Blog Sabree Hussin

Majlis Pra Pelancaran Samsung Galaxy S8 oleh SENHENG Malaysia

Awal bulan May yang lepas, saya berkesempatan untuk ikuti Majlis Pra Pelancaran Samsung Galaxy S8 dengan kerjasama Senheng Malaysia yang bertempat di senQ IOI Mall, Puchong.

 

Saya pasti, para pembaca dan pelawat blog ini pasti dah mula perasan, ada banyak iklan-iklan tentang Samsung Galaxy 8 ini mula disiarkan sama ada di media arus perdana, media sosial mahupun di billboard.

 

Dalam sesi Pra Pelancaran ini, saya berpeluang untuk ikuti sesi penerangan tentang model terbaru keluaran samsung ini.

[klik sini untuk info lanjut]

Menariknya sesi seperti ini, kita boleh lihat product demonstration secara live. Jadi, untuk sesetengah ciri produk yang kita tak berapa faham macam mana cara penggunaannya, ia akan diterangkan dalam sesi seperti ini.

 

Kadang-kadang bila kita ke kedai yang menjual smartphone, walaupun kita boleh pegang-pegang dan play around dengan phone yang diletakkan pada ruangan display, namun kalau kita tak berapa faham apa fungsi sesuatu features tu pun tak guna jugak.

 

Akhirnya, kita hanya belek kamera, internet browser… lagi… erm… itu saja la kot.

 

Bukan semua orang. Saya cakap pasal diri saya la tu.

Inilah dia Samsung Galaxy S8+ yang sempat saya rakamkan. Bagi model Galaxy S8+ ini, ia boleh didapati dengan harga RM3,699 sahaja.

 

Apa beza antara model Samsung Galaxy S8 dengan S8+?

Dari apa yang saya nampak, perbezaan yang paling ketara ialah dari segi saiz, dimension, paparan skrin dan juga kuasa bateri. Itu sahaja. Lain-lain ciri, ianya sama sahaja.

 

Diakhir artikel ini, saya ada sertakan jadual perbandingan ciri-ciri yang terdapat pada Samsung Galaxy S8 dan juga Galaxy S8+ untuk anda buat pilihan.

 

Sengaja saya sertakan dibahagian akhir artikel supaya pembaca yang tak begitu suka dengan terma-terma teknikal boleh baca artikel saya ni dari mula sampai habis tanpa ada sebarang gangguan.

Baiklah, jadi sekarang ni saya nak kongsikan kepada para pembaca sekalian beberapa ciri (features) yang terdapat pada Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ yang saya rasa ianya menarik.

 

Jadi, silalah teruskan pembacaan.

 

Pilihan warna yang tersedia bagi model Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+

Samsung Galaxy S8 dan S8+ didatangkan dengan 5 pilihan warna yang menarik, iaitu Midnight Black, Orchid Gray, Coral Blue, Arctic Silver, dan Maple Gold. Walaubagaimanapun, pada masa ini, kita hanya boleh pilih sama ada nak warna Midnight Black, Orchid Gray dan Maple Gold sahaja.

 

Antara ketiga-tiga pilihan warna yang tersedia ni, saya berkenan dengan warna Midnight Black.

 

Kualiti Kamera

Baiklah, sekarang kita cerita tentang kualiti kamera pula. Saya percaya, ramai yang bila nak beli smartphone, dia akan cuba ambil gambar dulu untuk lihat sama ada kamera pada phone tersebut cantik atau tidak.

Bagi model ini, ia didatangkan dengan kamera 12MP untuk kamera belakang (rear camera). Satu ciri unik pada kamera ini ialah, apabila kita ambil gambar, sebenarnya ia akan ambil beberapa gambar (multiple shots) dan seterusnya gambar-gambar tersebut akan digabungkan (combine) menjadi satu keping gambar sahaja.

 

Kesannya, kita akan perolehi gambar yang sangat cantik. Kalau tak percaya, boleh cuba sendiri jika anda berpeluang untuk pegang phone ini nanti.

 

Untuk kamera depan (front camera), ia menggunakan kamera 8 megapixel. Mereka yang memang suka dan minat selfie pasti tak akan kecewa dengan kualiti gambar yang terhasil.

 

Sistem Keselamatan yang dipasang pada Galaxy S8 dan Galaxy S8+

Ini satu lagi ciri baru yang mungkin buat masa ni tak terdapat pada mana-mana model phone sebelum ini.

