Pada waktu catatan ini saya buat, ebook Panduan Dominasi FB Group Version 3.0 masih lagi dijual dengan harga serendah RM7.
Saya menerima pelbagai reaksi tentang harga tersebut.
Ada yang kata terlalu murah.
Ada yang kata saya perlu naikkan harga.
Keputusan akhir… dah tentu terletak di tangan saya.
Saya ada dua pilihan sebenarnya. Informasi yang terkandung dalam ebook tu, sama ada saya jual, ataupun saya boleh juga beri secara percuma dan siarkan dalam blog ni.
Kata hati saya, kalau saya nak kongsikan ilmu tersebut, sebaik-baiknya saya jual. Letakkan satu nilai, dan pamerkan satu harga.
Dah tentu ilmu didalam tu bukanlah semurah harga jual ebook tersebut.
Harga tersebut tak ubah sekadar satu yuran komitmen.
Saya jumpa ramai yang nak belajar macam mana nak buat duit di Facebook. Ramai yang nak tau macam mana nak buat marketing gunakan kaedah tanpa kos.
Tetapi bila kena belajar, macam nak tak nak pulak.
Ya saya tahu ramai yang dah tau kaedah marketing di FB Group. Ala yang pakai software lepas tu buat iklan dari satu group ke satu group.
Seriously?
I don’t call it a business.
That just spammer in action.
Kemudian orang yang sama ni bertanya, apa jadi pada iklan-iklan yang banyak-banyak dibuat di FB Group sebelum ni.
Kenapa tak ada respons?
Kenapa tak ada yang beli.
Lepas tu?
Orang yang sama akan ambik mudah. Mereka akan beri alasan seperti
“…ala, tak pe la, nak buat macam mana, tak ade rezeki”
“Nasib baik buat iklan free je”
“Ni mesti nak kena join lagi banyak group, sebabnya kalau join lagi banyak group mesti lagi ramai yang akan nampak iklan aku.”
Secara peribadi saya memang tak buat marketing cara tu. Pernah jugak tergerak untuk buat marketing macam tu, tapi tak sampai hati nak buat.
Anggap je la it is not my way of doing business.
Alhamdulilah, saya buat marketing seperti yang saya tulis dalam ebook Panduan Dominasi FB Group Version 3.0 tetap beri hasil yang tak mengecewakan.
Malah saya seronok bila dapat buat macam tu.
Saya dapat kenalan baru.
Saya dapat ramai kawan.
Dan saya dapat luaskan jaringan persahabatan serta dapat lebih banyak peluang perniagaan dan penjanaan pendapatan.
Kalau ikutkan hati, saya memang nak ajak lebih banyak orang gunakan kaedah yang saya kongsikan dalam ebook tu.
Walaubagaimanapun, saya sedar. Tak ramai yang sudi let go old method yang memang mereka duk amalkan sekarang ni.
Tak apa lah, as long as you happy with the result.
I have nothing to loose or to gain.
Akan tetapi, kalau anda nak cuba kaedah pemasaran yang baru, yang mungkin anda tak pernah cuba atau anda tak pernah terfikirkan pun sebelum ini, you are most welcome to try it.
Dapatkan >> Panduan Dominasi FB Group Version 3.0
… sementara ianya masih lagi dijual dengan harga yang rendah.
Update 12 Mac 2014 : Harga baru ebook ini ialah RM17