Blog Sabree Hussin

Bina Dan Lindungi Aset Perniagaan Online Anda

Jika anda ingin memulakan atau sedang menjalankan perniagaan anda secara online, pernah tak terlintas di fikiran anda, adakah anda sedang membina aset bagi perniagaan anda atau anda sedang membina liabiliti bagi aktiviti perniagaan anda?

 

Ataupun selama ni, anda tak pernah fikirkan pun hal-hal berkaitan aset dan liabiliti ni? Dalam bahasa mudahnya, maksud aset adalah apa-apa yang memberikan anda pendapatan adalah aset, manakala apa-apa perkara yang menyebabkan anda perlu keluarkan duit adalah suatu liabiliti.

 

Dalam konteks perniagaan online misalnya. Saya ambil contoh, langganan yang anda buat untuk mendapatkan servis sistem autoresponder. Sistem autoresponder ini seperti yang anda mungkin telah sedia maklum, ia adalah suatu tools yang sangat penting untuk memudahkan dan melicinkan lagi proses untuk membantu anda buat duit online.

 

Dua fungsi spesifik yang kita mahukan ada pada sistem autoresponder ialah

1. Menghantar emel follow up kepada bakal pelanggan secara berkala dan automatik setelah bakal pelanggan itu tadi memberikan nama dan alamat emel mereka kepada anda

2. Menghantar emel broadcast kepada bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada pada bila-bila masa untuk kekal berhubung dengan mereka.

 

Walaubagaimanapun, bukan semua peniaga dan usahawan yang menggunakan medium pemasaran online akan menggunakan servis sistem autoresponder ini. Berbagai sebab yang mereka berikan untuk tidak menggunakan sistem autoresponder, sama ada tak tau guna, tak pandai guna sehinggalah kepada yang masih tak nampak fungsi yang terdapat pada sistem autoresponder ini. Tak apa, perkara ini kita boleh bincangkan dilain kesempatan.

 

Sistem autoresponder juga boleh jadi satu aset bagi perniagaan anda, dan pada masa yang sama, ia juga boleh jadi satu liabiliti untuk anda.

 

Jika anda menggunakan sistem autoresponder Aweber, iaitu sistem yang sama yang saya gunakan untuk tujuan pemasaran online, anda akan dapati, dari segi pricing, kos penggunaan akan meningkat apabila bertambahnya senarai emel yang anda simpan dalam sistem database aweber. Anda boleh perhatikan senarai harga dibawah sebagai rujukan

Aweber menawarkan penggunaan (Free Trial) selama 30 hari. Dapatkan FREE TRIAL anda disini.

 

Apa yang berlaku dan saya sendiri pernah alami ialah, apabila list emel anda meningkat kepada 2,501 – 5,000 emel list. Anda akan dicaj sebanyak USD49 atau bersamaan dengan sekitar RM185++ setiap bulan untuk menggunakan servis ini.

 

Jika anda ada 5,000 senarai emel, anda akan dicaj USD49

Jika anda ada 4,000 senarai emel, anda akan dicaj USD49 setiap bulan.

Tapi yang buat saya sakit hati ialah, pernah satu ketika, saya cuma ada 2,502 senarai emel, tetapi saya tetap kena caj USD49 seperti mereka yang mempunyai 4,000 – 5,000 senarai emel.

 

Ini yang tak berapa best dengan pemasaran emel menggunakan sistem autoresponder Aweber. Di sudut yang lain, ianya bagus untuk membuatkan kita selalu beringat… “Bro, ko kena ingat, setiap bulan ko kena bayar RM180++ untuk guna sistem ini. Jadi macam mana pun, ko kena jadi lebih produktif untuk guna sistem ni…” 

 

Dari aspek penentuan, sama ada mailing list yang kita simpan di sistem autoresponder kita tu adalah aset ataupun liabiliti semata-mata, cubalah buat perbandingan berikut.

1. Bila anda hantar emel, berapa peratus yang akan buka emel anda?

2. Daripada yang buka dan baca emel anda tu pula, berapa ramai yang ambil tindakan?

3. Daripada yang ambil tindakan mudah, sama ada menekan klik dan sebagainya, berapa ramai pula yang membuat tempahan atau pembelian?

4. Berapa ramai yang dah lama tak buka langsung emel yang anda hantar?

 

Jika anda berbelanja lebih berbanding pendapatan yang anda boleh hasilkan dengan senarai emel yang anda simpan, obviously, senarai emel anda tu tadi dah pun jadi suatu liabiliti. Sebab itu, dari masa ke masa, anda perlu sentiasa buat semakan, dan kena selalu kemaskini senarai emel yang anda simpan.

