Blog Sabree Hussin

5 Tanggapan yang kurang tepat mengenai Bisnes Network Marketing

Sejak saya mula sertai bisnes network marketing, saya mula mendisiplinkan diri untuk baca sharing mengenai pengalaman mereka yang pernah sertai bisnes ini.

 

Ada pengalaman yang baik dan tak kurang juga pengalaman yang buruk. Semua itu saya akan baca dan saya ambil pengajaran dari pengalaman tersebut.

 

Bercerita mengenai bisnes network marketing atau bisnes multi level marketing ini, memang kita akan jumpa pelbagai pandangan dan pendapat.

Akhirnya terpulang pada kita sama ada nak terima pendapat tersebut atau sebaliknya. Lazimnya, seseorang itu akan bagi sesuatu pendapat berdasarkan ilmu dan pengalaman yang dia ada.

 

Kalau orang tu memang pernah mengaji dan mengkaji sesuatu ilmu, atau mungkin pernah ada pengalaman dalam sesuatu bidang, maka saya kira agak sedap untuk kita dengar dan ambil pendapatnya.

 

Tapi diluar sana terdapat juga individu yang ilmu tak seberapa dan pengalaman pun tak pernah ada, tapi galak memberi pendapat, komen dan ulasan dalam sesuatu perkara.

 

Bila kita tanya dengan lebih mendalam, macam mana dia boleh keluarkan pendapat sedemikian, barulah kita tahu… Rupanya dia ni seorang yang suka ceduk situ sikit sana sikit, kemudian dirangkumkan menjadi satu pendapat yang kononnya original dari dia sendiri.

 

Mujurlah kita ni diajar untuk lihat apa yang disampaikan, dan bukannya siapa yang menyampaikan. Mungkin apa yang dia sampaikan itu, ada baiknya untuk kita.

 

Ya, semua orang bebas untuk menyuarakan pandangan dan pendapat masing-masing. Kita hidup dalam negara demokrasi.

 

Namun demikian, seseorang itu tidak boleh memaksa orang lain untuk terima pendapatnya, dan kita boleh berbeza pendapat dalam sesuatu perkara.

 

Dalam mengeluarkan sesuatu pendapat, kita juga perlu melihat apakah hujah yang menyokong pendapat tersebut. Pendapat tanpa hujah, ia hanya sembang kosong, sekadar untuk mengisi masa.

 

Berbalik kepada konteks perbincangan mengenai bisnes MLM ini, saya dapati ada banyak juga pendapat dan pandangan yang dilontarkan. Ada yang kita boleh dengar dan ada juga yang langsung tak boleh pakai.

 

Satu lagi yang penting yang saya nak highlight disini, bukan semua syarikat MLM itu sama. Sesuatu pandangan atau pendapat itu mungkin hanya terpakai untuk satu syarikat, tapi tak terpakai pada syarikat yang lain.

 

Ini kerana terdapat perbezaan dari segi marketing plan dan juga etika perniagaan. Tapi disebabkan perkara ini tidak dijelaskan dengan baik, membuatkan ramai orang salah sangka, bahawa sesuatu pandangan yang terkait dengan bisnes MLM, tak kira sama ada yang negatif atau positif, terpakai untuk semua syarikat.

 

Kita tak seharusnya amalkan konsep pukul rata.

Just because kita baca berita mengenai syarikat yang buat bisnes secara MLM, melakukan salah laku dan dikenakan denda hingga RM9 juta ringgit, kita terus beranggapan semua yang asalkan MLM pasti ada buat salah dan hanya tunggu masa sahaja untuk dikenakan denda.

 

Gaya pemikiran seperti ini adalah kurang tepat, dan saya rasa ianya agak merugikan sebab diluar sana memang ada banyak syarikat MLM yang betul ikhlas dan jujur nak membantu para distributor dan consumer untuk berjaya bersama mereka.

 

Disini saya akan bincangkan 5 pandangan yang kurang tepat, yang biasa akan kita dengari yang terkait dengan bisnes MLM. Apa pandangan tersebut? Jom sama-sama kita lihat.

 

1. Orang yang join awal paling untung

Kenyataan ini ada benarnya. Tapi ia bukanlah satu kenyataan yang langsung tak boleh dicabar.

 

Saya pun pernah rasa hal yang sama. Kenapalah saya baru tahu tentang bisnes ini pada tahun 2020. Kalaulah saya tau pasal bisnes ni sejak tahun 2016 iaitu ketika ia baru masuk pasaran Malaysia, ataupun tahu pada tahun 2017 kan bagus.

