beli ebook yang ditulis oleh individu yang memang dah berjaya capai kejayaan yang sama, yang anda inginkan.

 

Kalau hanya duduk diam tak buat apa-apa, memang agak sukar untuk pelajari benda yang baru.

 

Takut gagal

Anda ada perasaan takut gagal?

Kalau ada.

Bagus.

 

Saya juga ada perasaan yang sama.

Saya juga takut gagal.

Kalau setakat gagal sahaja, saya kira ianya masih lagi okay.

Tapi kalau gagal dan hilang semua wang, masa dan tenaga, ianya bukan setakat menakutkan, malah memenatkan.

 

Pelbagaikan sumber income

Risiko untuk gagal, risiko untuk alami kerugian, itu semua memang sesuatu yang lumrah dan boleh terjadi.

 

Kita dah habiskan banyak modal, masa dan tenaga, akhirnya apa yang kita usahakan itu tak memberikan hasil seperti yang kita harapkan. Jadi, apa cara yang kita boleh lakukan bagi memastikan risiko yang kita hadapi itu ditahap yang rendah?

 

Jawapannya ialah, kita cuba pelbagaikan sumber pendapatan.

Ataupun konsep yang biasanya disebut sebagai diversification.

 

Kalau sistem buat duit yang anda gunakan adalah sama seperti saya, iaitu bina blog dan buat duit dengan blog, kita cuba pelbagaikan sumber income.

 

Kalau sistem buat duit anda adalah melalui pelaburan saham, kita cuba pelbagai beli unit saham dari kaunter yang berbeza.

 

Kurang sabar

Ada juga individu yang jenis kurang bersabar.

 

Individu seperti ini suka tanya soalan contohnya seperti ini.

“Kalau saya join program ini, bila saya akan mula nampak hasilnya?”

 

Soalan seperti itu, walaupun nampak mudah dan ringkas, namun percayalah, ianya agak sukar untuk dijawab.

Jawapan yang bakal diterima juga, mungkin tak akan dapat memuaskan hati pihak yang bertanya.

 

Lazimnya soalan sedemikian kita akan jawab dengan jawapan…

“Bergantung kepada keadaan.”

 

Yes I know.

Jawapan tersebut sangatlah klise dan langsung tak berguna.

 

Saya sendiri, kalau diberikan jawapan yang macam tu, saya pun tak suka.

 

Tapi rupanya bila kita meningkat dewasa, kita semakin matang dan mula ada sedikit pengalaman, masa itu barulah saya nampak rupanya jawapan yang paling tepat untuk persoalan sedemikian memang adalah “…ia bergantung kepada keadaan.” 

 

Saya bagi situasi sebagai contoh.

Katakanlah ada orang tanya saya soalan,

“kalau saya buat affiliate marketing, bila saya akan mula dapat merasa komisen?”

 

Saya boleh kata, paling cepat boleh dapat komisen ialah dalam masa sebulan.

Maksudnya, bulan ini join, bulan depan anda dah boleh dapat bayaran komisen.

 

Tapi jawapan ini walaupun betul, tapi ia tak berapa tepat.

 

Bukan semua program affiliate menawarkan sistem pembayaran komisen mengikut perkiraan bulan ke bulan.

 

Ada program affiliate, yang memerlukan 90 hari untuk komisen jualan itu disahkan.

Maksudnya, hari ini dapat sales, selepas 90 hari baru komisen tersebut disahkan.

Kemudian bayaran hanya akan diterima selepas 30 hari komisen disahkan.

 

Wow lama… kan?

Ini bermakna, hari ini berjaya buat sales, selepas 120 hari baru duit komisen tersebut akan mula masuk dalam akaun bank kita.

 

Tapi tadi saya ada sebut, ada program affiliate yang bila kita join hari ini dan bulan ini kita berjaya dapat sales, awal bulan depan kita dah boleh dapat bayaran tersebut.

 

Apa program affiliate yang saya maksudkan?

Jawapannya ialah, program Affiliate Klikjer.

 

Sebab tu jawapan yang lebih selamat dan betul ialah, ianya bergantung kepada keadaan.

Sepatutnya anda yang suka tanya soalan yang macam ini, perlulah juga luangkan sikit masa untuk dengar, apakah keadaan-keadaan yang dimaksudkan tersebut.

