Blog Sabree Hussin

Bisnes Network Marketing cuma mengkayakan orang yang diatas – Berbaloi ke join?

Seorang kenalan yang baru nak bergiat aktif dalam perninagaan Multi Level Marketing (MLM) menyuarakan rasa kurang senang tentang bisnes ini.

 

Kata dia, dalam bisnes ini yang kaya cuma orang atasan. Kita yang berada di level bawahan, cuma dapat penat buat kerja. Hasil tak seberapa, yang diatas seronok goyang kaki.

 

Saya dengar setiap keluhan kenalan tersebut.

Pada saya, ada betulnya apa yang dia katakan… walaupun tak semua saya setuju.

 

Dalam perniagaan MLM atau network marketing, ada konsep overriding commission.

Upline akan menerima sebahagian daripada komisen daripada ahli (downline) yang berada dalam rangkaiannya, sama ada ia merupakan direct downline, downline pada level kedua, downline pada level ketiga atau downline pada mana-mana level yang ditetapkan oleh sistem MLM yang digunakan.

Kebanyakkan sistem MLM yang saya pernah join, membenarkan upline untuk menikmati komisen sehingga ke 3 level dibawah kita. Ini bermakna, sekiranya rangkaian kita berkembang dengan sihat, iaitu

i. Kita sendiri mampu untuk membina rangkaian di level 1

ii. Downline kita di level 1 juga mampu untuk membina rangkaian sendiri

iii. Rangkaian kita di level 2 juga mempunyai keupayaan untuk membina rangkaian

 

Kesannya, pendapatan kita melalui bisnes ini dapat berkembang dengan sangat pesat. Sebagai upline, kita bertanggungjawab sepenuhnya kepada downline di level 1 atau direct downline kita.

 

Kebiasaannya, downline level 1 adalah terdiri daripada mereka yang kita approach atau mereka sendiri yang berminat untuk menyertai rangkaian kita. Biasanya kita kenal mereka, dan mereka juga kenal siapa kita.

 

Manakala downline di level 2 dan kebawah, bukan dibawah tanggungjawab kita sepenuhnya. Mereka ini biasanya tak kenalpun siapa kita. Tapi tak menjadi satu isu kalau anda ingin memberikan khidmat sokongan dan latihan kepada mereka.

 

Ada juga sistem MLM yang tak menetapkan sebarang had, atau infiniti level. Upline masih boleh menerima hasil daripada jualan atau pembelian yang dilakukan oleh downline yang berada di level ke 999.

 

Dari pemerhatian saya, sistem MLM yang membenarkan upline menerima komisen hingga ke level infiniti, biasanya ia akan menggunakan sistem Point Value atau PV. Upline mengumpul point hingga ke satu nilai tertentu. Point value ini kemudiannya akan dikira untuk melayakkan dia menerima komisen dalam bentuk RM pula.

 

Walaupun boleh kumpul PV hingga ke level infiniti, biasanya pihak syarikat akan meletakkan satu lagi peraturan (rules) tambahan. Iaitu mana-mana ahli dalam rangkaian yang mempunyai prestasi yang baik, boleh menyebabkan rangkaian infiniti yang selama ini dinikmati oleh upline tersebut terputus.

 

MLM seperti ini biasanya menggunakan sistem pangkat. Katakanlah ada 5 pangkat dalam sistem MLM, iaitu

i. Member

ii. Dealer

iii. Master Dealer

iv. Grand Master Dealer

v. Crown Master Dealer

 

Sudah tentu, nama-nama pangkat ini hanyalah rekaan saya semata. Ini dilakukan bagi tujuan memberi penerangan.

 

Katakanlah, seorang upline berpangkat Master Dealer berjaya membina rangkaian bisnes yang sangat besar. Dibawah rangkaiannya sahaja ada beberapa orang downline yang juga mempunyai prestasi yang baik seperti dirinya.

 

Kemudian pada satu hari, salah seorang ahli dalam rangkaian berjaya naik pangkat menjadi Grand Master Dealer. Oleh kerana upline baru berpangkat Master Dealer, manakala downline pula sudah menerima pangkat yang lebih tinggi, maka secara automatik, rangkaian tersebut pun terputus.