 

Kalau saya tahu lebih awal sudah tentu saya juga akan join lebih awal.

 

Kalau join lebih awal, bermakna saya boleh buat kerja-kerja pemasaran lebih awal. Cuba bayangkan, 3 tahun punya hasil kerja, sepatutnya sekarang dah mula menampakkan hasilnya.

 

Tapi sebab tahun 2020 baru nak mula kerja-kerja marketing, maknanya saya perlu tunggu 2022 atau 2023 baru akan nampak hasilnya! Kan lambat tu.

 

Biasanya dalam sebarang bisnes yang saya lakukan atau sertai (sama ada bisnes affiliate mahupun bisnes network marketing) saya akan meletakkan tempoh masa sekitar 3 tahun untuk benar-benar nampak hasilnya. Pada saya, tiga tahun ini adalah tempoh yang realistik untuk melihat sejauh mana sesuatu bisnes itu dapat berkembang.

 

Berbalik kepada argument asal, iaitu “orang yang join lebih awal adalah lebih untung” tidaklah begitu tepat.

 

Sebabnya? Ada banyak orang yang join lebih awal, tapi dia tetap tak dapat nak menunjukkan sebarang pencapaian yang membanggakan.

 

Kenapa boleh jadi macam tu? Boleh jadi sebab dia tak buat sebarang usaha pemasaran. Dia tak cuba atau berusaha mengembangkan rangkaian pengguna didalam bisnes yang dilakukan.

 

Kalau sekadar join awal tapi tak buat sebarang usaha, atau cuma nak mengharap spill over effect, atau hanya mengharap upline carikan downline, atau mengharap downline membina rangkaian sedangkan diri sendiri tak buat apa-apa, dah tentu bisnes dia tak akan berkembang dengan baik.

 

Walaubagaimanapun, saya juga tidak menolak kebarangkalian faktor join lebih awal sebagai salah satu faktor kejayaan dalam bisnes network marketing.

 

Ya, anda boleh berjaya sebab join awal berbanding orang lain, dengan syarat

i. Anda betul-betul serius dengan bisnes

ii. Anda buat kerja-kerja pemasaran dengan konsisten supaya orang kenal syarikat dan produk-produk yang ditawarkan.

iii. Anda berjaya yakinkan target market untuk jadi pengguna dan mendaftar sebagai pengguna dalam rangkaian anda

 

Ha nampak, kan? Semata-mata join lebih awal, tidak menjamin akan berjaya dan kaya. Sebaliknya, ia perlu disertakan dengan usaha yang konsisten, dan In Shaa Allah anda juga akan berjaya.

 

Lagi awal anda join, bermakna lagi awal anda boleh mula berbisnes dan buat kerja-kerja pemasaran.

 

2. Orang yang banyak follower senang nak cari orang

Ada individu memang lebih popular berbanding individu yang lain. Sebagai contoh, penyanyi, pelakon, selebriti, ahli politik, dan sebagainya.

 

Kalau kita bandingkan diri kita, yang sememangnya biasa-biasa dengan artis, sudah tentu kita akan kalah dari segi populariti.

 

Baik sekarang kita cuba bandingkan, antara artis dengan artis. Saya ambil contoh kita buat perbandingan antara Siti Nurhaliza dengan Siti Sarah. Antara dua artis ini, siapa lebih banyak follower dan siapa lebih popular?

 

Katakanlah, kedua-dua mereka ini join syarikat MLM dan buat bisnes. Siapa agaknya yang akan lebih berjaya? Adakah yang lebih banyak follower itu akan lebih berjaya?

 

Nanti dulu.

 

Sebelum kita terus beranggapan yang tahap populariti itu merupakan faktor yang sangat penting untuk menyumbang kepada kejayaan, kita perlu tahu satu perkara.

 

Apakah yang menyebabkan seseorang itu popular?

 

Dalam contoh artis yang saya bawakan, apa yang saya boleh katakan ialah mereka popular sebab

i. Bakat nyanyian

ii. Mempunyai lagu-lagu yang malar segar

iii. Suara yang sedap dan menghiburkan

iv. Persembahan yang memukau dalam nyanyian

 

Populariti mereka langsung tak ada kena mengena dengan bidang perniagaan.