 

Biarlah tak ramai yang join mailing list anda, asalkan semuanya berfungsi dan memberi respons setiap kali anda hantar emel berbanding anda simpan hingga puluhan ribu senarai emel tetapi yang benar-benar aktif tak sampai pun 100 orang. Dalam hal ini, anda terpaksa bayar lebih berbanding apa yang anda boleh hasilkan.

 

Secara peribadi, bila saya gunakan sistem autoresponder aweber ni, saya lebih suka untuk maintain senarai emel saya dalam anggaran 500 – 2,500 orang sahaja dan membayar sebanyak USD29 setiap bulan. Amaun ini lebih munasabah dan tidaklah terlalu mahal bagi saya… dan mana-mana subscriber yang dah tak buka emel yang saya hantar melebihi 4 bulan, saya akan terus kick daripada menjadi subscriber saya. Dalam hal ni, kualiti tu lebih penting berbanding kuantiti semata-mata.

 

Untuk pemasaran emel, anda perlu sentiasa kemaskini list anda. Seorang subscriber tak akan follow anda sampai bila-bila. Mereka juga akan berkembang dan sampai satu masa, mereka akan dapati anda tidak lagi relevan untuk diikuti lagi. Katakanlah, fokus anda adalah untuk memberi latihan dan pendedahan yang tepat kepada para newbie yang ingin belajar cara-cara untuk bina pendapatan dari program affiliate. Anda akan dapati, once newbie tersebut dah pandai, mereka akan mula tinggalkan anda.

 

Jika anda merancang untuk mengumpulkan sehingga sejuta senarai emel misalnya, adalah lebih baik anda gunakan sahaja servis dari emelmatik. Emelmatik ada pakej sekali bayar sahaja, dan anda boleh kumpul sebanyak mana senarai emel yang anda mahukan.

 

Ok selain dari sistem autoresponder, apa lagi aset yang anda boleh bina untuk membantu melonjakkan lagi hasil yang anda boleh perolehi daripada perniagaan anda?

 

Laman web perniagaan anda. Laman web perniagaan ini, boleh jadi dalam bentuk minisite ataupun berkonsepkan laman blog seperti yang anda sedang baca sekarang ni. Walaupun blog ini adakalanya saya tulis dengan santai, sebenarnya ianya juga adalah untuk tujuan perniagaan.

 

Baiklah, blog anda juga boleh jadi aset dan pada masa yang sama, ia juga boleh jadi liabiliti untuk anda. Kos untuk maintain sebuah blog lazimnya adalah sekitar RM60 – RM300 setiap tahun. Kos termasuk langganan servis hosting dan juga nama domain dari syarikat hosting. Jika anda mencari syarikat hosting yang boleh dipercayai dari segi servis mereka, saya sarankan syarikat hosting NetKL. Saya sendiri adalah pelanggan NetKL dan mempunyai beberapa website yang menggunakan servis mereka untuk tujuan hosting.

 

Berapakan pendapatan yang anda boleh hasilkan daripada sebuah blog? Ia bergantung kepada cara anda mengoptimize dan monetize blog tersebut. Jika anda memilih untuk menjadikan blog anda sebagai mesin buat duit menerusi program affiliate klikjer, tidak mustahil anda dapat hasilkan sekitar RM500 – RM1,000 setiap bulan hanya dengan menggunakan satu blog semata-mata.

Baca: Satu blog hasilkan pendapatan yang lumayan menerusi program affiliate

 

Pada saat ni, anda sepatutnya dah jelas, sama ada tools yang anda gunakan dalam proses perniagaan anda saban hari adalah suatu aset ataupun sekadar liabiliti.

 

Sedarkah anda, kat luar sana ada terlalu banyak individu yang suka mengambil kesempatan dan ingin menumpang cara anda buat duit dan tanpa segan silu akan mengeksploitasi aset yang anda bina dengan susah payah selama ni? Ya. Orang macam ni memang wujud, sampaikan saya sendiri rasa pelik, adakah mereka ni tak ada maruah sehingga sanggup menggunakan teknik yang keji semata-mata nak buat duit tambahan?

 

Ketika orang lain dengan susah payah sedang membina aset dari bawah, akan sentiasa ada orang lain yang ingin ambil kesempatan. Jaga-jagalah. Laman web anda boleh kena HACK. Sistem autoresponder boleh stop berfungsi… dan banyak lagi perkara-perkara yang kurang seronok untuk berlaku.

 

Sebelum jadi perkara-perkara yang serius, yang boleh menjejaskan perniagaan anda, ada baiknya anda standby dengan contigency plan. Beringat sebelum kena dan waspada selalu. Bukan perniagaan offline sahaja yang akan menarik perhatian musuh, perniagaan online pun begitu juga.

 

Wallahua’lam

 

 

 

Exit mobile version