 

Downline yang berprestasi tinggi, yang pangkatnya lebih tinggi berbanding upline, boleh memintas upline.

 

Dalam keadaan ini, konsep orang yang diatas akan makin kaya atas usaha orang yang dibawah boleh dicabar.

Sebaliknya, orang yang dibawah (downline) jika prestasi lebih baik berbanding upline, dia juga mampu untuk memintas upline dan menyebabkan rangkaian infiniti upline tersebut terputus.

 

Saya pernah cerita dalam posting sebelum ini, berkenaan cara untuk memilih bisnes network marketing yang betul, saya ada sebutkan betapa pentingnya untuk kita memahami marketing plan atau compensation plan yang digunakan oleh pihak syarikat.

 

Masalah kebanyakkan orang ini ialah, dia tak faham marketing plan.

Dia tak cuba kaji bagaimana compensation plan pihak syarikat berfungsi.

 

Pada saya, informasi ini sangat penting.

Bila kita faham bagaimana compensation plan digunakan, dari peringkat awal lagi kita boleh buat keputusan, sama ada sistemnya adil untuk orang baru atau sebaliknya.

 

Of course saya sedia maklum, bagi mereka yang memang tak suka dengan bisnes jenis ini, dari awal-awal lagi dah boleh pangkah bisnes ini.

 

Bisnes untuk orang yang tiada pengalaman

Saya melihat perniagaan jenis MLM ini sebagai satu bentuk bisnes yang sesuai untuk diceburi oleh mereka yang kurang berpengalaman.

 

Ia hanyalah satu ikhtiar atau usaha untuk orang biasa, macam saya, untuk buat duit poket tambahan setiap bulan.

 

Bisnes ini sebenarnya sesuai untuk individu yang mempunyai kriteria seperti

1. Orang yang tak ada pengalaman buat bisnes

Biasanya orang yang tertarik untuk menceburkan diri dalam perniagaan seumpama ini adalah terdiri dari kalangan mereka yang tak ada pengalaman buat bisnes.

 

Maka tak pelik kalau golongan seperti pelajar, cikgu, suri rumah, kakitangan awam, dan sesiapa sahaja yang tak ada pengalaman bisnes, selalu dijadikan target untuk diajak sertai bisnes seumpama ini.

 

Kalau nasib baik, pengalaman kali pertama join bisnes MLM, akan jadi satu pengalaman yang baik, dimana anda bakal pelajari pelbagai ilmu baru berkaitan dengan perniagaan.

 

Joinlah bisnes MLM dengan saya.

Saya boleh ajar anda topik tentang blogging, copywriting, search engine optimization, dan lain-lain lagi. Setakat nak kongsi ilmu, saya tak ada masalah.

 

Tapi kalau nasib tak baik, anda mungkin akan ditipu dengan skim penipuan yang berselindung disebalik nama bisnes MLM atau networking. Orang yang tak ada pengalaman bisnes ni, memang agak susah nak bezakan mana satu peluang yang sah dan menipu, melainkan kalau dia banyak membuat pembacaan.

 

Nak salahkan dia seratus peratus sebab tertipu pun tak boleh juga. Tapi tu la kan… siapa suruh kurang membaca. Sampai senang jadi mangsa penipuan.

 

Saya rasa, masalah dengan orang yang senang kena tipu ini ialah, dia melihat peluang dalam bisnes MLM atau bisnes network marketing ini seperti satu peluang pelaburan. Ini satu tanggapan dan pandangan yang silap.

 

Perniagaan MLM tak sepatutnya dilihat sebagai satu peluang pelaburan.

Sebaliknya, bisnes MLM adalah satu peluang untuk menjalankan perniagaan.

 

Orang join bisnes MLM ini sebab nak buat bisnes.

Bukan sebab nak melabur.

Kalau anda join bisnes MLM dengan mindset nak melabur, alamatnya terleburlah modal anda.

 

Apabila orang yang masuk bisnes MLM ini, masuk dengan mindset melabur, maka kita akan terdengar kisah-kisah menyayat hati dimana ada ahli yang menanggung kerugian berpuluh ribu ringgit kerana ditipu untuk melabur dalam bisnes MLM.

