Blog Sabree Hussin

Konsisten RM2,500 Setiap Bulan

Bagaimana cara untuk hasilkan pendapatan tambahan secara konsisten?

 

Persoalan ini memang kerap bermain di fikiran saya. Saya ingin hasilkan sejumlah pendapatan yang boleh berikan kehidupan yang lebih selesa.

 

Dalam fikiran, saya sebenarnya ingin hasilkan RM2,500 setiap bulan.

 

Kenapa saya sasarkan nilai tersebut? Apa yang istimewanya dengan nilai tu? Somehow, saya suka dengan angka tersebut. Sebenarnya nilai tersebut sama dengan credit limit untuk kad kredit saya.

Saya membayangkan, kalaulah saya boleh wujudkan pendapatan sampingan yang konsisten, dengan nilai yang sama, In Shaa Allah saya dah tak perlu lagi bergantung harap kepada kad kredit lagi.

 

Setiap bulan saya boleh berbelanja extra, sebanyak RM2,500 sebulan tanpa perlu risau kehabisan duit.

 

Bulan akan datang, amaun yang sama saya akan dapat lagi untuk saya belanjakan.

 

Adakah pendapatan RM2,500 sebulan itu boleh dicapai?

Atau adakah ianya sebenarnya suatu misi yang mustahil?

 

Kita bukan nak cerita tentang bekerja dengan majikan dan dibayar gaji sebanyak RM2,500 sebulan.

Bukan itu fokus yang kita nak bincangkan.

 

Sebaliknya, kita nak ceritakan tentang suatu usaha, atau side hustle yang kita boleh jalankan, bagi membantu kita untuk hasilkan pendapatan sedemikian.

 

Sama ada matlamat untuk hasilkan RM2,500 sebulan itu akan berjaya ataupun tidak, ia sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya adalah

 

(1) Skil individu

Adakah anda mempunyai skil atau skil-skil yang diperlukan untuk menghasilkan pendapatan sedemikian?

 

Saya pernah dengar, ada penyanyi yang dibayar RM1,000 untuk menyanyikan sebuah lagu. Jumlah ini boleh dikatakan agak besar!

Saya juga pernah dengar, ada penceramah bebas yang menerima bayaran sebanyak RM1,000 untuk satu sesi ceramah selama satu ke dua jam.

 

Kalau kita nak buat benda yang sama, dengan harapan akan mendapat bayaran yang sama, persoalannya adakah kita mempunyai skil yang sama seperti individu yang menerima bayaran yang besar itu tadi?

 

(2) Komitmen dari segi masa

Bercakap dalam konteks masa pula.

Sanggupkah anda untuk meluangkan masa untuk melakukan sesuatu pekerjaan tersebut?

 

Kalau kerja dalam style side hustle ini, kadang-kadang apa yang kita buat ini tak menghasilkan sebarang bayaran. Terutama sekali untuk kerja-kerja berbentuk pemasaran.

 

Kerja pemasaran ini hanya akan membuahkan hasil apabila kita berjaya memperolehi jualan. Selagi belum ada jualan dihasilkan, selagi itulah kita buat kerja secara tanpa bayaran.

 

Kadang-kadang kita dah terlalu penat buat kerja-kerja pemasaran, baru masuk jualan, ataupun job yang memerlukan kepakaran kita. Maka tak hairanlah kalau ada yang berhenti terlalu awal, sebelum betul-betul nampak hasilnya.

 

(3) Permintaan pasaran

Seterusnya yang perlu kita pertimbangkan adalah faktor permintaan pasaran terhadap apa yang kita usahakan.

 

Kalau nak promosikan produk atau perkhidmatan, kita kena tahu adakah produk tersebut memang ada permintaan?

Kalau kita nak mencipta konten, kita juga perlu tahu, adakah topik yang kita bakal bincangkan nanti, ada permintaan?

 

Faktor permintaan pasaran ini adalah faktor penting, dan kita perlu berikan perhatian.

 

Idea untuk menghasilkan pendapatan tambahan

Kita dah tahu, berapa banyak target pendapatan yang kita nak hasilkan.

Ya, RM2,500 sebulan.

