Blog Sabree Hussin

2 perkara TAK BEST bila berniaga di Facebook

Adat berniaga. Bukan semua yang indah-indah je yang kita akan lalui. Kadang-kadang, kita akan terpaksa lalui saat-saat yang menyakitkan hati dan mencabar.

 

Saya pun tak terkecuali. Sebab inilah, saya ambik keputusan untuk tidak terlalu bergantung kepada Facebook. Pada hari ini, saya bina perniagaan saya di serata medium yang dapat saya capai secara online.

 

Memang nampak macam sedikit paranoid. Semua ini saya lakukan untuk capai ketenangan minda. Kalau kita hanya bergantung pada satu platform sahaja, macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Lagi-lagi dari segi isu keselamatan.

 

Laman web kita, pada bila-bila masa boleh kena HACK. Laman facebook kita pun sama. Boleh kena hack dan paling celaka, akan ada je tangan-tangan jahat yang buat report palsu tentang bisnes kita. Sama la macam yang saya lalui ni.

Kononnya gambar yang saya siarkan untuk mempromosikan produk yang saya jual mengandungi unsur-unsur lucah ataupun nudity yang tak sesuai dipaparkan dikhalayak umum.

 

Orang yang report ni memang hatinya berpenyakit.

 

Bila hati berpenyakit, seluruh anggota badan jadi berpenyakit jugak. Otak sakit. Akal sakit. Semua sakit serba serbi.

 

Setakat satu dua report memang tak akan jadi apa. Tetapi kalau dah banyak sangat yang report, katakanlah si pendengki ni buat team pulak untuk buat report secara berjemaah, nak tak nak pihak FB kena ambil tindakan.

 

Waktu tu, jika yang terkena ialah laman Fanpage, status fanpage kita akan jadi unpublished. Kita akan kena block dari buat sebarang posting di FB. Mungkin ada kesan lain, yang saya juga masih belum tahu. Itu satu hal. Memang tak best kan kalau jadi kat anda? 

 

Apa lagi yang tak best bila meniaga kat FB ni?

 

Saya terjumpa gambar ni.

Bukan semua kawan-kawan dalam friendlist kita akan bersikap macam ni. Namun saya tak tolak kemungkinan kewujudan orang macam ni. Manusia ni kan pelbagai perangai dan ragam.

 

Siapa yang ada kawan macam ni… kena banyak-banyaklah bersabar ya.

 

Berniaga kat FB memanglah macam ni.

 

Sebab tu, saya lebih suka buat promosi di FB Group. Terutama sekali FB Group yang saya bina sendiri. Kemungkinan untuk jumpa prospek yang jenis teruk-teruk ni agak kurang bila buat promosi kat FB Group.

 

Itu kalau ikut pengalaman saya la. Orang lain? Mungkin lain pengalaman dia.

 

 

Exit mobile version