 

Kadang-kadang penipuan ini turut melibatkan syarikat yang kita kenali dan mempunyai reputasi yang baik, dalam dunia perniagaan berkonsepkan multilevel marketing.

Ada ketikanya syarikat dah buat yang terbaik, untuk memastikan sistem pemasaran atau compensation plan yang digunakan itu adil kepada semua. Tapi akhirnya, apabila ia dimanipulasi oleh ahlinya sendiri, tetap ia berpotensi menyebabkan kerugian dipihak orang lain.

 

Kalau betul nak melabur, melaburlah dalam instrumen kewangan yang betul. Contohnya?

i. Melabur dalam pelaburan hartanah

ii. Melabur emas

iii. Melabur dalam pasaran saham (risiko tinggi)

 

Bukannya melabur dalam bisnes MLM.

 

2. Orang yang tak ada modal bisnes yang besar

Kalau anda ada modal yang besar, jangan gunakan duit tersebut untuk join syarikat MLM. Sebaliknya, guna duit tersebut untuk mulakan bisnes anda sendiri.

 

Tapi, kalau anda tak mempunyai modal yang besar, namun masih berminat nak menjalankan bisnes, maka bolehlah pilih untuk buat bisnes melalui bisnes network marketing.

 

Kebanyakkan syarikat MLM mengenakan yuran penyertaan yang tak terlalu besar, kepada mereka yang minat nak sertai syarikat mereka. Dari yuran penyertaan tersebut, kita akan dapat starter pack yang terdiri daripada sampel produk dan juga katalog.

 

Tapi ada juga syarikat yang tak meletakkan sebarang yuran pendaftaran untuk menyertai program mereka.

 

Ya, PERCUMA.

Kalau setakat nak dapat katalog dan brosur, semua ini boleh dimuat turun di laman web rasmi syarikat. Tak perlu ada starter pack pun tak ada masalah.

 

Saya sendiri, lebih tertarik untuk join bisnes yang tak perlu sebarang bayaran untuk sertai. Itulah sebabnya saya promosikan syarikat ini dalam blog ini.

Baca juga: Pengenalan bisnes PG Mall

 

3. Orang yang tak ada latihan dan pendidikan formal dalam bidang pengurusan perniagaan        

Dunia perniagaan ini keras sebenarnya.

 

Gagal dalam perniagaan itu sebenarnya adalah lebih common berbanding meraih kejayaan yang gilang-gemilang dalam perniagaan. Itu sebabnya, individu yang betul-betul serius nak mula berniaga, akan sanggup berhabis duit untuk dapatkan ilmu, latihan, hadiri seminar dan sebagainya.

 

Kita melihat, ada kenalan kita yang kita rasakan ada potensi yang sangat besar untuk berjaya dalam perniagaan MLM.

 

Kita kagum dengan personaliti dan skil yang ada pada dirinya. Kita sangat-sangat yakin, kalau dia join bisnes MLM ini dengan kita, confirm dia boleh berjaya.

 

Bila dia berjaya, kita sebagai upline, turut akan mendapat tempias kejayaan. Kan saya ada sebut tentang overriding commission tadi.

 

Tapi aneh.

Bila kita ajak dia untuk join, mentah-mentah dia reject.

 

Realitinya memang begitu.

Individu yang mempunyai modal, ada pengalaman berbisnes, ada ilmu bisnes yang banyak memang tak akan berminat untuk join bisnes MLM. Kalau mereka nak mulakan bisnes sekalipun, mereka akan buat bisnes mereka sendiri.

 

Bukannya bisnes MLM.

 

Bisnes MLM bukan bisnes anda

Sesetengah orang kata, bisnes MLM ini bisnes kita.

 

Tapi, kalau bisnes MLM ni bisnes kita, kenapa nama kita tak ada dalam carta organisasi syarikat? Dalam board of directors? Mana nama kita? Kan tak ada.

 

Walau apa pun pangkat yang dianugerahkan kepada kita dalam bisnes ini, hakikatnya peranan kita ini tak lebih sekadar seorang ejen, atau wakil jualan pihak syarikat.

 

Pada bila-bila masa, kita boleh ditamatkan perkhidmatan, atau dipecat (terminate) dari terus menjadi ejen.

 

Tak percaya?

