Blog Sabree Hussin

Bagaimana Meningkatkan Conversion Rate Iklan Anda

Jika anda adalah seorang pengguna tegar kaedah pemasaran menggunakan FBAds, anda patut baca artikel pendek ini.

FBAds atau Facebook Advertising adalah salah satu daripada kaedah pengiklanan yang kita panggil juga dengan nama PPC. PPC ini pula adalah singkatan bagi Pay Per Click.

Ini bermakna, anda perlu bayar bagi setiap klik yang anda terima daripada iklan yang anda hasilkan.

Jika anda pandai dan dah kuasai teknik sannin dan juga teknik yang diajar dalam panduan Keris Jutawan, anda mungkin bernasib baik untuk berjaya dapat kos iklan yang murah.

Semurah RM0.02 per klik.

Tapi… kalau anda masih lagi agak baru dalam bidang pengiklanan PPC ini, anda mungkin akan kena caj sehingga RM0.10 – RM0.50 untuk setiap klik yang anda terima pada iklan anda.

Katakanlah, bajet pengiklanan anda ialah RM100.

Kos setiap klik pula ialah RM0.10 per klik.

Jadi, setelah habis bajet pengiklanan anda, anda akan terima kira-kira 1,000 klik.

Daripada 1,000 klik yang anda terima mungkin ia mewakili 1,000 orang berbeza yang klik.

Tetapi, boleh jadi juga orang yang sama yang klik beberapa kali.

Mungkin juga orang yang sama yang klik beberapa kali, dan orang tersebut mempunyai beberapa akaun FB.

Ada beberapa kemungkinan yang tak mustahil untuk berlaku dalam pengikalanan online ini

Beberapa perkara yang perlu anda lihat ialah

1. Conversion rate (CR)

2. Return on Investment (ROI)

Macam mana nak kira Conversion rate

Ada dua jenis conversion rate yang anda perlu tahu.

Pertama, conversion rate untuk sales dan kedua, conversion rate untuk dapatkan leads atau prospek.

Sebab tu orang kata, buat iklan untuk dapatkan sales dengan buat iklan untuk dapatkan customer, BERBEZA.

Kita ambik contoh kira-kira sebelum ini iaitu daripada 1,000 orang yang klik, berapa ramai yang buat pembelian?

Let say ada 12 orang yang buat pembelian

Maka, conversion rate untuk sales ialah

12/1,000 x 100 = 1.2%

Kalau untung satu produk ialah RM20, maka, kalau ada 12 orang yang beli, keuntungan anda ialah

RM20 x 12 = RM240

Not bad kan… daripada kos iklan yang anda belanjakan itu tadi, anda berjaya dapat untung RM240

Sekarang ni, kita cerita pulak bab Return on Investment.

Daripada RM100 yang anda belanjakan untuk tujuan pengiklanan, ia menghasilkan keuntungan sebanyak RM240.

(240 – 100)/100 x 100 = 140%

Ya

Dalam kira-kira mudah ini, anda masih lagi untung besar.

Baiklah, tadi kita tahu… daripada RM100 yang kita belanjakan, kita berjaya memperolehi 1,000 klik daripada prospek. Akan tetapi, daripada 1,000 yang klik, hanya 12 sahaja yang beli.

Persoalannya, apa jadi pada 988 orang yang tak beli tu?

Anda tetap perlu bayar kos per klik yang mereka lakukan terhadap iklan anda. Tetapi… mereka pergi begitu sahaja dan mungkin tak akan kembali langsung untuk melihat iklan dan tawaran anda.

Akan datang… bila anda nak buat iklan semula, anda mungkin akan target orang-orang yang sama, sekali lagi.

… dan sekali lagi, orang yang sama akan klik, (anda kena bayar untuk setiap klik yang mereka buat) dan mereka tetap tak membeli.

Hinggalah akhirnya mereka jadi imun terhadap iklan yang anda hasilkan.

Anda pula… perlu terus menerus buat iklan demi kelangsungan bisnes anda.

Adakah ini cara yang bijak untuk buat bisnes?

Cara yang bijak, dah tentulah apabila anda memanfaatkan setiap klik yang anda terima. Mungkin, anda tak boleh nak dapat manfaat daripada setiap klik, namun, jika anda dapat manfaatkan at least 60 – 70% daripada jumlah klik yang anda terima, bukankah itu masih lagi bagus.

70% daripada 1,000 adalah bersamaan dengan 700.

700 orang prospek, itu masih lagi jumlah yang besar.

Caranya ialah dengan menggunakan sistem database dalam iklan yang anda bina.

Supaya ia jadi macam ni

Daripada 1,000 klik, 12 orang jadi pembeli

Daripada 1,000 klik, 700 orang memberikan nama dan emel mereka

Supaya, 700 orang yang tak segera membeli, anda dapat terus buat follow up hinggalah mereka membuat pembelian atau keluar daripada sistem database anda

Dengan cara ini, anda hanya perlu berbelanja untuk iklan sekali sahaja.

Modal untuk iklan RM100 sahaja.

Seterusnya, anda hanya perlu follow up kepada 700 orang prospek yang anda telah simpan data mereka dalam sistem autoresponder anda.

Yang bestnya ialah, anda boleh terus buat promosi berulang-ulang kali, tanpa perlu khuatir bab kos pengiklanan yang menjadi semakin meningkat naik.

Anda perlukan Minisite profesional

Buat minisite sangatlah mudah.

Anda boleh muat turun panduan buat minisite menggunakan blogspot disini.

Anda juga akan diajar macam mana nak setting sistem autoresponder anda. Apabila anda menggunakan kaedah ini, PPC tambah sistem autoresponder, jangan terkejut kalau conversion rate anda meningkat hingga 1,000%

Now, ini barulah cara yang bijak 🙂

 

Exit mobile version