Blog Sabree Hussin

Betul ke boleh Buat Duit Dengan Konsisten Menerusi Program Affiliate?

Adakah anda berminat untuk jana pendapatan tambahan menerusi komisen Affiliate sekitar RM100 – RM450 secara konsisten setiap bulan?

 

Jika jawapan anda adalah ya, maka sila teruskan pembacaan.

Posting ini memang untuk anda.

 

Kita akan bincangkan beberapa teknik, stratagi dan juga usaha yang perlu dilakukan bagi mencapai matlamat tersebut.

Ok sekarang apa kata anda cuba bayangkan.

 

Apa agaknya yang anda boleh buat bila anda berjaya hasilkan extra income RM100 – RM450 secara konsisten setiap bulan…

Untuk tujuan perbincangan disini, apa kata kita ambil satu nilai…

RM150 misalnya.

 

Banyak tak yang anda boleh beli dengan RM150?

Jujurnya memang tak sebanyak mana.

 

Tetapi, dengan adanya extra income RM150, anda boleh jadikan ia sebagai duit minyak, duit belanja makan untuk anak isteri, duit untuk topup perbelanjaan bila nak jalan-jalan. Atau paling kurang pun, RM150 tu cukup untuk guna buat bayar bil elektrik, internet dan sebagainya.

 

Kenapa nak target RM150 je sedangkan anda boleh dapat lebih banyak dari tu?

Berapa anda nak hasilkan?

Anda sendiri tentukan.

 

RM300? RM500? RM700? RM1,000? Semuanya terpulang pada usaha dan kesungguhan anda.

Amaun ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai, apabila anda serius memasang tekad untuk buat duit dengan program affiliate.

 

Katakanlah, kita nak capai satu sasaran income iaitu RM150 setiap bulan minima.

Nilai ini bukanlah satu amount yang besar.

Ia tak mustahil untuk dicapai. Saya percaya, semua orang yang betul-betul berusaha, pasti boleh hasilkannya.

 

Saya kurang gemar bercakap tentang menghasilkan income yang besar.

Memang tak dinafikan, ada individu diluar sana, yang biasa menghasilkan komisen affiliate sebesar 4 angka, 5 angka dan sebagainya. Ya, mereka meraih komisen yang begitu lumayan.

 

Secara peribadi, saya lebih suka bercakap mengenai suatu nilai yang lebih munasabah dan tidak terlalu sukar untuk dihasilkan.

RM100 sebulan.

RM150 sebulan.

RM200 sebulan.

 

Pada saya, itu adalah nilai komisen yang lebih masuk akal, dan lebih mudah untuk dicapai, termasuklah untuk mereka yang masih agak baru dalam bidang pemasaran affiliate ini.

 

Mari kita sama-sama buktikan terlebih dahulu,

“Aku boleh hasilkan at least RM100 setiap bulan secara konsisten menerusi affiliate marketing.”

 

Selepas kita berjaya buktikan yang kita mampu untuk capai nilai tersebut, dari situ kita mula naikkan nilai komisen yang kita mahukan.

 

Memandangkan sekarang ni dah masuk bulan Disember, jadi saya kongsikan beberapa screenshot pembayaran komisen affiliate yang saya terima sepanjang bulan ini.

 

Komisyen affiliate bagi produk Keris Jutawan untuk Disember 2014:

Anda boleh baca tentang produk Keris Jutawan dalam artikel saya yang sebelum ni berjudul Keris Jutawan – Ilmu jadi jutawan dengan Semangat KERIS.

 

Produk ini dijual dengan harga RM69 dilaman web rasmi Keris Jutawan.

 

Komisen yang ditawarkan pula adalah sebanyak 69% atau bersamaan dengan RM48 untuk satu sales yang berjaya dihasilkan.

 

Alhamdulilah, untuk bulan Disember ini saya dapat dua sales walaupun dah tak promosi secara aktif. Macam mana saya boleh dapat dua sales walaupun dah tak promosi?

 

Sebenarnya ini bukanlah perkara yang ajaib mahupun mustahil. Memang tak mustahil untuk dapat komisen tanpa melakukan kerja-kerja promosi secara berterusan, dengan syarat… anda telah setup sistem pemasaran anda pada awal-awal lagi.

 

Kiranya, anda hanya perlu setting sistem pemasaran anda, yang melibatkan penggunaan artikel dan strategi SEO kemudian biarkan. Orang putih kata, SET AND FORGET.

 

Anda masih lagi kurang faham dengan teknik SEO?

Saya dah sediakan penjelasan dengan penerangan yang sangat SIMPLE dalam artikel blog ini.

Baca: Panduan Search Engine Optimization (SEO) untuk blog

 

Komisen affiliate produk Sistem Autoresponder Emelmatik bagi Disember 2014:

Jika anda ingin bergiat aktif dalam bidang pemasaran secara online, fokus untuk kumpul database.

“The money is in the list”

 

Untuk produk ini pun sama, seingat saya, saya pun dah agak lama tak promosikan produk ini. Komisen affiliate untuk produk Sistem Autoresponder Emelmatik ini ialah RM50 untuk satu jualan.

 

Sebelum ini saya ada menulis beberapa artikel berkaitan dengan sistem autoresponder dan juga berkaitan dengan pemasaran emel. Boleh jadi ada pembaca yang baca artikel tersebut, lalu mereka rasa berminat untuk menjadi pengguna sistem autoresponder juga.

 

Apabila pembaca tersebut membuat pembelian, saya pun menerima bayaran komisen.

 

Komisen Affiliate dari Ashadee untuk bulan Disember:

Platform affiliate network Ashadee juga antara yang memberikan sumber income kepada saya.

 

Dalam platform ini, mengandungi pelbagai produk digital dan fizikal yang boleh anda promosikan.

 

Ada macam-macam produk yang kita boleh pilih untuk promosikan. Jika kebetulan ada produk yang sesuai, maka kita pilih produk tersebut dan mulakan kempen pemasaran.  Untuk bulan Disember ini, baru dapat dua sales.

 

Saya tahu, performance saya agak perlahan.

Mungkin semua ni gara-gara saya kurang fokus untuk buat marketing. Atau boleh jadi juga sebab saya promosikan banyak produk dalam satu masa kot…

Satu sales yang saya hasilkan memberikan saya komisen sebanyak RM25, kira banyak jugak la kan?