 

Selepas dah tahu apa keadaan yang diperlukan, cubalah sedaya mungkin untuk penuhi keadaan tersebut.

In Shaa Allah jika anda menepati keadaan dan syarat, anda juga boleh dapat hasil seperti yang diharapkan.

 

Sabar bukan bererti tak buat apa

Mana-mana individu yang memang ada hasrat untuk mencipta pendapatan pasif, atau dalam istilah yang kita gunakan dalam posting ini, iaitu sistem buat duit automatik ini, memang perlukan kesabaran yang tinggi.

 

Konsep sabar dekat sini, bukanlah sabar dan tunggu tak buat apa-apa.

 

Tapi, konsep sabar yang sebenarnya ialah kita tetap berusaha dan teruskan perancangan kita walaupun kita rasa apa yang kita buat tu macam tak memberi sebarang impak.

 

Kalau strategi kita adalah content marketing, dan kita dapati seolah-olah pencapaian kita tu masih tak kemana, kita sabar dan teruskan buat konten.

 

Sebelum ini mungkin kita buat konten dalam seminggu hanya satu konten baru. Kali ini kita pasang tekad untuk tingkatkan produktiviti dengan menghasilkan satu konten baru setiap hari.

 

Jika anda rasa macam strategi baru ini masih tetap tak ada sebarang impak, kita tambahkan konten kita kepada setiap hari 2 konten.

 

Adakah sebetulnya, kita ini kurang berjaya kerana kita kurang usaha?

Bagaimana dengan tahap produktiviti kita? Pernah semak, tak?

 

Kadang-kadang tu, keinginan kita tak setara dengan usaha.

 

Kita idamkan rumah berharga jutaan ringgit, tapi usaha kita… alahai… cukup tak sepadan.

Jadi kita ubahlah benda ini.

 

Memang betul, jalan menuju kejayaan ini memang sukar.

Ia perlukan kesabaran dan pada masa yang sama, usaha itu kena diteruskan.

 

Kalau penat, berhentilah.

Berehat sekejap.

Tapi janganlah berhenti terlalu lama, hingga anda rasa selesa dan akhirnya usaha anda menjadi projek terbengkalai pula.

 

Mula membina sistem buat duit automatik

Andai kata anda berfikiran sama seperti saya, pasti anda juga sependapat dengan saya, bahawa memiliki pendapatan pasif atau sistem pendapatan automatik ini sebenarnya merupakan suatu perkara yang begitu penting.

 

Sekadar kata ianya penting dan saya juga mahu wujudkan sistem pendapatan tersebut, ia sebenarnya masih belum cukup.

Sebaik-baiknya, kita sendiri perlu ada tekad untuk mulakan langkah pertama.

 

(1) Pilih kaedah penjanaan pendapatan

Kalau sebelum ini, kita telahpun bincangkan beberapa jenis kaedah yang anda boleh praktikkan untuk mencipta sistem pendapatan automatik anda sendiri.

 

Dari beberapa kaedah yang kita bincangkan itu, mana satu yang anda nak mulakan dulu?

 

Anda boleh pilih salah satu daripada senarai yang diberikan.

Kalau nak pilih lebih dari satu pun boleh.

Kalau nak buat semua pun tak ada masalah.

 

Apa yang penting sekali sekarang ini ialah, buat pilihan.

 

(2) Banyak membuat kajian dan pembacaan

Anda dah buat keputusan, nak mula wujudkan pendapatan pasif melalui kaedah yang mana satu dulu?

 

Kalau dah pilih, bagus.

Ayuh bermula saat ini, kita tanamkan dalam diri yang kita ingin terokai seberapa banyak maklumat baru mengenai topik tersebut.

Kita buat kajian dan pembacaan sampai kita jadi seorang yang betul-betul pakar dalam bidang tersebut.

Andai kata kita tak diiktiraf sebagai seorang pakar sekalipun, setidak-tidaknya kita tahu, apa yang kita sedang lakukan dan kenapa kita lakukan perkara tersebut.

 

Orang lain mungkin akan kata, apa yang kita buat ini tak berapa betul.

Tapi kita yang buat kajian, kita lebih tahu!

