Blog Sabree Hussin

Lindungi laman web buat duit anda dari serangan penggodam

Orang putih ada satu istilah yang selalu jugak digunakan dalam dunia pelaburan, iaitu

Don’t put all eggs in one basket

 

Sebabnya? Mungkin sebab kalau kita letakkan kesemua telur dalam bakul yang sama, jika terjadi apa-apa pada bakul tersebut, kemungkinan untuk kita kehilangan kesemua telur-telur tersebut adalah sangat tinggi.

Sebenarnya kalau difikir-fikirkan, nasihat ni bagus jugak. Ia boleh dipakai dalam banyak bidang. Sama ada dalam kehidupan, alam pekerjaan, pelaburan dan sebagainya. Termasuklah juga untuk mereka yang nak buat duit secara online.

 

Jika anda bekerja dari rumah, nasihat yang sama juga sangat bagus untuk diberikan perhatian yang serius. Ya, jangan hanya bergantung pada satu jenis pendapatan sahaja. Kena pelbagaikan. Disamping anda bekerja untuk menghasilkan pendapatan aktif, pada masa yang sama, anda juga perlu ada back up plan dan rancangan untuk bina pendapatan pasif.

 

Andai kata satu hari nanti, berlaku sesuatu yang tak diingini pada pendapatan aktif anda, anda tak begitu terjejas, sebabnya masih ada lagi sumber pendapatan lain.

 

Jika anda buat duit secara online, besar kemungkinan pendapatan anda datangnya daripada laman-laman web yang anda miliki. Adakah anda hanya bergantung pada satu laman web sahaja untuk jana pendapatan online ataupun anda mempunyai banyak laman web?

 

Ini yang saya nak bincangkan dengan anda.

 

Untuk langkah keselamatan, saya syorkan anda jangan bergantung kepada satu laman web semata-mata. Ini untuk kebaikkan anda dan juga untuk memastikan pendapatan yang dihasilkan menerusi laman web yang anda miliki tidak terjejas.

 

Pengalaman saya sendiri, saya perasan ada satu laman web saya yang dah agak lama tidak menghasilkan sebarang pendapatan. Saya pun pelik jugak. Rupanya laman web tu dah kena hack. [Masalah blog kena hack!]

 

Saya pun tak perasan yang laman web tersebut dah kena hack. Boleh jadi laman web tersebut dah kena hack sekurang-kurangnya seminggu, dan saya cuma tergerak hati nak tengok pun sebab dah lama sangat tak dapat sebarang notifikasi dan sales dari laman web tersebut.

 

Hacker. Mereka ni adalah satu ancaman. Kita pulak, kalau memang serius nak buat duit di internet memang tak boleh nak nafikan kewujudan mereka. Satu masa nanti, kalau kita tersilap langkah ataupun terleka, tak mustahil untuk kita jadi mangsa.

 

Itu sebab kita kena berhati-hati.

 

Antaranya yang anda boleh lakukan misalnya

(1) Daftarkan laman blog atau laman web anda menerusi syarikat hosting yang berbeza.

Salah satu syarikat hosting yang saya gunakan ialah syarikat hosting NetKL. Selain dari itu, saya juga menggunakan servis hosting dari beberapa syarikat hosting yang lain.

 

(2) Gunakan alamat emel yang berlainan untuk setiap akaun hosting

Tak guna kalau anda gunakan servis hosting dari syarikat yang berbeza, kalau semua ini anda daftarkan guna alamat emel yang sama. Jika akses ke akaun emel anda bocor, anda masih lagi tidak benar-benar selamat.

 

(3) Gunakan laman web percuma

Sebagai back up, gunakan juga servis percuma untuk bina laman web. Contohnya gunakan juga perkhidmatan dari blogspot. Blogspot ni adalah milik google. Dari segi keselamatan, saya boleh katakan ianya agak secure. Lagi satu, selagi kita tak melanggar mana-mana terma dan syarat yang di tetapkan, laman web yang yang kita bina menggunakan servis dari blogspot akan terus wujud sampai bila-bila.

Walaupun dah 4 tahun tak pernah bukak, ia akan tetap berada di situ. Kalau guna servis berbayar, iaitu anda melanggan servis hosting anda sendiri, kalau lambat bayar akaun anda akan kena suspended.

 

Apa pun, kita cuba dengan usaha sedaya upaya untuk pastikan pendapatan kita tidak akan terjejas sampai bila-bila. Ambillah langkah-langkah keselamatan yang perlu.

 

 

Exit mobile version