 

Komisen Tone Excel untuk Disember 2014

Saya juga menggunakan kaedah pemasaran yang sama seperti yang saya gunakan untuk mendapatkan komisen affiliate untuk mempromosikan bisnes Sim Kad Tone Excel.

 

Komisen pertama Tone Excel untuk bulan Disember

 

Komisen kedua Tone Excel untuk bulan Disember

 

Komisen ketiga Tone Excel untuk bulan Disember

 

Komisen Tone Excel untuk bulan Disember Akaun Kedua

 

Komisen Tone Excel untuk bulan Disember Akaun Kedua

Untuk bisnes Tone Excel ini saya memiliki dua akaun.

Akaun pertama: IDP333279 

Akaun kedua: IDP449841

 

Anda kurang minat dengan konsep bisnes network marketing?

Tak apa.

Anda boleh abaikan sahaja.

 

Saya sebut tentang Tone Excel ini sekadar untuk membuktikan kepada anda, bahawa teknik atau strategi pemasaran yang saya gunakan ini memang betul-betul berkesan untuk menghasilkan pendapatan. Kalau nak gunakan strategi yang saya gunakan bagi mempromosikan bisnes network marketing juga berkesan. Itu sahaja.

 

Walaupun program atau mungkin produknya adalah berbeza, namun cara pemasaran yang saya gunakan adalah sama sahaja.

 

Anda tahu, kenapa saya tetap gunakan kaedah yang sama, walaupun saya mempromosikan produk yang berbeza?

Jawapannya adalah sebab kaedah tersebut memang berkesan.

 

Saya sendiri telah buktikan, dengan menggunakan kaedah tersebut saya telah berjaya hasilkan komisen affiliate.

 

Apa?

Masih belum puas hati? Ok tak ada masalah. Sila teruskan pembacaan. Sebabnya saya nak kongsikan beberapa soalan-soalan lazim yang saya pernah terima berkaitan dengan strategi dan teknik untuk buat duit melalui program affiliate. (mungkin anda juga ada persoalan yang sama)

 

Soalan lazim buat duit dengan Affiliate Marketing

Dekat bawah ini antara soalan yang biasa ditanyakan oleh mereka yang masih agak baru dalam bidang pemasaran affiliate ini.

 

(1) Adakah teknik yang saya gunakan merupakan teknik PERCUMA atau teknik berbayar?

Faktor kos adalah antara perkara yang menjadi kerisauan buat mereka yang nak buat duit tambahan diinternet. Jika kos yang diperlukan untuk mulakan projek ini terlalu mahal, ia sedikit sebanyak dapat melemahkan semangat seseorang itu untuk mencuba.

 

Untuk menggunakan strategi pemasaran yang sama, seperti yang saya sendiri gunakan ini memang ADA BAYARAN yang perlu anda keluarkan.

 

Pertama, memandangkan saya lebih banyak menggunakan platform blog dalam kerja-kerja pemasaran, maka perkara pertama yang kita perlu dapatkan adalah nama domain dan hosting. 

Perkhidmatan domain dan hosting ini boleh diperolehi menerusi laman web NetKL Network.

Kos langganannya adalah seperti berikut

Nama domain – RM60 setahun

Perkhidmatan hosting – RM60 setahun

Jumlah keseluruhan – RM120 untuk langganan setahun. Selepas setahun anda perlu perbaharui langganan tersebut.

 

Sudah tentu, kalau anda rasa jumlah ini terlalu berat untuk dikeluarkan, anda boleh bermula dengan mendaftar blog percuma menggunakan platform blogspot.

 

Walaubagaimanapun, dari segi prestasi, sudah tentu blog yang dibina menggunakan platform berbayar ini lebih tinggi prestasinya berbanding servis percuma.

 

Kedua, sistem autoresponder.

Diluar sana terdapat pelbagai pilihan sistem autoresponder yang anda boleh gunakan. Ada yang percuma, ada yang perlu bayar.

 

Jika anda tak bercadang untuk mengumpul senarai list email database, maka anda boleh abaikan sahaja step yang kedua ini.

 

Ketiga, sistem bina landing page profesional.

Halaman landing page juga dikenali dengan istilah squeeze page. Ini merupakan satu halaman yang fungsinya adalah khusus untuk mengumpulkan senarai nama dan alamat emel pelawat anda.

 

Jika anda ingin menggunakan kaedah pemasaran emel, maka anda perlu siap sedia dengan halaman squeeze page. Jika anda tak bercadang untuk menggunakan kaedah ini, maka anda boleh abaikan langkah yang ketiga ini.

 

Keempat, servis design ebook ecover di fiverr.com

Kos untuk mendapatkan perkhidmatan mereka bentuk ebook ecover menerusi platform Fiverr ini bermula dengan harga USD5.

 

Kalau anda ada kemahiran kerja-kerja design, atau mungkin sudah mempunyai apps, atau software yang boleh membantu anda menghasilkan design yang menarik, maka anda boleh jimatkan kos untuk kerja-kerja design seperti ini.

 

Dalam situasi saya, saya terpaksa berbelanja untuk dapatkan design yang menarik memandangkan saya tak mempunyai bakat dan kemahiran untuk menghasilkan design ebook ecover saya sendiri.

Atas ini contoh design yang saya pernah tempah melalui Fiverr. Nak buat design sendiri tak pandai, jadi, saya perlulah keluarkan modal untuk tujuan ini.

 

Kelima, masa dan usaha untuk menghasilkan konten.

Ramuan paling penting, yang menyumbangkan kepada kejayaan saya mendapat jualan adalah konten.

 

Ya, memang betul.

Saya menggunakan kaedah content marketing.

Baca juga: Apa itu content marketing?

 

Anda boleh belanjakan seberapa banyak wang yang anda miliki untuk tujuan iklan berbayar.

Namun, jika anda benar-benar ingin ikuti kaedah yang saya sendiri praktikkan, anda perlu ada usaha dan masa, untuk membina konten bagi laman web atau blog yang bakal anda hasilkan.