 

Sekarang kita nak tahu, dari mana atau dari sumber apa pendapatan tersebut akan kita perolehi? Dekat bawah ini ada beberapa idea yang boleh dilaksanakan.

 

(1) Affiliate Marketing

Salah satu cara yang saya suka gunakan untuk hasilkan pendapatan di internet adalah melalui affiliate marketing.

 

Apa yang dimaksudkan dengan affiliate marketing?

Program affiliate atau affiliate marketing sebenarnya merujuk kepada satu kaedah untuk menjana pendapatan online sebagai seorang ejen pemasaran yang tugasnya adalah mempromosikan produk, servis atau jenama tertentu.

 

Setiap kali seorang ejen affiliate berjaya hasilkan jualan, ejen itu akan menerima bayaran dalam bentuk komisen.

Baca juga: Apa itu affiliate marketing

 

Timbul juga persoalan, sama ada pendapatan dari kerja-kerja affiliate marketing ini boleh berikan pendapatan yang konsisten?

Saya kata jawapannya adalah boleh.

 

Saya pernah terangkan dalam posting saya sebelum ini yang bertajuk, boleh ke hasilkan pendapatan yang konsisten menerusi program Affiliate Marketing.

 

Walaupun saya kata ianya boleh dan tak mustahil untuk dilakukan, akhirnya ia berbalik kepada persoalan tiga perkara itu tadi. Iaitu

i. Adakah anda mempunyai skil yang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja pemasaran?

ii. Adakah anda sanggup berikan komitmen dari segi masa untuk buat kerja-kerja seumpama ini?

iii. Adakah produk yang dipromosikan itu nanti mempunyai permintaan dipasaran?

(2) Network Marketing

Bisnes network marketing ini juga boleh dikenali dengan nama bisnes Multi Level Marketing.

 

Dalam bisnes jenis ini, kita akan membina rangkaian orang bawah (atau downline) dan seterusnya kita akan bersama-sama bergerak dan mempromosikan produk yang dikeluarkan oleh syarikat.

 

Kalau dalam konteks bisnes network marketing ini, kita akan dapat bayaran apabila salah satu dari tiga syarat ini dipenuhi.

1. Kita beli barang dari pihak syarikat

Apabila kita beli produk yang dijual oleh syarikat, kita akan dapat duit balik (cash back) dalam peratusan tertentu. Ya, cuma beli barang yang kita perlukan, kita juga dapat buat duit.

 

Kalau beli dekat tempat lain, misalnya beli di shopping mall, atau di kedai runcit pun, belum tentu kita akan dapat income dalam bentuk cash back ini.

 

2. Downline kita berjaya dapatkan jualan

Kita andaikan yang anda berjaya dapat downline.

 

Satu hari downline anda berjaya mendapatkan downline dibawahnya, dan individu tersebut ada membuat pembelian produk yang dijual oleh pihak syarikat.

 

Aktiviti jualan yang berlaku disini juga akan menyumbangkan komisen kepada anda. Anda tak perlu buat apa-apa pun, tetapi anda masih layak untuk menerima komisen.

 

Pada peringkat ini, pendapatan yang anda terima itu nanti boleh dianggap sebagai pendapatan pasif.

 

3. Downline kita beli barang untuk kegunaan diri dia sendiri

Sekarang kita fokus kepada direct downline yang anda berjaya perolehi.

 

Kita andaikan pada bulan tertentu, mereka membeli produk yang dijual diplatform jualan milik syarikat. Setiap pembelian yang mereka lakukan ini, semuanya akan menyumbangkan komisen kepada anda.

 

Sampai bila perkara ini akan berlaku?

Jawapannya ialah sampai bila-bila.

 

Menurut pihak syarikat yang menganjurkan program ini, downline tersebut akan menjadi downline anda sepanjang hayat, dan selagi mana dia buat pembelian, selagi itulah dia akan menyumbangkan komisen kepada anda.

 

Pembelian yang dilakukan oleh downline ini juga, akan menyumbangkan cash back kepada dirinya sendiri. Ya, dia juga dapat komisen dari pembelian sendiri yang dilakukan.

 

Anda nak tahu apa program yang saya maksudkan?

Jawapannya ialah program consumerchant PG Mall. [daftar percuma]

 

Saya pernah menulis penerangan mengenai program ini sebelum ini.