 

Of course, mempunyai populariti dan dikenali sangat membantu dalam perniagaan. Prospek lebih selesa untuk berurus niaga dengan seseorang yang mereka kenali berbanding dengan complete stranger.

 

Paling penting, binalah populariti dari perspektif yang betul. Macam contoh dua artis yang saya bawakan, mereka popular dalam bidang hiburan.

 

Peminat dan pengikut mereka, mungkin hanya akan ikut mereka setakat dalam bidang tersebut sahaja. Sebaliknya, jika mereka cuba untuk ceburi bidang yang tak ada kena mengena dengan hiburan, belum tentu semua pengikut atau follower yang dia miliki akan ikut serta.

 

Ini berbeza dengan individu yang popular dalam bidang yang ada kaitan dengan perniagaan yang bakal dijalankan. Kalau individu tersebut memang dah popular dalam bidang tersebut, kemudian dia buat pula bisnes yang berkaitan dengan bidang yang dia sudah popular, maka kesannya adalah lebih baik berbanding popular sebab dia selebriti mahupun sebab dia artis.

 

Jadi, apa yang saya dapat sarankan ialah, tak perlu gusar kalau tak popular. Binalah populariti dan kredibiliti dari sebarang kedudukan yang anda berada sekarang, dan naikkan sedikit demi sedikit.

 

3. Kena keluar modal besar untuk buat duit dalam bisnes network marketing

Saya sendiri kerap dengar kisah orang-orang yang diajak untuk join bisnes, tapi kena keluar modal sampai ribu-ribu ringgit. Maka bermulalah drama pujuk memujuk untuk yakinkan orang tu untuk cari juga duit sebagai modal.

 

Persoalan saya, apa tujuan keluar duit tu? Kenapa perlu keluar duit sampai beribu-ribu untuk buat duit dalam bisnes network marketing ini? Kalau ada pilihan bisnes, yang tak perlu keluar modal, nak tak?

Network marketing biasa vs network marketing luar biasa

(saya pilih yang luar biasa tu kalau anda nak tahu)

 

Saya tak nafikan, kalau bisnes network marketing yang biasa-biasa, syarikat memang akan tetapkan syarat untuk ahli baru yang minat nak join untuk bayar sejumlah wang penyertaan.

 

Bayaran penyertaan ini pula boleh jadi bermula dengan RM50 hingga mencecah ribuan ringgit. Setelah buat bayaran, peserta akan dapat starter pack yang mengandungi katalog, dan beberapa produk syarikat.

 

Mungkin kita boleh kata, bayaran tersebut sebenarnya adalah untuk beli produk syarikat. Kalau yang modal sampai ribu-ribu tu, kena check balik, kenapa mahal sangat? Mana tahu ada unsur-unsur manipulasi dalam sistem.

Baca juga: Jenis-jenis orang yang buat bisnes MLM

 

Saya berpendapat, kalau barang yang kita beli tu, merupakan barang yang memang kita perlukan, maka ianya tak jadi isu besar. If let say bisnes tak menjadi, kita sendiri boleh pakai barang-barang tersebut.

 

Namun begitu, jika barang yang wajib beli itu adalah barang yang kita tak perlukan dan kita wajib beli semata-mata sebab nak join bisnes, maka kat situ ada beberapa perkara yang kita boleh pertikaikan.

 

Cuba bayangkan kalau bisnes tersebut tak berjaya nanti? Apa akan jadi dengan barang-barang yang tak terjual tu nanti?

 

Baiklah sekarang saya nak cerita mengenai sistem luar biasa yang digunakan oleh syarikat MLM yang saya join.

 

Pertama sekali, anda tak dikenakan sebarang yuran untuk jadi ahli. Pendaftaran adalah percuma sahaja.

 

Selepas jadi ahli, anda tidak diwajibkan untuk beli barang atau beli starter pack, katalog dan sebagainya.

 

Jangan salah faham. Ini bukan bermaksud anda tak perlu beli apa-apa. Anda masih perlu beli sesuatu, cuma pembelian tersebut hanya dilakukan jika ada keperluan.

 

Ingat keyword ini.

Beli apabila perlu sahaja.

 

Dalam bisnes network marketing luar biasa ini, duit yang anda belanjakan untuk beli produk dari syarikat bukanlah modal untuk mula bisnes.

 

Sebaliknya ia merupakan satu perbelanjaan wajib yang perlu dikeluarkan oleh setiap orang.

