Blog Sabree Hussin

5 Masalah yang akan dilalui oleh pemilik kucing dan penyelesaiannya

Adakah anda merupakan peminat kucing? Jika anda adalah salah seorang peminat kucing, saya percaya anda akan berhadapan dengan salah satu dari masalah-masalah yang bakal saya sebutkan ini.

 

Bela kucing bukanlah satu perkara yang mudah dan murah. Jadi tak hairanlah kenapa ramai yang tak minat nak bela kucing. Komitmennya agak tinggi, dan hampir sama macam kita nak bela orang. Ada macam-macam masalah berkaitan dengan kucing yang kita akan hadapi.

 

Dalam perkongsian kali ini, saya nak kongsikan 5 sahaja masalah berkaitan kucing dan apa dia penyelesaian yang saya sendiri ambil. Mungkin ada satu atau dua penyelesaian yang saya kongsikan dalam blog ini akan berguna untuk anda juga.

 

Masalah kucing perlu ditinggalkan dirumah untuk beberapa hari

Bila ada bela kucing ni memang akan terasa payah sikit kalau nak jalan jauh. Kalau setakat yang boleh balik hari tu tak ada masalah sangat. Waktu pagi tu atau masa sebelum keluar rumah, kita boleh penuhkan bekas makanan untuk kucing-kucing ni dengan makanan.

 

Tetapi, kalau perjalanan jauh dan kita kena tinggalkan rumah 3 – 4 hari maka ianya agak susah sikit. Setengah kucing ni, bila kita penuhkan bekas makanan dia dengan makanan, dia akan habiskan pada hari tu jugak.

 

Kadang-kadang tu, kalau ikut kita punya bajet, makanan yang kita tinggalkan cukup untuk 3 hari. Tapi sesetengah kucing ni, bila dia nampak makanan ada banyak, dia akan makan, makan dan terus makan. Baru masuk hari kedua, makanan dah habis.

 

Mungkin dia ingat, kita akan balik dan bagi dia makanan. Jadi, kalau makanan dia habis sebelum kita balik, kan kesian kat si meow kita tu kan. Jadi, untuk masalah-masalah macam ni, bolehlah gunakan food dispenser macam dalam gambar ni.

 

Makanan akan diisikan secara automatik ke dalam bekas makanan si kucing tu. Tetapi, kalau dalam tempoh masa anda tak ada tu, anda ada seseorang yang boleh tolong tengok-tengokkan kucing-kucing anda tu nanti tak ada masalah.

 

Sesetengah pemilik kucing akan hantar kucing tu ke mana-mana boarding service. Kalau ada bajet ok la, tapi kalau tak berkemampuan, bolehlah dapatkan food dispenser ni. Lagi jimat.

 

 

Masalah kucing kerap buang air

Kucing yang kuat makan, maka dia juga biasanya akan kerap buang air, sama ada air besar ataupun kencing… dan ini tentunya akan meningkatkan perbelanjaan untuk beli pasir.

 

Jadi, macam mana cara nak jimatkan duit untuk beli pasir untuk kucing?

 

Salah satu caranya ialah dengan melatih kucing tu tadi untuk berak ataupun kencing di mangkuk tandas.

 

Anda boleh cuba dengan CitiKitty Cat Toilet Training Kit ini. Bila kucing anda dah pandai buang air dalam toilet, maka lepas ni dah tak perlu lagi beli pasir untuk dia.

 

Kita cuma perlu flush sahaja najis dia.

 

Masalah kucing suka mencakar

Salah satu tabiat kucing ialah ia memang sangat suka mencakar. Masalahnya ialah, kalau dibiarkan, kucing akan mencakar dekat sofa, almari, kerusi, karpet dan mungkin kat kaki kita.

 

 

Kita tak boleh nak buang tabiat kucing tu, tetapi kita boleh sediakan tempat khas untuk kucing-kucing kita mencakar.

Tempat mencakar ni disediakan sekali dengan serbuk catnip. Kucing memang suka dengan catnip, jadi taburkan sikit catnip pada scrathing board ni dan letakkan pada tempat kita nak kucing kita mencakar.Awal-awal tu memang agak susah sikit nak ajar kucing tu untuk mencakar kat scratching board ni, tapi lama-lama dia akan pandai jugak.

 

Selesai masalah kucing suka mencakar.

 

Cara lain ialah dengan menggunakan spray Four Paws Cat and Kitten Repellent ni.

