Blog Sabree Hussin

Peluang buat duit online untuk golongan pelajar bersama Bookcafe

“Kalau ada golongan pelajar yang ingin buat duit tambahan secara online, apakah program yang sesuai untuk diceburi oleh mereka?”

 

Ada banyak sebenarnya. Cuma tak taulah sama ada anda akan berminat ataupun tidak. Apa pun, suka untuk saya ingatkan, tak ada jalan mudah ataupun jalan pintas untuk buat duit online.

 

Selalunya, mereka yang sibuk mengejar jalan pintas ni akan berakhir dengan ditipu ataupun bakal menjadi jalan pintas untuk orang lain buat duit. Saya harap anda tak akan jadi mangsa penipuan.

 

Saya sedang meniliti laman web Bookcafe sebenarnya, dan kalau ada yang masih belum tahu, laman web ini sebenarnya menawarkan sekurang-kurangnya dua peluang atau dua cara untuk bantu individu yang berminat untuk buat duit online.

 

Ya… golongan yang masih belajar pun digalakkan untuk turut serta.

 

Bookcafe adalah laman web jualan buku secara dalam talian. Ibarat seperti kedai buku MPH, Popular, Borders dan sebagainya, yang perniagaan utamanya adalah menjual pelbagai jenis buku, namun ia dijual secara online sahaja.

 

Buku dan golongan pelajar. Rasanya memang dah kena sangat ni. Masa zaman saya jadi pelajar dulu, boleh kata agak banyak juga buku-buku yang saya baca bagi mengisi masa lapang dan menambahkan lagi kefahaman tentang subjek yang saya pelajari.

 

Masa zaman saya dulu, masih belum ada program sebegini di lancarkan. Kalau saya buat recommendation untuk baca buku tertentu kepada kawan-kawan mahupun kenalan saya, saya tak akan menerima sebarang bayaran. Namun sekarang ni, situasinya dah berubah. Jika saya buat recommendation untuk judul-judul buku tertentu, dan orang tu pula buat pembelian, saya akan dapat bayaran dalam bentuk komisyen.

 

Baiklah, tentang peluang buat duit online untuk golongan pelajar bersama bookcafe ini, sebenarnya ada dua cara.

 

Cara pertama adalah menerusi program dropship. Untuk program dropship, ada bayaran yang akan dikenakan. Anda boleh baca dilaman web Bookcafe untuk mengetahui berapakah caj yang bakal dikenakan.

 

Harga yuran untuk menjadi ejen dropship mungkin akan diubah dari masa ke masa oleh pihak pengurusan. Ringkasnya, sebagai ejen dropship anda hanya perlu uruskan dari segi pemasaran sahaja. Pelanggan akan buat tempahan dari anda dan pihak syarikat yang akan uruskan dari segi penghantaran.

 

Sebagai ejen dropship, anda akan mendapat harga yang lebih murah berbanding harga pasaran bagi judul buku yang dijual. Ini bermakna, di masa akan datang, jika anda ingin beli buku dengan harga yang lebih murah, maka anda memang patut join sebagai ejen dropship.

 

Boleh anggap ini sebagai membership yang memberikan anda kelebihan untuk beli buku dengan harga diskaun. Biasanya kad keahlian cuma beri poin atau diskaun dalam 10%, tetapi sebagai ejen dropship, diskaun yang diberikan sehingga 35%.

 

Untuk yang memang serius nak buat duit, bolehlah join sebagai ejen dropship dan buat bayaran yuran.

 

Cara kedua, sebagai ejen affiliate Bookcafe.

 

Sebagai ejen affiliate, cara kerja kita lebih santai. Walaupun kita masih lagi perlu fokus pada aktiviti pemasaran, namun bezanya ialah kita tak perlu nak uruskan pelanggan dan tak perlu nak ambil tempahan. Kerja kita lebih mudah dan santai.

 

Anda hanya perlu bercerita mengenai produk atau buku tertentu yang ingin anda promosikan, kemudian berikan link untuk buat tempahan.

 

Sebagai contoh, saya sedang mempromosikan buku tulisan Azizi Ali berjudul Masa Untuk Emas.

 

Saya hanya perlu ceritakan serba sedikit mengenai buku ini, kemudian saya hanya perlu sertakan link ini [http://www.sabreehussin.com/masa-emas] dan jika ada pelanggan yang buat pembelian menerusi link saya tu tadi, saya akan dibayar komisyen.

 

Saya tak perlu tahu siapa pelanggan tersebut, berapa yang dibayar, di mana buku perlu dihantar dan sebagainya.

 

Disebabkan tugasannya yang begitu mudah, ringkas dan sangat relaks, jadi bayarannya juga tidaklah begitu tinggi. Untuk setiap jualan yang terhasil, komisyennya ialah 5% sahaja.

 

Andaikata buku ni berharga RM40 senaskhah, maka komisyen saya ialah sebanyak RM2.00 sahaja.

 

Ya… memang nampak sedikit. Namun, tahukah anda di laman web Bookcafe terdapat beratus-ratus buah buku yang anda boleh promosikan dalam satu-satu masa. Menerusi program affiliate ini, anda tak perlu keluar modal, tak perlu simpan stok, tak perlu buka kedai, tak perlu urus pelanggan, sebaliknya hanya perlu fokus pada kerja-kerja pemasaran dan anda akan dibayar komisyen sekiranya anda berjaya hasilkan jualan.

 

Baiklah, apa tunggu lagi. Daftarlah sebagai ejen dropship ataupun sebagai ejen affiliate dan mulakan kerja-kerja promosi anda.

 

Siapa tahu, mungkin bulan ni anda akan berjaya buat duit.

 

Oh satu lagi, biasanya golongan pelajar ni mudah untuk dapatkan buku-buku di pusat sumber atau di perpustakaan. Jadi, anda boleh baca buku-buku ini secara percuma sahaja, dan mula mempromosikannya. Tak perlu beli pun buku-buku tu semua sebab anda boleh pinjam sahaja.

 

Lepas ini, membaca buku bukan lagi sekadar hobi, sebaliknya sebagai jalan untuk buat duit online.

 

 

Exit mobile version