 

Apa dia perbelanjaan wajib yang saya maksudkan disini? Ini antara contoh-contoh perbelanjaan wajib yang relevan dengan konteks perbincangan disini.

 

i. Setiap orang pasti akan keluar duit bagi tujuan penjagaan kebersihan gigi

Kita akan beli ubat gigi dan juga berus gigi untuk memastikan gigi kita kekal bersih, sihat dan mulut berbau harum. Kalau selama ini beli ubat dan berus gigi di kedai runcit atau di shopping mall, kali ini kita tukar kedai dan beli dengan syarikat.

 

Tiada sebarang perbelanjaan tambahan. Kita hanya tukar tempat shopping sahaja.

 

ii. Selepas makan atau masak, kita akan cuci pinggan, mangkuk, periuk dan kuali

Ada ke orang yang pakai pinggan dan mangkuk pakai buang setiap hari, sebab malas nak cuci? Mungkin memang ada. Tapi adakah mereka juga akan guna periuk, kuali dan cerek pakai buang?

 

Besar kemungkinan jawapannya adalah tidak. Mereka akan guna berulang kali sebab boleh dicuci.

 

Syarikat yang saya join ni, juga turut mengeluarkan produk sabun cuci pinggan. Bila bahan pencuci yang saya gunakan tu dah habis saya tetap kena beli baru.

 

Kali ini saya pakai produk dari syarikat. Bajet yang sama, cuma perlu tukar penjual sahaja.

 

Syarikat ada macam-macam produk yang kita boleh gunakan secara harian. Ada lebih kurang 130 produk, tak kan tak ada satu pun yang boleh anda beli dan guna?

 

Setakat ini, saya sendiri dah membeli ubat gigi, berus gigi, sabun pencuci pinggan, penyental periuk, span basuh pinggan dan juga sun block.

 

In future saya akan beli vitamin C, kopi, sabun mandi dan banyak lagi. Saya tak beli secara lump sum sebab barang lama masih ada dan banyak lagi. Lagi satu, kesemua barang ini saya beli untuk kegunaan sendiri, dan bukannya untuk dijual semula.

 

4. Kena pandai menjual, mulut kena manis baru boleh berjaya

Part kena pandai menjual tu, saya setuju. Part kena mulut manis tu, macam kurang tepat. Biasanya mulut manis ni, kita merujuk kepada seseorang yang pandai berkata-kata. Bila dia bercakap, kita jadi terpesona dengan bahasa dan keindahan tutur katanya.

 

Sayangnya, saya tidak memiliki kelebihan seperti itu. Saya tak pandai berkata-kata.

 

Tapi saya tahu menulis. Saya ada pengalaman menulis, dan saya ada sedikit pengalaman membuat jualan menerusi jalan penulisan.

 

Justeru, daripada saya asyik fikirkan kelemahan yang ada pada saya, which is tak pandai nak berkata manis, lebih baik saya fokus kepada kekuatan yang ada pada saya.

 

Menulislah. Jangan pandang rendah kepada kuasa penulisan tau. Saya sendiri membina rangkaian dan memperkenalkan syarikat yang saya sertai ini menerusi jalan penulisan.

 

In Shaa Allah, kita usaha setakat mana yang boleh. Cepat atau lambat dapat hasil, itu bukan urusan kita. Yang penting, kita terus buat perkongsian. Bukankah itu lebih baik, berbanding langsung tak buat apa-apa?

 

Untuk rangkaian saya, saya amat galakkan anda kuasai ilmu membuat jualan menerusi penulisan. Ilmu menjual melalui penulisan ini, juga dikenali dengan nama teknik copywriting.

 

Sekarang ini, ada terlalu banyak laman web, sama ada dari dalam mahupun luar negara yang mengajar tentang kemahiran copywriting. Kita je yang kena rajin untuk baca, fahamkan kemudian terus praktikkan.

 

Ala… biasalah kalau first time menulis (menggunakan teknik copywriting) hasilnya macam tak berapa memberangsangkan. Itu bukan alasan untuk kita stop. Sebaliknya, kita kena terus menulis, dan In Shaa Allah, semakin hari kesannya akan jadi semakin baik.

 

Berita baik untuk anda. Kalau anda nak tahu, dengan teknik copywriting ini juga, anda bukan sahaja boleh mempromosikan bisnes MLM yang anda sertai, malahan pada masa yang sama, anda juga boleh gunakan ilmu yang sama untuk buat duit mempromosikan lain-lain produk di internet.