Sekiranya anda mahu menyimpan sensitive data, anda tak perlu lagi bimbang untuk menyimpan data tersebut di smartphone anda. Dengan teknologi Iris Scan ini, hanya anda seorang sahaja yang boleh akses pada smartphone anda.

 

Semasa sesi penerangan ini dijalankan, saya difahamkan bahawa sistem keselamatan lain masih lagi ada kelompangan.

 

Sebagai contoh, kalau guna voice recogniton, orang lain masih boleh buka jika dia mempunyai rakaman suara anda.

Kalau guna finger print, kelemahan dia ialah fingerprint kita boleh berubah atau rosak akibat kemalangan.

Begitu juga kalau lock smartphone menggunakan password. Orang lain masih ada peluang untuk buka dan dapat akses kepada smartphone kita.

 

Cuma dinasihatkan buat mereka yang nak gunakan kaedah Iris Scan ni, sila buka dulu contact lens yang dipakai sebelum nak guna kaedah ini. Kalau guna contact lens jenis clear, tak ada masalah. Tapi kalau guna jenis yang colour, sistem ini tidak akan berfungsi dengan baik. Ini termasuklah juga pengguna cermin mata.

 

Sistem Pintar yang terdapat pada telefon

Ini satu lagi benda baru yang ada pada model Samsung Galaxy ini.

Sistem ini dikenali dengan nama Bixby. Anda lihat pada contoh gambar diatas.

 

Katakanlah anda nampak ada kenalan anda yang pakai kasut dengan design tertentu, dan pada masa sama, anda juga berminat dengan design tersebut. Apa yang anda boleh buat ialah, anda tangkap gambar kasut tersebut, dan pilih tab shopping. Secara automatik, anda akan dibawa ke laman web yang menjual kasut yang sama.

 

Maka dari situ anda boleh tau tentang harga, saiz, kat mana boleh beli, tanpa perlu bertanya kepada si pemakai kasut tersebut.

 

Kepantasan dalam proses pengecasan telefon

Apabila mengecas telefon bimbit anda, anda tak perlu ambil masa yang terlalu lama untuk menunggu bateri tersebut full. Galaxy S8 dan S8+ menyokong fungsi Wireless Charging and Fast Charging capabilities.

 

Sistem kalis air IP68 membolehkan anda menggunakan phone ini dimana-mana sahaja

Nak guna phone sewaktu dalam hujan? Tak ada masalah. Guna saja tanpa ada rasa takut yang phone ini akan rosak, dimasuki air dan sebagainya.

 

Bukan itu sahaja, malahan dengan adanya ciri ini, anda juga boleh ambil gambar semasa anda menjalankan aktiviti dalam air, sama ada di kolam renang, mandi sungai dan sebagainya.

 

Tapi awas. Jangan guna ketika anda mandi laut. Ia tak sesuai dan phone anda boleh rosak.

 

Baiklah, itu antara yang saya boleh highlight mengenai model terbaru dari Samsung ini. Anda boleh baca juga jadual dibawah untuk mengetahui ciri lain yang lebih details.

 

[table id=1 /]

 

Kat mana nak dapatkan phone ini?

Anda boleh dapatkan sama ada secara online mahupun secara offline. Untuk pengetahuan anda semua, pihak SENHENG Malaysia ada mengadakan tawaran istimewa sekiranya anda berminat untuk dapatkan phone model ini menerusi mereka.

Tawaran ansuran mudah ini hanya boleh diperolehi secara eksklusif menerusi Senheng Malaysia sahaja.

Online = Up to 24 months Installment, Extra 1 year warranty.
Offline = Up to 24 months Installment, Extra 1 year warranty, Senheng Mobile Sim Pack.

 

Jika anda berminat dengan tawaran ini, bolehlah terus ke laman web Senheng Malaysia.

 

Untuk maklumat tambahan atau jika anda mempunyai soalan lain, anda boleh layari :

Facebook Senheng Malaysia : https://www.facebook.com/senQDigitalStation/
Website Senheng Malaysia : http://www.senheng.com.my

 

Anda rasa ada tawaran lain yang lebih menarik berbanding tawaran dari Senheng ni?

Klik sini sekarang untuk ke laman web Senheng Malaysia.

 

 

 

Exit mobile version