 

Orang luar yang nak cakap macam-macam tu, mintalah dia tunjukkan hasil kajian dan pembacaan yang dia telah lakukan.

Jangan tak tahu, dekat luar sana memang ada ramai orang yang jenis cakap ikut sedap mulut je.

 

Nampak macam banyak benda yang dituturkan, tapi tak ada satu pun yang kita boleh pakai.

 

(3) Mulakan langkah pertama

Apa yang saya boleh katakan, jangan takut untuk bermula.

 

Lagipun, anda sudah mempunyai ilmu dan telah pun mula buat kajian dan pembacaan. Anda sudah tahu, apa yang perlu dilakukan, sebagai langkah permulaan.

 

Selagi langkah pertama itu belum bermula, selagi itu hasrat kita untuk memiliki pendapatan pasif kita akan terus tersekat dalam peringkat perancangan semata-mata.

 

(4) Jalan terus

Kita akan belajar dan faham banyak perkara berkaitan dengan bidang yang kita pilih apabila kita sendiri lakukan perkara tersebut.

 

Kita belajar dari pembacaan, perkongsian pengalaman orang lain dan melalui peristiwa yang kita sendiri lalui.

 

Mengekalkan, Meningkatkan dan Memantau pendapatan

Adakah sistem buat duit automatik ini, betul-betul automatik dan boleh berjalan dengan sendirinya tanpa perlu sebarang pemantauan dari kita?

 

Orang putih kata, satu sistem yang menepati kriteria set and forget.

Lepas kita pasang sistem tersebut, kita boleh lupakan dan kutip je hasil.

 

Besar kemungkinan, jawapannya adalah… ia bergantung kepada keadaan.

 

Namun saya percaya, sistem yang memang dah berjalan dengan baik pun, ia perlu dipantau secara berkala, supaya ia boleh terus berjalan dengan sendirinya.

 

Jangan buat kesilapan dengan membiarkan sistem tersebut berjalan dengan sendiri.

 

Memang betul, sistem yang bagus, semakin lama ia berjalan semakin kurang peranan dan keterlibatan kita dalam sistem tersebut. Ia boleh dan mampu bergerak sendiri dan terus menerus menyumbangkan pendapatan kepada kita.

 

Tapi untuk mencapai tahap tersebut, ada banyak perkara yang kita perlu lakukan pada peringkat permulaan.

Seterusnya bila kita dah capai tahap tersebut, sistem pun dah boleh berjalan dengan sendirinya, jangan kita abaikan ia.

 

Kita tak tahu, kadang-kadang masalah berlaku ketika kita tak berikan perhatian.

Jangan tunggu sampai masalah terlalu besar dan tak boleh diselesaikan, baru kita nak bertindak.

 

Kalau kita buat affiliate marketing, kita kena peka dan pastikan laman web kita sentiasa beroperasi dengan baik.

Diluar sana, mungkin ada hacker yang buat kerja khianat terhadap website kita.

 

Kalau kita buat pelaburan hartanah.

Kita juga perlu selalu pantau, bagaimana perangai penyewa kita.

Adakah mereka ini bayar sewa tepat pada masanya, dan adakah mereka ini menjaga hartanah anda dengan baik?

 

Ya saya tahu, anda mungkin tak ada masa untuk pantau sistem buat duit anda ini secara berkala.

Lebih-lebih lagi kalau sistem tersebut memang dah berjalan dan telah mula memberikan income kepada anda.

 

Tapi, siapa kata semua ini anda perlu buat seorang diri?

Pada masa tersebut, anda sudah ada income dan maybe sudah kaya!

 

Tak kan tak boleh nak upah orang untuk buat kerja-kerja pemantauan dan diagnosis bagi pihak anda?

Outsource sahaja kepada orang lain yang lebih pakar.

 

Awasi Perangkap Scam

Sampai satu tahap, anda mungkin telah mula dengar macam-macam kaedah untuk hasilkan pendapatan.

 

Ada yang kelihatan dan kedengarannya seperti mudah. Individu yang telah berada dalam bidang tersebut, bercerita seolah-olah apa yang perlu dilakukan sebenarnya tersangatlah mudah.

 

Hati-hati.