 

Apa yang saya perhatikan menerusi pengalaman sebelum ini, apabila kita menggunakan teknik content marketing, ia secara tak langsung dapat menyelesaikan masalah seperti

 

1. Perlu membuat kerja pemasaran secara berterusan

Bagi mereka yang tak pernah terfikir untuk mencipta suatu sistem dan strategi pemasaran mereka sendiri, biasanya mereka ini terpaksa lakukan kerja pemasaran secara berterusan.

 

Mereka ini perlu join banyak group di Facebook dan buat posting yang mempromosikan link affiliate mereka.

 

Setiap hari kena buat posting baru, kalau nak dapatkan perhatian bakal pelanggan. Sedangkan kalau buat strategi content marketing dan blogging, artikel lama yang kita pernah tulis dulu masih ada kebarangkalian untuk bantu kita hasilkan jualan.

 

2. Perlu mendapatkan trafik

Trafik adalah perkara yang sangat penting, dalam usaha kita untuk menghasilkan pendapatan di internet. Segala usaha kita akan jadi sia-sia dan tak akan membuahkan sebarang hasil, kalau kita tak berjaya menarik trafik untuk melihat tawaran kita.

 

Mujurlah adanya teknik pemasaran kandungan. Lazimnya, trafik akan datang dengan sendirinya, dengan syarat anda lakukan ia dengan kaedah yang betul.

 

Dari segi tarik trafik, saya sendiri lebih banyak bergantung kepada trafik percuma yang disumbangkan dari laman carian.

Ya, teknik Search Engine Optimization (SEO).

 

Saya tak menggunakan sebarang kaedah pengiklanan berbayar, sama ada FBAds, Adwords dan sebagainya. Alhamdulillah, masa lagi ada peluang untuk buat duit dengan cara ini.

 

Bila gunakan kaedah ini, saya lebih fokus untuk buat konten. Kadang-kadang saya tak fikir sangat berkenaan dengan trafik, sebab saya yakin bila artikel saya tersenarai di muka surat pertama Google, saya akan dapat trafik secara automatik.

 

3. Perlu buat konten baru setiap hari

Kalau anda mampu untuk buat konten baru setiap hari, itu lebih bagus. Walaubagaimanapun, pada pandangan saya, untuk mereka yang ada komitmen lain, agak sukar sebenarnya kalau nak hasilkan konten baru setiap hari.

 

Idea untuk menghasilkan konten yang berkualiti ini pula, bukannya akan datang setiap hari. Ada masa-masa tertentu, kita akan kekeringan idea, dan tak tahu nak buat konten apa untuk laman blog atau akaun media sosial milik kita.

(2) Betul ke boleh maintain income minimum RM100 setiap bulan?

In Shaa Allah boleh.

Saya tak kata ianya mudah. Namun ianya tak mustahil.

 

Uniknya program affiliate ini, setiap penganjur menawarkan struktur komisen yang berbeza-beza antara satu sama lain. Sebagai contoh,

 

i. Komisen affiliate 100%

Struktur komisen seperti ini agak jarang ditawarkan oleh pengendali program affiliate. Namun, sesekali akan ada muncul tawaran seperti ini.

 

Katakanlah, harga produk yang kita promosikan itu harganya adalah RM100, maka apabila kita berjaya dapatkan jualan, nilai yang sama itulah yang akan dibayar kepada kita.

 

Lazimnya, pengendali program yang menawarkan komisen sehingga 100% ini, sebab dia perlukan prospek dan setelah dia berjaya dapatkan prospek, dia akan tawarkan produk lain yang lebih mahal kepada prospek ini.

 

Saya berikan contoh, pada peringkat permulaan dia akan jual ebook dengan satu harga yang bersesuaian dan akan berikan komisen sebanyak 100% kepada ejen affiliate.

 

Selepas ada pembelian, dia akan tawarkan program seperti coaching, seminar dan sebagainya, dan program ini akan dijual dengan harga yang lebih tinggi.

 

Pengendali program affiliate tersebut akan buat duit melalui personal coaching, dan bukannya melalui jualan ebook.

 

ii. Komisen berulang dari pelanggan yang sama

Ini merupakan salah satu struktur komisen yang bagus dan memudahkan kita untuk hasilkan komisen affiliate dengan lebih konsisten.

 

Program yang mempunyai ciri seperti ini ada pada Program Consumerchant PG Mall.

 

Sebagai ejen affiliate, kita hanya perlu daftarkan pelanggan tersebut sebagai salah seorang pengguna atau pelanggan di PG Mall, dan seterusnya setiap kali dia buat pembelian kita akan dapat komisen dari pembelian tersebut.

 

Komisen ini akan terus kita terima setiap kali dia buat pembelian.

Konsep atau struktur komisen ini ada iras-iras bisnes MLM.

 

iii. Overiding komisen

Ada juga program affiliate yang membenarkan kita untuk mencari dan mendaftar ejen affiliate dibawah kita. Konsepnya lebih kurang sama macam bisnes Multi Level Marketing, ataupun bisnes Network Marketing.

 

Setiap kali ejen dibawah kita berjaya buat jualan, kita juga akan menerima komisen overiding. Biasanya komisen ini tak banyak. Sekitar 5% – 10% sahaja.

 

Program affiliate Klikjer ini membenarkan kita untuk merekrut atau mendaftarkan ejen affiliate dibawah kita.

 

iv. Komisen berdasarkan jumlah views dan klik

Kalau struktur komisen seperti ini dia lebih menyamai kepada program pengiklanan.

 

Pihak yang menganjurkan program meletakkan syarat yang lebih longgar bagi memudahkan kita sebagai ejen untuk menjana pendapatan.

 

Peranan kita sebagai ejen sekadar menyiarkan iklan-iklan berkaitan, dan apabila iklan tersebut ada menerima klik atau ada views dari pengguna internet lain, kita akan dibayar sejumlah komisen.

 

Konsepnya seperti program pengiklanan Google Adsense.

 

Jika anda memiliki laman web atau blog yang mempunyai jumlah trafik yang tinggi, anda mungkin berupaya hasilkan pendapatan sekurang-kurangnya USD100 setiap bulan.

 

Nilai ini jika kita tukarkan kepada matawang RM, ia akan memberikan kita pendapatan lebih kurang sebanyak RM400 setiap bulan.

 

(3) Saya dah biasa beli ebook pasal affiliate, kenapa masih tak berjaya buat duit dengan affiliate?

