Blog Sabree Hussin

Review Penuh Program Bekerja Dari Rumah Oleh Jobdirumah

Ada tak pelawat dan pembaca blog ini yang baru pertama kali dengar tentang program bekerja dari rumah yang dikelolakan oleh laman web jobdirumah?

Rujuk: Halaman Utama Jobdirumah

Sebenarnya artikel review seperti ini pernah saya terbitkan sebelum ini. Namun atas sebab isu teknikal, artikel tersebut telah hilang dan sekarang ni saya terpaksa tulis semula. Saya ingatkan ramai orang dah tahu tentang program jobdirumah ni, almaklumlah ini bukannya program yang baru diperkenalkan.

Boleh kata dah agak lama jugak.

Namun, ada masa-masa tertentu, saya terima juga persoalan seperti

Betul ke program jobdirumah ni boleh buat duit?

Betul ke jobdirumah ni tak menipu?

Kita yang nak buat duit, tetapi kenapa kita pulak yang kena bayar yuran RM50

Soalan-soalan ni semua timbul berpunca daripada satu sebab sahaja kebiasaannya. Anda tak baca dengan teliti laman web jobdirumah dari mula sampai habis!

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka rasa susah nak luangkan masa dalam 5 – 10 minit untuk fahamkan betul-betul apa sebenarnya yang ditawarkan oleh laman web ni. Tak apalah, mana tahu lepas anda baca artikel yang saya tulis ni, lepas ni anda akan lebih faham apa sebenarnya program jobdirumah ni.

Ringkasnya, laman web jobdirumah sebenarnya menawarkan panduan bagaimana untuk menjadi pekerja bebas atau freelancer yang boleh bekerja hanya dari rumah.

Walaubagaimanapun, untuk memudahkan anda bekerja sendiri kelak, anda juga perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan iaitu

Saya pasti anda tak ada masalah dengan syarat dan kelayakkan yang ditetapkan. Sebenarnya, ini semua adalah minimum kriteria yang diperlukan oleh mana-mana majikan sebelum mereka setuju nak ambik kita bekerja dengan mereka.

Jadi, sekiranya anda menepati kriteria yang diperlukan, maka tidak syak lagi, anda sememangnya layak untuk bekerja dari rumah menerusi platform jobdirumah.

*

Bentuk-bentuk dan jenis pekerjaan yang akan ditawarkan

Bila kita join program Jobdirumah ni, dah tentulah kita nak dapatkan kerja, setuju?

Tetapi, kalau niat anda join jobdirumah hanya untuk suka-suka, dan tak serius nak bekerja, lebih baik anda STOP sekarang. Tak perlu susah payah nak keluarkan RM50 untuk tujuan pendaftaran.

Saya tak nak anda buat pelaburan yang sia-sia dan tak mendatangkan hasil, jika anda hanya buat bayaran tetapi bila sampai masa kena buat kerja, anda MALAS.

Suka untuk saya ingatkan, kerja-kerja yang terdapat dalam program ini, bukannya mudah-mudah semuanya. Ia datang dalam pelbagai bentuk.

Ada yang mudah dan ada juga yang susah. Ada yang senang faham, dan ada juga yang memerlukan anda untuk sentiasa berhubung dengan majikan untuk dapatkan spesifikasi dan info mengenai job dengan lebih mendalam.

Menerusi platform jobdirumah ni juga, anda akan pelajari 3 jenis opsyen pekerjaan yang anda boleh pilih.

Option pertama: Online Freelancing Marketplace

Anda akan diajar cara untuk membuka akaun sebagai pekerja atau freelancer di beberapa laman web yang dicadangkan.

Sekurang-kurangnya terdapat 4 laman web yang anda boleh sertai.

Di laman web itu nanti anda akan dapat lihat terdapat banyak majikan, yang ada sesetengahnya turut dikenali dengan nama advertiser akan mengiklankan job atau kerja kosong yang mereka tawarkan.

Kerja adalah pelbagai. Dari semudah-mudah kerja, iaitu data entry hinggalah ke peringkat yang lebih mencabar seperti membina website untuk klien (majikan) dan programming.

Lagi susah sesuatu pekerjaan, maka lagi besarlah bayaran yang anda akan terima. Bayaran pula adalah dalam matawang USD.

Anda nak tahu apa laman web yang anda perlu daftar?

Rahsia. Kecuali jika anda dapatkan Panduan Jobdirumah ini sekarang.

Option Kedua: Micro Tasking Marketplace

Konsep pekerjaan ini tak jauh beza dengan opsyen yang pertama.

Beza yang ketara ialah dari segi job yang di tawarkan. Biasanya, job yang ditawarkan adalah lebih mudah dan boleh diselesaikan dalam masa kurang daripada 10 minit.

Selain itu, dari segi upah, ia juga lebih murah.

Salah satu laman web yang saya sendiri pernah cuba ialah laman web microworkers.

Sebelum saya sertai program jobdirumah, saya pun tak pernah tahu kewujudan laman web macam ni. Alhamdulilah, lepas saya join baru saya tahu, ada banyak lagi laman web seperti ini yang boleh saya sertai dan buat duit dengannya.

