Blog Sabree Hussin

Jana Income Dari Page Facebook

Macam mana cara untuk jadikan Facebook fanpage sebagai alat untuk menjana pendapatan tambahan di internet?

 

Atau dengan kata lainnya, macam mana nak buat duit dengan Facebook Fanpage?

 

Menarik kan persoalan ini…

 

Hakikatnya daripada 13,589,520 pengguna akaun Facebook di Malaysia (seperti yang dilaporkan oleh laman web Internetworldstats, data bagi Dec 31, 2012) bukan semua yang ada akaun FB dapat buat income.

 

Artikel ini saya kemaskini pada bulan June 2020, dan mengikut data dari sumber yang sama (Internetworldstats) jumlah pengguna akaun Facebook di Malaysia adalah sebanyak 22,000,000 (22 juta subscriber) setakat bulan December 2018.

 

Jumlah ini mungkin tidak begitu tepat. Boleh jadi ia termasuk data dari pengguna yang mendaftar lebih dari satu akaun facebook. Saya sendiri pernah mempunyai lebih dari satu akaun Facebook. Satu akaun untuk tujuan peribadi, satu untuk tujuan bisnes dan satu lagi untuk tujuan mencari maklumat.

 

Ok tak apa. Itu bukan hal yang saya nak bincangkan melalui posting ini. Apa yang saya minat nak cerita adalah tentang bagaimana caranya untuk kita jana pendapatan menggunakan Facebook Fanpage.

 

Kenapa perlu memilih untuk buat duit menggunakan FB Fanpage?

Saya rasa buat duit menggunakan FB fanpage lebih mudah.

Ia tidak melibatkan banyak perkara-perkara teknikal seperti membina laman web atau memasang sistem blog wordpress di akaun hosting milik kita.

 

Cara untuk bina fanpage juga sangat mudah. Walaupun begitu, ini tak bermakna untuk buat duit menggunakan fanpage juga mudah. Disebabkan proses untuk bina fanpage yang sangat mudah, maka ramailah pengguna akaun facebook yang memulakan fanpage mereka sendiri.

 

Akhirnya berlaku lambakan fanpage. Walaupun diluar sana ada banyak fanpage, namun dari segi kualiti bukan semua fanpage mempunyai kualiti yang sama.

 

Kita boleh menilai tahap kualiti sesuatu fanpage melalui beberapa sudut, antaranya

i. Jumlah likes pada fanpage

ii. Jenis perkongsian atau kualiti konten

iii. Interaksi antara pemilik fanpage dengan pengikut

 

Hakikatnya, bukan semua fanpage yang dibina akan berjaya menarik minat pengguna FB.

 

FB Fanpage bukan shortcut untuk hasilkan income yang lumayan di internet. Dari hari pertama anda merancang untuk bina fanpage anda, ada banyak perkara yang perlu anda ketahui. Senang kata, kena ada strategi yang betul, kalau nak jadikan fanpage anda benar-benar boleh diharapkan untuk dijadikan salah satu sumber pendapatan.

 

Formula asas untuk bina fanpage yang berjaya

Formula ini sebenarnya boleh digunakan sama ada untuk bina FB Fanpage yang berjaya, Youtube Channel mahupun untuk bina laman blog yang berjaya.

 

Apakah formula asas tersebut?

 

1. Pilih niche

Satu perkara yang saya perasan yang ada pada fanpage yang berjaya, pemiliknya fokus pada satu niche sahaja. Misalnya

i. Niche tentang kucing sahaja

ii. Niche tentang percutian sahaja

iii. Niche politik sahaja

iv. Niche tentang agama sahaja

v. Niche tentang automotif

 

Pemilihan niche ini berkait rapat dengan minat dan juga kepakaran pemilik fanpage tersebut. Sebagai contoh, kalau anda mempunyai minat dan ada pengetahuan yang baik tentang kucing, kesihatan kucing, cara penjagaan kucing, diet kucing, page yang anda bina itu nanti ada peluang yang lebih cerah untuk berjaya berbanding kalau anda hanya mempunyai gambar-gambar kucing yang comel.

 

So kalau minat dan kepakaran anda berkaitan dengan kucing, mungkin anda boleh hasilkan sebuah fanpage yang berkaitan dengan kucing. Kalau anda tak begitu pakar pun tak ada masalah.

 

Sebabnya kalau anda betul-betul minat pada topik tersebut, anda pasti akan buat pembacaan, cari maklumat dan sebagainya. Dari masa ke masa, pengetahuan anda akan bertambah baik dan page anda juga akan mula dilihat sebagai salah satu page yang mempunyai authoriti.