Mana la saya tau.

Anda ada ikut ke tak apa yang diajarkan dalam ebook tu?

Memang saya sedia maklum, diluar sana terdapat banyak bahan bacaan, sama ada artikel blog, ebook ataupun buku fizikal yang membincangkan topik mengenai cara untuk buat duit dengan program affiliate.

 

Setiap penulis yang berbeza ini juga, akan mencadangkan kaedah yang pada pandangan mereka, paling berkesan dalam membantu menghasilkan pendapatan yang konsisten melalui program affiliate.

 

Kalau saya secara peribadi, sudah tentu saya akan syorkan kaedah blogging dan content marketing.

 

Kalau orang lain, mungkin akan syorkan kaedah seperti

1. Email marketing

2. FB Ads

3. Google Adwords

4. Youtube marketing

 

Setiap orang ada kepakaran masing-masing. Terpulang pada anda, lebih selesa nak gunakan atau tiru kaedah pemasaran yang mana satu.

 

Dari pengalaman saya berdiskusi dengan kenalan dan pembaca blog saya, rata-rata yang tak berjaya buat sales ni adalah disebabkan oleh beberapa sebab.

 

Antaranya:

i. Kurang buat aktiviti pemasaran

Usaha pemasaran yang dilakukan terlalu sedikit dan tak mencukupi. Tapi dia selalu kata, “saya dah buat macam-macam untuk cuba dapatkan sales, tapi masih tetap tak berjaya”.

 

Tapi bila kita semak semula, rupa-rupanya yang dikatakan dah buat macam-macam tu sebenarnya dia merujuk kepada buat posting di akaun media sosial. Itupun posting yang dia buat itu sekadar di wall miliknya, lalu dia copy dan paste di lain-lain group yang dia sertai.

 

Memang nampak macam dah buat banyak kerja, tapi sebenarnya ia masih belum cukup.

 

Ada juga penganjur program affiliate, misalnya seperti Klikjer, ada menyediakan sampel artikel dan beberapa sampel ayat-ayat promosi. Tujuannya adalah untuk memudahkan orang baru untuk terus mula buat promosi.

 

Pada pandangan saya, sekadar copy paste ayat iklan yang disediakan secara percuma ini juga sebenarnya tak begitu berkesan.

 

Trafik terlalu sedikit

Kalau ada buat kerja-kerja pemasaran sekalipun, berkemungkinan aktiviti tersebut kurang berkesan dan tak berjaya menarik jumlah trafik yang cukup banyak.

 

Sebagai contoh, kalau seseorang itu hanya membuat posting di sosial media pada wall sendiri. Mereka yang akan melihat posting tersebut hanyalah terdiri daripada kawan-kawan dalam friendlist sahaja.

 

Jika kawan kita ada ramai, dan mereka memang follow akaun kita, maka ada kebarangkalian untuk mereka ini melihat apa yang kita siarkan.

Jika sebaliknya, bermakna apa yang kita siarkan itu sebenarnya tak ada siapa yang lihat.

 

Lagi memburukkan keadaan apabila ada kawan-kawan yang tengok posting kita, tapi mereka sebenarnya ignore sahaja apa-apa yang kita post. Maklumlah, posting iklan ini, memang jarang ada orang minat nak baca.

 

Prospek tak targetted

Kita juga perlu mengambilkira latar belakang prospek dan juga audience yang bakal melihat posting ataupun konten yang kita hasilkan. Mereka ini perlulah terdiri daripada kalangan yang mempunyai keperluan khusus yang boleh menerima manfaat melalui konten yang kita hasilkan.

 

Produk yang kita bakal promosikan kepada mereka ini juga, mestilah memberi manfaat kepada mereka juga.

 

Berkaitan dengan poin sebelum ini. Apabila kita hanya fokus kepada membuat posting di wall peribadi sendiri, dan hanya kawan-kawan dalam friendlist sahaja yang akan lihat posting kita.

 

Persoalannya ialah, adakah kawan-kawan kita itu merupakan prospek yang bagus untuk produk yang kita promosikan?

 

Masih tak faham dengan konsep sales funnel

Dalam kerja-kerja pemasaran affiliate ini, kita juga sebenarnya perlu ada pengetahuan dalam bidang jualan. Lagipun, kita hanya akan menerima bayaran sekiranya usaha pemasaran kita itu nanti membuahkan hasil dan berjaya menghasilkan jualan.

 

Oleh yang demikian, sedikit sebanyak kita juga perlu ada pengetahuan tentang konsep sales funnel.

Apa benda sales funnel tu?

Ini merujuk kepada langkah demi langkah, atau peringkat demi peringkat, yang perlu dilalui oleh prospek sebelum dia bersetuju untuk terus membeli sesuatu produk yang anda promosikan.

 

Lazimnya, prospek tak akan terus membuat pembelian pada kali pertama mereka melihat sesuatu tawaran dilaman web jualan. Dia akan bertangguh, cari alternatif, cari alasan dan kadang-kadang mereka sendiri akan lupa dengan tawaran.

 

Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, bagi mengelakkan berlakunya kehilangan jualan, maka anda perlukan satu sistem untuk memudahkan anda melakukan follow up keatas bakal pelanggan tersebut.

 

Sistem ini ada pada kaedah pemasaran email marketing menggunakan sistem autoresponder. Setelah prospek masuk dalam mailing list kita, kita boleh terus lakukan kerja-kerja follow up, hingga dia membuat pembelian, atau dia keluar dari mailing list tersebut secara sukarela.

 

4) Apa sebenarnya senjata promosi paling POWER untuk buat duit dengan affiliate?

Secara peribadi, setelah saya menguji pelbagai kaedah pemasaran, sama ada blogging, FB Marketing, emel marketing, ebook marketing dan sebagainya, saya dapati kaedah emel marketing adalah kaedah promosi paling power untuk buat duit dengan affiliate.

 

Lagi besar saiz emel yang anda miliki lagi besar potensi untuk anda buat sales.

… dengan syarat, list emel anda memang responsive dan memang targeted dengan jenis produk yang anda ingin promosikan.

 

Bila anda promosikan produk yang memang tepat dengan niche list emel yang anda kumpul, nak dapat RM50 minimum untuk setiap emel yang anda hantar kepada subscriber anda memang tak mustahil.

