Blog Sabree Hussin

Koleksi cara berkesan dapatkan dan tingkatkan likes pada FB fanpage

Anda baru sahaja create FB Fanpage. Sama ada untuk tujuan perniagaan, personal, atau untuk tujuan membantu anda buat duit tambahan sama ada secara serius atau sekadar suka-suka. Jika formula lebih banyak likes, lebih tinggi peluang untuk buat duit boleh digunapakai, persoalan yang biasa berlegar difikiran ialah “bagaimana caranya nak tingkatkan likes di fanpage tersebut?”

 

Kan bagus kalau ada cara yang cepat, pantas, berkesan, murah dan kalau boleh FREE untuk membantu tingkatkan likes pada fanpage tersebut. Paling bagus, kalau ada cara yang senang dan tak memerlukan usaha yang gigih, tapi pada masa yang sama masih lagi boleh menghasilkan likes yang banyak di fanpage tersebut.

Memang ada caranya. Dalam catatan kali ini, saya akan kongsikan, teknik-teknik yang boleh anda gunakan untuk tingkatkan likes pada FB Fanpage anda. Sesetengah daripada cara yang saya highlight dalam post ini memerlukan anda keluarkan sejumlah wang sebagai modal, dan ada juga sebahagian cara lagi yang langsung tak memerlukan modal. Anda suka yang mana? Nak keluar modal, atau nak guna yang percuma, semuanya terpulang pada anda.

 

Oh walaubagaimanapun, bila saya kata tak memerlukan modal, saya maksudkan anda tak perlu keluarkan sebarang wang, tetapi anda masih lagi perlu peruntukkan masa dan juga usaha untuk mencapai matlamat ini.

 

1. Dapatkan likes dari fanpage sedia ada

Cara ini saya biasa lihat digunakan. Biasanya admin akan buat post status seperti ini

Admin nak tutup fanpage ni atas sebab-sebab tertentu. Mintak tolong like fanpage yang baru ni ye untuk dapatkan updates terkini …

Tak lama lepas tu, pasti akan ada yang akan tekan like pada fanpage yang baru. Walaupun sebenarnya fanpage sedia ada tu tak ada pun ditutup.

Ataupun cara lain yang biasa digunakan ialah dengan beriklan di fanpage sedia ada.

 

2. Link url FB Fanpage dalam emel list

Cara ni sesuai digunakan untuk mereka yang memang mempunyai mailing list. Mudah sahaja, setiap kali anda broadcast emel, pastikan anda masukkan jugak ayat promosi ini

Sila likes FB Fanpage kami dengan menekan link pada pautan berikut

Satu kelebihan buat mereka yang kumpul senarai emel ialah, setiap kali nak buat Fan Page yang baru, boleh minta bantuan subscriber untuk tolong likes.

 

3. Kontes

Anjurkan kontes yang mudah. Apa-apa kontes pun boleh, syaratnya peserta perlu menekan likes fan page anda sebagai syarat penyertaan.

Antara contoh kontes yang mudah ialah

1. Orang terakhir yang komen akan saya hadiahkan wang tunai RM100

2. Siapa yang boleh bina ayat paling kreatif akan saya berikan hadiah misteri

 

4. Konten eksklusif

Pernah tak anda dengar mengenai FB Fangate?

Fungsi FB Fangate ini adalah untuk melindungi konten yang disiarkan di wall fanpage khusus untuk tatapan mereka yang pernah like page tersebut sahaja. Untuk mereka yang tak pernah like page anda, mereka akan dibawa ke fangate dan satu-satunya cara untuk mereka mengakses wall fanpage anda adalah dengan menekan like.

 

5. Facebook ads

Cara ni saya pasti, semua orang dah tau dan memang dah tak asing lagi.

In fact, FB Ads ini jugak adalah teknik kumpul likes yang paling banyak di recommend oleh pakar-pakar pemasaran FB. Anda boleh dapat likes dengan pantas dan lebih targeted apabila anda menggunakan FB Ads untuk kumpul likes.

