Blog Sabree Hussin

Adakah Anda Perlukan Likes Yang Banyak Untuk FB Fanpage Anda?

Jika jawapan anda adalah YA…

Mungkin persoalan yang tak kurang pentingnya yang perlu anda jawab adalah… “Untuk apa? For what? Kenapa anda perlukan likes yang banyak untuk fanpage anda?”

Tahukah anda, likes yang banyak tidak menjamin yang anda bakal mendapat sales yang banyak?

Atau mungkin saya patut kata, kalau anda ada likes berjuta-juta sekalipun, belum tentu anda akan dapat sales untuk produk yang anda promosikan, walaupun cuma nak dapatkan satu sales sahaja.

Aww…. rasa macam sukar nak diterima, kan? Ya… kebenaran tu memang pahit.

Tapi… Adakah semua likes yang kita perolehi pada fanpage tak mampu untuk menghasilkan sebarang sales?

.

..

Tidak.

Ia sedikit sebanyak bergantung juga kepada bagaimana cara anda kumpul likes tu.

Pertama, jika ia berlaku secara natural, yang mana pengguna FB yang terjumpa fanpage anda, kemudian dia sendiri yang likes tanpa ada sebarang paksaan, maka kemungkinan untuk anda mendapat jualan daripada pengguna FB seperti ini ialah lebih besar.

.

..

Kedua, jika likes itu terhasil daripada aktiviti pengiklanan menggunakan platform FB Ads dan iklan anda disasarkan kepada target audience yang memang spesifik, maka, likes dari jenis ini juga mempunyai kebarangkalian yang sangat besar untuk convert kepada sales.

.

..

Ada setengah orang, dia tak kisah sangat dari mana likes tu datang, yang penting dia dapat kumpul likes yang ramai. Ok, jika anda jenis yang tak kisah sangat, dari mana likes tu datang, maka saya nak cerita sikit tentang software kumpul FB Likes cara pantas ni.

Dengan menggunakan software ini, anda boleh kumpul likes secara PERCUMA sahaja tanpa perlu bayar apa-apa kepada pihak FB.

Walaubagaimanapun, software ini bukannya percuma.

 

“Apa sebenarnya kegunaan likes yang tak natural seperti ini jika ia tak menyumbang secara langsung kepada pertambahan sales?”

 

Jika soalan ini terkeluar di benak fikiran anda, TAHNIAH saya ucapkan. Ini satu perkembangan yang sihat dan merupakan satu indikator yang baik, bahawa anda sememangnya mempunyai ciri-ciri seorang usahawan.

Likes seperti ini juga sebenarnya ada kegunaannya yang tersendiri. Biar saya terangkan satu per satu apa kegunaannya ya.

 

1) Bina keyakinan kepada pelawat, prospek, bakal pembeli dan pembeli sedia ada anda

Jumlah likes pada sesebuah FB Fanpage mencadangkan betapa popularnya page tersebut.

Ini memberikan impresi yang terbaik kepada pelawat yang kali pertama menemui fanpage anda.

Kita mahukan respon-respon seperti berikut daripada golongan sasaran kita

Orang yang pertama kali jumpa fanpage anda: “Wow! Banyak gilerrr orang yang like page ni!”

Bakal pembeli anda: “Page ni ramai yang likes, mesti dia ada ramai follower, tak kan dia nak menipu, kan?”

Pembeli sedia ada: “Fuh! Makin maju bisnes dia ni… Dia ni memang boleh dipercayai. Boleh order lagi atau mungkin nanti-nanti nak belajar dengan dia ni…”

 

Dengan tak semena-mena, fanpage anda berjaya meyakinkan orang yang pertama kali menemui page anda, dan menjadi satu platform yang memainkan peranan penting dalam pembinaan kredibiliti anda dan perniagaan anda.

Lagi orang percaya anda, lagi mudah anda boleh buat bisnes.

 

2) Meningkatkan kebarangkalian page anda menarik genuine likes

Isu dengan penggunaan software khas atau upah orang untuk bantu naikkan likes page kita ialah, kita tak tau likes tu sebenarnya datang dari mana.

Datang dari manusia kah? Atau datang daripada fake account yang banyak terdapat di alam maya ni.

Screenshot seperti kat atas ni saya ambil di laman web fiverr.com

Sebuah laman web yang menawarkan servis dengan kos serendah USD5. Oh, jika anda minat nak buat duit dengan Fiverr, anda juga boleh berbuat demikian. Saya tak galakkan anda buat apa-apa di fiver sebelum anda baca panduan ini.

.

..

Page yang banyak likes, akan meyakinkan rakan-rakan anda untuk likes juga. Syaratnya, anda juga kena beritahu kat rakan-rakan anda yang anda mempunyai page yang BEST dan memang patut diberikan likes.

 

3) Menghilangkan keraguan bakal pembeli

Page yang banyak likes meningkatkan kredibiliti page tersebut. Ia membuat keyakinan bakal pelanggan jadi lebih tinggi jika dibandingkan dengan page yang kurang likes.

Walaubagaimanapun, anda perlu juga memastikan fan page anda tu sentiasa dikemaskini. Sebaiknya, anda update page anda tiga kali dalam sehari. Tak semestinya hanya update tentang produk yang anda promosikan, sebaliknya update juga hal-hal berkaitan dengan tips, motivasi, berita dan sebagainya.

.

..

Baiklah, likes yang bakal anda kumpulkan dengan menggunakan software kumpul likes cara ekspress ni memang tak akan memberi anda sebarang perubahan yang signifikan kepada sales anda.

Tetapi, secara tak langsung, page yang banyak likes sebenarnya banyak beri sumbangan juga kepada anda.

Oh ya, kalau dari penggunaan software ni, tiba-tiba anda dapat sales.. anggaplah itu memang rezeki anda ya. Selamat mencuba!

 

 

Exit mobile version