 

Ini bukti hasil dari eksperimentasi yang saya lakukan sendiri.

Saya ada tulis email promosi kepada mailing list saya, (yang sebenarnya tak besar mana pun), tengok-tengok ada juga yang buat pembelian.

 

Walaubagaimanapun, kaedah pemasaran emel ini bukanlah satu kaedah pemasaran yang tiada kelemahan. Sudah tentu, kaedah email marketing ini juga ada kekurangannya.

 

Kalau bercakap mengenai kelemahan kaedah email marketing ini, sebenarnya ada banyak juga. Memandangkan perbincangan disini bukannya mengenai email marketing secara khusus, jadi saya akan sebutkan satu sahaja kelemahan kaedah email marketing.

 

Dari pengalaman dan pemerhatian saya, email marketing ini memang mempunyai tahap keberkesanan yang cukup tinggi untuk bantu kita dapatkan jualan, pada peringkat awal.

 

Tetapi, lama-kelamaan apabila mereka sudah lama menjadi subscriber kita, keberkesanannya akan semakin merosot.

 

Ini boleh jadi disebabkan oleh kandungan email susulan yang kita hantar kepada subscriber kita. Kalau kita lebih banyak hantar emel yang mempromosikan produk semata-mata, lama-kelamaan subscriber kita ini juga akan mula rasa bosan dengan emel kita.

 

Nasihat untuk hasilkan pendapatan yang konsisten dari affiliate marketing

Jika anda membaca perkongsian ini, saya jangkakan yang anda juga sebenarnya mahukan pendapatan yang lebih konsisten menerusi program affiliate yang anda sertai.

 

Betul tak?

 

Oleh yang demikian, saya muatkan juga beberapa perkara yang perlu anda berikan perhatian apabila ingin menjana pendapatan melalui kaedah ini.

 

(1) Pilih niche yang betul

Pertama sekali sebelum anda nak mula sebarang usaha mempromosikan produk affiliate, pastikan anda pilih niche yang sesuai dengan anda terlebih dahulu.

 

Sebaik-baiknya kalau nak pilih niche itu, pilihlah niche yang anda ada pengetahuan, kepakaran dan pengalaman didalamnya.

 

Pemilihan niche yang tepat ini akan membantu anda menghasilkan income dari affiliate marketing.

 

(2) Kaji program affiliate yang anda ingin sertai

Seterusnya, pilihlah program affiliate yang mempunyai reputasi yang baik dalam membayar para ejennya.

 

Program affiliate ini, ada yang dianjurkan oleh

i. Orang perseorangan

ii. Syarikat swasta

iii. Syarikat Affiliate Network

Baca juga: Apa itu Affiliate Network?

 

(3) Bina blog

Laman blog memainkan fungsi yang sangat penting, terutama sekali jika anda ingin menggunakan strategi content marketing dalam gerak kerja pemasaran anda.

 

Konten yang disiarkan di platform blog berupaya untuk mendapat trafik secara organik dan percuma, yang berasal dari halaman search engine seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.

 

Kaedah ini sebenarnya adalah merujuk kepada kaedah pemasaran Search Engine Optimization (SEO) dan sebenarnya dengan cara ini juga anda boleh memperolehi jualan secara automatik.

 

(4) Cipta kandungan yang berkualiti

Ada blog masih belum cukup.

 

Anda perlu luangkan masa untuk masukkan konten yang berkualiti dalam blog anda.

 

Konten yang patut anda masukkan dalam blog tersebut mestilah memenuhi ciri-ciri seperti

1. Dioptimasikan dengan teknik Search Engine Optimization (SEO)

2. Kandungan penuh dengan informasi

3. Kandungan memenuhi keperluan dan kemahuan pembaca sasaran

4. Konten anda menarik untuk dibaca atau ditonton jika dalam bentuk video

5. Konten anda memberikan penyelesaian kepada masalah

 

Strategi bina blog dan masukkan konten yang berkualiti ini merupakan langkah yang sangat penting, yang akan memastikan kejayaan anda untuk menghasilkan pendapatan yang konsisten.

 

(5) Promosikan produk yang berkaitan

Produk yang anda bakal pilih untuk dipromosikan nanti, mestilah berkaitan dengan niche yang anda pilih.

 

Bila pilih produk ini, bukan sekadar lihat kepada berapa banyak komisen yang bakal diperolehi. Kita juga perlu pertimbangkan sama ada produk tersebut ada kaitan dan relevan dengan niche yang kita pilih ataupun tidak.

 

Bukan itu sahaja, kita juga perlu pastikan produk tersebut memang betul-betul berguna dan bermanfaat kepada golongan yang kita sasarkan.

 

(6) Bina database pelanggan

Strategi bina database pelanggan ini sebenarnya berkaitan dengan kaedah pemasaran emel. Apa yang kita lakukan adalah, kita hargai semua trafik yang masuk ke laman web kita, dan kita cuba untuk simpan maklumat pelawat tersebut dalam satu database.

 

Database ini kita merujuk kepada sistem autoresponder.

Walaubagaimanapun, sistem autoresponder ini mempunyai kos yang agak tinggi.

 

Oleh yang demikian, kita boleh gantikan sistem autoresponder dengan sistem database percuma, misalnya seperti

i. FB Group

ii. Whatsapp Group

iii. Telegram Channel

 

(7) Pelbagaikan sumber trafik

Bagi mengelakkan daripada kebergantungan hanya pada satu sumber trafik sahaja, kita perlu pelbagaikan marketing channel.

 

Cuba pelbagaikan sumber trafik dan dapatkan trafik dari sumber seperti

1. Search Engine (SEO)

2. Media sosial

3. Pinterest

4. Email marketing

5. Platform Video

 

Lagi banyak sumber trafik yang kita boleh dapatkan, lagi tinggilah peluang kita untuk dapatkan jualan nanti.

 

(8) Sentiasa perbaiki usaha pemasaran

Berkawan baik dengan data dan statistik.

 

Mereka ini boleh bantu anda dalam memberikan gambaran, sama ada usaha pemasaran yang anda lakukan ini sebenarnya betul-betul berkesan ataupun tidak.