Baca: Pengenalan kepada Bisnes PG Mall Consumerchant

 

Secara teorinya, konsep network marketing sebenarnya boleh dijadikan satu kaedah pantas untuk membantu kita semua mencipta pendapatan dan membina kekayaan.

 

Malangnya, bila sebut istilah network marketing, atau MLM secara umumnya, ia seolah-olah mempunyai konotasi negatif. Sesetengah orang memang sangat alergik bila dengar istilah-istilah tersebut.

 

Mereka akan kata, bisnes MLM ini hanya mengkayakan mereka yang berada diatas sahaja.

Baca: Benarkah bisnes MLM hanya mengkayakan upline semata-mata? 

 

Sepanjang saya berkecimpung dalam bisnes seumpama ini, saya pernah beberapa kali temui situasi dimana downline lebih kaya berbanding upline. Sebabnya? Downline usaha lebih banyak berbanding upline, sebab tu pendapatan dia mampu memintas pendapatan upline.

 

Saya tak nafikan, memang ada banyak salah faham yang terkait dengan bisnes MLM. Apa yang saya boleh lakukan ialah, menjelaskan fakta yang sebenar mengenai bisnes MLM.

Baca juga: 7 Salah faham berkenaan dengan bisnes MLM

 

Selebihnya terpulang pada penerimaan individu. Buat yang memang dah benci, itu saya tak boleh buat apa.

 

Kita terangkanlah macam mana sekalipun, minda mereka sudah terhalang dengan kisah-kisah kegagalan, penipuan dan lain-lain perkara negatif yang sebenarnya langsung tak ada kaitan dengan perniagaan yang kita perkenalkan.

 

(3) Content Marketing

Apa yang dimaksudkan dengan content marketing?

Content marketing ini merupakan suatu kaedah atau strategi pemasaran yang mana pengguna kaedah ini akan menghasilkan konten (kandungan) atau mengupah individu lain untuk mencipta konten bagi pihaknya.

 

Konten yang telah siap dihasilkan akan diedar dan disebarkan dipelbagai platform berbeza, supaya ia mendapat lebih banyak pendedahan daripada golongan yang disasarkan ataupun pengguna.

 

Konten yang dihasilkan ini lazimnya akan memuatkan kisah atau cerita yang mendorong pembaca untuk melakukan sesuatu tindakan yang spesifik, sama ada

i. Menekan klik pada pautan tertentu

ii. Menekan butang share

iii. Menghubungi nombor telefon yang disediakan

iv. Membuat tempahan sesuatu produk

Kalau anda minat nak tahu lebih lanjut tentang content marketing, jemput baca posting dibawah ini ya.

Baca lagi: Apa itu content marketing

 

Konten atau kandungan ini boleh wujud dalam beberapa bentuk, antaranya

1. Artikel

2. Video

3. Audio

4. Imej atau info grafik

5. Ebook

 

Jika anda membuat pembacaan, tak kiralah dari mana-mana sumber sekalipun, anda mungkin akan dengar seseorang akan kata, buat konten dalam bentuk sekian sekian… sebabnya sekarang ini adalah zaman konten dalam bentuk sekian sekian…

 

Saya bagi contoh,

“…buat konten dalam bentuk video, sebabnya zaman sekarang ini orang suka konten video dan mereka luangkan banyak masa untuk menonton video…”

 

Betul ke kenyataan tersebut?

 

Saya pasti, individu yang ingin mengajak anda untuk menjadi video content creator pastinya mempunyai data dan statistik yang boleh menyokong kenyataan tersebut.

 

Kalau nak tahu, sama ada menjadi content creator adalah jalan yang sesuai untuk anda atau tidak, anda cubalah dulu.

 

Walaubagaimanapun, content marketing ini perlulah dijalankan dengan berstrategi.

Janganlah anda buat konten secara random, ikut mood, kemudian mengharapkan ianya akan memberi keajaiban kepada anda.

 

Most likely, ia tak akan jadi seperti itu.

Saya tekankan sekali lagi, kalau nak buat content, perlu ada strategi.

 

Barulah nanti konten yang anda hasilkan itu nanti akan convert dan berjaya menghasilkan jualan.