Cubalah langgar beberapa peraturan, atau terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat. Kalau ada laporan, atau diketahui oleh pihak pengurusan berkenaan perlanggaran tersebut, In Shaa Allah dalam masa yang singkat, kita akan menerima surat pemberhentian (termination) dari pihak syarikat.

 

Tapi kalau bisnes sendiri, ada ke kita akan dapat surat pemberhentian, kalau kita sendiri langgar terma dan syarat yang kita tetapkan?

Jawapannya mestilah tidak.

 

Kalau bisnes sendiri, selagi mana kita tak langgar undang-undang selagi itu bisnes kita tetap okay.

Kalau bisnes sendiri, buatlah salah banyak mana sekalipun, selagi mana pelanggan masih percaya pada kita, selagi itu bisnes kita tetap okay.

 

Tak minat bisnes MLM, yang kaya nanti cuma orang atas

Sebelum kita nak berasa cemburu dengan individu yang kita sebutkan sebagai orang atas tu, apa kata kita cuba kenali dulu, siapakah sebenarnya orang atas tersebut.

 

Adakah orang atas ini, merujuk kepada individu yang berpangkat CEO, Ahli Lembaga Pengarah, atau individu yang bertanggungjawab dalam pengurusan syarikat?

 

Lazimnya mereka yang saya sebutkan ini tak mempunyai kaitan secara langsung dalam sistem MLM yang digunakan oleh syarikat. Mereka sudah mempunyai pakej gaji dan elaun tersendiri yang mana bayaran tersebut dikeluarkan dari akaun syarikat, bukannya melalui keuntungan aktiviti jualan langsung.

 

Kalau anda berjaya buat jualan bernilai RM100,000 sebulan sekalipun, ia tak memberi impak kepada pendapatan mereka. Andai kata syarikat telah menetapkan kadar gaji yang mereka ini layak terima adalah sebanyak RM23,000 sebulan, maka itulah yang syarikat akan bayar kepada mereka.

 

Jadi, kita keluarkan pihak pengurusan syarikat daripada perbincangan.

Sudah tentu, orang atasan disini merujuk kepada upline yang memperkenalkan peluang perniagaan ini kepada kita.

 

Siapa upline?

Upline ini adalah individu yang memperkenalkan produk, perkhidmatan, syarikat atau jenama kepada kita, yang mana akhirnya kita memilih untuk mendaftar menjadi ahli bersama individu tersebut.

 

Setiap orang yang join bisnes MLM, akan mempunyai upline.

Malahan, upline kita juga ada upline.

Sistem ini terbina sedemikian rupa, yang mana setiap orang ada upline. Upline kita pun ada upline. Upline kepada upline kita juga ada upline dan ianya bersambung hingga bertemu kepada orang pertama yang menyertai sistem ini.

 

Sebelum jadi upline, dia juga bermula dengan menjadi downline.

Tak ada orang yang mula bisnes dengan berpuluh orang telah menunggu untuk jadi downline.

 

“Awak… joinlah bisnes MLM sekian sekian, saya nak jadi downline awak ni… tak sabar…”

 

Tak ada.

Masuk bisnes seorang diri. Kemudian bila dah berada dalam sistem, dia pun mula memperkenalkan bisnes tersebut kepada kenalan dan sesiapa yang berminat dengan peluang tersebut.

 

Akhirnya, orang lain mula join dan lama-kelamaan dia juga jadi upline.

 

Tapi ada orang besar yang join hari ini, esok terus ada berpuluh orang dia bawa masuk sebagai downline.

Sekali dia buat sesi ceramah, berebut-rebut orang nak join jadi ahli. Macam mana pula tu?

 

Sebab itu bisnes ini dipanggil network marketing.

Sesetengah orang gelarkan bisnes ini dengan nama bisnes networking.

 

Orang yang mampu bawa berpuluh-puluh orang untuk join dalam masa yang pantas, lazimnya adalah individu yang memang dah lama bina networking. Bina networking dah lama, cuma baru-baru ini je dia nak ajak networking yang dia telah bina selama ini menyertai bisnes.

 

Kita nampak individu seperti ini seperti ada shortcut untuk bina kekayaan dalam bisnes network marketing. Macam tak adil.