 

Kita andaikan anda ada menyiarkan artikel dalam blog anda. Selepas satu tempoh masa, adakah artikel tersebut menerima trafik yang berpunca dari laman web search engine?

 

Atau adakah artikel tersebut langsung tak ada sebarang trafik?

Bagaimana kita boleh tahu, sama ada artikel tersebut menerima trafik dari halaman search engine ataupun tidak?

Biasanya kita boleh lihat menerusi halaman statistik bagi blog kita.

 

Kalau kita tak buat apa-apa, langsung tak buat kerja-kerja promosi, tapi artikel kita menerima sejumlah views setiap hari, bermakna artikel tersebut ada menerima trafik dari search engine.

 

Sebaliknya, kalau artikel tersebut hanya akan memperolehi trafik sekiranya anda buat kerja pemasaran secara aktif sahaja, maka itu salah satu petanda yang anda tak menerima trafik dari search engine.

 

Artikel kita ini memang agak sukar untuk mendapat trafik, kalau ia terletak di kedudukan yang agak terkebelakang.

 

Cabaran hasilkan pendapatan konsisten dari Affiliate Marketing

Jika anda ikuti langkah yang betul, saya percaya anda juga mampu untuk hasilkan income yang konsisten.

 

Ia mungkin tak berlaku serta-merta.

Misalnya hari ini anda join sebagai affiliate, terus nak dapat income.

 

Mula-mula kita buktikan dulu pada diri sendiri, yang kita mampu untuk hasilkan pendapatan dari affiliate marketing.

Kemudian kita tingkatkan lagi usaha supaya pendapatan tersebut jadi lebih konsisten.

 

Ianya bukan sesuatu yang mustahil mahupun sekadar angan-angan.

 

Pada masa yang sama, anda juga perlu tahu, ianya ada cabarannya yang tersendiri.

 

Saya senaraikan, antara cabaran dalam bidang affiliate marketing, yang anda perlu tahu.

 

(1) Persaingan yang banyak

Kebanyakkan program affiliate yang ada diluar sana, tidak mengenakan sebarang bayaran mahupun syarat yang terlalu ketat untuk disertai.

 

Rasanya tak salah kalau saya katakan, sesiapa sahaja boleh menyertai program affilate ini. Dari individu yang mempunyai banyak pengalaman, ada syarikat dan pekerja yang ramai, hinggalah kepada mereka yang merupakan individu perseorangan.

 

Bila kita bertekad nak buat duit dengan affiliate marketing, maka kita juga perlu bersaing dengan marketer lain yang ada diluar sana.

 

Kelebihan bila ada banyak persaingan ini, at least kita boleh perhatikan dan tiru apa yang dilakukan oleh pesaing kita tu. Manalah tahu, ada perkara yang pesaing kita buat, yang sebenarnya kita boleh buat lebih baik lagi.

Baca juga: Persaingan dalam perniagaan

 

(2) Perubahan dari segi algorithm

Setiap platform yang kita gunakan bagi tujuan menghasilkan konten, semuanya mempunyai algorithm dia yang tersendiri.

 

Algorithm ini sebenarnya penting bagi menjaga kualiti platform tersebut. Saya ambil contoh platform seperti Facebook. Platform ini sebenarnya adalah untuk memudahkan penggunanya bersosial, berhubung dengan kawan-kawan sedia ada dan mengenali kawan baru.

 

Tapi pada satu hari, ada penggunanya yang mula menggunakan platform tersebut untuk tujuan bisnes. Setiap hari selang beberapa minit, dia akan buat posting iklan, iklan dan iklan sahaja.

 

Kesannya?

Newsfeed kita akan penuh dengan status iklan milik pengguna tersebut.

Adakah sebagai pengguna, kita akan merasa seronok kalau dekat newsfeed kita penuh dengan status update berbentuk iklan semata-mata? Iklan itu pula jenis copy and paste sahaja.

 

Sudah tentulah jawapannya adalah tidak.

 

Untuk menangani isu ini, pihak penyedia perkhidmatan perlu mengubah algorithm supaya posting berbentuk iklan, posting jual barang, posting berkaitan politik, akan mendapat capaian yang semakin berkurangan.

 

Hanya posting yang berbentuk personal sahaja yang akan mendapat capaian (reach) yang baik.

 

Kalau pengguna platform blog juga, perlu tahu mengenai algorithm. Dekat sini, kita merujuk kepada algorithm halaman enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.

 

Kita perlu tahu, apakah kriteria yang dijadikan panduan dalam menyenaraikan laman web tertentu di kedudukan tempat pertama, atau muka surat pertama apabila carian menerusi kata kunci tertentu dilakukan.

 

Apa yang pasti, posting yang kita hasilkan mestilah berkualiti tinggi, dimuatkan dengan informasi yang berguna kepada pembaca, dan bukannya semata-mata posting untuk jual barang sahaja.

 

Sekiranya blogpost tersebut adalah posting jenis jual barang, jenis promosi produk, selalunya agak sukar untuk mendominasi muka surat pertama enjin carian. Kalau satu masa dulu, mungkin ya.

 

Artikel jual barang pun mudah untuk masuk ke mukasurat pertama. Tapi lama-kelamaan, halaman search engine mula mengubah algorithm mereka dan akan beri keutamaan kepada artikel yang betul-betul memberi informasi kepada para penggunanya sahaja.

 

(3) Menghasilkan konten yang berkualiti

Ya saya tahu, saya telah sebut tentang menghasilkan konten yang berkualiti ini beberapa kali dalam posting ini. Saya cuma nak tekankan bahawa poin ini sebenarnya memang sangat penting.

 

Siapa sebenarnya yang akan menilai, sama ada konten yang kita hasilkan itu berkualiti ataupun tidak?

Saya percaya, jawapannya adalah pembaca, pengikut dan peminat kita.

 

Mereka yang akan membuat penilaian, sama ada konten yang kita hasilkan itu sebenarnya cukup baik ataupun tidak.

 

Jika konten kita bagus, mereka akan follow kita untuk satu jangka masa yang lebih lama.

 

Sebaliknya, jika konten kita kurang berkualiti di mata mereka, itu akan jadi kali pertama dan yang terakhir dia berinteraksi dengan konten yang kita cipta.