 

Macam saya sendiri, saya juga ada mempromosikan produk-produk yang dijual di lazada sebagai ejen Affiliate Lazada. Ini komisen yang telah saya hasilkan setakat entri ini saya hasilkan.

Boleh nampak ke screenshot kat atas ni? Setakat ini dah ada 3 sale berjaya dihasilkan, dan kesemua sales ini berlaku secara automatik, berpunca dari artikel-artikel yang pernah saya hasilkan sebelum ini.

 

Kemahiran menjual itu memang penting. Namun style atau teknik membuat jualan itu, ada pelbagai. Pelajarilah dan kuasailah teknik menjual yang anda rasa selesa.

 

i. Ada orang menjual dengan cara jumpa face to face dengan klien

ii. Ada orang mampu menjual dengan cara ala-ala buat sesi pembentangan

iii. Ada orang menjual dengan menggunakan video rakaman

iv. Ada yang menjual menggunakan FB Live

v. Ada yang selesa menjual menggunakan penulisan sama ada di blog, media sosial dan sebagainya

 

Pilih mana-mana satu teknik yang anda rasa sesuai. Pelajari dan kuasainya. Janganlah disebabkan anda rasa macam nak pitam bila tengok orang lain yang menggunakan style jualan menerusi pentas dan bercakap dihadapan ribuan penonton, anda terus kata bidang jualan ini bukan untuk anda.

 

Sepatutnya anda cuba terokai teknik-teknik jualan yang ada pelbagai tu, dan pilihlah mana satu yang sesuai dengan jiwa dan personaliti anda.

 

Saya nak sambung sikit lagi mengenai membuat jualan. Sebenarnya, kalau anda join company yang saya join ni, anda tak dibenarkan untuk buat jualan.

 

Ada beza tau, antara buat jualan dengan membuat recommendation. Dalam bisnes ni, penekanan diberikan untuk jadi pengguna dan beli produk untuk kegunaan sendiri.

 

Selepas itu, share kebaikkan produk kepada orang lain. Bila ada yang minat nak jadi pengguna, kita bantu dia dengan mendaftarkan dia sebagai ahli.

 

Peranan kita adalah membuat pengesyoran atau recommendation sahaja. Tak boleh dan tak perlu menjual.

 

5. Buat bisnes MLM ni susah sebab kena jumpa orang tengah-tengah malam tak mengira masa

Kalau sampai ada prospek yang ajak jumpa tu, maknanya bisnes anda sedang berkembang dengan elok.

 

Cuma sebelum jumpa tu, kenalah pastikan dulu apa sebenarnya matlamat asal dia nak ajak jumpa tu. Bimbang juga kalau orang yang ajak jumpa tu sebenarnya ada niat lain.

 

Pengalaman saya sendiri, saya tak pernah pun jumpa sesiapa sebab nak terangkan perjalanan bisnes yang saya buat.

 

Penerangan mengenai bisnes boleh dibuat melalui whatsapp, FB dan sebagainya. Kalau masih kurang faham, boleh call. Sekarang ni kalau nak buat video call pun boleh.

 

Teknologi itu kan dah ada. Gunakanlah untuk buat bisnes. Untuk tingkatkan ekonomi kita.

 

Kenapa ya masih nak berfikir seperti zaman awal 2000 dulu. Sedarlah sedikit, kita sekarang sudah berada di tahun 2020.

 

Teknologi dihujung jari dan kita boleh merentas negeri dengan mudah dengan bantuan gadget dan peranti yang kita miliki. Kalau nak dapatkan pelanggan dari seluruh Malaysia, memang boleh sangat. Tak perlulah nak jumpa-jumpa ni. Lagi-lagi sekarang ni, kita masih belum betul-betul bebas dari covid.

 

Saya tahu ada banyak lagi pandangan yang kurang tepat yang berlegar-legar di internet. In Shaa Allah saya akan ulas di lain masa. Buat masa ni, saya ulas yang 5 perkara ini dahulu pun sudah memadai.

 

Anda ada sebarang soalan berkaitan dengan bisnes network marketing?

Ini nombor telefon saya.

011 5689 0863

Anda boleh whatsapp dan tanyakan saya sebarang soalan.

 

Kalau nak senang, klik je link ni dan akan terus bukak whatsapp https://naktanyapasalbisnes.wasap.my/

 

 

Exit mobile version