Blog Sabree Hussin

Kerja Kosong Dari Rumah Di Jobdirumah

Kebiasaannya, artikel pertama adalah artikel yang paling mencabar untuk kita masukkan dalam blog kita.

Saya bukan sekadar maksudkan artikel pertama untuk blog kita, tetapi termasuk artikel pertama yang patut kita masukkan dalam blog kita pada setiap hari.

Contohnya macam hari ini.

Saya ambil masa yang agak panjang untuk decide, apalah yang saya nak cerita dalam blog ni.

Saya buka FB.

Lama pulak tu saya baca status update dari kawan-kawan FB. Topik hangat hari ni masih lagi tentang MH370

Huh

Bukan boleh pakai pun apa benda yang di share kan tu. Banyak yang auta. Kalau di layan, boleh pening sendiri jadinya. Jadi, adalah lebih baik saya tunggu je pengumuman rasmi tentang insiden MH370.

Lagipun, saya bukan ada sebarang kepentingan terhadap insiden ni.

Seterusnya saya buka emel.

Memandangkan tak ada cerita yang sesuai yang saya boleh dapat dari FB, maka saya cuba cari bahan untuk dijadikan artikel dari emel.

Dapat.

Ok la… saya akan cerita tentang emel yang selalu saya dapat dari pihak jobdirumah.

Setiap hari, jobdirumah akan hantar senarai kerja kosong untuk para pelanggan yang dah join sistem mereka. (termasuklah saya)

Ini antara yang menarik yang saya nak kongsikan.


Maklumat lanjut layari : Jobdirumah

Ini antara kerja kosong yang ditawarkan.

Kalau ikutkan diskripsi tugasan, kerja ni mudah. Kita hanya perlu buat promosi untuk majikan ini. Promosi yang kita perlu buat ialah hasilkan iklan.

Walaubagaimanapun, tawaran kerja kosong ni tak sesuai untuk saya apply sebabnya majikan ni dah letakkan syarat European Only.

Andaikan majikan ni tak ada letak sebarang syarat, dan saya boleh apply, maka saya hanya perlu tekan Bid on this project.

Jika resume online kita power, dan terpilih antara beribu-ribu orang yang turut bid untuk dapatkan job ini, maka job ini akan jadi kita punya.

So kat sinilah peranan jobdirumah.

Tugas mereka adalah menyediakan panduan dan tunjuk ajar macam mana nak dapatkan job yang kita minat nak buat.

Kerja kosong yang ditawarkan kepada kita datangnya dari majikan dari seluruh dunia, bukannya datang dari pihak jobdirumah.

Baca lagi : jobdirumah tu betul-betul boleh percaya ke?

Exit mobile version