Baca juga: Cara menghasilkan artikel blog yang berkualiti tinggi

 

(4) Pendapatan turun naik

Pendapatan dari program affiliate ini juga ada turun naiknya. Sama macam kita buat bisnes.

 

Mungkin ada bulan-bulan tertentu, kita boleh dapat banyak.

Sebagai contoh, kita target nak dapatkan income RM150 sahaja sebulan.

Tapi rezeki kita, bulan tu boleh dapat sehingga RM1,000.

 

Ada juga keadaan yang mana bila kita terleka sekejap, pendapatan kita boleh jatuh dengan agak banyak.

Apa yang penting, adalah kita mempunyai disiplin kerja dan kita ikut dengan baik.

 

Tak bolehlah cepat puas hati dengan usaha dan tindakan sedia ada.

 

(5) Program affiliate yang menguntungkan

Ada tak program affiliate yang menguntungkan?

Mestilah ada.

 

Pada saya, kalau dari program tersebut, saya berjaya buat jualan dan berjaya meraih komisen, itu sudah dikira menguntungkan.

 

Sesetengah orang tak berapa suka nak cerita dekat siapa-siapa, berkenaan dengan apa program yang dia sertai. Isunya disebabkan oleh persaingan itu la.

 

Kalau cerita kat orang, nanti ramai yang tahu, maka akan bertambahlah persaingan.

 

Dalam eko-sistem pemasaran online ini pula, dimana kita menggunakan kaedah content marketing, ada kebarangkalian konten kita akan ditiru bulat-bulat dan akan menyebabkan kita jadi makin sukar untuk buat komisen.

 

Justeru, ada masanya, diam dan rahsiakan itu lebih baik.

 

Kalau ada program affiliate tertentu yang saya hebahkan biasanya itu adalah jenis program yang menawarkan komisen jenis

i. Overiding komisen seperti Klikjer

ii. Lifetime komisen seperti PG Mall Consumerchant

 

(6) Produk yang evergreen

Produk yang evergreen yang boleh menyumbangkan pendapatan untuk jangka masa yang lama agak sukar dicari. Setiap produk ada kitaran hayatnya yang tersendiri.

 

Kita namakan ia sebagai product life cycyle.

 

Setiap produk yang diperkanalkan dipasaran akan melalui beberapa fasa atau peringkat, iaitu

 

i. Peringkat pengenalan

Ini merupakan peringkat permulaan produk diperkenalkan dalam pasaran. Pada masa ini belum ada ramai orang yang mempromosikan produk ini, dan pelanggan juga masih ramai yang belum tahu mengenai kewujudan produk ini.

 

Sebagai ejen affiliate, kita akan mempromosikan produk ini dengan menghasilkan konten yang membincangkan tentang ciri-ciri produk, kelebihan dan kegunaannya.

 

Produk yang masih baru dipasaran biasanya ada elemen keterujaaan disitu.

 

Produk baru selalunya lebih baik, lebih canggih dan lebih banyak kelebihan berbanding produk sedia ada.

 

ii. Peringkat perkembangan

Pada peringkat ini, produk akan mula mendapat perhatian dalam pasaran dan jualan semakin bertambah.

 

Ejen affiliate yang terawal mula memperkenal dan mempromosikan produk ini, biasanya akan jadi antara individu yang menerima banyak manfaat. Andai kata ejen ini banyak mencipta konten, dan konten tersebut disiarkan di laman blog miliknya, biasanya artikel milik beliau akan tersenarai di muka surat pertama Google.

 

Orang lain yang mungkin berminat dengan produk, yang membuat kajian dan pembacaan mengenai produk tersebut diinternet, akan ada kebarangkalian yang sangat tinggi untuk baca konten yang dia hasilkan.

 

Satu lagi, disebabkan ejen tersebut adalah antara yang terawal yang mempromosikan produk tersebut, dan antara yang terawal mencipta kandungan berkaitan dengan produk, maka dia akan dilihat sebagai individu yang mempunyai autoriti dan kepakaran mengenai produk tersebut.

 

Sudah tentu, konten yang dihasilkan itu juga perlulah suatu konten yang benar-benar berkualiti, dan bukannya konten yang berbentuk promosi produk semata-mata.

 

Saya syorkan anda baca juga penulisan saya berjudul, Bagaimana cara menghasilkan artikel yang berkualiti tinggi dan disukai pembaca.

 

iii. Peringkat matang

Setelah produk tersebut melalui fasa perkembangan, seterusnya akan bergerak ke peringkat matang pula. Pada fasa ini, sudah banyak orang yang tahu dan sudah menggunakan produk tersebut.

 

Persaingan sesama ejen affiliate juga akan semakin bertambah.

 

Pada masa ini, untuk berjaya dapatkan jualan jadi makin mencabar.

i. Anda perlu cari pasaran baru yang belum diteroka.

ii. Anda perlu kenalpasti cara baru untuk menggunakan produk.

iii. Anda mungkin perlu sediakan bonus atau free gift jika beli melalui anda.

iv. Anda perlu berikan khidmat support tambahan.

 

Pada peringkat ini, proses untuk mendapatkan jualan jadi sedikit rumit, memandangkan pelanggan ada banyak pilihan lain untuk buat pembelian.

 

iv. Peringkat tepu

Pada fasa ini, jualan akan mula merudum memandangkan kebanyakkan orang yang kita dekati, sudah tahu mengenai produk, sudah pernah beli produk atau kenal sesiapa yang pernah menggunakan produk tersebut.

 

Kalau kita cuba yakinkan dia untuk beli produk pun, belum tentu dia akan berminat.

 

Pada peringkat ini, kita sebagai ejen affiliate perlu mula meneroka produk lain yang bersesuaian dengan niche kita. Kalau kita masih tetap nak promosikan produk yang sama, ia mungkin akan menyebabkan pendapatan kita pada bulan tersebut jatuh teruk.

 

v. Peringkat kejatuhan

Akhirnya, produk tersebut akan mengalami fasa kejatuhan.

 

Jualan akan terus merosot hingga ke paras tiada jualan langsung.

Pelanggan juga sudah berubah kemahuan.

Produk baru yang lebih canggih dan lebih bagus mula diperkenalkan dipasaran.