 

2. Masukkan konten yang berkualiti

Konten yang berkualiti ini adalah sesuatu yang subjektif. Apa yang saya kata berkualiti, pada pandangan orang lain ia mungkin biasa-biasa sahaja.

 

Oleh yang demikian, saya syorkan apabila anda ingin memuatnaik sesuatu kandungan di fanpage, pastikan kandungan tersebut

i. Memberi manfaat kepada follower anda

ii. Menjawab persoalan yang bermain di fikiran para follower anda

iii. Memberi idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah

iv. Memberi hiburan kepada pengikut anda

 

Kebiasaannya, konten seperti ini lebih diminati dan ada peluang untuk berlaku interaksi atau engaggement antara pengikut anda. Kalau ada dalam kalangan pengikut anda yang menekan butang share, itu satu bonus untuk anda.

 

3. Terus konsisten hasilkan konten dan dari masa ke masa buat kerja-kerja pemasaran bagi menaikkan jumlah likes page anda

Kita tak boleh nak berharap yang jumlah like fanpage kita akan naik dengan sendirinya. Ia memang boleh berlaku cuma ia akan mengambil masa yang sangat lama.

 

Jika kebetulan ada posting anda yang viral dari situ bakal ada pertambahan likes dan follower yang baru. Namun, bukan setiap hari posting kita akan jadi viral. Ia mungkin hanya akan berlaku sekali sahaja, atau lebih buruk lagi, langsung tak pernah berlaku.

 

Baiklah, setelah saya bercerita beberapa perkara yang asas untuk membantu anda buat duit melalui fanpage, kali ini saya nak cerita beberapa teknik atau langkah yang boleh diambil untuk hasilkan income.

 

(1) Promosi produk yang menawarkan program affiliate

Senang je sebenarnya nak buat duit menerusi program affiliate ini. Bila kita dah ada satu niche yang fokus, kita hanya perlu pilih produk yang berada dalam niche yang sama.

 

Saya mengesyorkan program affiliate, sebabnya kita tak perlu nak fokus kepada menghasilkan jualan. Melalui program affiliate ini, kita hanya perlu fokus untuk hasilkan konten yang berkualiti untuk fanpage kita, itu sahaja.

 

Kerja-kerja menjual, menguruskan tempahan dan melayan pelanggan semuanya kita boleh serahkan kepada pemilik laman web jualan.

 

Kita ambil contoh, jika anda nak buat page berkenaan dengan kucing. Apa yang saya boleh sarankan adalah anda sertai program affiliate Lazada ataupun Shopee dan mula mempromosikan jenama-jenama yang berkaitan dengan kucing anda.

 

Sama ada anda nak promosikan makanan, pasir kucing, ubat kutu untuk kucing dan sebagainya, semua ni mudah sahaja untuk dilakukan jika menerusi program affiliate Lazada.

Dekat lazada ada beribu-ribu produk, dan pasti ada produk yang sesuai untuk dipromosikan yang sesuai dengan niche yang anda bina. Saya tidak akan bercerita panjang lebar mengenai program affiliate Lazada sebab dah pernah tulis sebelum ini.

 

Kalau anda minat nak tahu, boleh baca posting saya berjudul

Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?

 

(2) Kumpul mailing list melalui fanpage

Kali ini saya nak bercerita tentang pemasaran melalui emel.

 

Untuk menjayakan kaedah pemasaran melalui emel ini, anda perlukan sistem autoresponder. Apa yang perlu anda lakukan ialah, cuba pujuk pengikut anda untuk subscribe atau berikan nama dan alamat emel mereka kepada anda.

 

Pemasaran emel ini dia lebih targeted. Kalau kita ada benda yang kita nak promosikan atau war-warkan kepada subscriber, kita boleh terus emel mereka. Ya, dari 1 juta likes yang anda perolehi mungkin tak semua akan join mailing list anda.

 

Namun, kalau dapat 10 ribu orang atau 100 ribu orang mungkin, itu lebih baik berbanding tak ada langsung.

 

Kadang-kadang posting yang anda buat di wall anda, sebenarnya tak keluar di newsfeed pengikut anda. Mungkin sebab posting tersebut tenggelam dek kerana posting orang lain yang telah memintas posting anda.

 

Justeru, kalau ada benda penting yang anda nak sampaikan kepada pengikut anda, anda boleh emel sahaja kepada mereka menggunakan sistem autoresponder.

