Blog Sabree Hussin

Sistem autoresponder PERCUMA bantu tingkatkan jualan perniagaan anda!

Jika anda ingin memulakan perniagaan online anda pada hari ini, salah satu tools pemasaran paling PENTING yang wajib anda miliki adalah sistem autoresponder. Kali ini, saya akan ceritakan tentang sistem autoresponder yang anda boleh gunakan secara PERCUMA sahaja. Ya sistem autoresponder percuma.

Apa lagi yang lagi baik selain daripada perkhidmatan percuma?

 

Berita baik untuk anda, sistem autoresponder emelmatik boleh anda gunakan tanpa sebarang kos untuk tempoh penggunaan selama 365 hari.

Apa yang ada pada sistem autoresponder percuma ini sehinggakan ianya begitu penting untuk dijadikan salah satu daripada senjata pemasaran online anda? Bagaimana sistem autoresponder seperti emelmatik ini boleh beri kelebihan untuk anda dan mendatangkan lebih banyak keuntungan di masa akan datang?

 

1. Simpan database maklumat pelanggan dan prospek anda

Sebagai usahawan yang menggunakan internet sepenuhnya untuk mendapatkan prospek dan pelanggan, anda akan berinteraksi dengan berpuluh-puluh, ratus-ratus malahan beribu-ribu orang prospek dalam masa sehari. Suatu kerugian terbesar buat anda ialah apabila anda mensia-siakan mereka yang pernah berinteraksi dengan anda, dengan tidak mengambil inisiatif untuk menyimpan nama dan alamat emel mereka.

 

Siapa tahu, jika mereka tak beli sekarang, mereka mungkin akan beli dilain masa. Maka atas sebab itulah pentingnya anda mempunyai suatu sistem ataupun mekanisma yang membolehkan anda melakukan proses follow up.

 

2. Follow up prospek anda hinggalah mereka menjadi pembeli

Saya percaya, selepas sekian lama anda melayari internet, anda pasti biasa nampak ada sesetengah laman web yang akan meminta anda untuk memasukkan nama dan alamat emel anda sebagai syarat untuk anda dapatkan sesuatu. Contohnya adalah seperti dibawah:

“Apa yang biasanya akan berlaku selepas prospek memasukkan nama dan alamat emel mereka ke dalam borang yang disediakan?”

 

Lazimnya, prospek akan menerima siri emel, atau beberapa siri emel. Lazimnya, sebagai pengamal kaedah pemasaran emel seperti ini, kita akan set supaya prospek yang masukkan nama dan emel akan menerima sekurang-kurangnya 5 – 7 emel secara berkala dalam sela masa sehari satu emel ataupun kombinasi sehari satu emel dengan dua hari satu emel.

 

Dari segi konten emel, kebiasaannya kita akan masukkan konten yang berupaya untuk membina perhubungan yang baik antara kita (usahawan) dan juga dengan prospek sehingga boleh membuatkan prospek seolah-olah rapat dengan kita dan kenal kita secara peribadi.

 

Disamping itu, kita juga tak sepatutnya melupakan matlamat utama kita iaitu untuk menghasilkan jualan. Kesimpulannya, siri-siri emel tersebut ada dua tujuan, iaitu untuk membina hubungan yang baik dengan bakal pelanggan dan pada masa yang sama untuk menggalakkan bakal pelanggan untuk menjadi pembeli.

 

3. Buat pemasaran secara automatik tanpa memerlukan campur tangan anda secara aktif

Inilah yang selalu saya perkatakan dengan pemasaran automatik ataupun sistem buat duit automatik.

 

Pad waktu ini, anda dah pun tahu, dengan menggunakan sistem autoresponder percuma emelmatik ini, anda mampu untuk melakukan proses follow up secara automatik. Caranya? Anda hanya perlu siap sedia dengan set emel follow up yang bakal diterima oleh prospek anda.

 

Pastikan, disetiap emel yang dihantar, anda mempromosikan sekurang-kurangnya satu produk yang boleh memberi anda keuntungan. Tak kisahlah berapa banyak untung yang anda boleh hasilkan. Untung RM10 untuk setiap jualan yang terhasil pun masih dikira sebagai untung juga, betul tak?

 

4. Hubungi pelanggan dan prospek anda pada bila-bila masa

Sama ada untuk tujuan memperkenalkan produk atau servis yang baru, atau sekadar untuk memberi ucapan selamat sempena hari-hari perayaan tertentu.

 

Sistem autoresponder percuma emelmatik turut menawarkan fungsi ini yang kita namakan ia sebagai broadcast. Dengan fungsi ini, anda juga boleh hubungi prospek dan pelanggan anda pada bila-bila masa. Anda akan berterima kasih kepada fungsi ini terutama sekali apabila anda mempunyai produk atau promosi terbaru yang ingin dikongsikan dengan pelanggan anda.

 

Tak perlu lagi nak tunggu atau nak hantar emel satu per satu. Guna sahaja fungsi broadcast dan lancarkan kempen promosi menerusi emel secara sah.

 

5. Boleh promosikan pelbagai tawaran dan peluang perniagaan

Akan tiba satu masa, bisnes yang anda sedang jalankan sekarang ni dah jadi tak berapa relevan lagi dengan situasi dan permintaan semasa. Jadi, suka ataupun tidak, anda kena buat keputusan sama ada nak terus bertahan ataupun, berubah dan mulakan bisnes yang baru.

 

Persoalannya ialah, setelah anda bermula dengan bisnes yang baru, sanggupkah anda bermula dari bawah semula? Bermula dari kosong semula seolah-olah anda tak pernah ada bisnes langsung sebelum ni?

 

Ataupun, anda akan pilih untuk mulakan perniagaan yang baru itu dengan membuat usaha pemasaran menerusi list database yang telah anda bina sepanjang anda berbisnes sebelum ini?

 

Pada saya, secara peribadi, saya tak sanggup nak mula dari kosong apabila setiap kali nak buat bisnes yang baru, saya kena mula dari kosong semula. Atas sebab itu, saya lebih rela untuk mula kumpul database pelanggan dari awal-awal lagi, sebabnya bila dah ada database pelanggan, nak buat bisnes apa pun tak ada masalah.

 

Ibaratnya, kita dah ada ready buyer untuk beli apa-apa sahaja yang kita nak jual. Menarik, bukan?

 

 

 

 

Exit mobile version