 

6. Brosur, fliers dan kad bisnes

Jika anda turut mempromosikan perniagaan anda menerusi brosur, fliers dan kad bisnes, pastikan anda tak ketinggalan untuk masukkan juga nama fan page pada cetakan-cetakan tersebut.

Disamping anda cari dan kumpul likes secara online, jangan dilupakan prospek anda yang offline.

 

7. Skrip samseng FB

Ini adalah skrip yang dibangunkan oleh Internet Marketer Malaysia iaitu Gobala Krishnan.

Konsep skrip ini ialah menukarkan pelawat yang melayari laman web anda kepada fan atau likes.

Step by step dia adalah begini

1. Pelawat melayari laman web anda yang telah dipasangkan dengan skrip samseng FB.

2. Satu pop up akan muncul dan menyuruh pelawat untuk tekan klik pada butang like.

3. Jika pelawat tidak tekan like, popup tersebut tidak akan ditutup dan akan terus mengganggu pelawat itu tadi. Jadi susahlah dia nak baca post yang dia minat nak baca tu tadi.

4. Bila dia dah tekan like barulah dia tak akan diganggu dengan sebarang pop up.

5. Ringkasnya, skrip ini menukarkan pelawat blog atau mana-mana laman web yang dipasangkan dengan skrip ini kepada likers.

Jika kena dengan teknik dan strateginya, tak mustahil untuk anda dapat sales daripada likes yang berjaya dikumpul tu nanti.

Skrip ini adalah skrip berbayar dan anda boleh dapatkan skrip ini dengan menekan klik pada pautan ini.

 

8. Skrip pakar FB Likes

Anda perlu beli skrip khas dan pasangkan skrip tersebut. Dalam masa yang pantas, jumlah likes anda akan bertambah dengan pantas.

Ya. Anda perlu keluar modal untuk beli skrip ini. Boleh lihat penerangan tentang skrip ini disini.

Sekadar untuk dapatkan jumlah likes yang tinggi, skrip ini memang sangat-sangat membantu. Akan tetapi, likes tersebut mungkin bukannya daripada genuine Facebook user, sebaliknya hanyalah bot semata-mata. Apapun, jika motif anda sekadar untuk membina first impression yang positif dari bakal pelanggan anda, penggunaan skrip ini adalah lebih baik berbanding anda beli servis naikkan likes.

Setidak-tidaknya, bila anda ada skrip ini, anda boleh gunakannya berulang-ulang kali tanpa perlu keluarkan kos tambahan.

 

9. Facebook Page Plugin

Klik sini untuk mula menggunakan Aplikasi Facebook Page Plugin ini. Ini adalah servis yang disediakan oleh pihak Facebook sendiri dan ianya PERCUMA sahaja.

Cara gunakan Facebook Page Plugin ini pun sangat mudah. Anda hanya perlu masukkan link url FB Fanpage anda. Jika perlu, anda boleh adjust width (lebar) mahupun height (ketinggian) box yang bakal terhasil nanti.

Selepas anda masukkan link url FB Fanpage anda, secara automatik, paparan fanpage anda akan kelihatan. Langkah seterusnya, anda hanya perlu tekan Get Code.

Lihat anak panah yang berwarna merah. Ini adalah code yang anda boleh gunakan untuk mempromosikan fanpage anda di laman web anda. Copy dan paste kan kod tersebut di mana-mana bahagian pada laman web anda yang anda rasakan sesuai.

Saya sendiri memasukkan kod Facebook Page Plugin ini dibahagian side bar blog saya.

Ringkasnya, Facebook Page Plugin ini boleh digunakan di

1. Blog wordpress self hosted

2. Blog dari blogspot

3. Mana-mana laman web yang support HTML

 

10. Pay with a tweet

Laman web bagi Pay with a tweet ialah http://www.paywithatweet.com/

Ada servis yang percuma, dan ada juga servis yang berbayar. Gunakan yang percuma sahaja pun dah cukup memadai. Jika anda ingin menggunakan servis ini, hanya perlu tekan klik pada create a new campaign.