 

(3) Kongsi video Youtube anda

Pelbagaikan jenis konten yang anda siarkan di fanpage anda.

 

Kalau anda mempunyai channel Youtube, kongsikanlah video anda di fanpage anda. Kelebihannya ialah, anda akan dapat lebih banyak jumlah tontonan, dan kalau anda ada sertai prrogram pengiklanan Youtube, dari situ anda akan dapat pendapatan tambahan dari program tersebut.

 

(4) Promosikan link artikel ke laman blog anda

Dalam point sebelum ini saya bercerita tentang Youtube, kali ini saya sentuh tentang blog.

 

Saya amat menggalakkan untuk anda bina blog disamping anda membina laman fanpage. Sesekali, ajak pengikut anda untuk masuk ke blog anda juga.

 

Fanpage ini walau hebat macam mana sekalipun, ianya bukan milik kita. Pada bila-bila masa, fanpage kita boleh kena banned, kena hack atau apa sahaja. Pihak facebook juga boleh unpublished page kita jika mereka menerima report yang mengatakan page kita menyalahi terma dan syarat.

 

Jadi kalau boleh, buatlah back up. Kalau jadi masalah pada fanpage, setidak-tidaknya anda masih ada lagi laman blog. Lagi satu, menggunakan blog ini, anda boleh pelbagaikan sumber pendapatan.

 

(5) Dapatkan peminat setia sehingga anda mampu untuk jadi social media influencer

Ya, social media influencer.

 

Perkara ini menjadi satu trend dalam kalangan pengguna media sosial. Ada individu yang diangkat menjadi seorang “pakar” dan menjadi ikutan para pengikutnya.

 

Setiap kata-katanya dipercayai, dan dia mempunyai peminat setia sendiri. Kalau anda boleh capai tahap seperti ini, maka gunakanlah sebaiknya.

 

Menjadi social media influencer, peluang untuk buat lebih banyak duit terbuka dengan luas. Waktu tu, anda boleh menawarkan servis posting berbayar.

 

Misal kata, satu post anda caj RM30 – RM100. Bergantung kepada jenis posting. Ini bermakna lagi banyak job yang anda terima, lagi besar potensi pendapatan.

 

(6) Jadikan fanpage anda sebagai suatu jenama dan jual merchandise

Satu lagi cara untuk anda explore adalah dengan menjadikan fanpage anda sebagai satu jenama. Untuk capai ke tahap ini, pada peringkat permulaan itu sendiri, anda kena pastikan nama yang anda pilih mempunyai nilai komersial.

 

Seterusnya bila orang dah mula kenal dengan nama page anda, masa tu bolehlah mula menjual merchandise. Jual mug, T-Shirt, topi, dan sebagainya.

 

(7) Jual produk sendiri

Sama ada produk fizikal mahupun anda menjual kepakaran anda dalam bentuk servis. Mana-mana satu yang dirasakan sesuai.

 

Sebenarnya untuk pengetahuan anda, jual barang melalui fanpage adalah cara paling cepat untuk buat duit. Lebih-lebih lagi kalau anda sudah mempunyai pengikut setia. Sekiranya anda belum mahir untuk buat jualan melalui fanpage, panduan ini pasti berguna untuk anda.

 

In Shaa Allah selepas anda merujuk kepada panduan tersebut, sales anda akan meningkat naik dengan banyaknya.

Fanpage Superstar adalah salah satu rujukan yang bagus buat para usahawan yang bergantung kepada FB fanpage. Sekiranya anda dah pakar, tak perlu baca pun tak apa. Tapi kalau agak baru, amat digalakkan untuk anda rujuk panduan tersebut.

 

Bercakap mengenai menjual kepakaran ini, ia boleh jadi dalam bentuk ebook, coaching, rakaman video dan sebagainya.

 

(8) Hasilkan game di FB

Cara ini agak kurang dibincangkan. Mungkin sebab ia memerlukan kepakaran yang tinggi untuk berjaya.

 

Syarikat King, pemilik Candy Crush adalah salah satu contoh yang memang berjaya buat duit. Hanya dengan games, mereka berupaya untuk jana keuntungan yang sangat lumayan.

Kalau anda baca posting ini pada tahun 2014, anda pasti tahu betapa nama Candy Crush ini sangat besar dan sangat ramai pengguna FB yang bermain game ini. Cuma kalau anda baca posting pada tahun 2020, game ini sudah kurang peminatnya.

 

Baiklah, semoga apa yang saya kongsikan disini membantu anda untuk buat duit menerusi fanpage. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan diruangan komen.

 

 

Exit mobile version