 

Sebagai ejen affiliate, kita kena peka dengan kitaran ini, dan perlu segera menukar fokus untuk mempromosikan produk lain pula. Jika tidak, kita akan tersekat dengan produk yang sudah tak ada permintaan, dan akhirnya objektif kita untuk mendapatkan pendapatan yang konsisten dari affiliate marketing akan terganggu.

 

Semua produk termasuk perkhidmatan akan melalui kitaran hayat ini. Apabila kita terlibat dalam bidang jualan ini, kita perlu tahu, produk yang kita nak jual, atau promosikan ini sebenarnya berada ditahap yang mana?

 

Ada produk yang kitaran hayat dia agak panjang.

Ada produk yang kitaran hayat dia pendek dan akan berada dipasaran hanya untuk beberapa bulan atau minggu sahaja.

 

Saya pernah juga lihat sesuatu produk yang jualannya dibuka hanya untuk beberapa hari sahaja.

 

(7) Belajar teknik dan strategi baru

Teknik, taktik, strategi dan teknologi akan sentiasa berkembang.

 

Akan datang, pasti akan ada benda baru yang kita perlu pelajari.

 

Apa yang berkesan pada 5 atau 10 tahun yang lalu, mungkin akan jadi kurang berkesan di masa akan datang. Kita sendiri pun perlu peka, kalau usaha pemasaran yang kita buat nampaknya seperti tak kemana, itu juga boleh jadi satu petanda yang kita sebenarnya perlu belajar skil dan pengetahuan yang baru.

 

Penting ke ada pendapatan yang konsisten?

Dalam posting ini, kita bincangkan mengenai persoalan, sama ada boleh ataupun tidak untuk seseorang itu menghasilkan pendapatan yang konsisten menerusi program affiliate.

 

Pada pandangan saya, jawapannya adalah memang boleh.

Saya sendiri telahpun buktikan, bahawa ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.

 

Walaubagaimanapun, setiap orang mungkin mempunyai tanggapan dan pandangan yang berbeza, bergantung kepada matlamat dan keadaan seseorang itu.

 

Pada saya pula, memperolehi pendapatan yang konsisten dari program affiliate ini adalah sesuatu yang penting, atas beberapa sebab.

 

(1) Kestabilan kewangan

Pendapatan dari program affiliate ini boleh membantu memberi kestabilan dari segi kewangan. Mana-mana yang tak cukup, boleh ditampung dengan pendapatan dari program affiliate.

 

Kalau nak gunakan income dari affiliate untuk bayar hutang pun tak ada masalah.

 

(2) Pendapatan pasif

Kita juga sebenarnya ada peluang untuk memperolehi pendapatan pasif melalui cara ini.

 

Sesetengah orang perlu mengeluarkan modal yang besar, bagi mendapatkan pendapatan pasif setiap bulan. Misalnya, dia buat bisnes rumah sewa dan kutip hasil duit sewa setiap bulan.

Baca juga: Buat untung dengan bisnes rumah sewa

 

Kalau kita bandingkan dengan affiliate marketing, dari segi kos atau modal, ianya sebenarnya tak besar mana.

 

Tapi saya fahamlah, setiap orang ada kehendak dan prioriti masing-masing. Saya cuma nak bagitahu, melalui affiliate marketing pun, anda boleh buat income pasif.

Baca juga: Pendapatan pasif melalui Affiliate Marketing

 

(3) Kembangkan pendapatan

Kita boleh gunakan balik duit-duit komisen yang kita terima, untuk tujuan-tujuan seperti

 

i. Beli produk yang menjalankan program affiliate

Bila kita dah beli, dah guna, kita akan jadi lebih faham dan lebih arif mengenai produk tersebut. Bukan itu sahaja, kita juga boleh jadi lebih kreatif dalam menghasilkan konten untuk tujuan pemasaran.

 

Sebagai contoh, kita boleh

i. Buat konten review produk

ii. Buat konten unboxing produk

iii. Tunjukkan produk dari pelbagai sudut

 

Kita anggaplah seperti pembelian produk tu tadi, adalah satu bentuk pelaburan untuk dapatkan income yang lebih besar lagi dimasa akan datang.

 

ii. Guna duit komisen untuk iklan berbayar

Bila ada duit lebih hasil daripada komisen affiliate, kita boleh belanjakan duit tersebut untuk buat iklan berbayar. Tujuan kita buat iklan berbayar ini adalah supaya iklan, atau konten kita, boleh sampai kepada jumlah audiens yang lebih ramai.

 

Berbanding kalau kita hanya mengharap pada trafik yang kita dapat secara percuma, atau hasil usaha sendiri.

 

(4) Peluang untuk buat pelaburan

Pelaburan ini merupakan suatu aktiviti yang mempunyai risikonya yang tersendiri. Melainkan kalau kita melabur dekat instrumen kewangan yang agak rendah dari segi risikonya.

 

Biasanya kalau nak melabur ini, kita disarankan untuk menggunakan duit yang kita tak akan terjejas teruk kalau pelaburan tersebut gagal.

 

Persoalannya ialah, dekat mana kita nak dapatkan sumber duit yang kita boleh gunakan untuk pelaburan?

Kalau duit tersebut hangus pun, kita masih boleh teruskan kehidupan seperti biasa.

 

Ya, gunakanlah duit dari affiliate marketing.

 

Kesimpulan

Pendapatan yang konsisten menerusi program affiliate bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

 

Namun, ia bukanlah akan berlaku dengan serta merta. Semua ini akan memerlukan masa dan usaha dipihak anda.

 

Kalaulah hari ini kita daftar sebagai ejen affiliate, kemudian bermula bulan depan, kita terus dapat income yang konsisten, tentu ianya sangat menyeronokkan. Betul tak?

 

Tapi sebenarnya ia tak berlaku seperti itu.

 

Sebenarnya, situasi yang lebih kerap berlaku adalah, ada bulan-bulan tertentu yang berjaya dapat komisen dan ada bulan tertentu yang langsung tiada komisen.

 

Sudah tentu, saya pun dah pernah melalui situasi yang sama seperti itu.

 

Kemudian, apabila strategi content marketing saya mula lengkap, pada waktu itu saya dapati, saya mula memperolehi income yang lebih konsisten.

 

Baiklah, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

 

 

Exit mobile version