 

Dekat mana tempat boleh buat duit, biasanya dekat situ akan ada jembalang scammer yang akan cuba mencari peluang mengaut keuntungan dengan cara mudah.

Oleh kerana hampir mustahil untuk kita kenalpasti, sama ada seseorang itu adalah scammer ataupun tidak, jadi saya kira ada baiknya jika anda lebih berhati-hati dengan menjadi lebih peka dan lihat sama ada terdapat petunjuk seperti ini.

 

(1) Janji pendapatan yang luar biasa besar 

Kalau orang putih kata, sesuatu tawaran tersebut too good to be true.

 

Biasanya kalau tawaran kerja, peluang perniagaan atau penyertaan terhadap skim pelaburan yang menawarkan pulangan yang terlalu tinggi, berkali ganda lebih tinggi berbanding kebiasaannya, yang itu biasanya adalah satu helah dari pihak scammer sahaja.

 

Mereka ini memang cekap dalam memanipulasi dan buat kita percaya, bahawa apa yang dia lakukan itu adalah perkara yang betul.

 

Tapi bila kita percayakan mereka, memang siap sedialah untuk kehilangan segala-galanya.

 

(2) Banyak perkara yang diselindung

Maklumat penuh dan informasi adalah kawan baik kita.

 

Kita perlukan semua maklumat yang tepat bagi membantu kita buat keputusan yang betul. Tapi kalau ada maklumat yang tak lengkap, sukar untuk diperolehi, sengaja tak nak kongsikan, maka ini sepatutnya jadi satu petanda bahawa ianya adalah program yang direka-reka oleh scammer.

 

(3) Ada unsur paksaan untuk join

Sesuatu peluang buat duit ni kalau ia memang betul-betul sah, ianya tak perlu ada unsur paksaan untuk kita join sekarang juga.

 

Satu hari anda terjumpa satu peluang untuk buat duit diiklankan oleh individu yang anda tak kenal di media sosial. Oleh kerana anda berminat nak tahu lebih lanjut mengenai peluang tersebut, lalu anda pun hubungi individu tersebut.

 

Melalui sesi tersebut, anda sepatutnya boleh lihat bagaimana layanan yang anda terima.

 

Jika peluang tersebut betul-betul bagus untuk anda, orang yang bercerita tak akan beriya-iya, atau sampai memaksa anda untuk join.

 

Kalau dia paksa, dia asyik follow up anda, besar kemungkinan peluang tersebut bukannya baik untuk anda, tetapi baik untuk orang yang perkenalkan tawaran tersebut.

 

Sebab itu dia beriya-iya nak suruh anda join.

Besar kemungkinan, dia akan dapat komisen atau mungkin keuntungan melalui penyertaan anda.

 

Cuba kalau dari penyertaan anda itu nanti, individu tersebut langsung tak menerima sebarang manfaat dari segi kewangan.

Agak-agaknyalah kan, dia nak ke promosikan dengan begitu beriya-iya?

 

Kesimpulan

Dalam perjalanan untuk mencapai tahap kebebasan kewangan, kita perlu meneroka satu jalan yang boleh mencipta suatu sistem yang boleh memberikan pendapatan secara automatik dan berulang.

 

Secara peribadi, saya mula berminat untuk membina sistem pendapatan automatik ini apabila saya mula faham, kelebihan dan manfaat yang bakal ia berikan kepada saya.

 

Saya mulakan dengan membina satu sistem yang saya rasakan, saya mampu untuk lakukannya walaupun dengan modal yang minimum. Ya, saya mulakan dengan membina blog dan saya jadikan ia sebagai sumber pendapatan pasif saya.

 

Hasil yang saya perolehi dari blog, saya gunakan ia semula untuk bina lebih banyak blog baru.

 

Kemudian, sebahagian daripada duit tersebut, ada juga yang saya laburkan untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen.

Begitulah seterusnya.

 

Kita bermula dari kedudukan yang kita rasa mampu untuk mulakan.

Orang lain yang lebih berkemampuan, boleh terus mula wujudkan suatu sistem yang hebat dan bombastik, Alhamdulillah.

Itu rezeki dia.

 

Kita buat ikut cara dan kemampuan kita.

Apa yang penting, kita ada usaha untuk mula!

 

 

Exit mobile version