Blog Sabree Hussin

Iklan Anda di Advertorial.MY TAMAT TEMPOH?

Rupa-rupanya hari ini merupakan hari yang ke 31 saya mengiklankan blog saya di laman web Advertorial.MY

Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak advertorial.MY pula, sesuatu iklan perlu diperbaharui setiap 30 hari. Ini bagi memastikan hanya blogger dan blog yang benar-benar aktif sahaja yang tersenarai di laman web advertorial.MY

Hari ini merupakan hari yang ke 31, dan saya telah menerima notification dari pihak Advertorial.MY yang mengatakan iklan saya telah dimasukkan ke dalam sistem archive mereka.

Kalau anda ada daftarkan blog anda sebelum ini, mungkin anda juga bakal terima emel yang sama.

Jadi… kalau anda terima, JANGAN PANIK. Hanya perlu renew sahaja iklan anda.

Caranya pun mudah sangat.

Mula-mula sekali login ke member area. Cari bahagian Perbaharui Blog Listing.

Klik pada link “Renew Listing

Kemudian anda akan dibawa ke bahagian archive. Kat sinilah tempatnya iklan-iklan yang telah tamat tempoh ataupun yang sudah tidak aktif disimpan.

Lihat pada anak panah diatas. Hanya perlu tekan klik pada angka 1. Renew.

Untuk proses Renew ini, anda diberi pilihan sama ada ingin menggunakan fungsi Featured Listing ataupun Normal Listing.

Featured Listing – Kena bayar RM30, dan iklan blog anda akan disenaraikan di page pertama iklan-iklan yang tersenarai di laman web Advertorial.MY

Normal Listing – FREE. Tetapi anda kena terima je la seadanya kat mana sekalipun iklan anda akan disenaraikan.

Malas nak fikir panjang-panjang? Pilih je Normal Listing. Saya pun masih lagi bertahan dengan opsyen Normal Listing. Tak ada masalah.

Siap.

Iklan saya dah pun diperbaharui di laman web Advertorial.MY

Maka bermulalah fasa seterusnya dalam bulan kedua saya bersama dengan Advertorial.MY

Anda boleh baca juga artikel saya sebelum ini yang bercerita tentang pengalaman saya menggunakan servis dari platform Advertorial.MY ini.

Jujurnya, laman web ini dah mula jadi antara sumber pendapatan terpenting bagi blog ini.

Dari segi modal… saya hanya perlu keluarkan modal waktu awal-awal buat pendaftaran dulu. Itu sahaja.

Lepas tu saya mula promosikan program ini dan dapat terima komisyen affiliate beberapa kali.

Job untuk tulis artikel review juga saya dah terima beberapa kali. Terbaru yang saya terima.

Bayaran berjumlah RM70 untuk servis penulisan artikel promosi.

Caj yang saya kenakan untuk servis menulis artikel advertorial adalah berbeza-beza mengikut advertiser. Biasanya, ia bergantung juga pada tahap kesukaran sesuatu review tersebut.

Saya bagi contoh la ya. Kemahiran dan kepakaran saya adalah dalam niche internet marketing. Jadi, jika anda beri saya job dalam bidang ini, maka saya akan caj anda dengan bayaran serendah RM30.

Sebabnya, saya memang bekerja dalam niche tersebut.

Tetapi… jika ia melibatkan satu bidang yang memang saya tak biasa (bukan bermaksud langsung tak ada knowledge) saya akan kenakan bayaran yang lebih tinggi.

Kemudian kena lihat juga, sama ada saya perlu travel atau pun tidak.

Ataupun, adakah anda ingin dapatkan add on service dari saya. Alah… banyak lagi lah.

Kalau anda serius nak dapatkan servis ni dari saya, kita cerita secara RASMI melalui email. Sila hubungi saya menerusi sistem advertorial.MY atau kalau nak contact saya terus pun tak ada masalah.

Saya berani JAMIN perniagaan anda akan dapat perhatian yang lebih dan In Shaa Allah jualan juga akan meningkat.

Mungkin anda tak akan terima tempahan dalam one shot, tetapi In Shaa Allah setiap hari pasti anda akan terima tempahan. Kiranya, ini peluang anda untuk dapat pelanggan secara berterusan.

Satu perkara yang mungkin anda terlepas pandang, apabila anda dapatkan servis review dari saya, bermakna secara tak langsung, saya turut bertanggungjawab untuk bantu anda dalam mempromosikan perniagaan anda.

Macam mana cara yang saya akan guna, itu anda tak perlu tanya.

Cukup sekadar anda tahu, saya tak akan duduk diam selagi mana anda masih lagi tak balik modal selepas dapatkan servis penulisan artikel ni dari saya.

Jadi, kalau anda dah sedia dan MINAT sama ada nak buat duit sebagai seorang blogger mahupun nak dapatkan khidmat penulisan artikel dari blogger, boleh terus ke laman web utama Advertorial.MY

 

Exit mobile version