 

Sesuai dengan namanya, repellent, saya pasti anda juga boleh agak apa fungsi spray ni.

 

Kalau catnip dalam bentuk spray adalah untuk kita suruh kucing pergi ke tempat yang kita nak mereka semua ni pergi, tetapi kalau repellent macam ni, kita akan spray ke tempat yang kita tak nak kucing-kucing kita pergi.

 

Contohnya macam kat sofa, pasu bunga, almari pakaian kita dan sebagainya.

 

Anda patut lebih tahu, kat mana di sudut rumah anda yang anda tak mahu kucing-kucing datang melepak.

 

Jika perlu, potong je la kuku kucing kita tu. Lebih-lebih lagi kalau kucing tu kita bela untuk indoor sahaja.

 

Kalau nak potong kuku kucing tu, gunakan pemotong kuku khas macam kat gambar ni. Pemotong kuku ni khas untuk potong kuku haiwan yang kita bela macam anjing dan kucing.

 

Kalau guna yang biasa kita guna untuk potong kuku sendiri tak berasa sesuai. Nanti pecah pulak kuku dia.

 

 

Masalah rumah berbau bila bela kucing

Ini satu lagi masalah yang saya percaya semua pemilik kucing akan lalui. Rumah jadi berbau. Walaupun bukan keseluruhan rumah akan berbau, namun cukup untuk membuatkan tetamu yang datang rasa kurang selesa.

 

Untuk mereka yang bela kucing, dan sepanjang masa kucing tu berada dalam rumah, perkara pertama yang anda perlu ambil berat ialah tempat kucing-kucing anda buang air.

 

kalau pakai jenis macam yang dalam gambar ni, bau busuk tu dapatla dikurangkan sedikit. Nama dia Catit Hooded Cat Pan. Bau akan terperangkap kat dalam bekas ni je.

 

Kalau anda perasan dekat bahagian atas ada lapisan berwarna hitam. Benda tu sebenarnya ialah karbon. Untuk memerangkap bau jugak fungsinya.

 

 

Masalah kucing suka menggigit tangan

Ini pun satu masalah yang tak best. Setengah kucing ni jenis yang memang hiper active. Kita cuma dapat pegang dan belai-belai dia sekejap je, lepas tu dia terus menggigit. Ok macam mana nak selesaikan masalah macam ni?

 

Saya ada seekor kucing yang jenis suka menggit macam ni. Pening jugak dan tak tau macam mana nak handle kucing macam ni. Ada satu masa tu, saya terpaksa pakai sarung tangan semata-mata nak belai kucing ni.

 

Asalnya saya tak merancang pun nak bela kucing bila saya pindah ke KL ni. Lagipun saya tinggal di rumah jenis apartment, jadi memang tak berapa sesuai nak bela kucing. Tapi satu hari tu, saya terjumpa dengan seekor anak kucing yang dalam keadaan lemah, lapar dan cedera di bahagian kaki.

 

Tak sampai hati. Isteri saya ambik kucing tu dan kami jaga sampai sekarang. Inilah kucing pertama yang saya bela bila duk kat KL ni. Bila kucing ni dah besar sikit, dan dah mula sihat, baru kita tau yang kucing ni ada tabiat suka menggigit.

 

Puas saya tanya macam-macam orang yang bela kucing. Ada yang kata sebab kucing tu baru nak tumbuh gigi, ada yang kata kucing tu perlu dimarah atau cakap “NO” untuk buat dia stop menggigit. Namun kat saya, semua tu kurang berkesan.

 

Satu hari tu, saya ke pet shop dan perasan ada kucing for adoption. Free adoption. Saya pun ambik kucing tu, buat jadi kawan untuk kucing yang suka menggigit tu. Alhamdulillah, lepas dapat kawan, dia dah tak gigit saya lagi. Dia gigit kawan dia pulak ha ha

 

ok… apa yang saya dapat simpulkan, kucing ni suka main. Cara dia main pulak memang agak kasar untuk kita. Dia akan menggigit, mencakar, melompat dan sebagainya. Kita memang tak dapatlah nak layan permainan dia yang macam tu.

 

Jadi cara terbaik yang saya boleh buat ialah dengan carikan dia kawan. Ok… selesai masalah.

 

Sebenarnya, selain 5 jenis masalah ni, ada banyak lagi masalah-masalah lain. Itu kita cerita lain kali lah ye.

 

 

Exit mobile version