Tapi yang kita tak nampak, individu yang sama bertahun-tahun bina networking, tambah kenalan tanpa sebarang hasil dalam bentuk wang ringgit.

 

Bisnes MLM bukan satu kesalahan

Bisnes MLM atau network marketing yang sebenar, ianya sah disisi undang-undang negara kita.

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari 2006 telah memutuskan bahawa:

“Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam”.

Diluar sana, terdapat bisnes MLM yang sah, dan ada juga skim penipuan yang berselindung disebalik nama bisnes MLM. Bisnes yang menipu ini, bukan dalam skop perbincangan artikel ini.

 

Jadi saya harap anda tidak mencampuradukkan pemahaman anda terhadap bisnes yang menipu, dengan bisnes MLM yang sebenar.

 

Memandangkan bisnes MLM ini adalah sah disisi undang-undang, dan dari segi hukum syarak, hukum bisnes MLM ini juga adalah harus dan tak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam, maka saya berpandangan tak perlulah nak malu-malu untuk sertai bisnes seumpama ini.

 

Dalam bisnes ini, ada produk yang diniagakan.

Apabila berlaku jualan, bermakna syarikat mendapat keuntungan daripada jual beli tersebut.

 

Komisen yang akan kita dapat, datangnya daripada keuntungan yang dijana daripada aktiviti jual beli tersebut.

 

Tak ada lagi kes upline ambil duit downline dengan cara yang salah.

Kalau berlaku kes seumpama itu, maknanya anda sedang melihat bisnes MLM yang menipu.

 

Downline yang beli barang, membeli barang tersebut dengan harga yang sama, seperti orang lain yang membeli produk tersebut. Kalau dekat laman web tertera harga RM22.50, maka itulah harga yang perlu dibayar.

 

Bandingkan produk yang sama di tempat lain, dan anda akan dapati harganya lebih kurang sama.

Tidak berlaku pun keadaan dimana harga barang dinaikkan berkali ganda lebih mahal berbanding harga barang yang lebih kurang sama dipasaran, semata-mata sebab nak bayar komisen upline.

 

Sebaliknya kalau anda jumpa syarikat yang seperti itu, yang mana sengaja jual mahal produk-produk keluaran mereka, semata-mata sebab nak bayar komisen yang tinggi kepada upline, maka tinggalkan sahaja syarikat seperti itu.

 

Kalau anda tak tinggalkan syarikat ini sekalipun, lazimnya perniagaan mereka pasti tak akan dapat bertahan lama. Pengguna yang bijak akan lebih sensitif dengan harga produk yang tak masuk akal.

 

Kesimpulan

Jadi, apa yang dapat kita simpulkan dari perbincangan disini?

 

Dalam bisnes MLM, setiap apa yang kita buat, terutama sekali setiap jualan yang kita lakukan dan termasuk pembelian peribadi yang kita lakukan, sudah tentu akan memberi impak kepada upline kita.

 

Ya, upline akan dapat overriding commission.

Itu sudah termaktub dalam compensation plan.

 

Malahan tak salah kalau saya katakan, ini merupakan suatu ciri unik yang terdapat pada bisnes jenis ini. Dengan wujudnya kriteria inilah, menjadikan bisnes ini menarik untuk disertai.

 

Ya, anda bebas untuk tak bersetuju.

Anda juga bebas untuk mempertikaikan konsep overriding commission yang dinikmati oleh upline anda.

 

Mungkin anda merasa kurang berpuas hati, kerana anda masih baru dalam bisnes ini, dan masih belum ada downline lagi.

Tapi, adakah anda masih akan tetap mempertikaikan “konsep mengkayakan orang yang diatas” apabila anda sudah memiliki rangkaian yang besar dan mempunyai 1,000 orang downline dibawah anda kelak?

 

Atau hanya pada waktu itu, barulah anda mula nampak, apa rasionalnya diwujudkan marketing plan atau compensation plan yang membenarkan upline menerima overriding commission.

 

Bisnes MLM yang sah, yang genuine, lazimnya membayar peratus komisen yang rendah sahaja kepada upline. Kalau ikuti perniagaan yang betul, memang jauh betul dengan gaya hidup mewah, aset berjuta-juta dan sebagainya.

 

 

Exit mobile version