Kat bawah ini ialah contoh borang yang saya isikan apabila ingin menggunakan fungsi Pay with a tweet ini.

Sebelum tu, saya akan ceritakan serba ringkas bagaimana servis yang ditawarkan pada laman web ini berfungsi

1. Anda perlu ada sesuatu untuk diberikan secara percuma. Sama ada ebook, audio, video, kupon diskaun dan sebagainya. Yang penting, sesuatu yang dalam bentuk digital dan boleh dimuat turun oleh prospek anda.

2. Prospek yang berminat untuk dapatkan tawaran anda, mereka perlu muat turun tawaran anda itu tadi.

3. Prospek anda tak perlu bayar apa-apa. Sebagai ganti, mereka hanya perlu klik “Pay with a Tweet”.

4. Selepas mereka tekan klik pada butang tersebut, secara automatik, status update dengan ayat yang sama yang saya telah setup akan muncul di wall FB mereka

“Kawan2 jom ramai-ramai like dan support page ni. Saya pun baru je like page ni ==> https://www.facebook.com/SabreehussinDotCom

5. Lagi ramai yang minat nak muat turun tawaran anda, maka akan ada lagi banyak yang akan tolong promosikan fanpage anda.

 

11. Panduan tingkat likes cara FacebookMY

Jika anda hanya ingin mensasarkan pengguna Facebook dari Malaysia sahaja, panduan ini boleh anda jadikan sebagai rujukan.

Klik: Panduan kumpul FB Likes dari Malaysia

 

12. Advertorial & review

Sekiranya anda ada bajet khas, boleh juga gunakan kaedah ini untuk memperkenalkan laman fanpage anda. Saya juga ada sediakan servis advertorial sekiranya anda mahu dapatkan servis ini dari saya.

 

13. Fiverr

Di laman web Fiverr, ada juga yang menawarkan servis naikkan FB likes dengan kos serendah USD 5. Screenshot diatas juga saya ambil dari laman web Fiverr.

 

14. Isu viral dan tukar nama kemudian

Apakah topik yang sedang viral sekarang ni? Cuba buka media sosial, online newspaper dan sebagainya.

Bina sebuah fanpage berdasarkan topik viral tersebut. Masukkan update terkini dan anda akan dapati likes pada page tersebut dengan mudah dan pantas akan meningkat.

Apabila jumlah likes dah cukup tinggi, anda dapatkan servis untuk tukar nama fanpage tersebut. SELESAI.

 

15. Guna aplikasi FB Viralism

Ini juga adalah aplikasi berbayar. Anda boleh baca penerangan tentang aplikasi ini dengan menekan klik pada pautan ini.

Software ni saya pernah beli sekitar tahun 2014.

Disebabkan konsep penggunaan software ini agak teknikal, jadi saya tak akan terangkan disini. Jika anda minat nak gunakan kaedah FB Viralism untuk tujuan kumpul likes, boleh terus baca penerangan di laman jualan disini.

.

..

Pada dasarnya, kesemua teknik yang saya kongsikan dalam post ini, semuanya memang berkesan untuk kumpul dan tambahkan likes pada fanpage anda. Anda boleh cuba sendiri satu per satu, ataupun fokus pada satu atau dua teknik yang sesuai dengan anda. Jujurnya, saya tak galakkan anda gunakan kesemua teknik ni dan saya percaya bukan semua teknik sesuai dengan style pemasaran anda.

 

Setiap teknik ini, jika diaplikasikan secara konsisten, sekurang-kurangnya pasti akan memberikan anda 500 – 1,000 likes dalam masa kurang dari sebulan. Apa pun, selamat mencuba dan saya harapkan moga post ini ada manfaat.

 

In Shaa Allah, jika saya terjumpa teknik kumpul likes yang baru, saya akan kemaskini post ini kemudian.

 

 

Exit mobile version