 

(4) Freelancing

Freelancing ini kalau dalam istilah bahasa Melayu ia merujuk kepada pekerja bebas.

 

Pekerja bebas ini pula ada macam-macam jenis. Untuk memudahkan kefahaman, anda boleh buka laman web Fiverr ini.

Platform Fiverr ini adalah tempat dimana para freelancer dari serata dunia berkumpul dan menawarkan khidmat freelancing mereka.

 

Antara khidmat yang popular adalah seperti

1. Khidmat menulis artikel

2. Khidmat design

3. Khidmat programming

4. Khidmat video

 

Ada banyak lagilah.

 

Kalau anda mempunyai skil yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain, anda juga boleh tawarkan perkhidmatan freelancing anda melalui platform tersebut.

 

(5) Mulakan bisnes perkhidmatan

Kalau anda nak buat bisnes yang mempunyai ciri seperti

i. Modal yang relatif rendah

ii. Tak memerlukan premis perniagaan

iii. Margin untung yang agak tinggi

 

Maka anda boleh mula mempertimbangkan untuk memulakan bisnes jenis perkhidmatan.

 

Anda tak ada idea nak buat bisnes perkhidmatan yang macam mana?

Cuba lihat senarai idea bisnes jenis perkhidmatan ini.

 

(6) Jual produk melalui platform e-commerce

Buat jualan melalui platform e-commerce ini juga merupakan satu lagi strategi yang bagus untuk diterokai.

 

Kalau dekat pasaran Malaysia, terdapat tiga buah platform e-commerce yang cukup popular yang kita boleh gunakan bagi tujuan membuat jualan.

1. Shopee

2. Lazada

3. PG Mall

Kelebihan kalau kita menjual menggunakan platform yang dah terkenal ini ialah, kita tak perlu buang masa untuk tarik trafik dan dapatkan pelanggan. Platform ini sendiri sudah mempunyai jumlah trafik yang cukup besar.

 

Kalau kita menjual melalui platform e-commerce seperti ini, kita juga boleh menggunakan kaedah dropship. Melalui kaedah dropship ini, anda tak perlu simpan stok dan hanya perlu buat tempahan kepada pihak pembekal apabila anda menerima tempahan dari pelanggan.

 

Anda tak tahu nak jual apa dekat platform e-commerce ini?

Apa kata anda daftar sahaja sebagai ejen affiliate.

Baca: Program Affiliate Shopee – Cara join & Bukti Income

 

Setidak-tidaknya bila anda join sebagai affiliate, kesemua produk yang ada dijual diplatform tersebut anda boleh promosikan dan jana pendapatan melalui komisen.

 

Kesimpulan

Adakah sasaran RM2,500 sebulan secara konsisten merupakan misi mustahil?

Well…

 

Secara jujurnya, ia merupakan suatu misi yang agak sukar dan mencabar. Lebih-lebih lagi kalau kita cuba nak capai misi tersebut dan mulakan gerak kerja kita secara part time.

 

Saya percaya, even kalau kita buat secara full time sekalipun, ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Melainkan, kalau kita cari kerja yang boleh membayar kita gaji sebanyak RM2,500 sebulan.

 

Itu lainlah ceritanya.

 

Mungkin disebabkan ianya agak sukarlah menjadikan ianya agak menarik untuk dilakukan. Sehingga ke hari ini, saya masih lagi rasa teruja, apabila bangun pada setiap pagi dengan misi untuk mencapai matlamat tersebut.

 

Sebenarnya memang boleh je kalau saya tak letakkan matlamat sedemikian.

Bermakna, saya biarkan sahaja hari-hari yang berlalu tanpa ada suatu matlamat yang jelas.

 

Tapi risikonya ialah, saya mungkin akan jadi terleka dan akan mula buat perkara-perkara lain yang sebenarnya tak beri nilai tambah dalam hidup saya.

 

Terima kasih sahajalah.

 

Saya rasa lebih baik saya pegang pada matlamat ini, dan secara tak langsung, setiap detik dan setiap masa saya akan ingat pada perjuangan tersebut, dan saya terus berusaha untuk mencapai misi tersebut.

 

 

Exit mobile version