Anda nak tengok contoh-contoh kerja yang ditawarkan?

Seperti yang anda boleh lihat, incomenya hanyalah dalam bentuk sen-sen sahaja.

Memang padan dengan jenis job yang kita perlu lakukan. Semuanya senang-senang dan hanya perlu luangkan sekitar 5 – 10 minit untuk siapkan satu tugasan.

Anda nak tahu lain-lain laman web yang anda boleh sertai? Dapatkan Panduan Jobdirumah dulu.

Option 3: Micro Jobs Marketplace

Dalam option pertama dan kedua, anda perlu membuka akaun sebagai pekerja bebas (freelancer) dan memohon kerja-kerja yang diiklankan disitu.

Akan tetapi, untuk jenis pekerjaan yang ketiga ini, anda yang akan tawarkan kemahiran anda untuk ‘dibeli’ oleh majikan. Dalam peringkat ini, ia lebih sesuai untuk mereka yang memang dah berpengalaman membuat kerja-kerja dari rumah.

Anda tak ada idea nak tawarkan servis apa?

Sebenarnya anda boleh tiru sahaja konsep kerja seperti yang anda boleh lihat di opsyen pertama dan kedua. Kalau anda ada kemahiran menulis, anda boleh tawarkan servis review produk.

Kalau anda ada kemahiran design pun boleh tawarkan servis yang berkaitan dengan kemahiran anda.

Asalkan kemahiran dan servis yang anda tawarkan itu mempunyai nilai dan diperlukan oleh advertiser, In Shaa Allah anda pasti boleh buat duit.

Sekarang ni, kat Malaysia pun sedang popular laman web seperti ini. Salah satu yang saya turut sertai ialah Advertorial.MY

**

Selepas anda membuat pembayaran sebanyak RM50 kepada pihak Jobdirumah, anda akan dapat lagi banyak info-info berguna untuk memudahkan anda bekerja dari rumah.

Mungkin masih ada lagi yang tak faham-faham, kenapa perlu bayar RM50 sedangkan nak bekerja dari rumah ini patutnya andalah yang menerima bayaran. Biar saya jelaskan…

Pada awalnya, ramai orang tak tahu macam mana nak dapatkan maklumat yang tepat tentang bagaimana nak bekerja fulltime hanya dari rumah. Nak tanya orang yang memang bekerja dari rumah, susah pulak… sebabnya, orang macam ni memang susah kita nak kenal.

Disebabkan info tentang peluang bekerja dari rumah yang amat kurang, maka ramailah yang akan tersilap buat pilihan. Mereka akan mula mendaftar di laman-laman web scam yang akhirnya hanya berminat nak menipu mereka yang mudah diperdaya.

Oleh kerana masih ramai yang tak tau peluang bekerja dari rumah seperti ini, maka pihak jobdirumah pun mula menyusun informasi yang berterabur dan tidak teratur yang terdapat di internet dan menghimpunkannya dalam satu platform bagi memudahkan rujukan.

Hari ini, para peserta program Jobdirumah tak perlu lagi bersusah-payah nak google sana sini semata-mata nak cari peluang kerja yang betul-betul boleh dipercayai dan membayar ahlinya. Sebabnya? Pihak jobdirumah telahpun melakukan kerja-kerja research tersebut bagi pihak anda.

Jadi, untuk servis ini, adakah anda masih rasa yang pihak jobdirumah tak patut mengenakan sebarang yuran komitmen?

Kalau anda sangka, kerja-kerja menyusun dan mengemaskini informasi ini adalah suatu kerja yang mudah, bermakna anda memang dah silap besar.

Kalau saya berada dipihak Jobdirumah pun, saya akan kenakan bayaran. Ingat apa? Senang-senang nak kongsikan rahsia dan lubuk buat duit ni secara percuma je? Benda percuma ni ramai orang tak akan hargai.

***

Apa lagi yang ditawarkan oleh Jobdirumah selain informasi majikan?

Ada banyak sebenarnya. Antaranya ialah

1. Tips dan panduan menulis online resume bagi rujukan bakal majikan

2. Senarai test yang anda perlu ambil untuk menguatkan lagi profile anda

3. Cara nak meletakkan harga bagi perkhidmatan anda

4. Bagaimana mengelakkan daripada ditipu oleh majikan yang tak jujur

5. Tips untuk memudahkan anda dapat kerja

… dan banyak lagi.

Satu yang paling best, jobdirumah juga ada sediakan satu pautan ke laman web yang boleh anda gunakan untuk praktis kerja-kerja menaip.

Ini contohnya

Latihan menaip ini penting untuk sesetengah job yang memerlukan kepantasan menaip sebagai salah satu job requirement dia.

Jadi, apa tunggu lagi? Anda dah sedia nak mulakan kerja pertama anda menerusi platform Jobdirumah?

Buat pendaftaran di laman web jobdirumah sekarang.

 

Exit mobile version